(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/1999). Tuan-tuan yg mulia, apabila manusia ini ada keyakinan bahawa sesuatu usaha akan menyelesaikan masalah dia, akan memberi kejayaan pada dia, akan menyelesaikan masalah dia dunia dan akhirat, maka mudah utk dia beri pengorbanan utk usaha itu dan mudah utk dia istiqamah dlm usaha itu. Kalau dia tidak ada yakin bahawa sesuatu usaha akan menyelesaikan masalah dia, akan memberi bantuan kpd dia, akan memberi kejayaan kepada dia, maka dia tidak akan memberi pengorbanan utk kerja itu dan dia tidak akan istiqamah dlm kerja itu. Setiap kerja, yg mana kita ada basirah, kita ada keyakinan, kita tahu kelebihannya, kita tahu kepentingannya, kita berkeyakinan bahawa usaha itulah yg akan menyelesai kan masalah, maka barulah manusia ini akan tambahkan pengorbanannya dan dia akan buat usaha dengan istiqamah.
Jikalau dia tidak ada keyakinan, maka dia tidak nampak pun apa sebab, kenapa dia kena buat usaha ini, kenapa dia kena tambahkan pengorbanan dan knp dia kena istiqamah dlm kerja ini. Kalau dia tidak ada basirah tentang kerja itu, dia tidak akan ada keyakinan kepada kerja itu, maka dia tidak akan buat kerja dengan keyakinan. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Katakanlah wahai Nabi, inilah jln aku, mengajak manusia kpd Allah dgn basirah, dgn keyakinan bahawa yakin dgn kerja nabi ini, maka Allah s.w.t akan memberi hidayat”. Allah s.w.t akan memberi hidayat dgn kerja nabi ini. Allah s.w.t akan menyelesaikan masalah dunia dan akhirat dgn kerja nabi ini dan kerja nabi ini akan menarik bantuan Allah s.w.t.
Tuan2 yg mulia, bila ada keyakinan ini barulah manusia akan tambahkan pengorbanannya, usaha utk sempurnakan segala kerja ini dan dia akan istiqamah dlm kerja ini. Kalau tidak, spt kita ikut satu arus sahaja. Semua org buat kerja, kita pun buat juga utk mendpt sebahagian dpd kebaikan dpd kerja itu dan utk mendpt saham dpd kerja yg dibuat oleh semua org. Maknanya dlm keadaan ini, manusia yakin bahawa penyelesaian masalah dia adalah dlm urusan lain, dia yakin bahawa masalah2 dia selesai dgn kerja lain dan kerja ini dia buat hanya utk mendapat pahala. Org lain buat, saya pun buat. Kerja yag sebenarnya ialah kerja yg tidak mengikut kerja lain dan tidak akan tunduk kepada kerja lain. Bila satu org yakin bahawa kerja itu akan menyelesaikan masalah dia, maka kerja itu tidak akan dikorbankan atau tidak akan tunduk kpd kerja2 yg lain.
Kerja yg sebenarnya ialah kerja itulah yg akan dibuat dahulu, kerja itulah yg akan didepankan, yg akan diutama kan dan kerja lain akan dikemudiankan. Bila tidak ada keyakinan ini bahawa kerja itu akan menyelesaikan masalah, maka kerja itu akan jadi pengikut ataupun tunduk kpd kerja yg lain. Oleh itu, sebenarnya tuan2 yg mulia, sejauh mana satu org itu ada basirah, keyakinan terhadap sesuatu kerja, maka sejauh itulah dia akan tambahkan pengorbanan dan dia akan istiqamah dlm kerja itu. Bila kita ada keyakinan bahawa usaha agama inilah yg akan menyelesaikan masalah kita dunia dan akhirat, usaha agama inilah yg akan membawa bantuan Allah, usaha agama inilah yg akan memberi kejayaan pada kita, maka barulah org akan tambahkan pengorbanan dan istiqamah dlm kerja ini.
Tuan2 yg mulia, kerja yg dibuat oleh para ambiya a.s dan para nabi ialah satu kerja yg mana tidak ada kemungkinan langsung bahawa dgn kerja itu, maka kerja2 kita yg lain akan sia2. Tidak ada kemungkinan langsung bahawa dgn kita buat kerja itu, kerja2 kita yg lain, urusan2 kita yang lain akan jadi sia2. Misalnya perniagaan kita akan jadi sia-sia atau keluarga kita akan jadi sia-sia atau anak kita akan jadi sia2. Tidak ada kemungkinan langsung. Bila satu orang buat kerja agama, pasti Allah s.w.t akan pelihara dia dan selamatkan segala urusan2 dia yg lain. Kalau ada pemikiran seperti itu pun iaitu hanya kita terfikir, kalau saya buat usaha agama ini, perniagaan saya akan rugi, anak saya akan rosak, fikiran seperti itu kalau terlintas pun akan manahan atau memberhentikan bantuan Allah s.w.t. Nusrah Allah s.w.t yang ghaib akan terhenti walau kita hanya terfikir ttg perkara ini kerana bantuan Allah s.w.t dtg atas keyakinan seseorang. Bila seseorg yakin bahawa dgn kerja ini Allah s.w.t pasti bantu saya dan juga segala urusan2 saya, maka sejauh itulah Allah s.w.t akan bantu dia.
Nabi2 buat kerja ini dan penuh yakin bahawa dgn saya buat kerja ini Allah s.w.t tidak akan sia-siakan saya, Allah s.w.t tidak akan lepaskan tangan saya, Allah s.w.t pasti akan bantu saya, Allah s.w.t pasti akan bantu dlm segala urusan saya. Dgn yakin inilah yg majukan mereka dlm pengorbanan utk usaha agama dan yg memberi kekuatan kepada mereka untuk istiqamah dlm kerja agama. Sejauh mana seseorg itu yakin dgn kerja ini, maka sejauh itulah dia akan istiqamah dan dia akan tambahkan korban utk kerja ini. Wanita2 pun ada keyakinan yg sama, misalnya seorang wanita, isteri nabi, ditinggalkan di padang pasir yg kering kontang, dia yakin bahawa jika ini perintah Allah s.w.t, pasti Allah s.w.t tidak akan sia-siakan saya. Oleh itu, tuan2 yang mulia, sejauh mana seseorang itu yakin, dia ada basirah, dia yakin kepada kerja ini, maka sejauh itulah dia akan istiqamah dalam kerja ini.
Bila kita buat kerja ini dengan istiqamah, barulah kita dapat sempurnakan kerja ini dan barulah kerja ini akan berjalan. Ihtisab para sahabat tentang amalan ibadat dan juga amalan dakwah begitu tinggi sekali yang telah menyebabkan mereka buat pengorbanan yg begitu tinggi untuk sempurnakan segala takazah amalan ibadat dan juga amalan dakwah. Mereka ada yakin yg penuh bahawa dgn menunaikan takazah2 agama ini, segala keperluan mereka akan disempurna kan, bantuan Allah s.w.t akan bersama mereka dan mereka tidak akan disia-siakan oleh Allah s.w.t. Mereka penuh yakin dgn apa yg telah dijanjikan oleh Allah s.w.t yang telah membawa mereka ke tahap pengorbanan yang begitu tinggi, tahap amalan ibadat yg begitu tinggi, tahap iman yg begitu tinggi, tahap usaha dakwah yg begitu tinggi, yg telah menyebabkan mereka memberi pengorbanan yg begitu tinggi.
Keyakinan mereka atas janji2 Allah s.w.t, atas amalan2 ibadat, atas amalan dakwah inilah yg telah menyebabkan mereka memberi pengorbanan dan meletakkan satu tahap yg begitu tinggi dlm iman dan segala amalan mereka dan juga dlm menjlnkan usaha dakwah ini. Setiap perkara mereka tanya Rasulullah s.a.w, “Kalau saya buat ini, apa yg saya akan dpt?” Misalnya dlm satu kisah, bila Rasulullah s.a.w tanya sahabat, “Siapa yg sedia utk pergi ambil berita ttg keadaan musuh?” Sahabat tanya, “Apa yg kami akan dpt?” Nabi s.a.w beritahu, “Sesiapa yg pergi, mereka akan bersama2 aku dlm syurga”, maka seorg sahabat telah sedia. Huzaifah r.a telah sedia. Dia yakin bahawa dgn dia pergi dlm keadaan sejuk dan takut, dlm keadaan yg bahaya, dia pasti akan berjaya. Allah s.w.t pasti akan memberi apa yang Dia telah janjikan dan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka telah sempurnakan takazah2 agama, dgn itu mereka dpt sempurnakan takazah amalan dakwah ini, maka agama yg sempurna telah dtg dan diwujudkan. Bila kelemahan dtg dlm amalan dakwah ini, maka kelemahan dan kekurangan akan dtg dlm agama. Maulana Yusuf rah. berkata, “Apb kekurangan dtg dlm agama, itu bermaksud amalan dakwah telah berkurangan”. Kekurangan dlm usaha dakwah, maka agama pun akan berkurangan.
Tuan-tuan yg mulia, para sahabat mempunyai keyakinan atas janji2 Allah s.w.t, atas janji2 Rasulllah s.a.w, atas usaha dakwah ini dan atas amalan mereka yg begitu tinggi, maka mereka telah dpt sempurnakan takazah2 usaha dakwah dan juga takazah2 ibadat dan segala2nya. Para sahabat telah tunaikan segala apa yang mereka telah janji dengan Allah s.w.t dan dengan Rasulullah s.a.w kerana mereka yakin bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t pasti akan dapat. Mula-mula Allah s.w.t uji para ambiya a.s, uji mereka dalam berbagai macam cara, dalam perniagaan mereka, keluarga mereka, diri mereka. Bermacam2 keadaan Allah s.w.t bawa dihadapan mereka.
Mereka dilalui dalam berbagai macam cara ujian. Allah s.w.t letak mereka dalam berbagai macam ujian. Apabila mereka lulus dlm semua ujian2 tersebut, dan mereka yakin hanya kepada Allah s.w.t sahaja bahawa Allah s.w.t sahajalah yg boleh menyelesaikan segala masalah mereka, kemudian barulah Allah s.w.t pilih mereka untuk buat kerja agama. Allah s.w.t akan pilih untuk buat kerja agama ini. Para nabi pun Allah s.w.t pilih selepas uji mereka dan lihat adakah mereka yakin bahawa masalah mereka akan selesai melalui asbab, melalui benda, melalui perkara2 lain ataupun melalui Allah s.w.t. Dlm keadaan macam mana susah pun, bila mereka hanya rujuk pada Allah s.w.t sahaja, tawajjuh pada Allah s.w.t sahaja, tumpu pada Allah s.w.t sahaja, yakin pada Allah s.w.t sahaja dan minta bantuan hanya dpd Allah s.w.t sahaja, maka barulah Allah s.w.t akan luluskan mereka dan pilih mereka untuk buat kerja agama sepertimana yg Allah s.w.t buat pada nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim a.s telah diuji dgn berbagai macam cara. Nabi Ibrahin a.s hanya tawajjuh kepada Allah s.w.t sahaja dalam semua kesusahan tersebut, tidak paling daripada Allah s.w.t, yakin hanya kepada Allah s.w.t sahaja, barulah Allah s.w.t pilih nabi Ibrahim a.s dan perintah Rasulullah s.a.w pun ikut nabi Ibrahim a.s. dan kita umat ini pun adalah pengikut kepada nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t pilih nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t uji nabi Ibrahim a.s sehingga dia telah dicampakkan ke dalam api. Dalam petengahan perjalanan masuk ke dalam api, datang Jibrail a.s dengan segala kekuatan dia dan beritahu nabi Ibrahim a.s, “Saya sedia, wahai kekasih Allah, apa sahaja tuan perintah, apa sahaja hajat tuan, apa sahaja keperluan tuan, perintah kanlah saya, saya akan buat, saya dtg untuk bantu tuan”. Nabi Ibrahim a.s kata, “Saya tidak perlu kepada kamu, Allah s.w.t melihat dan Dia mencukupi bagi saya”.
Begitu sekali yakin nabi Ibrahim a.s, barulah Allah s.w.t pilih nabi Ibrahim a.s untuk buat usaha agama. Begitu juga dengan nabi Musa a.s. Allah s.w.t beritahu dalam Quran. Nabi Musa a.s telah diuji dan kemudian barulah Allah s.w.t pilih. Begitu juga Allah s.w.t akan pilih org2 untuk buat usaha agama, bukan kita buat ikut suka kita, apa kita hendak buat, kita buat. Allah s.w.t akan pilih. Allah s.w.t akan uji kita dlm bermacam2 keadaan. Allah s.w.t hendak lihat samada kita yakin pada perniagaan kita, kerja kita ataupun pemerintahan, kuasa, tanah kita atau sebagai nya atau kita yakin kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t akan uji kita dan dalam keadaan itu bila kita yakin hanya Allah s.w.t yg menyelesaikan masalah, bukan kita punya perancangan, bukan kita punya harta, bukan kita punya tanah, bukan kita punya wang ringgit, kita yakin hanya Allah s.w.t shj yg menyelesaikan masalah, maka org seperti inilah Allah s.w.t akan pilih utk buat usaha agama. Bukan sebarang orang boleh buat kerja ini. Mereka yang yakin dlm semua keadaan, mereka yg tawajjuh pada Allah s.w.t sahaja, org seperti itu yg Allah s.w.t akan pilih utk buat kerja ini.
Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t akan letakkan kita dalam berbagai macam keadaan. Pengorbanan adalah berkadar terus dengan yakin kita terhadap janji2 Allah s.w.t. Pengorbanan yang kita beri adalah mengikut sejauh mana kita punya yakin kepada Allah s.w.t, maka sejauh itulah kita boleh memberi pengorbanan untuk agama. Kalau tidak ada yakin kepada Allah s.w.t, maka pasti kita tidak akan dapat memberi pengorbanan untuk agama Allah s.w.t dan org yg tidak ada yakin bahawa Allah s.w.t yg menyelesaikan masalah atau usaha agama inilah yang boleh menyelesaikan masalah, orang seperti ini, bila-bila pun dia tidak akan boleh korbankan urusan duniawi dia untuk takazah agama. Sampai bila pun dia tidak boleh korbankan keluarga dia, isteri dia, anak dia, perniagaan dia, dsbnya untuk usaha agama ini. Dan selagi kita tidak mengorbankan segala2nya untuk usaha agama dan tidak meletakkan usaha agama di hadapan, maka kerja kita tidak akan sempurna.
