(18/09/2015-sri petaling-Ijtimak KL3Zon C). Tuan2 yg mulia. Umat ini umat terpilih. Umat ini tidak sama dgn umat2 yg lain. umat ini dipilih oleh Allah. Allah sendiri membesar2kan kehebatan umat nabi s.a.w. Org yg beriman yg dtg dlm umat nabi ini dtg bersama t/jawab. Nabi memandang ke arah kaabah dan takjub. Betapa besar kemuliaan baitullah. Tapi kehormatan seorang mukmin lebih besar dari baitullah. Kehebatan, keagongan, kehormatan seorang mukmin lebih besar dari kaabah. Kerana mukmin dtg bersama t/jawab. kerana mukmin dtg bersama kerja dan usaha. Kerja yg sebelum ini hanya diberi pd nabi2. seluruh nabi dtg dgn dakwah illallah. Nabi s.a.w adalah penutup kpd semua nabi2. nabi s.a.w dtg bersama usaha nabi2 yg sebelumnya. Kerja t/jawab dakwah ini, Allah telah serahkan kpd umat yg bukan lagi nabi. Umat manusia biasa. Mereka memikul t/jawab kerja nabi2. seluruh umat yg ada di dunia hari ni, arab atau ajam, adalah pekerja nabi s.a.w. umat ini penyambung usaha nabi s.a.w. Sahabat adalah seumpama bintang2 di langit, petunjuk utk manusia2 yg lain.
Seluruh wali2 dan seluruh auliya berkumpul tak akan sama dgn satu org sahabat. Nabi kumpul sahabat dan kata bahagia kamu (1X sahaja) umat yg beriman pd aku dan melihat aku. Kemudian nabi kata bahagia kamu (7X) umat yg belum pernah melihat aku dan beriman pd aku. Seluruh umat seluruh alam, lelaki dan wanita dihantar bersama usaha nabi s.a.w. Kamu umat terakhir tiada umat slepas kamu. Nabi kata kamu umat yg terbaik dikeluarkan utk kebaikan manusia yg lain, kamu mengajak kpd iman, kamu mencegah dari syirik, kamu beramal dgn seluruh perintah Allah. nabi serahkan kerja dan t/jawab nabi kpd umat ini. kamu umat terakhir. Kamu umat terbaik. Kamu umat termulia. Kita dihantar oleh Allah. umat ini dipilih oleh Allah. kita dilahirkan utk memberi kebaikan pd manusia lain. ini t/jawab kita. mengajak manusia pd makruf. Makruf paling besar ialah iman. Mencegah manusia dari mungkar. Mungkar paling besar ialah syirik. Ini kerja umat.
Seluruh umat dihantar utk maksud ini. Allah amat gembira dgn umat ini. Allah amat sayang dgn umat ini. tapi bila umat berpaling dari t/jawab mereka, bermacam keadaan dtg supaya mereka kembali semula kpd Allah. musibah yg melanda umat hari ini, Allah hantar musibah supaya umat kembali kpd asal maksud hidup mereka. Utk kaum yg terdahulu, Allah bagi ancaman kalau tidak beriman. Kalau tak beriman, mrk akan di azab. Tapi umat nabi s.a.w berbeza dgn mereka. Utk umat ini Allah tak guna perkataan ‘ancam’ tapi Allah guna perkataan ‘berita gembira’ utk mrk. Dlm zabur Allah cerita kebaikan umat akhir zaman. Wahai Daud, akan dtg seorg lelaki yg dipanggil Ahmad@ muhammad, seorang nabi, seorang penghulu, Aku tak akan murka terhadapnya, dan beliau tak memurkai Aku selama2 nya. Seblm lahir Aku telah ampunkan seluruh dosanya. Umat muhammad pembawa rahmat spt mana nabi mrk membawa rahmat. Umat Muhammad dirahmati oleh Allah sbg mana nabi mrk dirahmati oleh Allah. seluruh umat dihantar bersama rahmat nabi s.a.w. Umat muhammad akan dtg berjumpa Aku di hari kiamat, nur mereka sama spt nur nabi2. Hanya Sa-nya kerana t/jawab kenabian yg telah diberi pd umat.
Allah pelihara umat selagi umat ambil t/jawab nabi. Allah yg beri usaha pd umat. Kita tak pernah minta/doa. Allah telah pilih kita. sebelum diberi pd umat nabi t/jawab kerja ini, Allah telah ‘offer’ t/jawab ini pd bumi, langit, gunung, bukit, matahari, tumbuhan, jin, malaikat. Seluruh makhluk tersebut tidak sanggup memikul t/jawab kerja yg besar ini. umat nabi s.a.w telah terima dgn hati yg terbuka. Bantulah agama Allah sekuat-kuat kemampuan yg ada pd kamu. Allah minta seluruh kemampuan. Seluruh kemampuan harta, seluruh kemampuan masa, seluruh kemampuan diri. Allah pilih umat ini dan Allah bagi kerja pd umat ini. Nabi dihantar sebagai saksi, sebagai pemberi berita gembira, pemberi berita menakutkan, sebagai da’i kpd kerajaan Allah, sebagai petunjuk kpd manusia lain. ini semua keja nabi. Sampaikan berita gembira ini juga kpd org beriman antara kamu.
Kurniaan yg agung ini juga diberi kpd umat kamu yg beriman. Sebagai mana nabi dihantar, umat ini juga dihantar oleh Allah. umat ini adalah penyambung kpd usaha nabi s.a.w. Lelaki dan wanita terpilih utk kerja ini. bahkan satu org pendosa di kalangan umat juga dihantar utk buat usaha dakwah nabi s.a.w. Dlm bukhari ada satu bab, di akhir zaman Allah akan ambil khidmat agama dari pendosa sekalipun. Kami wariskan agama Allah yg sempurna ini kpd hamba2 yg kami pilih, ada antara mereka yg telah menzalimi diri mereka sendiri. Jgn sekali-kali kita pandang umat nabi dgn pandangan yg salah. Fulan peminum arak, fulan penzina, fulan penipu, fulan pencuri, jgn kita cakap macam ni. Bahkan setiap umat nabi di lihat dgn pandangan yg benar bahawa mereka dihantar utk bantu agama nabi, cumanya mereka belum disediakan. Umat adalah pewaris kerja nabi s.a.w.
nabi2 sebelum ini diberi kerja dakwah setelah matang umur mereka, dlm umur 40 thn. Berbeza dgn umat ini. umat ini umat terakhir, tiada umat selepas kamu. Allah jadikan setiap umat yg lahir ini sebagai pekerja nabi s.a.w. mereka diberi t/jawab kerja nabi sejak mrk dilahirkan. Azan telinga kanan, iqamah telinga kiri. Terus Allah serahklan usaha agama kpd umat ini. tak perlu tunggu umur matang. Umat terpilih. Utk bawa agama Allah utk pergi ke lorong2, ke gerai2, ke kedai2. Dakwah adalah tarbiyah pd nabi. Nabi bangunkan umat dgn dakwah. Tiada umat tanpa dakwah. Nabi pelihara umat ini dgn dakwah. Nabi bentuk umat ini dgn dakwah. Setiap sahabat telah kerahkan diri, masa, harta, hatta nyawa juga diberi utk dakwah. Nabi tarbiyah sahabat dgn dakwah. Allah hantar nabi dan nabi dakwah sahabat kpd islam.
Kemudian nabi tazkiyah sahabat dgn tazkiyah dakwah. Nabi ajar sahabat perbualan iman yakin. Sahabat ajak sahabat yg lain dtg ke masjid. pegang tangan sahabat yg lain. Duduk seketika dgn kami utk tambah iman terhadap Allah. dlm bukhari, amirul mukminin, umar khattab r.hu dan mufti madinah muaz b jabal r.hu, mereka pun keluar dari masjid dan bawa umat ke masjid. Duduk dlm halaqah iman. Nabi ajar setiap golongan sahabat dgn tarbiyah iman. Kisah muaz bin malik r.hu. bila Allah nak wujudkan satu kanun, Allah libatkan sahabat. Muaz b malik terlibat dgn perzinaan. Allah nak tunjuk pd umat apa hukum org yg berzina.
Beliau dtg jumpa nabi s.a.w. bersihkan aku ya rasulullah. Nabi berpaling. Buat zina dan kemudian dtg serah diri. 4 kali dtg jumpa nabi dan minta nabi bersihkan beliau. Allah turunkan hukum rejam sampai mati. Hari jumaat dibawa ke masjid dan direjam. Darah muaz b malik telah terpercik ke baju umar b khattab r.hu. Umar rasa geli sebab darah penzina. Nabi kata jgn ucap spt itu. Beliau telah bertaubat dgn sebenar2 taubat, kalau dibahagikan taubatnya pd seluruh umat manusia nescaya cukup utk mengampunkan seluruh umat manusia yg ada. Lahir manusia spt ini sebab tarbiyah dakwah dari nabi s.a.w. Manusia yg berdosa sekalipun dgn taubat mereka jadikan mereka hampir dgn Allah. Dakwah membentuk umat.
