Monday, January 11, 2016

HEBATNYA ZIKIR

Suatu hari Rasulullah s.a.w berkumpul bersama Para Sahabat. Lalu beliau bersabda: "Maukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari menginfakkan emas dan perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lalu kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?”

Para Sahabat yang hadir berkata: “Mau (wahai Rasulullah)!” 

Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”. (HR. Tirmidzi 5:459, Ibnu Majah 2:1245. Lihat pula Shahih Tirmidzi 3:139 dan Shahih Ibnu Majah 2:316.). 

Hadits tersebut tidaklah berarti meremehkan amal-amal soleh selain zikir. Tetapi, Rasulullah hanya menunjukkan betapa zikir merupakan asas yang sangat penting bagi semua amal ibadah.

1). Zikir dapat menghilangkan gelisah dan hati yang gundah gulana. Sebagaimana ditegaskan Allah ta’ala dalam firman-Nya:

“أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”

Artinya: “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (QS. Ar-Ra’du: 28)

2). Zikir akan menghapus dosa kerana zikir adalah kebaikan terbesar dan kebaikan akan menghapus keburukan. Allah berfirman:

وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

“Dan kaum lelaki yang banyak mengingat Allah demikian pula kaum perempuan, maka Allah persiapkan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. Al Ahzab: 35)

3). Zikir akan mudah meraih apa yang Allah sebut dalam ayat:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

“Ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.” (QS. Al Baqarah: 152). 

Dan banyak lagi keutamaan dengan berzikir.

No comments:

Post a Comment