Peristiwa dan kisah di bawah terdapat titik persamaan. Perhatikan dengan lebih mendalam.
1. Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam Gua Hira’ untuk berkhalwat.
2. Nabi Yusuf masuk ke dalam perigi buta.
3. Nabi Yunus masuk ke dalam perut Ikan Nun.
4. Nabi Ibrahim masuk ke dalam api.
5. Nabi Nuh masuk ke dalam bahtera.
6. Nabi Musa masuk ke dalam laut.
7. Asyabul Kahfi masuk ke dalam gua.
Jika dibaca sekali imbas jelas perkataan yang diulang2 adalah ‘MASUK’. Ini bermakna persamaan dari kesemua peristiwa di atas adalah masuk, dan ada tempat untuk dimasuki. Kisah-kisah Nabi dan kisah2 yang terkandung di dalam al-Qur’an mempunyai hikmah dan kiasannya. Tinggal kita hendak memahami makna yang terkandung di sebalik kiasan tersebut. Kiasan ‘masuk’ adalah perintah Allah untuk masuk. Masuk ke mana? Tempat2 yang dikisahkan adalah membawa maksud ‘TAQWA’.
Taqwa adalah perkara hakikat iaitu perkara yang tidak boleh digambarkan dengan mata kasar. Taqwa tidak akan dapat diperolehi jika tidak mengenal Alam Akhirat. Menurut ciri-ciri org yg bertaqwa dlm Surah al-Baqarah, ayat 3-5, salah satunya adalah yakin kpd Hari Akhirat. Yakin bukan sekadar percaya. Yakin adalah setelah bersaksikan Hari Akhirat. Kemudian masuk ke Alam Akhirat. Nabi-Nabi telah menunjukkan jalan untuk masuk ke Alam Akhirat berdasarkan peristiwa2 yg dijelaskan di dalam al-Qur’an seperti yg ditulis di atas.

Maka, peristiwa itu perlu dijadikan panduan kepada kita, untuk kita menemui Taqwa. Seterusnya kekal di dalam Taqwa. Setelah menemui Taqwa dan berada di dalam Taqwa, kemudiannya Allah turunkan ayat yang ke-5, Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang berjaya”. Siapakah orang-orang yang berjaya? Menurut Surah al-Mukminun ayat 1: “Maka berjayalah orang-orang Mukmin”. Ini bermakna ‘Mukmin’ dapat dicapai setelah menemui dan berada di dalam Taqwa. Taqwa juga adalah antara perintah awal yang diturunkan Allah kepada manusia.
Lihatlah firman Allah dalam Surah al-A’raf ayat 11-26. Ayat tersebut menjelaskan tentang Nabi Adam yang diusir dari Syurga kerana memakan buah khuldi. Setelah diusir, Allah menanggalkan pakaian dan menampakkan aurat Nabi Adam. Setelah Nabi Adam bertaubat, Allah berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 26: “Wahai Bani Adam, sesungguh nya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian menutup auratmu. Dan pakaian TAQWA itulah lebih baik…” Melalui ayat di atas, sebaik-baik pakaian yg dimaksud kan Allah adalah Taqwa. Lihatlah bagaimana iblis akan berusaha membuatkan manusia menampakkan ‘aurat’ mereka. Aurat di sini bukanlah bermaksud aurat tubuh badan. Aurat yang dimaksudkan adalah apabila seseorang keluar dpd Taqwa. Kesannya, manusia akan diusir dari Syurga.
No comments:
Post a Comment