Umat diberi usaha nabi2. Umat diberi usaha percakapan nabi2. Allah ajar setiap nabi2 dgn kalimah tauhid. Kalimah ikhlas. Kalimah toyyibah. Lailahaillallah. Allah ajar nabi2 menafikan seluruh makhluk selain Allah. menafikan harta benda, wang ringgit, emas perak, tiada boleh membahgiakan manusia. illallah, hanya Allah yg membahgiakan manusia. Lailaha, tiada tempat bergantung, memohon, berharap, illallah melain kan Allah tempat bergantung, memohon, berharap. Setiap nabi diajar kalimah ini. menafikan seluruh makhluk yg ada. Mengiakan hanya sanya zat Allah. ini dakwah nabi2.
Bila umat bercakap mahfum kalimah, Lailahaillallah, menafikan makhluk, Allah kuasa, makhluk tak ada kuasa, yg berkuasa hanya Allah, segera Allah berdialog dgn mrk. Allah jwb perbulan mrk; benar kata hambaKu. Tiada ilah, tiada memberi menafaat, tiada memberi mudharat, melainkan hanya Allah yg memberi menafaat dan mudarat. Ini kalimah mukjizat bagi nabi2 dan ini kalimah keramat bagi setiap umat nabi. Makhluk tidak boleh buat sesuatu. Yg buat segalanya Allah. wang ringgit, harta benda, emas perak, perniagaan, kilang, kedai, semuanya tiada menjanjikan menafaat. Yg memberi menafaat Allah. Lailahaillallah. Yg memberi kebahgiaan pd manusia hanya sanya zat Allah. bila umat bicara setiap waktu perkara ini, maka Allah akan bersama umat.
Allah cerita sifat umat nabi dlm taurat. Bila umat muhammad berbaris membentuk jemaah demi jemaah, utk keluar di jln Allah, utk bawa kalimah ini ke lorong2, gerai2, kedai2, masjid2, pintu ke pintu, hati ke hati, duduk dan fikir di mana jemaah nak dihantar, baru tafakud, baru jemaah bayangan, belum keluar lagi maka segera Allah jadi payung terhadap mrk. Besarnya dakwah tauhid ini. umat baru berbincang, terus Allah dtg memayungi mrk dgn rahmatNya. Allah ambil t/jwb memelihara dan melindungi mrk.
Allah telah beritahu kelebihan dan kebaikan umat muhammad dlm taurat seblm kita semua dilahirkan. Bila umat muhammad ini keluar di jln Allah, bawa umat hampir kpd Allah, maka segera Allah akan hantar di hadapan, blkg, kiri, kanan mrk malaikat dgn tombak yg tajam mengawasi mrk. Sehingga tanaman, tumbuhan, ternakan juga di awasi oleh malaikat. Bersama dakwah ada perlindungan Allah. bersama dakwah ada kemuliaan Allah. bersama dakwah ada janji Allah. selagi umat pikul t/jwb agama selagi itu Allah bersama umat.
Bila umat berpaling dari dakwah, kehinaan akan dtg membelenggui umat ini. bila kamu sibuk dgn perniagaan kamu, kamu sibuk dgn ternakan kamu, kamu sibuk dgn tanaman kamu, kamu meninggalkan usaha agama Allah, kamu meninggalkan dakwah illallah, pasti Allah akan belenggu kamu dgn kehinaan. 50 ribu tahun seblm Allah cipta langit dan bumi, semua takdir telah ditetapkan. Makan apa hari ni. Berapa suap hari ni. Berapa teguk air hari ni. Jodoh dgn siapa. Berapa lama. Bila berpisah. Semua telah maktub di sisi Allah. takdir boleh berubah dgn amalan soleh manusia. Silaturahim bertambah, maka bertambah umur manusia. Rezeki bertambah dgn sedekah. Bila banyak buat dosa, Allah pendekkan umur.
