Saturday, August 13, 2016

BERBAGAI DEFINISI TASAWWUF

Tasawwuf pada prinsipnya bukanlah tambahan terhadap Al-Qur’an dan hadis, justru Tasawwuf adalah implementasi dari sebuah kerangka Agung Islam.  AL-QUSYAIRY meyebutkan beberapa definisi dari Para Sufi Besar, antaranya:

1) MUHAMMAD AL-JURAIRY: “Tasawwuf berarti memasuki setiap akhlak yang mulia dan keluar dari setiap akhlak yang tercela."

PERUMPAMAAN MAKRIFAT

Perumpamaan Makrifat itu seperti sumbu pada lampu, dan lampu itu disangkut pada tiang rumah. Selama lampu itu berada di rumah, selama itulah rumah itu akan bercahaya. Barangkali pintu rumah dibuka pula, maka cahaya itu akan menerobos keluar menerangi yang di luar juga. Bicara ahli Makrifat itu, memancar cahayanya pada hati hati orang dari kumpulan hati yang bercahaya. 

BARANG SIAPA YANG MENGENAL DIRINYA NESCAYA DIA AKAN MENGENAL TUHANNYA

Sebagaimana yang diketahui, bahwa ajaran AHWAL (suatu perolehan dengan kurnia) dan MAQAMAT (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) lalu mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI). Dengan demikian maka dapatlah difahami bahwa jalan untuk mengenal ALLAH ,tidak dapat ditempuh dengan sekaligus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing, iaitu harus ditempuh secara bertingkat. 

ILMU MENGENAL DIRI

Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa "HIDUP" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka menganggap bahawa Jasad Kasar mereka itu hidup dengan sendirinya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu. Tapi pernahkah mereka terfikir bahawa Jasad mereka itu sebenarnya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendirinya tanpa ada sesuatu yg menghidupkannya? Ketahuilah tanpa yg hidup itu Jasad tidak ada ertinya. Tetapi benda mati inilah yg dijaga dan diutamakan orang di dunia ini.

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

Mengenal ALLAH maksudnya Mengenal Diri. Sabda Baginda Rasulullah saw: "Awwaluddin Makrifatullah” (Awal2 Agama ialah Mengenal Allah). Firman Allah swt:  "Al insanu sirri wa ana sirruhu” (Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya). Sabda Baginda Rasulullah saw seterusnya: "Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya… (Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sungguh ia telah mengenal Tuhannya). Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya dan Nyatalah  Tuhannya.

TUJUAN TASAWWUF

Oleh Imam Nawawi

Saudaraku Yang Mulia, Aku Wasiatkan kpdmu tentang pengetahuan Hakikat Tasawwuf.  Apa itu Tasawwuf dan apa Manhaj dan Dasarnya, dan siapa saja Ahli Tasawwuf yg benar. Usul Tasawwuf itu ada 5:

1) Taqwa kepada Allah dalam kesunyian dan keramaian.

2) Mengikuti Sunnah dalam Ucapan dan perbuatan.

3) Berpaling dari makhluk, baik mereka suka maupun mereka benci.

4) Redha terhadap ketentuan Allah mendapat bahagian sedikit maupun banyak.

5) Kembali kepada Allah baik dalam keadaan senang maupun dalam keadaan susah.

JANGAN PANDANG WUJUDMU

Ketahuilah bahawasanya selagi kau merasa dan memandang akan adanya ujudmu itu pada keadaan ini maka kau belum lagi sampai kepada penyatuan yang sejati. Penyatuan ini bukanlah bererti kita dan Tuhan bersatu pada tempat yang sama kerana mana mungkin dua hal yang berbeza mendudukki pada tempat yang sama, ini tidak mungkin terjadi dan tak akan terjadi. 

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI 2

“HENDAKLAH kamu berserah diri dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah di dalam segala hal, agar Dia memanifestasikan kerjaNya melaluimu. Jika kebaikan yg didapati, maka bersyukurlah. Dan jika bencana yang menimpamu, bersabarlah dan kembalilah kepada Dia. 

BERTUHANKAN HAWA NAFSU

IBLIS adalah ketua ahli ibadah dahulu. Penghulu kepada ahli ibadah. Dia adalah penghulu kepada seluruh muqarabbin. Iblis, namanya adalah Azazil. Dalam bahasa hebrew yunani lama. "il" itu adalah maknanya tuhan. Azazil itu maknanya hamba tuhan yang mulia. Hamba Allah yang mulia. Jibrail, hamba Allah, Mikail, hamba Allah, Israfil, hamba Allah Izrail hamba Allah. Azazil hamba Allah yang mulia. Dikatakan begitu hebatnya ibadahnya Azazil itu sehinggakan tidak ada tanah diatas muka bumi ini yg digunakannya untuk sujud kepada Allah. Azazil, yakni iblis yg beribadat berpuluh2 ribu tahun di langit & bumi sujud kpd Allah dan menjadi ketua dalam ibadat. 

KENAPA DIPERINTAHKAN BERSYARIAT

SYARIAT adalah perintah yg diturunkan  Allah selepas peristiwa Israk Mikraj. Perintah tersebut dilakukan oleh tubuh/jasad. Sebelum Israk Mikraj, Allah memerintahkan untuk beramal soleh, dikatakan juga Amal Hakikat yang dilakukan oleh diri batin iaitu Roh dan Nafs. Amal Syariat juga dipanggil amal ibadat.Amal Syariat bukanlah bertujuan untuk menyembah Allah. Kerana menyembah Allah dilakukan oleh diri batin. Hanya Roh diperintah utk menyembah Allah. Tujuan Allah mengurniakan Syariat kepada manusia adalah: