Friday, January 2, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(11/09/2013 - Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin). Allah s.w.t tak jadikan dlm satu org itu ada dua hati. Begitu juga tidak mungkin ikhlas dan riak berkumpul dlm satu hati. Syarat pertama utk dpt faedah langsung dari zat Allah ialah keluarkan yakin makhluk drp hati. Mengapa ghairullah masih wujud dlm hati? Sebab kita hanya berzikrullah tapi kita tak cakap ttg kebesaran Allah. Bila cakap berkenaan sesuatu perkara maka harapan pada perkara itu wujud. Bila percakapan kebesaran Allah wujud, maka barulah harapan pada Allah akan wujud. Bila zikir sahaja, tak cakap kebesaran Allah, maka tidak ada harapan pada perintah Allah, tak ada yakin pd Allah. 

Maksud drp majlis zikir ialah cerita pasal kehebatan Allah, kebesaran Allah, nikmat dlm syurga, kehidupan selepas mati, ini yg dikatakan majlis zikir. Majlis macam inilah yg akan dikerumuni oleh para malaikat. Allah s.w.t menyebut nama peserta majilis di hadapan majlis para malaikat. Malaikat akan menutupi para peserta majlis dgn sayap mereka, ini adalah kelebihan ahli jemaah masjid. Menyebut tentang Allah di rumah Allah. ‘Walazikrul lahiakbar’, maksud drp ayat ini ialah Allah menyebut peserta majlis di dlm majlis para malaikat. Zikir akbar ialah Allah menyebut/mengingati peserta2 majlis di dlm majlis yg mana pesertanya menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t. 

Kita duduk dlm majlis iman, kita bercakap tentang kebesaran Allah dgn ini iman akan bertambah dan meningkat. Duduk dlm majlis2 iman dgn tawadduk/tawajjuh dan mendengar tentang percakapan kebesaran Allah s.w.t akan meningkatkan iman. Meningkatnya iman drp majlis iman adalah sabit drp kisah2 para sahabat. Mereka berkumpul di masjid. Sahabat buat gasht dan jumpa sahabat dan mereka kata mari kita beriman pd Allah s.w.t. Abdullah Rawahah r.hu seorang diri, kadang2 dua org, keluar dari masjid dan jumpa sahabat yg lain ajak ke masjid. Abu Hurairah r.a, Umar r.a ajak org diluar masjid dan bawa ke masjid.

Jasbah dan tarikan utk belajar iman telah pupus/luput drp umat ini. Kerja paling asas ialah ubah yakin. Tempat utk ubah yakin ialah di masjid. Buat gasht dan bawa org ke masjid dan cakap pasal iman di masjid, ini adalah yg asal/asli. Kalau buat usaha ikut suka kita, iman tak meningkat. Agama telah ditentu kan dan utk bawa agama dlm kehidupan ada cara yg khusus dan bukan sebarang cara. Sahabat telah sampai ke tahap kesempurnaan iman. Dlm satu majlis, Umar r.a kata: dlm majlis ini ada satu org yg mana bila iman dia dibahagi2ikan akan mencukupi utk satu gerombolan tentera (beliau ialah Usman r.a). Abdullah Rawahah r.a ketika baring diatas peha isteri, menangis teringatkan melintas titian sirat. 

Abu Bakar r.a adalah org paling kuat iman, siddiq akbar. Iman yg macam tu pun merasai diri munafik bila bersama keluarga. Hanya org munafik sahaja yg rasa tak perlu pd iman. Org mukmin mesti selalu merasai utk kuatkan iman. Sahabat berjumpa dgn sahabat yg lain atas tajuk meningkatkan iman, belajar iman. Mari duduk bersama kami utk tingkatkan iman. Mari berjalan bersama kami ke masjid utk tingkatkan iman. Da’i adalah dihantar oleh Allah s.w.t utk menjemput org yg ketiga ke rumah org yg menjemput (maksudnya Allah). Dtg ke masjid jadi asbab hidayat. Tinggalkan masjid akan bawa ke jln kesesatan. Tempat utk membina iman ialah masjid. Org yg berulang alik ke masjid/memakmurkan masjid adalah org beriman. Umat akhir tidak akan terislah selagi tidak meniru cara para sahabat (umat awal kurun). Hidayat akan diberi bila sunnah dituruti, 2½ jam utk hidupkan amalan masjid, amalan masjid boleh merubah hati, rombongan banu taqif  diletakkan dlm masjid dan suasana masjid melembutkan hati mereka. 

