Sunday, January 18, 2015

BAYAN SUBUH USTAZ HAMID

(13/04/2013 - sri petaling - Jor KL 2013). Alhamdulillah, segala puji dan syukur pd Allah yg telah beri taufiq pd kita utk luangkan masa dlm majlis zikrullah – majlis mengingati Allah. Tidak berkumpul satu kaum di rumah Allah, menceritakan, muzakarah, mempelajari kebesaran Allah, melainkan Allah akan turunkan rahmat, sakinah dan para malaikat akan mengerumuni mereka. Di akhir majlis, Malaikat akan naik berjumpa dan berdialog dgn Allah – maka Allah akan ampun dosa peserta majlis. Org yg dtg bukan utk dengar pun akan diampunkan oleh Allah. Semoga Allah bagi ihtisab pd kita dlm amalan agama. 

Allah tidak berhajat pd mana-mana makhluk, Allah kaya, kita miskin, Kita berhajat pd Allah pd setiap keadaan, Utk selama-lamanya kita berhajat pd Allah. Kita berhajat pd Allah di alam arrwah, Kita berhajat pd Allah dlm perut ibu, Kita berhajat pd Allah di atas mukabumi, Kita berhajat pd Allah dlm kubur, Kita berhajat pd Allah di akhirat, Kita berhajat pd Allah di syurga, Setiap perkara berlaku dgn kehendak Allah s.w.t, Yang memberi segala nikmat hanya Allah.

Syarat pd nikmat ialah la-in shakartum la aziydan-nakum, Sekiranya kamu bersyukur, Allah akan tambah nikmat tersebut, Allah bagi nikmat pd semua samada yg beriman atau tidak beriman, Dlm sesetengah keadaan Allah bagi nikmat yg lebih pd yg tidak taat, yg kufur, (istidraj – pemberian nikmat Allah tapi Allah tak redha), Tapi utk org mukmin yg ada keimanan dan keyakinan pd Allah s.w.t – bahawa nikmat bukan satu perkara yg asal/asli. Bagi org mukmin, tuntutan yg asli ialah keredaan Allah s.w.t. Allah kasih pd kita. Walaupun dari segi matabenda dunia tiada apa-apa – tapi dia org yg diredhai oleh Allah s.w.t. 

Walaupun sakit – tapi dia org yg diredhai oleh Allah s.w.t. Walaupun tiada kedudukan -  tapi dia org yg diredhai oleh Allah s.w.t. Maka keredhaan Allah sudah cukup utk segala-galanya. Dia ialah org yg mulia. Dia lebih baik drp seluruh manusia didunia ini yg tidak ada keredaan Allah s.w.t. Makam/kedudukan hamba disisi Allah sangat tinggi. Allah sebut hamba pd nabi s.a.w. “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, utk memperlihatkan kepadanya tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yg Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa' 17:1).

Allah yg mencipta 7 petala langit, 7 petala bumi, Allah yg memiliki kehidupan, Allah yg memiliki kematian, Allah yg meninggikan, Allah yg merendahkan, Allah al muiz – yg memuliakan, Allah al muzil – yg menghina kan, Allah al muhyi – yg menghidupkan, Allah al mumit – yg mematikan, Allah ar rafiq – yg meninggikan, Allah al khafidh – yg merendahkan, Allah ar razzaq – yg memberi rezeki, Allah al ghaffar – yg maha pengampun, Allah al sattar – yg maha menutup segala keaiban, Allah yg bersifat dgn segala kesempurna an mengakui bahawa org ini adalah hamba Nya ialah satu kemuliaan drp Allah s.w.t. Dalam memilih hambaNya – Allah dtgkan berbagai2 ujian, Allah ada tertib. Allah ada kaedah bagaimana hamba2 dipilih, Dpd ribuan hamba – Allah pilih utk hampir pd Alah s.w.t, Ambis a.s adalah hamba yg dipilih oleh Allah s.w.t, Sesiapa yg melepasi ujian2 yg didtgkan oleh Allah s.w.t – dia akan menjadi hampir pd Allah. Ambia a.s diuji – ketabahan mrk dlm menghadapi ujian, Nabi juga diuji dlm menjalankan usaha dakwah. 

Nabi s.a.w menanggung kesusahan dlm menjalankan usaha dakwah. Nabi dipanggil al amin, yg dihormati, yg amanah, yg benar, yg baik, akhlak dan sifat yg baik tapi bila mula menjalankan usaha dakwah beliau telah di keji, di maki, di cela, di cerca, di hina, pendusta, penipu, ahli sihir, memecah belahkan masyarakat. Dlm musim haji – pergi kabilah ke kabilah – di baling dgn batu. Abu Lahad b Abd Mutalib – bapa saudara nabi sendiri telah menyusahkan nabi – dia kata nabi penipu/pembohong. Nabi ada sifat sabar dan tahamul dlm menyampaikan dakwah. Kasih nabi pd umat -  bagaimana umat dpt hidayat. Kita kena sedar kita adalah umat nabi s.a.w. Allah telah pilih kita utk lahir sbg umat nabi s.a.w sejak azali lagi. Kita telah dipilih utk menyambung kerja kenabian. 

Tidak akan ada nabi akan dtg selepas baginda s.a.w. T/jwb kerja kenabian telah diberi pd semua umat ini. Kita bert/jwb utk menyambung kerja kenabian. Dlm membuat  kerja ini – perlu ada sifat2 kenabian – perlu diamalkan dlm kehidupan kita. Dlm apa keadaan pun nabi bersama umat. Susah, senang, gembira, sedih – nabi sentiasa bersama sahabat. Sbg seorg da’i - kehidupan kita menjadi ijtimai. Perkara ini perlu pengorbanan dan di latih. Kita kena korbankan kepentingan infradi kita – kita adalah hak ijtimai. Nabi s.a.w menjadi contoh pd semua org. Akhlak nabi – adalah akhlak yg agung. Dari semua segi – iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak – contoh dlm semua keadaan. Dlm ibadat – nabi solat hingga bengkak kaki. Beribadat dan mujahadah hingga org jadi kesian. Kita/semua rakan seusaha kena jadi contoh dari semua segi. Allah telah pilih kita utk buat usaha agama. mensyukuri nikmat allah dlm kehidupan ini.

Kita beribadat sehingga wujud hubungan/takluk dgn Allah–ada cinta Allah dlm hati begitu hampir dgn Allah, bermanja dgn Allah. mampu utk bermunajat dgn Allah, mampu utk berdoa panjang2 dgn Allah. berdoa, merayu, mengadu keadaan kita pd Allah. mohon hajat dgn Allah. sejauh mana ada takluk dgn Allah – akan dtg lazat dgn ibadat, lazat dgn zikir, lazat dgn doa. hijab – tidak ada cinta pd Allah. hubungan dgn Allah perlu dikuatkan dgn amal2. bila ada cinta pd Allah, maka akan dtg cinta pd makhluk. makhluk adalah keluarga Allah – yg dicipta oleh Allah. Kena ada sayang pd semua manusia - macam mana mrk dpt beriman pd Allah, dpt selamat dari neraka Allah s.w.t. 

Mengadu pd Allah dlm kesusahan dan kesedihan dlm buat usaha agama. Sebaliknya jika tiada cinta Allah dlm hati – zikir tidak akan diilhamkan dlm hati kita. Kita hanya akan berkhayal tentang perkara yg kita suka, yg kita sayang. Dalam ibadat, kita jadi contoh pd masyarakat, sbg mana ibadat nabi s.a.w. Dlm muamalat, kita jadi contoh pd masyarakat sbg mana muamalat Nabi s.a.w. Kisah Yahudi tuntut hutang dgn Nabi s.a.w, Yahudi tadi nak uji sifat kenabian dan alamat/tanda kenabian, Nabi tak letak ego dlm muamalat, Nabi merendahkan diri dlm muamalat, Nabi ada sifat sabar yg tinggi–penyantun, Bila diuji kita sabar, jgn ego. Sifat ini perlu ada dlm setiap da’i.

Sifat kasih sayang yg sangat mendalam terhadap manusia – mahabbah/rauf, Nabi sayang pd umat hingga sanggup minta pd allah sakit sakaratul maut seluruh umat diberi pd beliau. Di akhirat , nabi akan berada di telaga kautsar, mizan atau sirat membantu umat beliau. Kerisauan nabi pd umat dari dunia hingga ke akhirat. Kita pula tak ada hubungan dgn nabi s.aw. nak selawat 100X pun tak ada masa, Selawat 1X – Allah akan selawatkan atas dia 10X, Selawat 10X – Allah akan selawatkan atas dia 1000X. Dlm muasyarat pun kena ikut contoh nabi s.a.w, Cara pergaulan nabi dgn isteri, dgn sahabat, Sabar, penyayang, penyantun, akhlak yg baik, Tapi hari ni – dgn kawan kita baik, bila balik rumah jadi pemarah, Kita kena menghargai pengorbanan isteri kita, Kalau kita jaga akhlak – isteri akan jadi pembantu dlm usaha agama/usaha dakwah. Kita kena bawa sunnah dakwah dlm kehidupan. Sunah paling besar. Sunnah 124,00 nabi2 dan rasul2l, Menyeru manusia dgn kasih sayang. Menyeru manusia dgn akhlak kenabian – bersifat lemah lembut. Kalau kita keras – mereka akan tinggalkan kita. Ckp kasar, ckp tak ada insuran – org akan lari.

Maka dgn sebab rahmat (yg melimpah2) dari Allah (kpdmu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kpd mrk (sahabat2t dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mrk lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mrk (mengenai kesalahan yg mra lakukan terhadap mu), dan pohonkanlah ampun dari mrk, dan juga bermesyuaratlah dgn mrk dlm urusan (peperangan dan soal2 keduniaan) itu. Kemudian apb engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, utk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kpd Allah, sesungguhnya Allah mengasihi org2 yg bertawakkal kpdNya. (Surah ali imran ayat 159). 

Utk kesatuan hati, buat usaha dgn lemah lembut, maafkan, istighfar, mesyuarat. Kawan2 buat salah: jgn sebarkan, tutup keaiban, doa, nasihat dgn baik, maafkan. Walaupun kita ada kuasa, kita maafkan. Jgn umum kesalahan org. Jgn sebar keburukan org. Jgn suka dgr dan lihat keburukan kawan2. Dgr dan lihat kebaikan kawan2. Akhlak sahabat jadi sbb hidayat. Kawan kita yg bnyk kelemahan, kita tengok kebaikan dia. Utk diri sendiri, kita banyak dosa, takut Allah tangkap kita dgn satu dosa. Sifat iblis, aku lebih baik, dilaknat oleh Allah. Kalau ada sifat kibir, akan dicampak ke dlm neraka.

Dlm urusan dakwah, kena banyak mesyuarat. Tawanan badar, keputusan tak tepat, Allah maafkan sebab mesyuarat. Keputusan bukan tak boleh diubah. Keputusan boleh diubah dgn mesyuarat. Istiqamah dlm usaha dakwah. Jgn terkesan dgn suasana dan keadaan. Ikhlas dan istikhlas dlm usaha dakwah. Semua nabi2 berjaya. Tidak ada nabi yg gagal. Allah akan bantu usaha nabi sebagaimana Allah bantu nabi2. Dgn usaha dakwah Allah bagi kejayaan. Dgn usaha dakwah Allah bagi keselamatan. Yakin dgn usaha dakwah, berjaya dunia dan akhirat. Tumpuan juga perlu diberi utk halaqah iman, iman akan meningkat. Spt mana yg dibuat oleh abdullah rawahah, muaz jabal, umar r.a, Ta’al / Ijlis–mari kita duduk dan muzakarah iman seketika. Utk belajar usaha dakwah, masa diperlukan, siapa yg sedia keluar 4B tunai?

No comments:

Post a Comment