(mesyuarat malaysia nizamuddin - 08/09/98). Setiap zaman Allah s.w.t menghantar ambia di kalangan manusia utk membuat usaha ke atas iman. Setiap masa nur hidayah berpindah dari nabi ke nabi sehingga Baginda Rasullullah s.a.w. Setiap nabi membawa hati umat dari makhluk kpd khaliq. Setiap nabi membawa 2 perkara iaitu kebaikan dan amanah, iaitu supaya diri, harta, masa manusia digunakan dgn jln yg betul. Usaha nabi sama iaitu atas kalimah taiyibah, ttpi medan usahanya berbeza2. Umat Muhammad s.a.w adalah bertggjwb utk melaksanakan usaha yg sempurna yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Medan usaha umat ini adalah kpd setiap manusia di seluruh dunia seluruh alam. Dgn lain perkataan kerja umat ini adalah sama dgn kerja Baginda Rasulullah. Kerja yg dahulu dipindah dari nabi ke nabi ttpi skrg telah dipindah dari nabi ke umat. Medan usaha umat ini ada 3:
1. Usaha atas umat.
2. Usaha atas kaum/keluarga .
3. Usaha atas manusia seluruh dunia seluruh alam .
Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai khalifah Allah. Rasulullah bersabda manusia sbg lombong2 emas dan perak. Jika tanah yg mengandungi emas itu tidak diusahakan maka emas dan perak dlm lombong itu tidak dpt dikeluarkan. Begitu juga jika manusia dijadikan medan usaha maka manusia akan baik dan dari diri manusia akan tersebar hidayat. Allah s.w.t telah memilih manusia sbg khalifahNya kerana dlm diri manusia ada sifat2 mulia. Sbg contohnya Nabi Ibrahim a.s mempunyai banyak sifat mulia. Oleh itu ia telah dijadikan kawan dan Nabi Allah. Manusia yg mensia2kan sifat mulia yg ada pada diri mereka adalah ora yg zalim. Nabi Ibrahim a.s dikatakan mempunyai 30 sifat dan ia telah lulus dari ujian Allah dan beliau telah dijadikan imam kpd semua manusia sehingga hari qiamat.
Adakah skrg kita telah membina sifat2 mulia yg membolehkan bantuan Allah dtg kpd kita. Sebnyk mana sifat mulia dibina oleh manusia maka ia akan menjadi kawan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memperkenalkan sifat Allah kpd nabi dan kita perlu menjlnkan usaha memperkenalkan sifat2 kesempurnaan Allah kpd manusia spt usaha yg dijalankan oleh nabi2. Allah s.w.t yg menghidupkan dan Allah yg mematikan, dialah zat yg membangkitkan manusia di hari qiamat, yg memberi kesihatan dan nikmat. Seblm Rasulullah s.a.w, nabi2 membuat usaha tidak mengwujudkan org yg membuat usaha agama. Berbeza dgn Rasulullah s.a.w telah menyediakan umatnya utk membuat usaha agama. Dlm masa 23 tahun, 124,000 sahabat telah disediakan utk berbagai tugas agama, spt Abu Hurairah seorg yang alim, org yg tegas spt Hadzrat Umar.
Hari ini kita perlu sibukkan diri dalam menyempurnakan takazah agama supaya sifat-sifat mulia kita dapat terbina dan kita diterima oleh Allah s.w.t dalam membuat usaha agama. Dlm dakwah ada mizaj iaitu cara2 nabi membuat kerja agama. Sahabat2 dengan melihat nabi, mereka tahu samada nabi suka atau tidak, seperti apabila ia berpakaian sutera, nabi suka atau tidak. Dalam dakwah ada mizaj nabi, oleh itu ia memberi kesan. Semua mizaj nabi ada pada sahabat. Para sahabat seperti bintang, jika kita mengikutinya nescaya kita akan mendapat kejayaan. Sebagai contohnya dalam solat ada mizaj solat dan cara solat. Mizaj solat ialah yakin yang betul, tarikat solat ialah buat dengan sempurna, bayang kan kita nampak Allah s.w.t atau Allah s.w.t nampak kita dan kita solat dengan ikhlas, manakala caranya jika orang sakit cara solat berbeza dgn org yg sihat. Rasulullah s.a.w sebelum wafat telah memberi tiga kerja:
1. Usaha agama
2. Hak Allah
3. Hak manusia
Sebelum wafat Rasulullah s.a.w telah membuat 3 kerja. Menghantar jemaah Usamah bin Zaid utk menunaikan hak usaha agama, meminta umatnya menitik beratkan menunaikan solat untuk tunaikan hak Allah s.w.t dan memerintah supaya berbaik dgn hamba sahaya utk tunaikan hak manusia. Rasullullah sediakan sahabat dan mengambil kerja agama kpd sahabat. Nabi telah sediakan kumpulan manusia yang sedia menunaikan 100% takazah agama. Dlm membuat usaha agama Rasulullah s.a.w telah membuat usaha dikalangan 3 peringkat manusia serentak iaitu orang lelaki, wanita dan kanak2 seperti Abu Bakar, Siti Khadijah dan Ali r.a.
