Monday, January 11, 2016

SIFAT MA'ANI

Soalan: Mengapakah Sifat Ma'ani itu di katakan makhluk?

Jawapan: Di katakan Sifat Ma'ani itu makhluk ialah kerana maksud ma'ani itu ialah " berdiri sifat kepada Zat" atau sifat mengharapkan kepada Tuhan, dan yang mengharapkan kepada Tuhan itu tiada lain melainkan makhluk ataupun hamba.

Soalan: Jika sifat ma'ani itu makhluk, mengapakah sifat itu di katakan Qadim (qidam)?

Jawapan: Sebab dia di katakan qadim ialah kerana Sifat Ma'ani ini lazim melazimi ia dengan Sifat Ma'anawiyah yang bertaraf Zat yang ujudnya bersebab (Asma')

Soalan: Jika Sifat Ma'ani itu makhluk, makhluk jenis apa?

Jawapan: Sifat Ma'ani itu bertaraf makhluk kerohanian yang di tadbir terus oleh Allah s.w.t

Soalan: Adakah ia jenis Malaikat atau Jin?

Jawapan: Dia adalah jenis Malaikat, bukan dari bangsa Jin

Soalan: Jika ia jenis Malaikat mengapakah ia di kenali sebagai Kerohaniah?

Jawapan: Kerana ia memiliki nafsu,dan hendaklah di ingat bahawa malaikatpun di kenali juga sebagai Roh, seperti Ruhul Quddus

Soalan: Mengapakah Sifat Ma'ani itu tujuh sifat sahaja?

Jawapan: Sifat ini hanya tujuh sifat sahaja, dengan sifat tujuh ini sudah mencukupi bagi makhluk bergerak dan berfungsi sebagai makhluk yang sempurna

Soalan: Apakah sifat yang tujuh tersebut?

Jawapan: Adapun sifat yang tujuh itu ialah Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama'a, Bashar dan Kalam.

No comments:

Post a Comment