Saturday, April 16, 2016

PERJALANAN ROHANI SEORANG SUFI

Berkata Syeikh Sayyid Abi Said Al-Kharroj: “Ketika Allah akan menjadikan seorang hamba menjadi kekasih/wali-Nya, maka dibukakan baginya Pintu Dzikir. Apabila dia merasa nikmat dengan dzikirnya, maka akan dibukakan oleh Allah Pintu Qurbah (dekat kepada Allah) kemudian dinaikkan lagi kepada Majlis 'Unsi (tempat yang membuatnya merasa nyaman dan akrab dengan Allah), kemudian dia didudukkan di atas Kursi Tauhid. Seterusnya dibukalah semua hijabnya, kemudian dimasukkan oleh Allah kedalam Darul Fardaniyah (tempat dimana tidak ada temannya seorangpun di dalamnya kecuali dirinya sendiri), setelah itu dibukakan oleh Allah baginya Hijabul Jalal wa Udmah (hijab yang menutupi kemuliaan dan keagungan Allah) dan dimasukkan dia kedalamnya. Kemudian oleh Allah dia dijadikan Kekasih-Nya/Waliyullah”. (Tn.Ir Alias Hashim Asy-Syattariyyah). 

ZIKIR SAMBIL MENARI

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).

BERTAMBAH ILMU TAPI JAUH DARI ALLAH

"Jika bertambah ilmu tetapi kelakuan masih buruk, itulah tanda orang itu telah jauh daripada Allah. Orang jahil berasa rajin mengaji sedang dia tidak sedar ilmu yang dipelajarinya itu terhijab kerana ada keinginan dunia di hatinya. Manakala orang alim (berilmu) berasa segan untuk beramal dengan ilmunya disebabkan masih kurang yakin kepada janji-janji Allah terhadap ilmu yang dipelajarinya”. (Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki). 

WANITA DAN FITNAH

Saya masih kekal berpendapat bahawa wanita walau sealim manapun dia, bukanlah peranannya untuk naik ke pentas-pentas ceramah yang dihadiri bersama para hadirin daripada kaum adam, apatah lagi rakaman-rakaman youtubenya disebarkan dengan meluas atas alasan dakwah. Lebih menimbulkan fitnah apabila para ustazah yang diharap mampu membimbing, tiba-tiba dengan sengaja mengenakan perhiasan melampau ketika berceramah, melemah-lembutkan pula lunak suaranya diiringi lenggok badan dan mimik muka "pembaca berita"nya. Bercerita pulak bab cinta, rindu, sayang yang "diislamkkan". 

SELAGI MANA URUSAN DUNIA IANYA BUKAN MASALAH BESAR

Jgn bersedih dgn urusan dunia. Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib, ia pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.” Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah!” Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah!” “Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” kata Ali bin Abi Tholib. “Tentu tidak” jawabnya. “Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya Syaidina Ali bin Abi Tholib. “Tidak juga” jawabnya.

RAHSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK JIWA

Sesungguhnya manusia diselimuti banyak misteri yang dia sendiri tidak menyedarinya. Syeikh Abu Bakar bin Salim Sohibul Inat berkata dalam syairnya: “Wahai Penuntut Ilmu, berprasangka baiklah terhadap sesama makhluk kerana sesungguhnya rahsia rahsia Tuhanmu tersebar (ada) pada makhluk makhlukNya” Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa mengenal Dirinya, dia (akan) mengenal Tuhannya”. Makrifat (pengenalan/pengetahuan) tentang nafs merupakan jalan untuk bermakrifat kepadaAllah. 

ULAMA YG MEMBAWA KEROSAKAN DAN KEKERASAN JIWA

Hari ini mrk yg dianggap cerdik dgn PhD agama berbahas masalah Nisfu Syaaban, Tahlil, Maulud, Zikir lps Solat, tawassul, semuanya adalah para ulama yg membawa kerosakan dan kekerasan  jiwa, mematikan cahaya hati, dan membuah akhlak yg rosak. Ulama yg suka berbantah secara berlebihan adalah mrk yg tiada milik Makrifat yg benar, ibadah yg khusyu dan jiwa akhlak yg mulia, jika mrk miliki hal tersebut nescaya tiada mrk cinta kpd membicarakan dan berlarutan berbahas hal tersebut krn ianya adalah hal yg khilafiah yg bkn usul dlm agama , yg paling utama dibimbangi ialah akn mbwa keras hati, perpecahan umat, ditunggangi nafsu hingga terpadam cahaya Illahiah. 

KITAB INILAH YG PATUT MENGAJI

Kitab inilah yg patut mengaji. Hikam adalah kata2 hikmah dari Ahlullah. Ahli Allah yg Arifbillah yakni yg sudah mencapai maqam wushul dan kenal hak2 Allah yg dikenalkan oleh Allah melalui ilmu laduni pada dzauk hati batin seorang Sufi. Hikam Ibn Athaillah adalah kalam seorg Sufi yg bernama Ibn Athaillah As Sakandari ulama Mesir bertaraf Wali yg berasal daripada Iskandariah atau juga dikenali sebagai Alexandria. Dia asalnya pensyarah Al Azhar yg tidak begitu mensetujui tasawuf tapi kemudian tunduk pada mursyidnya Al Mursi dan menjadi muridnya.

BELAJAR SELAMA 33 TAHUN HANYA DAPAT 8 PERKARA

Suatu hari, Imam Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim Al-Ashom: Imam Syaqiq : "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?”. "Sudah 33 tahun", jawab Hatim. "Apa yang telah kau pelajari, selama 33 tahun ini?", tanya Imam Syaqiq. "Hanya 8 perkara", jawab Hatim. "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun! Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun kau hanya mempelajari 8 perkara dariku?", Ucap Imam Syaqiq dengan penuh hairan. "Benar Yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 perkara sahaja, aku tidak mahu mendustakanmu", jawab Hatim. “Cuba sebutkan 8 perkara yang telah kau pelajari itu!”. pinta Imam Syaqiq. Hatim Al-Ashom pun berkata:

ZAMAN KEMATIAN HATI

Diriwayatkan bahawa Imam Sufyan al-Tsauri rah (wafat 161 Hijrah) pernah berkata: “Akan datang kepada manusia suatu zaman yang ketika itu hati-hati manusia menjadi mati sementara badan-badan mereka masih hidup”. (Hilyah al-Awliya', Abu Nuaym). Inilah zamannya, apabila manusia mungkin berbicara dengan fasih akan pelbagai ilmu dan hujah, namun jiwanya jauh daripada Allah dan kosong daripada nikmat ukhuwah dan taqwa.