(nizamuddin - 07/09/98 - 10.20 a.m). Kitab suci Allah s.w.t menerangkan bahawa kejayaan hidup seseorang di dunia dan akhirat adalah bergantung sejauh mana membawa keseluruhan perintah Allah s.w.t seperti mana yang ditunjukkan oleh nabi-nabi. Allah s.w.t bersumpah dalam surah Al-Asr bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali mereka yang mengamal 4 perkara iaitu iman, amal soleh, berpesan yang hak dan sabar. Umat Islam di seluruh dunia dikatakan hanya mengamalkan dua dari empat bahagian ayat-ayat itu. Inti pati Al-Quran ialah surah Al-Asr jika manusia mengambil iktibar dan mengamalkan surah Al-Asr itu sudah cukup untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Dua perkara pertama surah Al-Asr itu sahaja jika diamal tidak mencukupi untuk melepaskan diri dari azab Allah s.w.t kerana ia beramal dan beriman untuk diri sendiri dan tidak memikirkan ehwal org lain. Dua perkara awal pertama Surah Al-Asr ialah tggjwb dirinya dan dua perkara di hujung Surah Al-Asr itu adalah tggjwb untuk seluruh dunia dan seluruh alam. Alhamdulillah, kita telah membuat usaha ini, tetapi belum mendapat basirah dari Allah s.w.t kerana tidak membuat usaha dengan kefahaman yang mendalam. Asas dalam membuat usaha ini ialah istikhlas. Maksud istikhlas ialah tiada usaha lain yang kita lakukan atau kita terkesan usaha lain dlm membuat usaha agama. Sebaliknya kita hanya membuat usaha dakwah ini sahaja. Allah s.w.t mengambil usaha org yg beristikhlas.
Maulana Yusuf memberitahu, maksud istikhlas ialah jgn terkesan dgn apa2 usaha2 lain atau mengikuti usaha lain. Utk melihat istikhlas kita bolehlah mengambil contoh istikhlas Nabi Ibrahim yg dicampakkan dlm unggun api, Jibrail a.s dtg hendak membantu ttpi Nabi Ibrahim mengatakan ia tidak perlukan bantuan Jibrail, beliau berkata “Cukuplah bagiku Allah”. Mengenai istikhlas Kaab bin Malik yg sekali sahaja tidak dpt menyertai perang jihad, walaupun dlm hatinya bukan berniat utk tidak menyertai jemaah yg dibentuk. Keadaan itu Allah s.w.t telah murka kpd Kaab bin Malik dan meminta supaya Kaab bin Malik dipulaukan selama 40 hari dan seterusnya ditambahkan lagi 10 hari dan isterinya pun diminta memisahkan diri dari bercampur dgn beliau. Keadaan itu menyebabkan dunia ini menjadi sempit baginya.
Rasulullah s.a.w tidak hendak bercakap dgn beliau dan salam beliau juga tidak dijawab. Hatinya sungguh remuk. Tawajjuhnya hanya kpd Allah. Istikhlas Kaab bin Malik itulah yg diterima oleh Allah dgn Allah menurunkan ayat pengampunan bagi dirinya. Keselamatan org yg membuat usaha agama tidak wujud apabila tidak beristikhlas. Bagaimana kita dpt istikhlas, kita hendaklah tanamkan dlm diri kita bahawa tidak ada usaha yg membawa kejayaan hanya Sa nya dgn membuat usaha agama. Org yg membuat kerja agama pasti akan diuji oleh Allah. Waktu ujian ialah pada waktu penerimaan kerja ini. Dlm penerimaan kerja ini ada tawaran atau menafaat yg lain akan dtg atau menafaat dunia akan dtg. Jika kita memilih cara itu kita akan gagal. Allah akan menguji kita dan dlm ujian itu apb kita terus meningkatkan korban dan penambahan fikir, maka Allah akan mengambil kita dlm kerja ini. Apb kita meningkatkan fikir, kefahaman agama akan ditambah di mana fikir2 kita akan diterima. Seterusnya perlu membuat usaha dgn penyatuan hati.
