Friday, April 15, 2016

PERJUANGAN AHLI SUFI BERJIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM

Ada di antara orang yang baru berjinak-jinak dengan perjuangan Islam sering melemparkan tuduhan bahawa ahli sufi adalah jumud, tidak memahami jihad dan hanya duduk berzikir dengan tidak berjuang. Mereka ini sebenarnya melakukan kesilapan besar dengan membuat tuduhan tersebut. Sebahagimana ahli-ahli sufi merupakan pendakwah dan mujahid sebenar, tidak seperti mereka yang hanya pandai bercakap kosong tanpa amal. 

RAHSIA KEBERHASILAN PENDIDIKAN PARA ULAMA SALAF

Orang-orang sholeh dari keturunan Rasulullah Saw, memiliki 11 konsep dalam mendidik anak-anak mereka:

1. Memerintahkan kepada isteri mereka ketika menyusui, agar lidahnya tidak putus untuk terus membaca Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Falaq, dan An Naas.

PESANAN IBNU ARABI UNTUK RENUNGAN HATI YANG TERDALAM

Di bawah ini saya pilih 21 buah hikmah al-Syaikh al-Akbar Ibnu Arabi, daripadanya untuk kita renungi dan ambil iktibar, 

1. Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah anugerah.

2. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar (harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada Yang Maha Perkasa (Allah).

HUKUM MEMBUNUH DIRI KERANA TEKANAN HIDUP

Sekadar terlintas dihati belum dikira berdosa. Namun syaitan akan ambil peluang disaat ini. Dia akan gunakan segala kesempatan utk Bawa manusia ke neraka. Banyakkan istighfar. Bunuh diri adalah DOSA BESAR. Segala lintasan ke arah itu amat disukai syaitan. Dari Abu Hurairah r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara terus-terusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka.

HATI SANUBARI DAN HATI NURANI

Hati terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Hati sanubari iaitu mereka ini adalah yang mencintai dunia (Hubbu Dunia).
2. Hati sanubari dan Hati Nurani iaitu mereka yang mempunyai dua hati iaitu di antara Hati Sanubari dan Hati Nurani, juga masih kasih kepada dunia.
3. Hati Nurani ialah mereka yang sudah tidak mencintai dunia.

ADAB ORANG YANG MENGADAP GURUNYA

Antara yg disebut dalam kitab Siyarus Salikin terjemahan Ihya' Ulumiddin oleh Syeikh Abdussamad Falimbani ialah:

1. Didahului dgn memberi "Salam",

2. Berdiam diri ketika di dalam majlis,

3. Jangan bercakap kecuali dgn keizinan gurunya,

HUKUM MEMBUAT BINAAN DI TANAH KUBUR

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.a.w, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda). ISLAM memuliakan umatnya bukan sahaja ketika hidupnya, bahkan selepas mati pun ia tetap dimuliakan dan dipelihara akan haknya. Salah satu contoh terdekat ialah pendirian syariat Islam terhadap kubur. Walaupun kubur merupakan tempat persemadian jasad orang yang sudah meninggal dunia, ia bukanlah satu tempat sembarangan yang boleh diperlakukan sesuka hati. Dalam syariat Islam, perkara kubur mempunyai hukum-hakam, adab-adab yang mesti dipatuhi serta kehormatannya yang tersendiri.

CINTAI ALLAH SEIKHLAS MUNGKIN, TANPA DALIL

Dalam Kitab kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Imam Al-Ghazali menuturkan bahawa Abu Sulaiman berkata, “Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya”. Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab, “Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga. Aku tidak seperti buruh yang jahat (yang jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih). Aku menyembah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya”. (Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ustaz Mohd Hazri AlBindany).

TARIM - KOTA PARA WALI ALLAH

Baru balik daripada solat Jumaat di masjid Jamek Tarim. Suasana yang cukup indah dan ajib. Boleh dikatakan hampir semua Ahli jemaah masjid samada habaib, ulama atau orang awam memakai pakaian serba putih dan berkain pelikat , serban dan ridak demi mencontohi sunnah Rasulullah pada hari Jumaat. Kain yang mereka pakai senteng dan tidak menutupi buku lali, ianya adalah sunnah Rasulullah yang tidak dipedulikan oleh umat islam akhir zaman ni walaupun insan tersebut acah acah ada PhD atau ustad selebriti. Bagi mereka, memalukan nak pakai kain senteng sebab nampak kekampungan. Tapi diamalkan secara meluas disini. Kebanyakan daripada mereka pasti bawak sebatang kayu sugi dan akan bersugi sebelum mengangkat takbir ketika solat, satu lagi sunnah yang sangat umum diamalkan disini.

BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA

Hari ini suami tidak mampu dtg solat & belajar agama di masjid (adakah termasuk saya & awak?). Maka suami tidak mampu mengajar anak isteri utk memahami Agama. Maka wujud 3 suasana di rumah2 di seluruh dunia:

1. Suasana Rumah Seperti Pawagam: (Rumah jd seperti pawagam.. Tv n Audio yg besar2, karaoke2, video2 games, seakan berada di Pawagam. Anak2 dibesarkan dlm suasana kelalaian, sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv, menangis bila tgk hindustan, ada juga ibu bapa yg bersyukur bila anak2 terpilih jd penyanyi buat maksiat di pentas2, ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam).