Friday, February 5, 2016

TANDA MATINYA HATI

Sebahagian daripada tanda matinya hati ialah apabila tidak berasa sedih jika terlepas sesuatu amal kebaikkan daripadanya dan tidak menyesal jika terjadi perbuatan yang tidak baik olehnya. 

KELUAR DARIPADA ALAM KEPADA PENCIPTA ALAM

“Jangan kamu berpindah dari satu hal alam kepada hal alam yang lain. Jika demikian kamu adalah umpama keldai yang berpusing mengelilingi penggilingan dimana dia menuju ke satu tujuan, tiba-tiba dia kembali kepada tempat mulanya. Hendaklah engkau melintasi sempadan alam dan menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.”

BERHENTI MEMPELAJARI

Berhentilah daripada mempelajari dan membicarakan tentang ilmu hakikat dan makrifat yang dipelajari dari mulut ke mulut (dari sesama makhluk) kerana ini akan membuahkan sangkaan-sangkaan seperti yang difirmankan oleh Allah:

10.Surah Yūnus (Ayat 36)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

NUR-NUR KURNIAAN ALLAH S.W.T

Dikurniakan petunjuk kepada orang-orang yang berjalan kepada Allah s.w.t dengan Nur-nur Tawajjuh (menghadap Allah s.w.t) dan bagi orang yang telah sampai bagi mereka ialah Nur-nur Al-Muwaajahah (Musyahadah atau saling berhadapan antara hamba dengan Allah s.w.t). Mereka yang pertama itu adalah untuk Nur-nur, sedangkan mereka yang telah sampai adalah Nur-nur itu buat mereka lantaran mereka ini adalah kerana Allah s.w.t bukan kerana sesuatu selain-Nya. Katakanlah: “Allah!! kemudian biarkan mereka (orang ramai) bermain-main dalam kesesatan. 

ALLAH S.W.T DAN MAKHLUK

Di antara bukti yang menunjukkan adanya keperkasaan Allah s.w.t yang luar biasa adalah yang dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tidak ada wujud-Nya di sisi Allah s.w.t. Bagaimana disangka Allah s.w.t dapat dihijab oleh sesuatu padahal Dia yang menzahirkan segala sesuatu. Bagaimana mungkin akan dihijab oleh sesuatu padahal Dia yang tampak zahir pada segala sesuatu. Bagaumana akan mungkin dihijab oleh sesuatu padahal dia yang terlihat dalam tiap sesuatu. Sesuatu bagaimana akan dapat ditutup oleh sesuatu padahal Dia yang tampak pada tiap segala sesuatu. 

SOLAT HAKIKI

Sebagai seorang hamba harus kita solat. Untuk apa kita solat….? Untuk diri sendiri kerana Hamba yg memerlukan menyembah,bukan Allah yg memerlukan di sembah. Dalam hal ini jelas, bukan menyembah namun solat adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri bahawa Nyata pada Diri Kita hanya Allah swt semata yaitu menyaksikan dalam diri Batin dan Dzahir kita itu menanggung rahasia Allah swt. Sebenarnya solat yg hakiki itu seperti apa?

RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA

Badan kita ini merupakan tempat tersembunyinya roh. Manakala disebalik roh pula, adalah tempat tersembunyi rahsianya Allah. Diri kita ini menanggung dua rahsia. Pertama menanggung rahsia roh, keduanya menanggung rahsia Allah. Rahsia Allah tersembunyi didalam roh, manakala wajah roh pula tersembunyi didalam dada-dada kita semua. Untuk mengintai kedua-dua wajah itu, tiliklah kedalam diri kita sendiri. Apabila sifat roh telah dapat kita kenal dengan rata, InsyaAllah kedua-dua rahsia wajah itu akan dapat kita kenal dengan nyata dan rata (jelas dan terang). Setelah kita mengenal diri dan asal saja kita mengenal roh, segala rahsia itu, tidak lagi menjadi rahsia.

HUTANG DHUHA

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

MEMAHAMI AJARAN TASAWWUF

Tasawwuf atau Sufisme adalah ilmu untuk mengetahui bagaimana cara menyucikan jiwa, menjernihan akhlaq, membangun zahir dan batin serta untuk memperoleh kebahagian yang abadi. Sesungguhnya ajaran tasawwuf bukanlah ilmu yang berdiri sendiri, namun masih merupakan satu kesatuan dari tata cara peribadatan dari ajaran tauhid. Kaum syariat yang memahami agama secara kaku menafikan keberadaan Tasawwuf sebagai sisi batin dalam ajaran Islam, mereka berkata dalam agama Islam tidak ada paham Tasawwuf, paham sufi itu bukan dari ajaran Islam, kerana sebahagian ajaran sufi itu campuran dari ajaran agama-agama lain yang diambil dan diwarisi dari ajaran kerahiban Nashrani, Brahma Hindu, ibadah Yahudi dan zuhud Buddha, walau tidak sedikit dari ajaran sufi itu mengandung unsur-unsur ajaran Islam.

ASAL KEJADIAN PENCIPTAAN MANUSIA, JIN, MALAIKAT DAN MAKHLUK LAIN

1). Asal kejadian penciptaan manusia diciptakan dari unsur yang bermacam-macam bercampur menjadi satu, yaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Allah menciptakan Adam (manusia) diawali dari Tanah dan Air, dan Kedua unsur (Tanah dan Air) ini dinamai Jisim Kathif. Firman Allah: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari TANAH.". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.” (QS. Shaad:71-72). “Dan Dia yang menciptakan manusia dari "AIR" lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa” (QS. Al-Furqaan:54). “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari TANAH LIAT kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”. (QS. Al-Hijr:26)