Asas kerja ini ialah bagaimana org boleh membuat usaha. Bagainda s.a.w membawa dua perkara iaitu agama dan usaha agama. Sahabat dpt menghayati agama dan menyebarkan agama ke seluruh dunia. Untuk itu Allah telah perintahkan Rasulullah s.a.w membuat 3 perkara:
1. Maafkan sahabat yang melakukan kesalahan
2. Minta keampunan kepada mereka
3. Membuat usaha dengan mesyuarat dengan mereka
Mesyuarat adalah ditamsilkan sebagai kilang untuk membina manusia. Manusia biasanya dilatih dan dibina untuk membolehkan mereka membuat usaha. Biasanya melalui mesyuarat maka manusia boleh dilatih, dibina dan meneruskan kerja/usaha agama. Mesyuarat adalah satu perkara yang amat penting. Sejauh mana kita membuat kerja dengan mesyuarat sejauh itulah rakan-rakan usaha akan bersama kita. Seperti Baginda s.a.w diperintahkan supaya melatih sahabat bersolat utk mempelajari cara2 bersolat, Rasulullah mengajar solat dlm masa yg singkat, tetapi bagaimana untuk mengajar sahabat utk mendapat hakikat solat, masa yg lama diperlukan iaitu hampir 13 tahun di Mekah. Mesyuarat jika dilakukan mengikut cara Baginda s.a.w, maka Allah akan betulkan kerja kita. Dlm semua bab syariat yg timbul kpd Rasulullah s.a.w, Baginda akan tanya Allah s.w.t sebelum memberi jawapan. Tetapi dlm membuat usaha dakwah Baginda diperintah bermesyuarat bersama sahabat. Jika perkara mengenai dakwah, Rasulullah tanya pada Allah, sudah tentu natijahnya betul.
Ttpi Allah s.w.t perintahkan supaya bermesyuarat dgn sahabat. Ini adalah bagi membolehkan umat akan terus dapat membuat usaha agama, walaupun nabi telah wafat, umat akan terus boleh membuat usaha agama di mana2, apabila mereka menghadapi masalah ia boleh bermesyuarat bersama mereka. Baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t bermesyuarat. Mesyuarat ialah utk menghimpunkan pandangan orang ramai dan bukan memberi arahan/perintah atau membuat keputusan. Sahabat2 ialah bukannya pekerja tetapi sahabat Rasulullah s.a.w. Oleh itu sesuatu perkara yang hendak dimesyuaratkan perlu mengambil pandangan ramai, tetapi berbeza dengan perkhabaran kepada pekerja dibuat melalui arahan. Begitulah halnya dalam kita membuat usaha agama. Sesuatu perkara yang hendak dibuat perlulah bermesyuarat dengan mendapat pandangan rakan2 seusaha. Dalam sesuatu mesyuarat, pandangan orang tidak ada yang tidak boleh diambil kemudian. Oleh itu sebelum sesuatu perkara hendak dilaksanakan maka pandangan rakan perlu dibuat. Saidina Abu Bakar r.a telah menghantar surat kpd gabenornya supaya memegang sungguh2 mesyuarat. Faisala tidak wujud jika tidak ada ahli mesyuarat dan ahli mesyuarat tidak akan dapat natijah mesyuarat jika tidak ada faisala.
Ahli syura maksudnya ialah penjuru. Penjuru tidak ada tanpa dinding dan dinding tidak boleh bercantum tanpa penjuru. Penjuru2 dan dinding2 jika tidak bercantum maka ia tidak menjadi bangunan. Begitulah halnya jika ahli syura berseorangan pergi kesesuatu tempat membuat kerja maka kerja itu bukannya tertib syura ttpi tertib dirinya sendiri. Mesyuarat bukannya mesyuarat jika hanya meminta pandangan satu atau dua org kemudian membuat keputusan. Baginda Rasulullah s.a.w pernah menarik balik keputusan apabila keputusan itu tidak dipersetujui. Dlm satu safar bersama Rasulullah s.a.w ialah seorg Ansar yg ternampak orang Muhajirin sangat lapar. Mereka mencadangkan kenderaan mereka disembelih. Rasulullah s.a.w memutuskan supaya kenderaan mereka disembelih.
Kemudian apabila Hadzrat Umar mengetahui perkara itu dan berjumpa Rasulullah s.a.w memohon supaya Rasulullah menarik balik keputusannya kerana mengikut Hadzrat Umar, jika kenderaan mereka disembelih maka menimbulkan kesukaran kepada sahabat untuk meneruskan perjalanan kerana kenderaan tidak mencukupi. Begitulah juga ehwal Hadrat Abu Hurairah berjumpa Rasulullah s.a.w dan Baginda memberitahu kpd Abu Hurairah berita gembira-barang siapa mengucapkan kalimah Taiyibah ia ahli syurga dan meminta Abu Hurairah membawa kasutnya sebagai bukti. Tetapi apabila Abu Hurairah memberitahu sabdaan Rasulullah s.a.w itu kepada Saidina Umar ia telah ditumbuk dan jatuh. Abu Hurairah telah berjumpa Rasulullah dan memberitahu akan peristiwa itu. Apabila Hadzrat Umar datang dan berkata, jika berita itu diberitahu kepada orang lain, maka ia akan menyebabkan orang tidak lagi mahu beramal dan beliau meminta agar sabdaan Rasulullah itu tidak dihebahkan kepada orang ramai dan Rasulullah telah menyetujui cadangan Hadzrat Umar itu.
