Friday, April 15, 2016

TARIM - KOTA PARA WALI ALLAH

Baru balik daripada solat Jumaat di masjid Jamek Tarim. Suasana yang cukup indah dan ajib. Boleh dikatakan hampir semua Ahli jemaah masjid samada habaib, ulama atau orang awam memakai pakaian serba putih dan berkain pelikat , serban dan ridak demi mencontohi sunnah Rasulullah pada hari Jumaat. Kain yang mereka pakai senteng dan tidak menutupi buku lali, ianya adalah sunnah Rasulullah yang tidak dipedulikan oleh umat islam akhir zaman ni walaupun insan tersebut acah acah ada PhD atau ustad selebriti. Bagi mereka, memalukan nak pakai kain senteng sebab nampak kekampungan. Tapi diamalkan secara meluas disini. Kebanyakan daripada mereka pasti bawak sebatang kayu sugi dan akan bersugi sebelum mengangkat takbir ketika solat, satu lagi sunnah yang sangat umum diamalkan disini.

Di awal pagi selepas Subuh juga orang-orang Tarim sudah selesai baca surah Kahfi, satu surah yang sunnah dibaca pada hari Jumaat. Di awal pagi Jumaat selepas Isyrak pula orang-orang Tarim diketuai habaib akan menziarahi makam para Aulia yang juga merupakan satu sunnah menziarahi kubur pada hari Jumaat. Ziarah mereka bukan sekejap-sekejap macam kita di Malaysia, tapi sampai 2 jam. Baca surah Yassin je dah 3 kali. Doa panjang-panjang. Semua ahli Tarim yang menziarahi kubur juga akan membuka selipar-selipar mereka dan berkaki ayam, ianya juga adalah satu amalan sunnah yang sangat jarang diamalkan pada zaman sekarang. Dan semua amalan ini dilakukan secara istiqamah oleh ahli Tarim berkurun lamanya. Istiqamah merupakan karomah para wali yang tidak dikurniakan kepada manusia yang kotor hatinya.

Kita begitu hairan melihat begitu banyak sekali amalan sunnah yang diamalkan penduduk Tarim samada ulama atau awam. Sunnah yang halus juga tidak ditinggalkan mereka. Sedangkan kaum Khawarij di Malaysia selalu memomokkan bahawa orang-orang Tarim dan pengikut Habaib sebagai "ahli bidaah" sedangkan Demi Allah begitu banyak sunnah yang diamalkan mereka yang saya lihat dengan mata sendiri dan Demi Allah juga para Khawarij yang menuduh tu pula saya langsung tak nampak amalan sunnah apa yang mereka amal. Solat pun tak pakai kopiah, let alone miswak sebelum solat.

Yang membuatkan hati saya sebak dan macam kena letrik ialah apabila ketika solat jumaat tadi, khatib mendoakan Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a, seluruh masjid tiba-tiba bergema dengan ucapan RADIYYALLAHU’ANHU! Kemudian khatib doakan pula Saidina Umar Khattab r.a, bergema lagi ucapan RADIYYALLAHU’ANHU! Khatib doakan pula Saidina Usman Affan r.a, bergema lagi ucapan RADIYYALLAHU'ANHU!

Khatib doakan pula Saidina Ali ibn Abi Talib r.a, bergema masjid dengan ucapan RADIYYALLAHU’ANHU! Lihatlah betapa "Syiah" nya para habaib, para ulama dan para penduduk Tarim seperti yang sering disalak-salakkan oleh kaum Khawarij khasnya Khawarij di Malaysia. Memang benar penyakit "bodoh takpe yang penting confident" ni tak mengenal siapa, walaupun seseorang itu ada seribu PhD atau pun diangkat menjadi mufti. Begitu pekat sekali fahaman "Syiah" di Tarim walaupun tak ada sebuah pun masjid Syiah di sini. Begitu kental pegangan "Syiah" di Tarim sehinggakan para Sahabat Nabi sangat dijunjung dan dikasihi mereka sehingga ramai di kalangan mereka yang bernama "Abu Bakar" dan “Umar". Sepertimana kita berasa lucu apabila seorang jahil menunjukkan seekor kambing dan dakwa ianya adalah seekor anjing.

Begitulah geli sekali hati kami apabila kaum Khawarij di Malaysia walaupun berpangkat "mufti" mendakwa para Habaib sebagai Syiah. Saidina Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan semua para Sahabat Rasulullah, kami junjung kalian di kepala kami. Radiyyallahu’anhum. Saidina Ali, Fatimah, Hassan, Hussain dan semua para ahlul Bayt, kalian kami cintai melebihi nyawa kami. Radiyyallahu'anhum.

Inilah identiti Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswj) yang sahih, sejak dulu hingga kini. Aswj berbeza dengan kaum Dajjal Syiah Rofidah yang membenci para Sahabat Nabi tetapi mencintai ahlul Bayt. Aswj berbeza juga dengan kaum Dajjal Khawarij Nasibah yang membenci ahlul Bayt tetapi mencintai para Sahabat Nabi. Bertambah cinta saya pada bumi Tarim dan ahlinya. Benar, Allah pelihara bumi barokah ini daripada fitnah Dajjal. Benar, mencurah barokah di bumi ini seperti yang didoakan khusus oleh Rasulullah.

Kesimpulan: Kalau nak selamat daripada fitnah Dajjal, pegang teguhlah pada Sawadul A'zhom (Ahli sunnah wal Jamaah) dan jauhi Rofidah (Syiah) serta jauhi Khawarij Nasibah (Wahhabi/Salafi). Berdoalah untuk Allah sampaikan kalian ke sini. Doakan juga saya sampai lagi ke sini bersama keluarga saya insyaAllah. (Ustaz Zakuan Faiz, Tarim, Yemen).

No comments:

Post a Comment