Sunday, January 18, 2015

BAYAN MAGHRIB USTAZ ABDULLAH HIZLY

(18/09/2015-sri petaling-Ijtimak KL3Zon C). Tuan2 yg mulia. Umat ini umat terpilih. Umat ini tidak sama dgn umat2 yg lain. umat ini dipilih oleh Allah. Allah sendiri membesar2kan kehebatan umat nabi s.a.w. Org yg beriman yg dtg dlm umat nabi ini dtg bersama t/jawab. Nabi memandang ke arah kaabah dan takjub. Betapa besar kemuliaan baitullah. Tapi kehormatan seorang mukmin lebih besar dari baitullah. Kehebatan, keagongan, kehormatan seorang mukmin lebih besar dari kaabah. Kerana mukmin dtg bersama t/jawab. kerana mukmin dtg bersama kerja dan usaha. Kerja yg sebelum ini hanya diberi pd nabi2. seluruh nabi dtg dgn dakwah illallah. Nabi s.a.w adalah penutup kpd semua nabi2. nabi s.a.w dtg bersama usaha nabi2 yg sebelumnya. Kerja t/jawab dakwah ini, Allah telah serahkan kpd umat yg bukan lagi nabi. Umat manusia biasa. Mereka memikul t/jawab kerja nabi2. seluruh umat yg ada di dunia hari ni, arab atau ajam, adalah pekerja nabi s.a.w. umat ini penyambung usaha nabi s.a.w. Sahabat adalah seumpama bintang2 di langit, petunjuk utk manusia2 yg lain. 

BAYAN NASIHAT USTAZ HAMID

(19/09/2015 - sri petaling - Ijtimak KL3 Zon C). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t telah muliakan umat ini dgn usaha agama. Dgn usaha agama Allah telah letakkan umat ini pd kedudukan yg sgt tinggi di akhirat. Allah gelarkan umat ini khairun ummah, umat yg terbaik, kerana kerja dan t/jwb yg telah dikurniakan oleh Allah, kuntum khoroum matin ukhrijat linnas … nabillah, kamu menyeru kpd makruf/kebaikan dan cegah kemungkaran dan beriman kpd Allah s.w.t. 

NASIHAT USTAZ HAZIM

(06/12/2015 - sri petaling - mesyuarat bulanan KL). Tuan2 yg mulia. Alhamdulillah, dgn taufiq dan hidayat drp Allah kita berkumpul hari ni atas satu maksud yg sangat besar. Usaha ini berjalan dgn bantuan/pertolongan dari Allah. kita lemah dan usaha kita lemah. Yg kuat, yg berkuasa dan yg memberi hidayat hanya Allah. buat usaha dgn cara nabi dan sahabat. Janji hidayat dan tarbiyah dari Allah hanya dgn usaha yg dibuat cara nabi s.a.w dan sahabat. Di siang hari kita buat usaha dgn pengorbanan dan di malam hari kita doa pd Allah s.w.t. nafikan segala usaha yg kita buat. dan merayu pd Allah supaya terima usaha yg kita buat dan jadi asbab hidayat utk diri dan seluruh umat. 

BAYAN HAJI AZIZ HASBI

(11/10/2014 - sri petaling - bayan malam markaz KL). Bila kita ucap kalimah lailahaillallah muhammadurasullah. Kita semua adalah umat nabi dan kita telah diberi t/jawab kerja nabi. t/jawab kerja nabi telah diletakkan pd setiap bahu org islam. bila kita ambil t/jawab ini – jadikan maksud hidup – maka bantuan Allah bersama kita. apakah t/jawab kerja nabi? Kita kena masukkan dlm hati kita dan hati seluruh manusia keyakinan pd kalimah lailahaillallah muhammadur rasullah. yakin hanya sanya Allah yg buat segala2nya, makhluk tak boleh buat apa2. 

BAYAN USTAZ ABDULLAH HIZLY

(04/10/2014 - sri petaling - bayan malam markaz KL). Setiap kali nabi s.a.w pulang dari safar–nabi s.a.w akan terus ke masjid. Apa juga bentuk safar–safar keluar jln Allah, safar berniaga , dll. Tunaikan hak masjid–solat 2 rakaat. Pergi jumpa ahli keluarga–cari anak yg paling kecil–fatimah r.ha. Ini adalah amalan sunnah. Fatimah r.ha menangis lihat keadaan nabi. Muka nabi pucat, pakaian nabi lusuh. Nabi kata pd fatimah jgn menangis. Allah hantar bapa kamu bersama satu usaha–agama ini akan masuk ke rumah batu, kayu, kulit. Sebagaimana mlm dan siang sampai ke rumah batu dan kayu- begitulah agama akan sampai. Pasti dan pasti agama akan masuk ke rumah kayu, batu, kulit. Agama milik Allah, agama hak Allah–agama akan hidup. Allah pilih umat ini utk buat usaha agama. Allah tak berhajat pd kita tapi Allah nak muliakan kita. Peringatan nabi2 terdahulu pd umat mereka ialah ‘anzir’/amaran–azab pedih jika tak beriman. Utk umat ini–nabi s.a.w disuruh sampaikan berita gembira‘qul hazihi sabili…’