Tufail Dausi letak kapas dlm telinga tak mahu dengar cakap Rasulullah. Hati berubah kesan dpd amalan masjid. Allah letak dlm amalan dakwah. Dakwah dgn cara aliran zaman skrg ini tiada hidayat dan jauh dari sunnah. Cara yg betul hanya dgn cara Nabi saw. Bawa kerja kpd sunnah. Mempelajari iman adalah fardu ain atas setiap individu islam. Allah perintah: wahai org beriman, berimanlah. Iman akan jadi lonjakan utk beramal. Dakwah kpd org kafir ialah masuk islam tapi hukum utk beriman ditujukan kpd org beriman. Beriman spt iman para sahabat. Takluk dgn Allah hanya di masjid. Satu langkah utk dakwah begitu banyak pahala. Debu2 akan ditukar dgn kasturi. Debu2 akan ditukar kpd bedak utk tambah ketampanan dlm syurga.

Umat jahil drp ilmu iman. Umat cuma ada khayalan iman. Iman adalah hakikat dan islam adalah nama ketaatan malah islam bukan satu kaum. Islam adalah menyerah diri utk taat perintah Allah. Apa itu iman? Iman ialah menerima perkhabaran nabi kerana percaya pd nabi s.a.w. Mengingkarinya adalah kufur. Allah telah sampaikan berita pd nabi berlawanan dgn logik akal. Menyakininya adalah tggjwb umat. Berita mikraj iaitu safar dgn jasad, sebahagian malam (sepatutnya 1 bln perjalanan), Mekah ke Baitulmaqdis dan kemudian ke langit. Satu jangkamasa yg singkat. Berlawanan dgn akal. Agama bukan bersandarkan pada akal. Agama berpandukan hukum dan perintah Allah. 

Bila berpandukan akal maka akan menokok tambah dlm agama. Kerana iman lemah maka org2 yg tak percaya mikraj nabi telah murtad. Safar mikraj adalah utk menguji org beriman. Dlm safar mikraj nabi tengok syurga, tengok neraka, jumpa nabi2, tengok peristiwa2 yg aneh. Tanda atau alamat iman ialah buat baik, gembira dan buat jahat, dukacita. Tanda iman adalah taat spt unta yg diikat hidungnya. Asas iman adalah taqwa. Tempat taqwa adalah hati. Kalimah lailahaillallah adalah kalimah taqwa. Org beriman adalah org yg berhak atas kalimah. Apa itu taqwa? Takut pd Allah ketika bersunyi diri. Tinggalkan dosa kerana makhluk adalah tanda ketiadaan taqwa. 

Bila seseorang buat dosa bersunyi diri, kemudian (perasan) pintu terbuka, dia jadi takut sebab pintu terbuka maka takut kpd pintu adalah dosa yg lebih besar drp dosa yg sedang dilakukan. Taqwa mudahkan urusan dan jln keluar drp kesempitan. Org yg tiada keinginan agama contohnya kaum sesebuah negara dan ingin bantuan Allah utk menentang pemerintah maka Allah tak bantu. Yusuf a.s telah jauhkan diri dari dosa dan usaha tak sia-sia walaupun pintu tertutup, Allah buka semua pintu dan jln keluar drp segala kesempitan. Yusuf a.s keluar dari kesempitan dan diuji, dipenjara dan menghadapinya dgn sabar dan buat dakwah.

Hari ni tabligh dah jadi satu persatuan, bila tengok peluang, baru nak buat dakwah. Keadan lebih teruk akan dtg bila bagi alasan utk tidak buat dakwah. Harap hanya pd Allah maka Allah tak akan serah pd makhluk. Bila keadaan dtg pd kita, kita ingat Allah. Meminta dan harap hanya pd Allah. Dlm setiap keadaan dan situasi ingat Allah, sebut insyaAllah dan jgn lupa pd Allah. Yahudi tanya nabi pasal Ashabul Kahfi dan Zulkarnain. Nabi kata esok saya bagitahu. Nabi tunggu wahyu. Nabi terlupa sebut insyaAllah. Satu bulan wahyu tak dtg. (riwayat lain 15 hari). 

