Suatu hari, Imam Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim Al-Ashom: Imam Syaqiq : "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?”. "Sudah 33 tahun", jawab Hatim. "Apa yang telah kau pelajari, selama 33 tahun ini?", tanya Imam Syaqiq. "Hanya 8 perkara", jawab Hatim. "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun! Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun kau hanya mempelajari 8 perkara dariku?", Ucap Imam Syaqiq dengan penuh hairan. "Benar Yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 perkara sahaja, aku tidak mahu mendustakanmu", jawab Hatim. “Cuba sebutkan 8 perkara yang telah kau pelajari itu!”. pinta Imam Syaqiq. Hatim Al-Ashom pun berkata:
Pertama: “Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih. Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kubur, lalu meninggalkannya sendirian di sana. Maka, Aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku, Sehingga ketika nanti Aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku".
Kedua: “Aku merenungkan Wahyu Allah SWT: “Dan Adapun orang2 yang takut kepada Kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka syurga lah yang akan menjadi tempat tinggalnya”. (QS. An Naazi’aat,79:40-41). Aku sedar, Bahwa Firman Allah pastilah benar, Maka Aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah SWT”.
Ketiga: “Aku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu Kupelajari Firman Allah swt: “Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah akan kekal". (QS. An Nahl,16:96). Maka setiap kali Aku memperolehi sesuatu yang berharga, Aku pun sedekahkannya di jalan Allah swt, agar hartaku sentiasa tetap terjaga di sisi-Nya".
Keempat: “Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab. Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tidak ada apa-apa, saat Aku membaca Wahyu Allah swt: “Sesungguhnya, orang yg paling mulia di sisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kamu”. (QS. Al Hujurat,49:13). Kerana itulah, Aku pun beramal utk mewujudkan Taqwa, agar Aku memperolehi kedudukan yang Mulia di sisi Allah SWT.
Kelima: “Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan sumber semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari Wahyu Allah SWT: “Kami telah membahagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia”. (QS. Az Zukhruf,43:32). Akupun sedar, Bahwa semuanya telah di bahagi oleh Allah swt. Maka aku tinggalkan sifat Hasad (dengki), aku jauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun".
Keenam: “Aku melihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)”. (QS. Al Fathir,35:6). Oleh sebab itu, Aku tinggalkan permusuhan dengan manusia dan aku menjadikan syaitan sebagai satu-satunya musuhku. Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, kerana Allah swt sendiri yg telah menjadikan Syaitan sebagai musuhku".
Ketujuh: “Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal-hal yang di haramkan oleh Allah swt. Lalu kuperhatikan Firman Allah SWT: “Dan tiada satu pun binatang melata di bumi, melainkan Allah telah menanggung rezekinya”. (QS. Hud,11:6). Aku sedar, Bahawa diriku adalah salah satu dari yang melata itu, dan Allah swt telah menjamin Rezekiku. Oleh kerana itu, aku sibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah di berikan oleh Allah swt dan aku tidak pernah risau sesuatu yang telah di jamin oleh Allah swt untukku".
Kelapan: “Aku melihat semua orang bergantung kepada Makhluk Allah swt. Ada yang bergantung kepada ladangnya, bergantung kepada perniagaannya, bergantung kepada pekerjaannya, dan bergantung kepada kesihatan jasmaninya. Akupun kembali kepada Firman Allah: “Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan) nya”. (QS. Ath Thalaaq,65:3). Oleh kerana itu, Aku pun bertawakkal (bergantung) kepada Allah swt yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah swt pun mencukupi semua keperluanku".
Mendengar jawaban dari Hatim Al-Ashom, Imam Syaqiq Al-Balkhi berkata: “Wahai Hatim, semoga Allah memberimu Taufiq. Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan aku menemui bahawa semua jenis kebaikan dan ajaran Agama, berkisar pada 8 perkara yang tadi telah kau sampaikan. Barangsiapa mengamalkan 8 perkara tersebut. Maka bererti, dia telah mengamalkan isi dari 4 kitab suci”. (Kalam Hikmah Syeikh Sya’rawi).
No comments:
Post a Comment