Sunday, January 18, 2015

NASIHAT USTAZ HAZIM

(06/12/2015 - sri petaling - mesyuarat bulanan KL). Tuan2 yg mulia. Alhamdulillah, dgn taufiq dan hidayat drp Allah kita berkumpul hari ni atas satu maksud yg sangat besar. Usaha ini berjalan dgn bantuan/pertolongan dari Allah. kita lemah dan usaha kita lemah. Yg kuat, yg berkuasa dan yg memberi hidayat hanya Allah. buat usaha dgn cara nabi dan sahabat. Janji hidayat dan tarbiyah dari Allah hanya dgn usaha yg dibuat cara nabi s.a.w dan sahabat. Di siang hari kita buat usaha dgn pengorbanan dan di malam hari kita doa pd Allah s.w.t. nafikan segala usaha yg kita buat. dan merayu pd Allah supaya terima usaha yg kita buat dan jadi asbab hidayat utk diri dan seluruh umat. 

Kerja ini adalah kerja pilihan. Kerja ini adalah kerja qabuliyat. Kerja penerimaan dari Allah. Bukan kerja kebolehan. Allah pilih hamba2Nya utk jadi nabi dan rasul utk buat kerja dakwah. Begitu juga dikalangan umat ini Allah pilih utk buat kerja dan jadi asbab hidayat utk umat. Jadi asbab utk pelihara agama dan sebarkan agama. Umat ini telah diberi t/jawab utk buat kerja nabi dan kerja rasul. Allah ambil kerja dari mereka yg Allah berkenan. Bila Allah ambil kerja dari kita maka kita kena sempurnakan dlm diri kita 2 perkara. Allah uji nabi ibrahim dan nabi ibrahim lulus ujian2 tersebut dan Allah jadikan nabi ibrahim imam kpd seluruh manusia. Jadi ikutan seluruh manusia.

Pertama, dari segi penyempurnaan sifat2. wujudkan dlm diri kita sifat2 yg mana dgn sifat2 tersebut Allah terima seseorg utk kerja agama. Kedua, dari segi pengorbanan. Nabi ibrahim a.s telah korbankan segala2nya utk Allah. kita kena sedia korbankan apa sahaja yg kita ada diri, harta, masa, kebolehan utk agama. Sifat taqwa adalah natijah kpd iman. Bila buat usaha atas iman sehingga satu tahap Allah bagi sifat taqwa. Bila ada sifat taqwa maka kita akan jalani kehidupan di dunia ini dgn penuh hati2. setiap da’i perlu ada sifat taqwa. Dlm kehidupan seharian, dlm muamalat, dlm muasyarah, dlm akhlak. 

Dlm kehidupan sorang2 pun kena ada taqwa. Kena rasa kita sentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t. Allah sentiasa mendengar setiap patah perkataan yg kita cakap. Allah tahu apa yg ada dlm hati kita. Allah s.w.t  tahu apa ada dlm fikiran kita. Allah tahu apa niat kita. Allah tahu apa perasaan kita. Allah sentiasa melihat dan mendengar. Org yg ada sifat taqwa akan rasa diri dia sentiasa di awasi oleh Allah s.w.t. dia sentiasa berwaspada dlm perbuatan dia. Setiap langkah, setiap percakapan, dibuat dgn penuh berhati2. supaya tidak ada satu pun gerak geri dia yg melanggar perintah Allah s.w.t. tidak ada satu pun gerak geri dia bertentangan dgn sunnah nabi s.a.w. Tinggalkan perkara2 yg haram drp anggota badan, dlm muamalat, dlm muasyarat, dlm akhlak.

Sifat ittibaq sunnah. Jadikan seluruh kehidupan kita cara nabi s.a.w. gerak geri, bangun duduk, muamalat muasyarat, akhlak, cara pakaian, hubungan dgn anak isteri, dgn org atasan, org bawahan, kaum kerabat, jiran tetangga. Setiap gerak geri da’i jadi contoh. Imamah. Macam imam dlm solat. Jadi ikutan. Org akan ikut setiap pergerakan. Maulana saad kata salah faham karkun di seluruh dunia bila anggap dakwah hanya buat 5 amal, keluar 3H, 40H, 4B. bila buat jadi da’i. Kerja seorang da’i bukan itu sahaja. Da’i ialah bila seluruh kehidupan dia dari hujung rambut hingga hujung kaki, muamalat, muasyarat, akhlak ikut sunnah nabi s.a.w. 

Hanya dgn ittibaq sunnah akan dpt hidayat. Jadi contoh utk umat. Sifat tawadduk. Dakwah adalah kerja yg besar. Tapi jgn rasa diri kita besar sebab buat kerja yg besar. Kerja ini tinggi, saya rendah. Kerja ini besar, saya kecik. Saya tak ada apa2. jgn ada perasaan saya hebat. Allah sangat2 benci pd org yg ada sifat mcm ni walaupun sikit. Allah haramkan syurga. Dlm hati kita kena ada perasaan sayang, kasih pd semua org. inginkan kebaikan utk semua org. ini sifat yg ada pd nabi s.a.w. Bila kita rendahkan diri semua org akan sayang. Sifat sabar dan tahamul. Dari hari pertama kita mula jejak kaki dlm usaha ini sampai mati akan penuh dgn ujian. Ujian dtg dari segenap arah. Ujian paling besar dari rakan seusaha. Dgn sifat sabar dan tahamul akan istiqamah dlm usaha ini sampai kiamat. 

Setiap da’i kena ada sifat ini. sabar dan tahamul adalah alamat/tanda kenabian. Lagi banyak org buat jahat/kasar dgn kita lagi banyak kita buat baik dgn dia. Maafkan dia. Jgn mengumpat. jgn cerita keburukan org. Kalau amalan kita sampai ke langit, buat pengorbanan hebat macam mana pun, tapi kalau tak ada satu hati maka usaha kita Allah tak terima. Tak jadi asbab hidayat. Kena buat usaha dgn kasih sayang, satu hati. Buat usaha dgn lemah lembut. Kalau keras dan kasar, org akan lari. Maafkan mereka. Istighfar utk mereka. Tutup keaiban. Buat usaha dgn mesyuarat. 

No comments:

Post a Comment