Sunday, January 17, 2010

PETTE LA SINRANG, PAHLAWAN BUGIS (WALI PITUE)


PERANAN TENTERA PAHANG DI DALAM PERANG KELANG

Dalam bulan mei 1872, Tengku Kudin telah berangkat ke Pahang bertemu Bendahara Wan Ahmad atau Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah bagi meminta pertolongan memerangi Raja Mahadi. Ini kerana Tengku Kudin semakin tertekan dengan kepungan Raja Mahadi.

MALAYAN UNION: TELADAN BUAT BANGSA MELAYU

Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja dan membangkitkan hak orang MELAYU. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak kepada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.

ADAT RAJA-RAJA MELAYU

Adat Raja-Raja MELAYU merangkumi undang-undang Syariat dan undang-undang Adat yang berkaitan dengan hal kelayakan, perlantikan dan peranan seorang Raja MELAYU sebagai wakil Allah dalam segala urusan umat Islam berbangsa MELAYU.

DULI YANG MAHA MULIA

Ada orang kata Perkataan "Yang Maha Mulia" tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan. 

WARKAH WASIAT RAJA HAJI FISABILILLAH KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU (1784M)

SEGALA puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat MELAYU di seluruh dunia. Wa ba’du, maka inilah warkah daripada Raja Haji yang fakir lagi hina di depan Allah Taala. Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana. 

KERAJAAN TERBESAR DI NUSANTARA

Kerajaan Majapahit atau Nagari Karajan Mojopait adalah sebuah kerajaan yang berpusat di Jawa Timur, Indonesia, yang dibentuk sekitar tahun 1293 hingga 1527 M. Sebelum tertubuhnya Majapahit, Kerajaan ini didahului oleh kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang di pulau Sumatra. Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya dan Kerajaan ini mencapai puncak kejayaan atau kegemilangan pada masa pemerintahan Hayam Wuruk dari tahun 1350 hingga 1389 yang telah berjaya meluaskan kuasanya dan menawan sebahagian Nusantara. 

MELAYU BANGSA PELAUT AGUNG DALAM SEJARAH - LORD OF THE SEA

Sebenarnya laut dan orang-orang MELAYU tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang MELAYU pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai, pohon kelapa, pasir pantai, perahu dan kapal.

PIRATES OF THE CARIBBEAN: SIAPAKAH HECTOR BARBOSSA?

Siapa pernah tengok filem Pirates of The Carribean? Mesti tahu captain Barbossa kan? Kalau nak tahu sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. 

PANJI HITAM

Semua bangsa-bangsa yang susur galurnya bertemu pada Nabi Ibrahim Alayhi Salam atau Nabi Ismail Alayhi Salam telah mengambil bahagiannya menjadi pemimpin dalam Kerajaan Allah selepas Kewafatan Nabi Muhammad SAW seperti bangsa Arab, bangsa Turki, bangsa Kurdish dan lain-lain.