Friday, April 15, 2016

HUKUM MEMBUNUH DIRI KERANA TEKANAN HIDUP

Sekadar terlintas dihati belum dikira berdosa. Namun syaitan akan ambil peluang disaat ini. Dia akan gunakan segala kesempatan utk Bawa manusia ke neraka. Banyakkan istighfar. Bunuh diri adalah DOSA BESAR. Segala lintasan ke arah itu amat disukai syaitan. Dari Abu Hurairah r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara terus-terusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka.

Barangsiapa membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara terus-terusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, barangsiapa membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun ke dalam Neraka Jahanam secara terus-terusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya”. (HR. Muslim Kitab : Iman, hadis no 158, Sidi Abu Dhiya|Tn.Hj Md. Nasir Othman).

2). SEKADAR BERMANIS MUKA

Sesuatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya. Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir. Demikianlah juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala. Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu. (Syeikh Nuruddin al Banjari). 

No comments:

Post a Comment