Pagi tadi, kita dengar karguzari tuan-tuan dan kita lihat kelemahan dalam kerja. Ada orang fikir macam mana kita hendak buat kerja supaya kerja ini boleh maju, macam mana kita hendak ubahsuaikan kerja ini, supaya orang yang paling sibuk, yang tidak boleh bagi ½ jam pun untuk usaha agama, dia pun boleh melibatkan diri dalam kerja ini. Org yg tidak sanggup korbankan perniagaan dia, maknanya dia mahu tidak ada pengorbanan langsung dlm perniagaan dia, dlm keluarga dia, dlm kerja dia, dlm urusan dia dan usaha agama pun dia hendak buat, ini memang tidak akan berlaku. Tanpa menjejaskan perniagaan dan keperluan hidup kita dan segala urusan2 kita yg lain, kita mmg tidak boleh membuat kerja ini. Kita kena korbankan keperluan duniawi kita, barulah kita dpt beri pengorbanan untuk takazah2 agama. Org hanya boleh korbankan keperluan dia, perniagaan dia, keluarga dia, dsbnya mengikut kadar yakin dia kepada Allah s.w.t. Org yg yakin bahawa dengan usaha agama inilah masalah2 dia akan selesai, org seperti ini boleh memberi pengorbanan untuk sempurnakan usaha agama. Org yg ada yakin bahawa untuk menyelesaikan masalah dia, kena buat perniagaan, pertanian dsbnya, dan buat usaha agama utk dpt pahala, maka org spt ini tidak boleh beri pengorbanan untuk usaha agama. Org yg yakin bahawa dgn kerja inilah masalah2 dia di dunia dan akhirat akan selesai, org seperti inilah yg akan memberi pengorbanan untuk usaha agama.
Tuan2 yg mulia, mengapa kita tidak maju? Kerana tidak ada pengorbanan. Pengorbanan kita mengikut yakin. Yakin ini ada hubungan dgn dakwah. Yakin kpdaAllah s.w.t dan yakin kpd kerja ini yg menyelesai kan masalah kita dunia dan akhirat, maka sejauh itulah kita boleh buat pengorbanan utk takazah2 agama dan sejauh itulah agama akan maju. Maulana Yusuf rah. berkata, “Umat ini tidak akan dpt buat kerja ini dgn sempurna sehingga umat ini mengikut/meniru pengorbanan para sahabat”. Bila umat ini mengikut pengorbanan dan usaha mereka, barulah usaha agama ini dapat dibuat dgn sempurna oleh umat ini. Maulana Yusuf rah. berkata, “Apabila umat ini meniru para sahabat, mengikuti mereka dlm pengorbanan, maka umat ini akan dpt ganjaran 50 kali ganda dpd ganjaran yg diperolehi oleh sahabat2”.
Umat ini akan dpt bantuan dari Allah s.w.t 50 kali ganda dpdaAllah s.w.t bantu para sahabat. Skrg ini kita telah letakkan satu tahap pengorbanan dan kita tidak mahu maju lagi dlm pengorbanan. Kita sudah tetapkan inilah tahap pengorbanan yg kita akan buat. Kita telah menjadikan satu tahap pengorbanan yg telah menjadi satu adat. Kita tidak mahu ubah atau meninggikan lagi pengorbanan kita. Maknanya kita mahu usaha agama ini berjalan ttpi tanpa kita mengorbankan kita punya keinginan dan kemahuan, sedikit pun tidak ada perubahan dlm kemahuan dan keinginan dan lain2 urusan kita. Bila kita sudah letakkan satu tahap sbg kebiasaan, maka akan jadi adat bagi kita. Itu bukan lagi pengorbanan namanya.
Misalnya satu orang yang sudah biasa tahan dahaga, maka tidak minum air itu bukan satu mujahadah bagi dia dan bukan satu pengorbanan bagi dia. Satu orang yang sudah biasa tahan lapar, maka tidak makan itu bukan satu pengorbanan bagi dia. Satu orang yang biasa minum air, kalau dia tahan tidak minum air, maka itu satu pengorbanan. Satu orang yang biasa makan, tidak pernah lapar, maka tahan lapar itu adalah satu pengorbanan. Apa yang kita buat sekarang, sudah jadi satu kebiasaan adat dan kalau kita tidak maju lagi ke depan, maka apa yang kita buat ini tidak lagi jadi pengorbanan. Kita tidak sanggup korbankan kita punya kemahuan, keinginan dsbnya dan usaha agama, dalam apa keadaan pun, kita buat lebih kurang sahaja tanpa menjejaskan kita punya perkara2 yg lain, maka tidak ada pengorbanan dalam kerja ini.
Para sahabat menjadi contoh untuk kita, dari segi iman mereka, dari segi amal mereka, dari segi dakwah mereka dan tahap pengorbanan mereka. Merekalah contoh kita dan kita kena ikut mereka dan bila kita ikut pengorbanan mereka dan amal mereka dalam keadaan skrg ini, umat ini, di zaman ini, maka umat ini akan dapat 50 kali ganda ganjaran, 50 kali ganda bantuan Allah s.w.t. Walaupun umat ini tidak mellihat Rasulullah s.a.w, tidak pernah dengar Rasulullah s.a.w, tetapi sedia dengan yakin atas sabdaan2 nabi memberi pengorbanan untuk agama, maka umat ini akan jadi mulia, lebih mulia daripada para sahabat kerana mereka telah melihat nabi dan mereka telah mendengar sabdaan nabi. Walaupun kita tidak pernah lihat nabi, tidak pernah dengar sabdaan nabi, tetapi bila kita sedia untuk memberi pengorbanan spt para sahabat, maka kita akan jadi tinggi dan mulia disisi Allah s.w.t.
