Friday, April 15, 2016

CINTAI ALLAH SEIKHLAS MUNGKIN, TANPA DALIL

Dalam Kitab kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Imam Al-Ghazali menuturkan bahawa Abu Sulaiman berkata, “Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya”. Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab, “Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga. Aku tidak seperti buruh yang jahat (yang jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih). Aku menyembah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya”. (Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ustaz Mohd Hazri AlBindany).

No comments:

Post a Comment