Begitu juga pemilihan Hadzrat Bilal menjadi juru azan masjid Nabawi kerana pengorbanannya sehingga suara azannya sampai kedengaran malaikat di langit. Fikir agama perlu berterusan bukan hanya setakat ketika mesyuarat sahaja. Org yg banyak berfikir, melaluinya Allah s.w.t akan bukakan jalan-jalan yang buntu. Begitu juga org yg tambahkan pengorbanan juga perlu. Dgn tingkatnya pengorbanan, melalui org itu banyak takazah agama dpt disempurnakan. Perihal mesyuarat Rasulullah s.a.w cara memanggil orang kepada solat. Dalam mesyuarat peringkat awal, idea untuk memanggil solat tidak diperolehi. Selepas mesyuarat ditangguhkan, semua sahabat telah balik tetapi seorang sahabat yang biasa telah memikirkan sungguh2 bagaimana hendak memanggil orang kepada solat, ia berazam tidak makan sehingga dapat ilham bagaimana cara memanggil orang kepada solat.
Beliau terus ke masjid dan berdoa kepada Allah bagaimana untuk memanggil orang kepada solat. Akhirnya Allah s.w.t telah ilhamkan kepada sahabat itu dengan mendatangkan malaikat menunjukkan azan dalam mimpinya. Kelemahan kerja di mana2 pun adalah apabila mereka yang membuat usaha agama tidak bersatu hati. Usaha akan membangun jika kita membuat usaha bersama2. Seterusnya jika ada yang telah jauh dari kita, kita perlu pergi dan pujuk rayu supaya ia kembali kepada usaha ini. Perkara ini cukup penting, kerana orang yang telah jauh dari usaha ini jika dibiarkan kerosakan akan berlaku ke atas orang itu dan kemungkinan ia mengikuti usaha lain. Cara bagaimana untuk mendatangkan semula orang yang jauh dari usaha ini, orang tanggungjawab perlu berjumpa mereka secepat mungkin. Apabila orang keuzuran dengan usaha ini mereka perlu dipujuk rayu.
Sbg contoh kisah Hayas r.a yg dipujuk oleh org kufar balik ke Mekah, Abu Sufian dan Harith menyatakan yg emaknya tidak mahu menyikat rambutnya dan tidak mahu berlindung dari kepanasan matahari Mekah sehingga belum melihat anaknya. Hadzrat Umar telah usaha selamatkan sahabat yg hendak balik kepada saudaranya di Mekah, kamu jangan balik saya akan berikan separuh dari harta saya tetapi Hayas tidak setuju dgn pelawaan Hadzrat Umar kerana kasihan akan ehwal emaknya di Mekah. Jikalau hendak balik ke Mekah juga bawalah unta beliau yang pantas. Apabila Hayas bersama Abu Jahal dan kawanya pergi ke Mekah Hayas telah disiksa dgn dahsyat sekali. Oleh kerana ia tidak tahan ia telah murtad. Sehingga turun satu ayat khas dari Allah.
Hadzrat Umar terus memikirkan bagaimana hendak membawa Hayas dtg ke Madinah. Hadzrat Umar telah menyampaikan ayat Al-Quran itu kepada Hayas, Hayas tidak memahami maksud ayat Quran itu, ia terpaksa berjalan naik bukit turun bukit sehingga ia memahami ayat itu. Dlm ayat itu Allah akan memberikan keampunan kpd Hayas jikalau ia dtg kpd Allah. Hayas telah dtg menangis kpd Rasulullah s.a.w di Madinah dan ia kembali semula kpd Islam. Maulana Saad memberitahu kita bahawa org tggjwb perlu mengambil fikir rakan kita yg telah jauh dari kita. Sekali kita fikir kpd rakan kita, 100 kali rakan kita akan dtg bersama kita, tetapi jika kita (org tggjwb) tidak fikirkan rakan kita, 1000 kali rakan kita tidak kisah dgn kita. Sebanyak mana kita bersatu hati sebanyak itu rakan kita akan bersama kita. Mengenai kerja di Malaysia sebenar nya Allah s.w.t telah mahukan hidayat tersebar meluas, ttpi oleh kerana kerja tidak dibuat bersatu hati, maka peningkatan kerja tidak menyeluruh.
No comments:
Post a Comment