Syarat utk kita diterima oleh Allah s.w.t utk buat kerja ini ialah bila kita tambahkan pengorbanan. Bila kita tambahkan pengorbanan kita, maka kita akan maju dlm pengorbanan kita, dan org2 spt inilah yg Allah s.w.t akan pilih utk buat kerja ini. Kalau kita elakkan diri kita dpd takazah2 agama, kita suruh orang lain buat supaya kita boleh buat kerja dunia kita dan urusan2 kita yang lain, maka org seperti ini, Allah s.w.t akan ambil kerja daripadanya dan bagi pada org lain. Takazah2 agama ini dtg dpd Allah s.w.t kpd Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w bahag2kannya kepada para sahabat ttpi siapa ya Allah s.w.t akan pilih, itu hanya Allah s.w.t sahaja yg tahu.
Allah s.w.t akan gunakan utk agama, iaitu org yg sentiasa maju dlm pengorbanan mereka. Allah s.w.t akan ambil kerja dpd mereka. Mereka yg sentiasa maju dlm pengorbanan mereka, sedia untuk takazah2 agama, mereka inilah Allah s.w.t akan pilih. Perlu ada 2 syarat untuk kita dipilih oleh Allah s.w.t dan maju dlm kerja ini. Pertama, perlu ada ikhlas. Kedua, kita mahu maju dlm pengorbanan kita. Org2 yg maju dlm pengorbanan, org seperti ini, yg ada ikhlas dan sedia untuk takazah2 agama, maka Allah s.w.t pilih dia untuk buat usaha agama. Untuk sempurnakan takazah agama ini, Allah s.w.t akan pilih mereka2 yg ada pengorbanan, mereka yg ada ikhlas dan mereka yg sentiasa usaha utk tambahkan pengorbanan utk agama.
Contoh, satu pedang yg hebat, yg cantik, yg dahsyat, dtg dari Yaman kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tanya, “Siapa yg boleh tunaikan hak pedang ini?” Mula2 sekali Zubair b. Awwam r.a telah bangun dan kata, “Saya sedia”. Walaupun Zubair b. Awwam ini org Quraish, ada hubungan keluarga dgn Rasulullah s.a.w, anak saudara Rasulullah s.a.w, ttpi Rasulullah s.a.w tidak beri pada beliau. Selepas itu, Rasulullah s.a.w ambil pedang dan tanya, “Siapa sedia utk sempurnakan hak pedang ini?” Umar r.a telah bangun. Pada Umar r.a pun Rasulullah tidak beri. Pada kali ketiga, Abu Dujanah r.a telah bangun dan Rasulullah s.a.w telah beri pedang itu pada beliau.
Apa tahap kedudukan Abu Dujanah r.a kalau hendak dibandingkan dgn Umar r.a dan Zubair b. Awwam r.a? Mereka adalah sahabat2 yg hebat ttpi walaupun demikian Rasulullah s.a.w telah beri pada Abu Dujanah r.a. Bila Nabi s.a.w beri pada Abu Dujanah r.a, maka Zubair b. Awwam telah bangun dan kata, “Saya telah bangun awal, saya anak saudara kamu, bagaimana pula nabi telah beri pada org ini?” seperti mana hari ini, kita kata, “ Kenapa beri pada org baru, saya org lama, kenapa saya tidak digunakan utk usaha agama ini, kenapa bagi org baru buat?” Zubair b. Awwam r.a telah ikut Abu Dujanah r.a kerana ingin tahu kenapa Rasulullah s.a.w telah pilih dia. Dia tengok dlm medan peperangan, Abu Dujanah r.a telah menggunakan pedang itu dan arah mana dia guna pedang itu, musuh2 telah dibunuh dan musuh telah mengalami kekalahan dan akhirnya Zubair b. Awwam mengaku bahawa memang Abu Dujanah yg paling layak utk pegang pedang itu.
Tuan2 yg mulia, begitu juga dga kita, Allah s.w.t yg pilih siapa yg layak utk buat usaha agama iaitu mereka yg ada ikhlas dan mereka yg sentiasa maju dlm pengorbanan. Kita telah meletakkan satu tahap pengorbanan dan kita tidak mahu maju dlm pengorbanan sebaliknya kita mahu usaha agama ini maju, maka macam mana kerja ini boleh maju? Bila kita org2 lama, org2 yang dipilih dari seluruh Malaysia, org2 yg mengendalikan kerja ini, intipati org2 yg buat usaha agama, org2 yg paling banyak fikir, jikalau kita sendiri tidak tambahkan pengorbanan kita, mcmmana kerja ini akan maju. Macam mana org awam, org biasa, org luar akan dtg kepada kerja ini?
Kita kena fikir sudah berapa lama kita keluar 3 hari tiap2 bulan, sudah berapa lama kita bagi 2½ jam sahaja tiap2 hari, sudah berapa lama kita hanya bagi 40 hari sahaja tiap2 tahun? Bila kita mahu tambahkan pengorbanan kita kpd 4 bulan tiap2 tahun, 10 hari tiap2 bulan, 8 jam tiap2 hari? Kita kena fikir macam mana kita mahu tingkatkan pengorbanan. Jgn duduk di satu tahap pengorbanan sahaja. Kita mahu fikir mcmmana kita mahu maju dlm pengorbanan. Kita sendiri kena fikir, apa takazah2 agama dan mcmmana kita dpt tambahkan lagi pengorbanan. Org2 spt inilah Allah s.w.t akan pilih utk buat kerja. Kalau tidak, kita akan jadi halangan kpd org lain. Seperti naik anak tangga, kalau kita semua duduk di satu tahap, di satu anak tangga, org kemudian tidak boleh naik ke atas kerana kita sudah menghalang mereka. Kalau kita naik atas, barulah org belakang boleh ikut kita dan boleh naik ke atas.