BAYAN MAGHRIB USTAZ HUSNUL

(10/08/2014 - sri petaling - bayan malam markaz KL). Utk mereka yg bertaqwa, sudah beriman dan beramal soleh – kena ada 3 taqwa:

taqwa yg pertama – menghindarkan diri drp perbuatan syirik secara terang-terangan

taqwa yg kedua – menghindarkan diri drp perbuatan dosa besar dan maksiat

taqwa yg ketiga – mengosongkan hati drp ghairullah, hanya ada Allah sahaja

BAYAN USTAZ HAMZAH

(13/04/2013 - sri petaling - Jor KL 2013). Usaha dakwah adalah kerja yg diberi pd nabi-nabi. Kerja yg sama telah diberi pd umat nabi s.a.w. Kita kena buat keputusan ini adalah kerja kita. Bila kita sentiasa buat kerja ini, maka bantuan Allah akan sentiasa bersama kita 24 jam. Nabi2 dibantu oleh Allah dlm setiap keadaan. Perhatian Allah pd nabi2 dlm setiap masa. Apa yg terlintas dlm hati pun Allah tahu. Allah mendengar dan melihat. Allah tahu kehendak dan kemahuan kita. Atas dasar yakin inilah, Allah hantar kita. Utk takazah agama – saya kena dahulukan kerja ini. Walaupun kita pergi utk buat keperluan kita tapi kita kena letak kerja agama dihadapan. Dalam urusan keperluan pun kita kena buat dakwah, taklim, ibadat, khidmat. Jadikan azam nizamuddin fokus kita dan risau kita. Macam mana azam nizamuddin dpt disempurnakan. 

BAYAN SUBUH USTAZ HAMID

(13/04/2013 - sri petaling - Jor KL 2013). Alhamdulillah, segala puji dan syukur pd Allah yg telah beri taufiq pd kita utk luangkan masa dlm majlis zikrullah – majlis mengingati Allah. Tidak berkumpul satu kaum di rumah Allah, menceritakan, muzakarah, mempelajari kebesaran Allah, melainkan Allah akan turunkan rahmat, sakinah dan para malaikat akan mengerumuni mereka. Di akhir majlis, Malaikat akan naik berjumpa dan berdialog dgn Allah – maka Allah akan ampun dosa peserta majlis. Org yg dtg bukan utk dengar pun akan diampunkan oleh Allah. Semoga Allah bagi ihtisab pd kita dlm amalan agama. 

BAYAN MAGHRIB USTAZ ALI

(13/04/2013 - sri petaling - Jor KL 2013). Allah pencipta, Allah pemelihara. Allah beri rezeki pd semua makhluk. t/jawab Allah utk bagi rezeki pd setiap makhluk. Allah razik– makhluk marzuk. Allah khalik–selain dari Allah semua makhluk-dicipta. Allah hafiz–pemelihara – selain Allah mahfuz. Allah malik–allah yg memiliki segala sesuatu. Allah yg cipta segala-galanya – keadaan juga dicipta oleh Allah. Allah cipta manusia – perbuatan manusia juga dicipta oleh Allah. Allah buat apa yg dia kehendaki. Allah kata jadi (kun) – maka jadilah. Allah tak perlu pd pembantu. Allah cipta bumi dlm masa 6 hari – sebenarnya utk mangajar manusia supaya jgn gopah - sabar. Allah yg ciptakan manusia. Air mani yg kamu pancarkan – siapa yg jadikan manusia? Allah turunkan air drp langit . 

BAYAN MAGHRIB UST HAMID

(04-09-2015 - Sri petaling - Ijtimak KL2). Kita berada di tempat ni pilihan Allah. Taufik dan hidayah di tangan Allah. Bapa saudara nabi, abu talib mati tanpa hidayah. Hidayah hanya drp Allah. Kita syukur Allah bagi hidayah. Nikmat yg besar adalah agama. Allah pilih segelintir sahaja yg beriman. Allah berkuasa dan makhluk tak ada kuasa. Mereka merancang tapi Allah yg tentukan. Apa yg Allah kehendak itu yang berlaku. Apa yang berlaku itu telah ditetapkan oleh Allah. Semua cerita nabi diulang2 utk tambah yakin dlm hati manusia. Semua mereka yg beriman dgn rasul berjaya dan yg menentang gagal. Mereka yg beriman adalah org yg susah dan yg tidak beriman org yg berharta dan berkedudukan. Spt kaum ad, kaum thamud mereka gagal.