(19/09/2015 - sri petaling - Ijtimak KL3 Zon C). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t telah muliakan umat ini dgn usaha agama. Dgn usaha agama Allah telah letakkan umat ini pd kedudukan yg sgt tinggi di akhirat. Allah gelarkan umat ini khairun ummah, umat yg terbaik, kerana kerja dan t/jwb yg telah dikurniakan oleh Allah, kuntum khoroum matin ukhrijat linnas … nabillah, kamu menyeru kpd makruf/kebaikan dan cegah kemungkaran dan beriman kpd Allah s.w.t.
Sbgmn umat2 yg terdahulu beriman kpd Allah, kamu juga beriman tetapi kelebihan kamu bukan sahaja krn iman ttpi krn t/jwb menyambung kerja kenabian kerana tidak akan ada nabi yg akan dtg slps baginda s.a.w. Saya dan tuan2 , kita kena sedar hakikat t/jawab ini, hakikat kedudukan ini dan kena sampaikan kpd seluruh manusia supaya setiap umat memahami mrk adalah umat nabi dan bert/jwb atas kerja kenabian. Sebnyk mana kita ambil t/jawab kerja agama, sebanyak itulah bantuan Allah akan bersama dgn kita. Mahfum hadith, bantuan Allah s.w.t berkadar dgn t/jwb. Sekiranya kita berniat utk ambil t/jwb seluruh alam, bantuan Allah bersama kita berkadar dgn t/jwb tersebut. Oleh itu kita kena besarkan niat kita.
Nabi bergerak jumpa umat mengajak mereka kpd Allah. supaya manusia taat perintah Allah. manusia kenal Allah. manusia dpt sujud pd Allah. Atas kerisauan inilah nabi telah menanggung segala kesusahan, kesengsaraan dan halangan dlm menjlnkan usaha dakwah. Baginda berlapar. Tidak ada seorg pun disusahkan seumpama nabi disusahkan. Disusahkan krn agama. Semua ini nabi tanggung krn kasihnya baginda pd umat. Sehingga ketika nak wafat nabi telah minta segala kesakitan maut umat ini diberi kpd baginda. Sejauh mana cinta kita kpd nabi? Baginda diutuskan sebagai dai. Nabi diutus sbg pemberi khabar gembira dan pemberi amaran/ancaman. Sbg pelita yg menerangi.
Wahai rasul, sampaikan apa yg telah diturunkan kpd kamu oleh tuhan kamu, sampaikan risalah Allah. sampaikan agama. Katakanlah pd manusia, inilah jln aku. Aku menyeru manusia kpd Allah. Tugas nabi ialah dakwah manusia dgn membaca ayat2 Allah. menerangkan kehebatan Allah. keagongan Allah. Allah pencipta. Allah pemberi rezeki. Allah penyelesai masalah. Mensucikan manusia dari kesyirikan. Suci dari sifat2 mazmumah. Ajar manusia hukum hakam Allah dan sunnah, cara kehidupan. Sunnah ibadat, sunnah adat. Sejauh mana kita merasai t/jawab dakwah ini? nabi telah dicaci, dimaki, dicemuh, dicela, di ludah, dihina. Nabi menanggung semua kesusahan ini semata2 krn agama. Di taif, nabi telah dibaling dgn batu. Tapi nabi tidak doakan keburukan utk mereka.
Sebaliknya nabi doakan kebaikan dan hidayat utk mereka. Nabi mengadu kelemahan beliau pd Allah. Nabi keluar rumah dgn pakaian yg bersih dan balik dgn pakaian yg kotor/berdebu. Fatimah r.ha sedih dan menangis melihat keadan nabi diperlakukan sedemikian rupa. Nabi kata, agama yg dibawa oleh bapa kamu ini akan masuk dlm setiap rumah, rumah batu, rumah kayu, rumah kulit, rumah di bandar, rumah di kpg. Inilah usaha yg dibawa oleh nabi s.a.w. Usaha ini telah dipertggawb kan oleh Allah kpd kita. ‘qul hazihi sabi li ad u illallah….’inilah jln aku, aku meyeru manusia kpd Allah dgn dalil yg nyata dgn penuh keyakinan dan inilah jln org yg mengikut aku. Ini t/jawab yg jelas yg diberi oleh Allah pd kita.
Di haji widak, turun ayat, hari ini kami telah sempurnakan ke atas kamu agama kamu dan sempurnakan nikmat atas kamu dan Aku redho islam sebagai agama kamu. Nabi telah mengambil penyaksian dari para sahabat, ‘apakah aku telah sampaikan agama kpd kamu?’ semua sahabat telah menjawab, kamu telah sampaikan risalah Allah dan telah sampaikan amanah ini kpd kami. Nabi telah mengangkat jari telunjuk ke arah langit dan berkata, ‘Allah saksikan’. Ya Allah saksikan bahawa aku telah selesai kerja. Kerja sebagai seorang rasul. Nabi telah pergi ke rumah2, lorong2, kota2 utk sampaikan agama.
Nabi kata, yg hadir dikalangan kamu hendaklah sampaikan kpd yg tidak hadir. Hari ni agama telah sampai kpd kita. kita beriman, kita ada kalimah. Menjadi t/jawab kita utk sampaikan kpd manusia seluruh alam sampai hari kiamat. Semua sedia insyaAllah. Kerja ini adalah kerja kenabian. Kerja yg hanya diberi pd nabi2 dan rasul2 sebelum baginda s.a.w. Kerja ini telah di amkan kpd umat ini selepas pengutusan nabi s.a.w kerana tidak akan ada nabi lagi akan dihantar selepas baginda s.a.w. Kerana ini kerja kenabian, kita kena jlnkan kerja ini dgn sifat2 kenabian. Dlm menyampaikan agama kita kena bawa sifat2 kenabian.
Kasih dan syg pd org2 mukmin. Sifat ini ada pd sahabat. Dlm taurat disebut, mrk bersifat keras pd org2 kafir dan berkasih syg sesama mereka. Jika bersifat kasar, org akan menjauhkan diri dari kita. maafkan kesalahan mereka. Jika ada apa2 kesalahan yg mereka buat dgn Allah, kamu istighfar bagi pihak mereka. Jgn kita cerita kelemahan kawan2 kita. dan buatlah kerja dgn mesyuarat. Bila diputuskan dlm mesyuarat, bertawakal pd Allah dan sempurnakan keputusan mesyuarat. Ada khair dlm keputusan mesyuarat. Allah menyayangi org yg bertawakkul. Dgn akhlak kenabian. Sebagaimana Allah telah memuji nabi s.a.w dlm quran, ‘sesungguhnya engkau adalah akhlak yg agung’.
Dan Allah s.w.t telah jadikan nabi s.a.w sebagai contoh teladan utk di ikut. Kehidupan baginda sbg contoh utk diikuti. Akhlak baginda adalah akhlak yg terpuji. Mahfum hadith, yg terbaik dikalangan kamu adalah yg terbaik dgn ahli keluarganya dan aku adalah yg terbaik dikalangan kamu dgn ahli keluargaku’. Baginda bukan sahaja diutuskan utk sampaikan agama, baginda juga diutuskan utk menyempurnakan ketinggian akhlak. Kesempurnaan akhlak. Allah sebut dlm quran sifat2 kasih sayang nabi. Sekiranya umat ini tidak beriman, tidak mentaati perintah Allah mrk akan diazab. Nabi risau. Kesusahan dan kerisauan nabi menyebabkan nabi tak dpt tidur lena pd waktu malam. Siang nabi buat usaha dakwah. Mlm nabi dipenuhi dgn tangisan. Kita kena ada sifat lemah lembut dan kasih sayang. Allah pesan pd nabi musa dan nabi harun utk berlembut bila dakwah firaun.
Yg mulia dikalangan kamu ialah yg lebih bertaqwa pd Allah. Taqwa ialah takut pd Allah semasa keseorangan. Allah maha mengetahui apa yg yg ada dlm hati. Kita kena bertaubat pd Allah kerana meninggalkan usaha agama. Tidak menjadikan usaha agama sebagai maksud hidup. Mengabaikan umat. Jutaan manusia telah mati tanpa kalimah. Kita masih lalai dan leka dgn kesenangan yg ada di sekeliling kita. Allah maha berkuasa. Selain dari Allah tak berkuasa. Allah buat segala-galanya. Makhluk tak boleh buat apa2. apa yg kita buat, kita hanya merancang, kita mencuba, kita berusaha, kita menyusun, sekiranya menepati kehendak Allah maka ia jadi. Kalau tak menepati, maka tak jadi. Satu dunia kumpul pun tak akan jadi. Ini perkara yg kita kena usaha dan masukkan dlm hati kita. Semoga Allah terima ijtimak kita dan jadi asbab hidayat utk diri kita dan seluruh manusia sampai hari kiamat.
No comments:
Post a Comment