Begitu juga, bila kita tambahkan pengorbanan, tingkatkan pengorbanan, barulah org2 lain, org2 baru, mereka akan dtg kpd tertib yg kita mahu mereka ikut. Kalau kita mahu mereka buat 2½ jam, 3 hari, maka kita kena tambahkan pengorbanan, barulah kita boleh bawa mereka kpd tahap pengorbanan itu atau sekurang2nya kita jgn kurangkan kita punya pengorbanan. Kalau kita yg dikatakan org lama di Malaysia, kalau kita punya 3 hari pun tidak dapat dibuat dgn sempurna, kita punya 2½ jam tidak sempurna, maka macam mana kita harap kerja kita akan maju. Macam mana kita harap org baru akan dtg kepada kerja ini. Oleh itu, tuan2 yg mulia, kita kena fikir di mana kita punya kedudukan skrg ini, mcmmana kita hendak tambahkan lagi pengorbanan.
Tuan2lah org yg paling banyak korban jemaah masjid di negara tuan2. Bila tuan2 sendiri tidak fikir utk tambahkan pengorbanan, maka mcmmana kita hendak bawa seluruh umat ked usaha agama ini. Inilah yg kita kena fikirkan. Bila kita tidak mahu tambahkan pengorbanan dan kita cuba hendak elakkan diri kita dpd takazah2 agama, maka Allah s.w.t akan pilih orang lain untuk buat kerja ini. Bila satu kaum tidak sedia, maka Allah s.w.t akan pilih kaum yg lain. Kalau kita tidak sedia utk tambahkan pengorbanan kita dan kita jadi halangan kpd org lain, maka Allah s.w.t akan tolak kita dan ambil org lain utk buat kerja ini. Ini perkara yg kita kena risau. Bila kita jadi penghalang kpd org lain, maka kita ditolak tepi oleh Allah s.w.t dan Allah s.w.t pilih org lain utk buat kerja ini.
Tuan2 yg mulia, kita kena fikir mcmmana kita mahu tambahkan pengorbanan. Org2 yg sentiasa fikir utk majukan diri dia dlm kerja ini, maka Allah s.w.t akan gunakan dia. Bila kita sempurnakan takazah agama di satu tahap, Allah s.w.t akan pilih kita utk sempurnakan takazah agama di tahap yg lebih tinggi lagi. Bila kita sudah sampai ke satu tahap, Allah s.w.t akan pilih utk majukan kita lagi. Bila kita maju lagi, Allah s.w.t akan majukan lagi. Oleh itu, kita kena fikir mcmmana kita dpt tingkatkan pengorbanan dan Allah s.w.t akan gunakan kita utk agamaNya. Bukan dgn hanya apa ya kita buat, cara biasa, tanpa perubahan dlm urusan kita, perniagaan kita, ladang kita dsbnya, maka memang kerja ini tidak akan maju.
Inilah yang kita kena fikirkan. Org yg istiqomah dalam kerja ini dan maju dalam kerja ini ialah mereka yang yakin bahawa hanya dgn kerja ini masalah2 mereka di dunia dan akhirat akan selesai. Kalau tidak, org2 lama, kerana masalah2 peribadi, mereka tinggalkan takazah2 agama, “Saya tidak dapat buat ini sebab saya ada masalah”, “ Saya ada kerja”, “ Saya ada urusan” , “Saya tidak dpt dtg”, “Saya ada masalah peribadi”, “Saya ada masalah keluarga”. Kerana masalah2 diri kita sendiri, kita korbankan takazah agama. Ini berlaku kerana kita tidak ada yakin bhw dgn kerja ini masalah2 kita akan selesai. Kalau tidak ada keyakinan ini, bukan shj org baru malah org lama pun akan diketepikan oleh Allah s.w.t. Asbab utk istiqomah dlm kerja ini ialah keyakinan bhw hanya dgn kerja agama ini masalah2 saya dunia dan akhirat akan selesai.
Kita buat kerja ini bukan hanya utk selesaikan masalah kita. Masalah kita tidak selesai pun kita akan buat juga kerja ini kerana ini kerja rasul, kerja nabi-nabi. Kalau kita buat kerja ini Allah s.w.t tidak selesaikan masalah kita pun, Allah s.w.t akan beri kita ganjaran yg banyak di akhirat nanti. Maulana Yusuf rah. berkata, “Kita kena ada yakin bahawa kerja ini akan menyelesaikan masalah kita tetapi jangan ada niat untuk selesaikan masalah kita dgn kerja ini ”. Org yg ada niat untuk selesai kan masalah dia dengan kerja ini maka itu adalah kepentingan sendiri.