Nabi tak ada ilmu ghaib. Macammana kita boleh kata ahlullah ada ilmu ghaib. Hakikatnya Allah yg buat segala2nya. Sentiasa ingat pd Allah. Rezeki dtg dari arah tak disangka2. Berlawanan dgn logik akal. Tikus bawa 17 keping emas utk sahabat semasa kencing. Begitu hinanya dunia. Bila kita guna solat utk minta dunia maka jadi sgt rendah nilainya. Ibadat adalah hak Allah. Solat hajat bukan utk hajat. Solat bila ada hajat supaya dekat dgn Allah. Hajat adalah makhluk. Ibadat hak Allah. Solat utk Allah. Samada hajat tertunai ataupun tidak. Minta dgn Allah melalui amal. Kita sendiri kena buat. Hari ni kita kata Allah buat ttpi kena ada harta, kena ada benda, ini semua salah. Allah bagi melalui 2 jalan iaitu berlawanan dengan akal dan berlawanan dengan sangkaan.

Utk org yg bertaqwa maka Allah mudahkan segala urusan. Allah lembutkan besi utk Daud a.s spt tepung yg diuli. Ustaz yg ambil upah mengajar ambil upah utk waktu. Upah mengajar adalah syurga. Org yg mukhlis sentiasa tafakud diri, Org yg riak tuntut utk dipuji. Bila dikritik akan marah. 2 sebab utama urusan org beriman susah: tidak berjaga2 dlm menguruskan harta ijtimai. Umar r.a kata harta ijtimai spt harta anak yatim, pengetahuan al-quran bukan asal kerana ia hanya maklumat, tapi kesan al quran adalah asal org yg takut berdiri di depan Allah. Allah sediakan 2 taman syurga. Ini janji utk org bertaqwa. Allah lipat gandakan pahala org yg bertaqwa. Bawa taqwa dlm muamalat. Anggota badan tak selamat selagi makanan tak suci atau tidak halal. Selamatkan diri dari makanan yg haram, sucikan darah dlm badan. Darah yg mengalir dlm urat2 kecil, ini yg mendorong kpd dosa. 

Ibadat, muasyarat, akhlak akan betul bila muamalat betul. Makan makanan haram maka anggota badan memberontak utk buat dosa walaupun tuan tubuh tak nak buat. Halal bukan sekadar sumber pencarian tetapi makanan yg halal. Makanan yg haram, doa ditolak. Ibadat jadi kosong. Darah yg suci yg akan dtgkan perubahan. Apa yg berlaku sekarang ni sebab dosa2 yg kita buat. Dosa paling besar org islam buat ialah buat dosa tapi tak menganggap ia satu dosa. Menganggap diri berdosa adalah jln utk dpt keampunan Allah. Sabar tanpa taqwa adalah zalim. Sabar dan taqwa dan bantuan Allah dtg secara tunai. Apa itu sabar? Sabar ialah istiqamah dgn hukum Allah berlawanan dgn keadaan. Hari ni, org sabar bersama dosa. Pencuri ditangkap dan dipukul. Ini bukan sabar. 

Allah dtgkan keadaan utk tunjukkan jalan. Bila masalah dtg, ingat dosa2 dan org macam ni akan cepat terlepas dari keadaan tersebut. Bawa perintah Allah dlm muamalat. Ibadat perlukan taharah. Akhlak dan muasyarat akan betul dgn sendiri. Akhlak dan muasyarat adalah amal yg keluar dari badan manusia (perbuatan manusia). Pertolongan ghaib Allah dtg dgn sunnah. Hari ni, walaupun fardu diamalkan tapi kehinaan tetap dtg. Bila anggap selain cari nabi akan berjaya maka Allah akan hinakan. Org islam anggap amal fardu dah mencukupi. Allah hina jika tak amal sunnah dan tak akan keluar dari kehinaan sehingga dtg kpd sunnah. Maksud kerja ini utk amalkan sunnah. Amal hidup org bukan islam akan dihina Allah.

Malu utk amal sunnah kerana suasana – murtad dlm muasyarat. Meringan2kan sunnah - murtad dlm pemikiran. Meringan2kan sunnah - membawa kpd meringan2kan fardu dan membawa kpd tinggalkan fardu - berjln diatas jln kekufuran. Mentertawakan sunnah – bermakna mentertawakan nabi s.a.w. Malu utk amal sunnah – Allah cabut kehebatan org islam. Tiada pertolongan Allah bila tinggalkan sunnah. Apa itu hijrah? Ubah haluan hidup. Kita akan maju bila selalu muhasabah diri. Hari ni kita beramal dlm keadaan lalai. Buat amal yg besar tapi tak ada ihtisab. Kita kena ubah diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment