Friday, April 15, 2016

ADAB ORANG YANG MENGADAP GURUNYA

Antara yg disebut dalam kitab Siyarus Salikin terjemahan Ihya' Ulumiddin oleh Syeikh Abdussamad Falimbani ialah:

1. Didahului dgn memberi "Salam",

2. Berdiam diri ketika di dalam majlis,

3. Jangan bercakap kecuali dgn keizinan gurunya,

4. Jangan bertanya dahulu dari keizinan gurunya,

5. Jangan menyangkal pendapat gurunya dgn pendapat org lain,

6. Jangan menunjukkan reaksi memperlekeh ilmu gurunya,

7. Jangan berbisik-bisik dgn org sebelah ketika guru sedang mengajar,

8. Jangan banyak pandang atau toleh ke kiri dan ke kanan,

9. Jangan banyak soalan ketika guru keletihan,

10. Hendaklah bangun "Takzim" ketika guru sampai ke majlis,

11. Jangan berjahat sangka kepada gurunya.

Dan terbaiknya jika dirasakan dirinya lebih berilmu daripada guru yg mengajar itu, maka hendaklah jangan ia hadir selepas daripada hadirnya pada hari itu.

No comments:

Post a Comment