Org yg yakin bahawa dengan kerja ini masalah dia akan selesai maka itu adalah ikhlas. Kalau kita niat utk selesaikan masalah kita melalui kerja ini, maka kita akan buat kerja ini selagi masalah kita tidak selesai, bila masalah sudah selesai maka kita pun akan tinggalkan kerja ini. Bila kita yakin bahawa kerja ini yang akan selesaikan masalah, samada masalah kita selesai atau tidak selesai, maka kita akan terus buat kerja. Oleh itu, kita kena ada yakin bahawa hanya dengan kerja ini sahajalah yg boleh selesaikan masalah kita dunia dan akhirat. Yakin ini akan membawa kita kpd istiqomah dan juga tahap pengorbanan yg lebih tinggi lagi. Inilah yg kita kena usahakan.
Tuan2 yg mulia, bila kita yakin bahawa hanya dgn kerja ini akan selesaikan masalah kita dunia dan akhirat, barulah kita akan dpt sempurna kan tazakah2 agama, kita akan memberi pengorbanan utk agama dan barulah usaha agama ini akan sempurna dan hasil akan jadi sempurna. Kalau kita tidak ada keyakinan ini, usaha kita akan jadi tidak sempurna dan hasil pun tidak akan sempurna. Usaha yg kita buat, pengorbanan demi pengorbanan dgn menyempurnakan takazah agama maka barulah hasil yg sempurna akan dtg. Kalau usaha tidak sempurna, pengorbanan tidak sempurna maka hasil tidak akan dapat. Oleh itu yakin ini akan menjadi asbab utk kita istiqomah dan utk kita maju dalam usaha agama dan mendorong kita utk sempurnakan segala takazah2 agama dan untuk bawa kita maju dlm pengorbanan.
Kita kena dakwah perkara yg kita ingin capai. Kita kena dakwah tahap pengorbanan yg ingin kita capai. Dakwah sebenarnya utk membina yakin kita. Dakwah ini bukan utk memperkenalkan sesuatu kpd orang atau untuk takrifkan sesuatu kpd org. Dakwah adalah utk membina yakin kita. Maulana Yusuf rah. kata, “Kesan istimewa/khas usaha dakwah ini ialah ia membina yakin kita”. Bila kita dakwah tahap pengorbanan yg kita mahu capai maknanya kita menyeru org kpd tahap itu maka barulah kita punya yakin akan bertambah dan kita akan sampai kepada tahap itu. Jangan kita turunkan tahap dakwah kita kerana kita hendak memberi kelonggaran kepada org lain. Bila kita buat macam itu maka kerja ini akan jadi satu permainan. Setiap org, bila dia buat kerja ini mengikut kehendak dia, ikut kemahuan dia, dia tidak mahu korbankan apa-apa, semua mahu berjalan dengan baik, tidak ada apa pun urusan dia yang terjejas, maka kerja ini akan jadi satu permainan.
Oleh itu kita jangan turunkan tahap dakwah kita. Kalau kita turunkan tahap dakwah ini samalah seperti seorg peniaga yang turunkan harga barang. Misalnya harga barang RM100.00, bila tengok org miskin dtg, maka dia pun jual dgn harga RM50.00. Kalau dia buat macam itu maka perniagaan dia akan rugi. Segala usaha peniaga ialah utk membawa pembeli kpd tahap dia, kpd harga yg dia letak, inilah intipati segala urusan yg dibuat oleh peniaga iaitu utk bawa pelanggan ke tahap atau harga yg dia tetapkan. Bukan turunkan harga kpa apa yg dikehendaki oleh pelanggan. Kalau macam itu maka perniagaan dia akan rugi. Kalau dlm keadaan dimana dia nampak mmg org tidak mahu beli, maka dia akan turunkan harga sedikit, ttpi bukan dia turunkan terus. Begitu juga dgn kita punya dakwah, mesti tinggi ikut tahap kemahuan kerja ini. Dakwah ikut keperluan kerja ini. Kita kena dakwah apa yg kita mahu capai. Kita hendaklah menyeru kpd tahap pengorbanan yg kita mahu capai. Bukan mengikut keadaan org atau melihat segala kelonggaran org. Bila kita buat demikian barulah kita akan maju.
Tuan2 semua org lama yg buat kerja ini, oleh itu kita sentiasa kena fikir, kita kena letakkan diri kita dlm kesusahan maka barulah ia akan menjadi targhib utk org lain. Kalau kita hanya mahu letak org lain dlm kesusahan dan kita pula dlm kesenangan, maka targhib seperti ini tidak akan memberi kesan. Kita sendiri tidak sanggup memberi pengorbanan, tidak sanggup menyusahkan diri kita, ttpi kita mahu org lain menyusahkan diri mereka, maka targhib seperti itu tidak akan memberi kesan pada org lain. Kita yg membuat kerja ini, kita mahu sama2 sanggup menanggung segala kesusahan seperti nabi. Nabi s.a.w sanggup turunkan diri dia, lapar bersama2 dgn sahabat, dahaga bersama2 dgn sahabat, megalami kebuluran bersama2 dgn sahabat dan mengalami kesusahan bersama2 dgn sahabat. Nabi s.a.w menyusahkan diri sendiri dan itu menjadi targhib kpd para sahabat.
