Tuesday, July 19, 2016

KESAN DOSA

Dalam sebuah hadith yang masyhur. “Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung” (Hadith riwayat Bukhari). Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa. Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota. Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yg akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. 

SYAFAAT-SYAFAAT RASULULLAH

Al Hafiz Sakhawi mencatatkan dalam kitabnya Al-Qawl Al Badi (h.277-278). Baginda saw memiliki beberapa syafaat, iaitu:

1. SYAFAAT AGUNG (Al-Syafa’ah Al-‘Uzma) pada Hari Kiamat kelak bagi seluruh makhluk di Padang Mahsyar, utk Allah tunjukkan kpd mereka keadaan yg sedang mereka hadapi, agar dimulakan penghakiman. Dan inilah Maqam terpuji (Al-Maqam Al-Mahmud) yg seluruh golongan awal dan akhir memuji Baginda kerananya.

2. SYAFAAT untuk orang yang masuk Syurga dari kalangan umatnya tanpa hisab.

3. SYAFAAT utk kaum penderhaka yg masuk ke dlm Neraka krn dosa2 mereka, lalu mereka dikeluarkan.

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Quran lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada org yg memberikan nasihat bahawa perbuatan yg Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

APAKAH BERHALA ITU CUMA MENYEMBAH PATUNG?

Siapakah yang menjadi penyembah berhala sebenarnya? Yakinkah kita tidak termasuk penyembah berhala itu? Ketika ada yang berteriak-teriak penuh amarah menghancurkan apa yang dianggap sebagai berhala, sebenarnya telah memberhalakan NAFSU AMARAH. Nafsu kebencian. Kerana itu tidak layak menghakimi. Hancurkan terlebih dahulu BERHALA DALAM DIRI, sebelum menghancurkan berhala yang ada di luar. 

SIFAT TAWADUK IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah pernah berkata, “Aku belajar lima masalah dalam ibadah haji dari seorang Pencukur rambut”. Berikut ini kisahnya: Setelah aku menyelesaikan manasik haji, aku pergi ke tukang cukur untuk mencukur rambutku. Aku bertanya kpd tukang cukur, “Berapa bayaran untuk mencukur rambut?” Tukang cukur itu menjawab, “Ini adalah ibadah dan ibadah tidak mensyaratkan apa pun. Duduklah!” Aku pun duduk dan membelakangi kiblat. Dia berkata, “Hadapkan wajahmu ke arah kiblat!” Ku berikan kepalaku sebelah kiri untuk dicukur terlebih dahulu. Dia kembali berkata, “Putar kepalamu ke arah kanan.”

SEDIKIT BERKENAAN TAQWA

Peristiwa dan kisah di bawah terdapat titik persamaan. Perhatikan dengan lebih mendalam.

1. Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam Gua Hira’ untuk berkhalwat.
2. Nabi Yusuf masuk ke dalam perigi buta.
3. Nabi Yunus masuk ke dalam perut Ikan Nun.
4. Nabi Ibrahim masuk ke dalam api.
5. Nabi Nuh masuk ke dalam bahtera.
6. Nabi Musa masuk ke dalam laut.
7. Asyabul Kahfi masuk ke dalam gua.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TAWASSUL

Menurut Ibnu Taimiyah, Ulama Muslim telah sepakat mengertikan istilah Tawassul itu dengan 2 pengertian. PERTAMA, yang merupakan dasar Iman dan Islam, iaitu Tawassul melalui iman kepada Rasulullah SAW dan taat kepadanya. KEDUA, adalah doa dan syafaat Baginda. Kedua makna ini telah disepakati kaum Muslimin. Jadi Tawassul dengan percaya dan taat kepada Rasulullah adalah Dasar Agama.

YANG SOLEH BERISTIGHFAR, BAGAIMANA PENDOSA?

Baginda Rasulullah saw bersabda: “Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah Ta’ala. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya setiap hari sebanyak 100 kali” (Riwayat Al Bukhari dalam Adab Al Mufrad dan dihasankan oleh Al Hafidz As Suyuthiy). Al Hafidz Al Ala’iy menjelaskan bahwa maksud taubat di dalam hadis itu adalah 'Taubat Istighfar', yang mana Rasulullah saw banyak melakukannya. Imam Al Ghazali menjelaskan bahwa bentuk taubat itu bertingkat-tingkat sesuai dengan kondisi keimanan pelakunya. 

PENGARUH AIR DALAM BADAN MANUSIA

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah menjadikan makhluk daripada air. Kajian menunjukkan setiap badan manusia mengandungi 60-75% air. Maka sifat buruk yang ada pada diri manusia akan mempengaruhi air dalam tubuh manusia boleh memberi kesan negatif pada seseorang. Seorang pakar air dari Jepun didalam bukunya “The Healing dan Discovering the Power of the Water” oleh Dr. Masaru Emoto disimpulkan bahawa :

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam.

TANGISAN RASULULLAH DI PADANG MAHSYAR

“Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku, aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu”. Pernahkah terbayang olehmu, seorang lelaki mulia, yang hidup di tengah kematian demi kematian orang yang dicintainya. Ia diasingkan kaumnya, terusir dari tanah airnya. Ia dihina, disakiti, tapi tinggi tangannya terangkat memohon: “Ya Allah, jika mereka tidak menerima da’wah, jadikanlah anak keturunan mereka kelak orang-orang yang menyembah-Mu”. Pernahkah terbayang olehmu, seorang lelaki mulia yang harus menggantungkan batu di perutnya demi menahan lapar. Ia akan makan di lantai layaknya seorang budak, padahal Raja-Raja dan Para Kaisar memandang penuh iri pada kekukuhan masyarakat dan kesetiaan pengikutnya.