Dlm membuat khutbah yg panjang dlm Haji Wida’, Baginda menyatakan bahawa setiap orang dalam haji ini perlu menyampaikan agama kepada orang yang tidak hadir, bukan sahaja pada ketika itu tetapi kepada seluruh manusia sehingga hari qiamat. Dalam Haji Wida’ setiap yang datang telah membuat keputusan yang kerja dakwah adalah kerja mereka. Hari ini apabila manusia tidak menjadikan dakwah sebagai maksud hidup mereka, maka kerja keperluan telah menjadi maksud hidup mereka, pertanian sebagai maksud hidup, perniagaan sebagai maksud hidup mereka.
Dlm membuat khutbah yg panjang dlm Haji Wida’, Baginda menyatakan bahawa setiap orang dalam haji ini perlu menyampaikan agama kepada orang yang tidak hadir, bukan sahaja pada ketika itu tetapi kepada seluruh manusia sehingga hari qiamat. Dalam Haji Wida’ setiap yang datang telah membuat keputusan yang kerja dakwah adalah kerja mereka. Hari ini apabila manusia tidak menjadikan dakwah sebagai maksud hidup mereka, maka kerja keperluan telah menjadi maksud hidup mereka, pertanian sebagai maksud hidup, perniagaan sebagai maksud hidup mereka.
Oleh itu manusia telah yakin pada asbab. Usaha Nabi ialah untuk menjelaskan kepada manusia maksud hidup manusia. Dakwah Nabi adalah utk meningkatkan iman. Apabila manusia tidak menjadikan dakwah sebagai maksud hidup maka natijah agama tidak wujud dan ia tidak mendapat hidayat. Tetapi sebaliknya jika manusia menjadikan dakwah sebagai maksud hidup pasti ia mendapat hidayat. Ini adalah janji Allah s.w.t. Oleh kerana sahabat sibuk membuat kerja dakwah tiada seorg pun yg dikenali sbg ahli perniagaan atau ahli pertanian walaupun ketika itu mrk berniaga dan bertani. Berbeza dgn manusia hari ini dikenali sbg pekedai buku, pekedai runcit dan sebagainya. Maksud hidup sahabat ialah hijrah utk agama atau nusrah jemaah yg membuat usaha agama. Mereka menjadi Ansar dan Muhajirin, sahabat2 dikenali sbg usaha agama spt ahli Badar, ahli Uhud, ahli Khandak dan sbgnya. Rasulullah memberitahu bahawa jangan mengutamakan lebih dari dakwah sebagai maksud hidup.
Oleh itu sahabat2 biasanya keluar tunai apabila dibentangkan takazah agama kepada mereka. Sebagai contoh seorang sahabat memberitahu ia sedia menuanaikan takazah Rasulullah s.a.w tetapi perlu meminta izin untuk mengambil unta di luar Madinah, Rasulullah s.a.w memberitahu mereka tidak ada masa untuk mengambil unta beliau dan perlu terus keluar. Hari ini kita belum menjadikan dakwah sebagai maksud hidup, keadaan kita sama dengan seorang petani, peniaga dan sebagainya. Berbeza dari sahabat seperti Hanzalah oleh kerana ia telah menjadikan usaha agama sbg maksud ia dihantar maka ketika belum mandi hadas, apabila ia diusuli utk sempurnakan takazah agama, ia terus terjun ke medan perang dan mati syahid, mayatnya diangkatkan ke langit dan dimandikan oleh para malaikat. Org yg mendahulukan keperluan kerja agama, Allah s.w.t akan membuka jalan2 mudah baginya, seperti berkat rezeki, mudah menjalani kehidupan. Sebanyak mana kita korbankan diri, harta dan masa untuk membuat usaha agama, sejauh itu keberkatan hidup mereka akan perolehi.
