Monday, January 19, 2015

BAYAN USTAZ HAMZAH

(01/11/2014 – sri petaling - bayan malam markaz KL).Allah jadikan manusia dan Allah tetapkan maksud manusia dicipta. Semua makhluk yg lain dicipta utk khidmat pd manusia - Semua makhluk yg lain akan hancur. Manusia tak akan musnah. Manusia akan dipindahkan dari satu alam ke alam yg lain. Alam rahim ke alam dunia ke alam kubur ke alam akhirat dan syurga atau neraka. Bila amal manusia baik maka baik semua makhluk. Bila amal manusia buruk maka buruk semua makhluk. Harimau, singa, gajah mengganas sbb amal manusia. Puting beliung, gempa bumi – tidak berlaku secara kebetulan. Manusia akan jadi baik bila dia taat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Manusia akan jadi buruk bila tinggalkan agama. Segala peraturan alam akan terkesan dgn niat satu org manusia - Roh alam ini adalah manusia. 

BAYAN MAGHRIB USTAZ HUSNUL

(01/11/2012 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia. Alhamdulillah, syukur pd Allah s.w.t kerana dgn kasih sayang dan rahmatNya telah kumpulkan kita disini. Tanpa taufiq dan rahmat Allah apa pun kita tak boleh buat. lafaz Allah adalah lafaz yg sangat mudah utk disebut. Tapi tanpa taufiq dari Allah seorg pun tak boleh sebut. Sehari semalam kita bernafas sebanyak 25,000 hingga 27,000 kali. Bila Allah bagi taufiq pd seseorang setiap nafas disedut/dihembus dgn zikrullah. Bila Allah bagi taufiq semua jadi mudah. Apa itu taufiq dan apa itu hidayat? Hidayat adalah umum manakala taufiq adalah khusus. Kita dpt hidayat masuk islam tapi tak semestinya dlm hidayat itu kita dpt taufiq. 

BAYAN USTAZ ABDULLAH HIZLY

(26/05/2013 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia. Dlm bukhari ada satu hadith, menceritakan ttg 3 lelaki. Lelaki pertama dtg duduk di depan nabi dlm majlis nabi. lelaki kedua dtg duduk di blkg sahabatnya. Lelaki ketiga dtg dan lihat ada majlis di masjid nabawi tapi dia berpaling dan pergi. Bila selesai majlis, nabi tanya mahukah kamu aku khabarkan kpd kamu mengenai 3 lelaki. Lelaki pertama, Allah berhadapan dgnnya. Lelaki kedua, Allah berselindung darinya. Lelaki ketiga, Allah berpaling darinya. Kita beri tumpuan dlm majlis zikrullah. Duduk rapat dan semoga rahmat Allah hampir kpd kita. Manusia dtg ke dunia ini hanya melalui satu jln iaitu kelahiran. Manusia tinggalkan dunia ini juga melalui satu jln iaitu kematian. Antara tempoh lahir dan mati ada satu masa yg di panggil hayat/kehidupan dan tidak ada jln lain utk berjaya iaitu taat. Hanya dgn mentaati perintah Allah manusia akan berjaya. 

BAYAN MAGHRIB USTAZ ABDULLAH HIZLY

(04/01/2014-sri petaling - mlm markaz KL). Tuan2 yg mulia. Dlm hadith nabi s.a.w, peniaga yg soleh, peniaga yg mana perniagaan tidak melalaikan mereka dari mentaati perintah agama, akan bangkit bersama nabi2, siddiqin, syuhada dan solihin. Dlm riwayat yg lain, peniaga2 yg mana perniagaan tidak melalaikannya dan tidak menipu akan masuk syurga tanpa hisab. Setiap org mahu masuk syurga tanpa hisab. Tapi bagi sahabat ada lagi amal yg lebih besar dari berniaga. 

BAYAN MAGHRIB HAJI MOHIDEEN

(31/01/2015 - sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia, Allah yg buat segala2nya. Dialah Allah yg telah jadikan semua dgn kudratNya. Dialah Allah yg telah jadikan air, dari air keluar buih, dari buih. Allah jadikan bumi tempat di mana baitullah berada skrg, Allah jadikan bukit utk kuatkan bumi, Allah jadikan langit, Allah jadikan arash dan Dialah Allah yg telah jadikan kursi. Allah maha besar. Dihadapan Allah semua adalah kecil. Langit, bumi, matahari, bintang, bulan, malaikat, semua kecil. 

