Friday, January 2, 2015

BAYAN MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamudin - 07/09/97). Maulana memberitahu,  Allah s.w.t menjadikan agama sebagai satu amanah. Makhluk2 Allah s.w.t yg besar seperti bukit, gunung-ganang apb hendak diberi amanah agama mereka menolak kerana tidak mampu utk menerima amanah itu. Tetapi apabila Allah s.w.t memberikan amanah agama kpd manusia, maka manusia bersedia menerima amanah itu. Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai asraful makhlukat. Ia merupakan markaz iaitu tempat tumpuan Allah s.w.t. Semua sifat2 Allah dizahirkan kpd manusia. Manusia boleh menzahirkan sifat2 mulia dan sifat2 yg mendapat kemurkaan Allah s.w.t. Apabila dalam diri manusia ada sifat2 mulia ia akan dijadikan perantaraan hidayat utk org lain.  Sbg contoh Nabi Ibrahim telah menghasil 30 sifat mulia. 

BAYAN MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia nizamuddin - 09/09/98 - 10.00 a.m). Natijah yang kita mahu apabila buat usaha agama ialah melihat perubahan berlaku di kalangan orang Islam supaya agama sempurna hidup. Kejayaan akan dapat hanya apabila kita buat usaha seperti yang dibuat di kurun pertama. Suasana akan wujud. Akhlak, muamalat, muasyarat dan lain-lain akan bertambah baik. Sesuatu perkara kenalah wujud dahulu kemudian ianya akan tersebar. Bila Islam wujud barulah ianya boleh tersebar. Malaysia banyak export barang. Maulana pergi ke kedai dan lihat banyak barang-barang buatan Malaysia dijual disana. Kalau orang Malaysia ubahkan tumpuan mereka kepada manusia dpd barang, Malaysia akan dpt export iman, akhlak dan keseluruhan agama ke seluruh dunia. 

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia nizamuddin - 08/09/98). Setiap zaman Allah s.w.t menghantar ambia di kalangan manusia utk membuat usaha ke atas iman. Setiap masa nur hidayah berpindah dari nabi ke nabi sehingga Baginda Rasullullah s.a.w.  Setiap nabi membawa hati umat dari makhluk kpd khaliq. Setiap nabi membawa 2 perkara iaitu kebaikan dan amanah, iaitu supaya diri, harta, masa manusia digunakan dgn jln yg betul. Usaha nabi sama iaitu atas kalimah taiyibah, ttpi medan usahanya berbeza2. Umat Muhammad s.a.w adalah bertggjwb utk melaksanakan usaha yg sempurna yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Medan usaha umat ini adalah kpd setiap manusia di seluruh dunia seluruh alam. Dgn lain perkataan kerja umat ini adalah sama dgn kerja Baginda Rasulullah. Kerja yg dahulu dipindah dari nabi ke nabi ttpi skrg telah dipindah dari nabi ke umat. Medan usaha umat ini ada 3:

BAYAN MAULANA SAAD

(nizamuddin - 07/09/98 - 10.20 a.m). Kitab suci Allah s.w.t menerangkan bahawa kejayaan hidup seseorang di dunia dan akhirat adalah bergantung sejauh mana  membawa keseluruhan perintah Allah s.w.t seperti mana yang ditunjukkan oleh nabi-nabi. Allah s.w.t bersumpah dalam surah Al-Asr bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali mereka yang mengamal 4 perkara iaitu iman, amal soleh, berpesan yang hak dan sabar. Umat Islam di seluruh dunia dikatakan hanya mengamalkan dua dari empat bahagian ayat-ayat itu. Inti pati Al-Quran ialah surah Al-Asr jika manusia mengambil iktibar dan mengamalkan  surah Al-Asr itu sudah cukup untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. 

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 06/09/1999). Manusia tidak bebas dalam usahanya dan manusia di hantar  ke dunia bukan tanpa maksud. Manusia adalah ashraful makhlukat iaitu makhluk yang paling mulia dan telah diberi tggjwb kerja yang paling mulia, kerja yang paling tinggi iaitu khilafat, dakwah, ibadat - 3 perkara asas. Inilah maksud manusia di hantar. Manusia dihantar sebagai khalifah, dihantar sebagai dai, dihantar sebagai abid. Selain daripada itu, kalau manusia digunakan untuk perkara yang lain, maka manusia akan hancurkan/musnahkan kebolehannya. Manusia akan jatuh dpd kedudukannya yg tinggi kalau manusia tinggalkan maksud ini. Kedudukannya akan hancur kalau manusia digunakan selain daripada 3 perkara ini. Manusia telah dapat khilafat daripada Allah s.w.t dan telah jadi khalifah Allah s.w.t. Manusia telah diberi tanggung jawab sbg tggjwb nabuwwat, kalau manusia tinggalkan tggjwb ini, kalau manusia tidak tunaikan tggjwb ini  dan kalau manusia tinggal kan ibadat, maka manusia akan jatuh lebih rendah daripada haiwan/binatang. 