Setiap umat perlu dibawa kepada kerja Nabi s.a.w. Melalui kerja ini umat perlu dibawa ke tahap menghayati agama yang ditinggalkan oleh Bgainda Rasulullah s.a.w iaitu dari segi imaniat, ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak. Sesuatu benda dibuat utk mencapai suatu maksud ttpi jika digunakan utk maksud lain, ia dinamakan zalim. Sesungguhnya Allah s.w.t yg mencipta manusia dan ia tahu apa maksud manusia dijadikan. Allah s.w.t tetapkan bahawa “Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan kepada manusia untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Jika manusia tidak menjalani tggjwb yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t maka ia telah terkeluar dari maksud ia dijadikan.
Manusia yg sibuk menjlnkan kerja keperluannya perlu diberi peringatan supaya kembali kpd maksud ia dilahirkan. Hari ini umat tidak faham mereka menyatakan perlukah saya melibatkan diri dlm kerja dakwah tabligh. Sesungguhnya ia tidak boleh mengatakan sedemikian, sepatutnya pekedai itu satu kerja, nelayan, petani dan sbgnya adalah satu kerja dan kerja dakwah sbg maksud hidup umat. Kita mesti yakin bahawa melalui kerja dakwah ini dpt menyelesaikan semua masalah. Selagi keyakinan sedemikian tidak dpt dibentuk pada diri seseorg maka setakat itu ia tidak dpt beristiqamah atau kekal dlm kerja ini.
Allah bersumpah demi masa semua manusia dlm kerugian, kecuali mereka yg membuat 4 amalan, beriman, beramal soleh, berpesan yg hak dan sabar. Oleh itu supaya kita tidak jadi org yg rugi kita perlu bangun utk menyediakan org lain mengamalkan agama. Pada zaman Rasulullah s.a.w oleh kerana adanya umat yg telah disediakan dan berkeinginan utk solat di masjid, maka Rasulullah s.a.w telah beli tanah dari anak yatim dan dibenarkan masjid di atasnya. Berbeza dgn umat hari ini, masjid2 besar, tetapi tiada org yg berkeinginan untuk solat di masjid. Masjid2 kosong dan sehingga ada masjid2 dikuasai oleh org kafir
Hari ini kita tidak buat gasht dgn penuh fikir utk membawa org dtg kepada amalan agama, bagaimana kisah isteri Ikramah yg telah memeluk Islam, beliau berfikir bagaimana hendak membawa suami kpd Islam. Ikramah telah lari ke Yaman. Dlm perjalanan itu kapalnya dipukul ribut, jurumudi meminta Ikramah mengucap kalimah ikhlas. Ikramah menyatakan saya lari dari Mekah kerana tidak hendak mengucap kalimah itu. Seterusnya Ikramah dibawa kpd isterinya dan isterinya menyatakan kamu tidak boleh bersatu dgn saya seblm kamu memeluk Islam.
Ikramah telah terkesan fikir isterinya dan dia telah dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w dan memeluk Islam. Seorg sahabat dipenjara, ttpi ia azam utk bersama berjihad, maka Allah s.w.t telah membuka jln sehingga ia boleh keluar utk sama2 berjihad. Sahabat lain nampak spt kuda dan sahabat tadi pergi berjihad. Selepas ia berperang ia kembali ke penjara dan ikat dirinya sendiri. Pengawal melihat keadaan sahabat tadi telah memeluk Islam dan sahabat itu dibebaskan. Apabila adanya keazaman, maka Allah s.w.t mudahkan jln utk keluar ke jln Allah s.w.t. Maulana Saad memberitahu org yg telah membuat usaha ini dan tinggalkan kerja ini utk membuat amal ibadat, maka ia tidak akan maju dlm amalannya dan seterusnya lama kelamaan ia akan tinggalkan amalan ibadat yg dibuatnya itu.
Maulana Yusuf memberitahu bahawa usaha ini adalah utk mendapat cahaya kalimah dan solat. Sebelum mendpt hakikat kalimah dan solat kita perlu buat bentuk kalimah dan bentuk solat. Utk betulkan cahaya kalimah, khalifah Umar juga membuat dakwah infradi. Maulana Saad memberitahu jika kita telah tahu kerja dakwah ttpi tidak membuatnya ia satu musibah. Hari ini jika kita bangun membuat usaha agama, bantuan Allah akan bersama kita yg membuat usaha agama dan bantuan itu akan berjalan sehingga hari qiamat.
No comments:
Post a Comment