BAYAN MAGHRIB WAK OMAR

(11/01/2015 - sri petaling - malam markaz KL). Setiap saat dan ketika kita kena sedar kita adalah org islam dan kita adalah umat kpd nabi s.a.w.  Kita bukan org banjar, org bugis, kita bukan petani, pekedai, tapi kita adalah umat nabi s.a.w. Kita duduk dlm bayan dgn jasbah umat nabi s.a.w. Kita duduk dlm taklim dgn jasbah umat nabi s.a.w. Kita buat gasht dgn jasbah umat nabi s.a.w. Selepas nabi s.a.w, Allah telah buat keputusan utk tutup pintu kenabian. Allah telah pindahkan kerja utk bawa umat kpd Allah ke atas setiap umat nabi s.a.w. 

BAYAN MAGHRIB USTAZ ALI

(2012 - sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia, Allah adalah rob kita. Allah pencipta kita. selain dari Allah semua adalah ciptaan Allah. Allah pencipta. Yg lain semua makhluk. Allah cipta benda dan Allah juga cipta keadaan. Allah buat apa yg Dia kehendaki. Bukan yg makhluk kehendaki. Seluruh makhluk nak buat tapi yg terjadi apa yg Allah kehendaki. Seluruh makhluk tak ingin buat, tapi Allah ingin pasti berlaku. Allah buat apa yg dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd satu pun makhluk. Allah yg menyempurnakan hajat seluruh makhluk. Seluruh makhluk di langit dan di bumi berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 dgn izin Allah. 

TAZKIRAH JUMAAT USTAZ HAZIM (2013)

Tuan2 yg mulia, syukur pd Allah s.w.t, dgn taufik dan hidayat dari Allah a.w.t, pd hari yg mulia ini, hari yg digelarkan oleh nabi s.a.w sbg saidul ayyam, penghulu bagi segala hari, kita berkumpul di rumah Allah yg mulia, utk tunaikan kefarduan yg Allah telah perintah pd kita, dgr khutbah dan tunaikan solat jumaat. Hari jumaat adalah hari yg mulia di sisi Allah. pada hari ini adam a.s telah diciptakan. Pada hari ini adam a.s telah dimasukkan ke dlm syurga. Pada hari ini jugalah adam a.s telah dikeluarkan dari syurga. Dan pada hari jumaat juga akan berlakunya hari kiamat. 

BAYAN MAGHRIB HAJI MUHARRAM

(12/12/2015 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia, syukur kerana Allah telah jadikan kita org beriman dan jadikan kita sebagai umat nabi s.a.w. nikmat yg besar. umat yg terbaik. Ada nabi minta nak jadi umat nabi s.a.w. nabi ibrahim, nabi musa, nabi isa. Umat yg akhir. Umat yg akan masuk syurga dulu dari umat2 yg lain. kenapa kita diberi begitu banyak keistimewaan oleh Allah? kejayaan hanya dlm agama islam. Selain dari islam akan gagal. Semasa saidina umar nak pergi ambil kunci baitul muqaddis, dlm perjalanan jumpa satu jemaah org islam. beliau naik unta. Pakaian beliau ada 13 tampalan. Amir jemaah itu bagi syor suruh dia tukar baju dan naik kuda sebab nak jumpa pemuka2 kristian dan yahudi. Kena jaga status sbg amirul mukminin. Kemuliaan hanya dlm islam. Kalau ambil selain islam Allah akan hina. Islam ialah mentaati segala perintah Allah dan mengikuti segala cara keidupan nabi s.a.w. bila mentaati Allah dan rasul akan dpt kejayaan yg besar. Saidina umar tak terkesan dgn kenderaan & pakaian dia. Allah letak kejayaan dan kehormatan dlm agama. Beliau yakin dgn janji Allah. 

BAYAN MAGHRIB USTAZ AKRAM

(12/11/2015 – sri petaling - malam markaz KL). Tuan2 yg mulia, alhamdulillah, Allah masih lagi bagi kita peluang utk buat persiapan akhirat kita. hidup di dunia bukan satu maksud. Allah hantar kita ke dunia utk buat persiapan kehidupan akhirat. Di akhirat kita perlu agama. Akhirat juga dikenali sbg yaumuddin, hari agama. Hanya agama akan bawa kebahagiaan dan keselamatan di akhirat. Tanpa agama kita akan susah di akhirat. Tempat utk usaha agama ialah di dunia. Dlm kubur bukan tempat utk sempurnakan agama. Allah bagi kita peluang di dunia ini. atas perkara agama inilah Allah hantar ambia a.s utk usaha atas setiap manusia. Jgn mati tanpa agama. Jgn mati tanpa islam. Dlm dunia ni kita tak nampak kepentingan agama. Kita nampak org yg tak ada agama pun mempunyai harta yg banyak.