Sahabat lihat apa yg Nabi s.a.w buat dan mereka pun sanggup memberi pengorbanan. Begitu juga kita, kita mahu tambahkan pengorbanan kita dan kita mahu letakkan diri kita dlm kesusahan yg mana ia akan menjadi targhib kepada org2 baru supaya mereka pun dtg kpd pengorbanan dan mereka pun sanggup menyusahkan diri mereka utk usaha agama. Bukan dgn hanya kita suruh org lain buat. Kalau kita sendiri tidak meletakkan diri kita dlm kesusahan maka kita tidak akan bawa mereka ke tahap pengorbanan yang lebih tinggi. Oleh itu, kita mesti dakwah apa yang kita mahu capai dan kita sendiri kena tambah pengorbanan kita, maka barulah kita akan dpt bawa org kpd tahap pengorbanan itu. Alhamdulillah, apa-apa usaha yg sedang berjalan di negara tuan2, apa-apa usaha yg telah dibuat setakat ini, semoga Allah s.w.t terima, semoga Allah s.w.t terima kedatangan tuan-tuan semua ke sini.
Memang kerja sedang berjalan, memang tidak ada syak, alhamdulillah kita buat, ttpi jgn kita berpuas hati dgn apa yg telah kita buat. Org yg akan maju dlm kerja ini ialah org yg sentiasa melihat kekurangan dia manakala org yg sentiasa lihat pengorbanan dia, org ini akan turun dlm kerja ini. Dia tidak akan maju ke depan. Org yg melihat kekurangan dia dan tidak melihat pengorbanan yg dia telah buat maka org seperti ini Allah s.w.t akan majukan. Para sahabat sentiasa melihat kekurangan mereka dari segi iman, dari segi ibadat, dari segi pengorbanan utk agama, bahawa mereka tidak memberi cukup pengorbanan. Mereka kata iman mereka tidak sempurna walaupun iman mereka tinggi, mereka takut, mereka kata mereka munafik. Walaupun mereka buat amal ttpi apabila mereka melihat solat Rasulullah s.a.w maka mereka kata ibadat mereka tidak ada apa-apa nilai.
Kalau nabi yg telah diampunkan dosa sebelum dan selepas, solat macam itu punya hebat, oleh itu kita yg berdosa ini, lagi banyak kita kena buat. Mereka punya fikir bahawa pengorbanan yg mereka bagi utk agama tidak ada apa-apa. Oleh kerana itulah mereka sentiasa maju dlm kerja ini, maju dlm pengorbanan, maju dlm iman dan maju dlm ibadat. Begitu juga kita, kita kena ada fikir seperti ini. Kita jgn berpuas hati dgn apa yg telah kita buat setakat ini. Kita kena lihat kekurangan dalam iman kita, dalam amal kita dan dalam pengorbanan kita, maka Allah s.w.t akan majukan kita lagi. Allah s.w.t akan pilih org yg ikhlas utk buat kerja ini. Allah s.w.t akan gunakan dia untuk sempurnakan takazah2 agama. Kita mahu selalu lihat apa lagi yg perlu dibuat, apa lagi kekurangan dlm diri kita dan kita mahu tambahkan lagi pengorbanan. Inilah apa yg ada pada para sahabat dan mereka sentiasa maju dalam kerja ini. Jangan kita berpuas hati dengan tahap pengorbanan yang telah kita buat setakat ini.
Fikir lagi, lihat kita punya kekurangan dan maju lagi dlm kerja ini. Kita jangan berpuas hati dgn pengorbanan yg telah kita buat. Skrg kita semua kena fikir macam mana kita mahu tambahkan pengorbanan. Bila kita tambahkan pengorbanan kita, Allah s.w.t akan majukan kita lagi dan kerja ini pun akan maju. Setakat ini, apa usaha yg kita telah buat, pengorbanan yg telah kita bagi, kebaikan yg Allah s.w.t telah tunjukkan, rahmat dan berkat ini, kata Maulana Yusuf rah. ialah berkat yg Allah s.w.t zahirkan sebelum lahirnya Rasulullah s.a.w. Kalau kita tambahkan lagi pengorbanan kita atas agama, maka Allah s.w.t akan tambahkan lagi rahmat yg Allah s.w.t cucuri atas kita, lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita kesan, lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita kemajuan, berkat dan rahmat dalam kehidupan kita, insya’Allah.
Kita semua buat niat/iradah yg kita semua mahu tambahkan pengorbanan. Bantuan Allah s.w.t, nusrah Allah s.w.t adalah mengikut kita punya keazaman. Kita boleh buat seberapa banyak niat yang kita mahu. Niat yang tinggi2 ttpi apa yg kita mahu buat ikut kita punya kemampuan. Bantuan Allah s.w.t akan dtg mengikut niat kita dan kita buat keja mengikut kemampuan kita. Kita buat niat yang tinggi dan walaupun kita hanya buat setakat yg kita mampu sahaja, Allah s.w.t adalah seperti mana kita sangkakan. Niat tinggi, maka bantuan Allah s.w.t pun akan dtg mengikut niat kita yg tinggi. Tidak ada had dlm pengorbanan. Tidak ada penghujung dlm pengorbanan. Kita sentiasa kena majukan pengorbanan kita. Siapa sedia untuk 4 bulan dari majmak ini? Tunai 4 bulan. Semoga Allah s.w.t terima.
No comments:
Post a Comment