BAYAN MAGHRIB MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/1999). Tuan-tuan yg mulia, apabila manusia ini ada keyakinan bahawa sesuatu usaha akan menyelesaikan masalah dia, akan memberi kejayaan pada dia, akan menyelesaikan masalah dia dunia dan akhirat, maka mudah utk dia beri pengorbanan utk usaha itu dan mudah utk dia istiqamah dlm usaha itu. Kalau dia tidak ada yakin bahawa sesuatu usaha akan menyelesaikan masalah dia, akan memberi bantuan kpd dia, akan memberi kejayaan kepada dia, maka dia tidak akan memberi pengorbanan utk kerja itu dan dia tidak akan istiqamah dlm kerja itu. Setiap kerja, yg mana kita ada basirah, kita ada keyakinan, kita tahu kelebihannya, kita tahu kepentingannya, kita berkeyakinan bahawa usaha itulah yg akan menyelesai kan masalah, maka barulah manusia ini akan tambahkan pengorbanannya dan dia akan buat usaha dengan istiqamah. 

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/2000). Tuan-tuan yang mulia. Manusia telah jadikan agama mengikut kehendak manusia sendiri, ini bukan cara kejayaan. Kita kena masukkan agama ke dlm diri dengan sempurna. Hari ini, dalam mana2 satu bahagian agama, kita ubah suai ikut keperluan, kehendak, ikut suka hati kita. Islam adalah kita serahkan diri kita bulat2 kepada perintah2 Allah s.w.t. Islam akan datang dalam diri kita mengikut iman yang ada pada kita. Bila iman yang sempurna tidak ada, maka Islam yang sempurna pun tidak akan ada dalam diri kita. Islam yang sempurna akan ada dalam diri bila iman yang sempurna datang dalam diri. Iman dapat wujudkan sifat taat dan sifat tunduk kepada Islam dalam diri manusia. 

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 01/09/2000). Manusia skrg ini selesaikan masalah mereka melalui makhluk, peniaga dgn asbab kedainya, peladang dgn asbab tanah, apa sahaja masalah mereka cuba selesaikan dgn asbab, maka mereka telah tinggalkan cara hendak selesaikan masalah dgn khazanah Allah s.w.t. Satu, kita hendak ambil khazanah Allah s.w.t melalui nabi s.a.w. Satu lagi, kita hendak ambil khazanah Allah s.w.t melalui asbab. Sesiapa yg selesaikan masalah dgn khazanah Allah s.w.t ttpi melalui asbab, maka dari segi akhirat dia tidak akan dpt apa2. Asbab2 keduniaan ialah asbab2 yg mana akan dpt faedah di dunia ttpi di akhirat tidak dpt apa2 faedah pun. Asbab2 melalui amal, asbab hendak dpt khazanah Allah s.w.t melalui amal, akan membuahkan hasil di dunia dan juga di akhirat. Ttpi skrg ini org yg beramal pun, mereka buat amalan bertujuan utk dpt hasil di akhirat dan utk dptkan sesuatu di dunia mereka telah cari asbab yg tidak ada hubungkait dgn akhirat.

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(11/09/2013 - Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin). Allah s.w.t tak jadikan dlm satu org itu ada dua hati. Begitu juga tidak mungkin ikhlas dan riak berkumpul dlm satu hati. Syarat pertama utk dpt faedah langsung dari zat Allah ialah keluarkan yakin makhluk drp hati. Mengapa ghairullah masih wujud dlm hati? Sebab kita hanya berzikrullah tapi kita tak cakap ttg kebesaran Allah. Bila cakap berkenaan sesuatu perkara maka harapan pada perkara itu wujud. Bila percakapan kebesaran Allah wujud, maka barulah harapan pada Allah akan wujud. Bila zikir sahaja, tak cakap kebesaran Allah, maka tidak ada harapan pada perintah Allah, tak ada yakin pd Allah. 

BAYAN MAULANA SAAD

(09/09/20130 - Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin). 

Tertib Allah ialah Allah ambil kerja/khidmat agama drp org yg berpegang teguh/taat pd perintah Allah, org yg tetap dlm kerja agama walaupun ditimpa musibah, org yg paling banyak amalkan kehidupan sunnah secara infradi dan ijtimai. Umat tidak tengok solat, zikir, quran, tahajjud tapi umat tengok muamalat, muasyarat dan akhlak. Ikatkan diri kita dgn 3 sunnah iaitu sunnah dakwah, sunnah ibadat, sunnah adat bawa mizaj kerja nabi dlm dakwah, ibadat cara nabi, keperluan cara nabi. Hari ni walaupun kita tak tukar agama jadi nasrani dan yahudi tapi kehidupan kita ada nasraniat dan yahudiat (dlm kehidupan ada cara kehidupan nasrani dan yahudi), ikut cara org kafir bermakna kita cinta org kafir.