Semua telah tertulis disisi Allah. makhluk hanya perhiasan semata2. Baik buruk keadaan manusia, derita bahagia manusia, tiada bersangkutan dgn kebendaan, bahkan semua berkaitan dgn amal manusia. Baik lidah mereka, maka baiklah sepanjang hari urusan mereka. Umur, rezeki semua berkaitan dgn solat kita. kusyuk atau tidak hari ni. Berapa juzuk quran dibaca hari ni. Berapa banyak zikir hari ni. Berapa banyak bagi dakwah hari ni. Berapa lama bagi masa di masjid. Tawajjuh, hati, harapan, permintaan adakah menuju ke arah Allah atau ke arah ghairullah. Amalan kamu bergantung pd niat kamu.
Berhijrah utk Allah, maka dpt Allah. berniat utk dunia, maka dpt dunia. Berniat utk wanita maka akan dpt wanita. Seorang sahabat hijrah berkahwin dgn ummu qais. Hijrah ini bukan utk Allah. hijrah kerana wanita. Oleh itu, nabi padamkan nama sahabat awwalin muhajir mekah ini. namanya disembunyikan. Sampai kiamat tiada org kenal nama sahabat ini. kalau beramal utk makhluk/ghairullah, bukan utk Allah, tak jadikan Allah matlub, tak jadikan Allah matlamat, maka seluruh amal tak diterima, ini adalah satu keaiban. umat kena begerak utk kalimah ini, dakwahkan mahfum kalimah, wahai org beriman, takutilah kamu akan Allah, sebutlah perkataan yg lurus, perkataan yg benar.
Tafsir ibnu abbas kata perkataan yg benar ialah mahfum kalimah. Lailahaillallah, makhluk tak ada kuasa, makhluk tak boleh buat apa, yg buat segalanya Allah. ‘qaulan sadida’. Bila seluruh umat dtg kpd perkataan iman ini, Allah bina kehidupan mereka. Terbina kehidupan umat bukan dgn duit. bukan dgn harta, bukan dgn kenderaan, bukan dgn rumah, bukan dgn emas, perak. Terbinanya kehidupan umat ini bila umat dtg kpd perbualan yg Allah suka. Di dunia kehidupan yg baik dan diakhirat Allah ampunkan dosa2 mereka. Kalimah ini jadi asbab keampunan di akhirat.
Dakwah ini nabi jadikan maksud hidup umat. Dakwah ini nabi jadikan kerja umat. Dgn dakwah ada janji Allah. kisah bani israil Allah cerita dlm quran sbg petunjuk utk umat ini. hudalinnas. supaya umat ambil kerja nabi, umat ambil t/jwb nabi, dgn membuat keputusan kerja nabi kerja saya, t/jwb nabi t/jwb saya, siang nabi siang saya, mlm nabi mlm saya, risau nabi risau saya, letih nabi letih saya, maka Allah akan bersama2 umat. Allah akan terima pengorbanan umat ini. buat keputusan nekad korban utk agama. Walaupun korban tak sempurna, amal tak sempurna, pasti Allah akan terima dgn penerimaan yg sempurna. Bila Allah terima, Allah akan ambil t/jwb pemeliharaan.
Spt mana mariam dipelihara. Bila umat bagi masa utk dakwah, maka Allah akan hilangkan batil satu per satu. Kalau mahu Allah bantu maka dakwah adalah jalannya. Hanya ini pilihan umat. Batil akan hancur. Ini janji Allah. apa yg berlaku pd zaman bani israil akan berlaku di zaman ini. sama spt sepasang kasut. Saiz sama, jenis sama, warna sama. Segala fitnah dlm bani israil pasti dan pasti akan berlaku dlm umat ini. Bila buat keputusan kerja nabi kerja saya, maka Allah akan salurkan ilmu nubuwwah ke rumah kita. walaupun bapa petani tapi anak2 semua hafiz quran, ulamak, mufti. Ini keramat usaha dakwah nabi.
Bila buat kerja nabi, rezeki akan mencari kamu. Rezeki tersedia dari khazanah Allah utk dai2 Allah. rezeki mengejar hamba seumpama maut mengejar mrk. Dakwah akan bimbing kita. dakwah penjamin rezeki umat ini. dakwah penjamin keselamatan umat ini. dakwah menjamin pertolongan Allah bersama umat ini. dakwah ada janji nabi. nabi jamin satu mahligai di pinggir syurga dan satu mahligai di tengah syurga utk mrk yg bermujahadah utk agama Allah. seluruh dosa diampunkan. Seluruh kebaikan ditulis. Akan mati dgn kematian yg baik. Oleh itu kena keluar jln Allah.
No comments:
Post a Comment