Kitab inilah yg patut mengaji. Hikam adalah kata2 hikmah dari Ahlullah. Ahli Allah yg Arifbillah yakni yg sudah mencapai maqam wushul dan kenal hak2 Allah yg dikenalkan oleh Allah melalui ilmu laduni pada dzauk hati batin seorang Sufi. Hikam Ibn Athaillah adalah kalam seorg Sufi yg bernama Ibn Athaillah As Sakandari ulama Mesir bertaraf Wali yg berasal daripada Iskandariah atau juga dikenali sebagai Alexandria. Dia asalnya pensyarah Al Azhar yg tidak begitu mensetujui tasawuf tapi kemudian tunduk pada mursyidnya Al Mursi dan menjadi muridnya.
Hikam dari kalangan ulama2 Sufi banyak antara yg terkenal Hikam Ibn Athaillah, ulama Sufi sekitar 1450M dulu yg juga merupakan Sheikhul Azhar. Guru Besar Al Azhar pd zaman beliau. Juga Hikam Abi Madya, Hikam Ibn Arabi, Hikam Al Hadad dll. Ini antara kata2 hikmah seorg Wali yg menukil pegalaman dzauk rohani dgn kata2 hikmah yg mengandungi huraian tersurat dan byk yg tersirat. Dlm hikam2 ini mengandungi byk Tauhid Ahli Sufi, Tauhid Martabat Ihsan, Tauhid Hakiki, Tauhid Murni, Tauhid merasai Wujud Allah dgn Hati Batin, tidak sekadar akal.
Maka makna yg terdalam hanya dpt dikecapi oleh org yg sudah melalui pengalaman tersebut. Kita sekadar menumpang sedikit dari nilaian emas sepuluh yg berharga itu. Itu maksud emas yg sudah diuji. Kita melihat sekadar teks biasa sahaja, kerana tidak dapat menyisih emas dari timbunan tanah2 yg al zhulumat kegelapan unsur bumi yg basyariah. Tapi bagi ahlinya, dari timbunan tanah yg kelihatan kotor dikeluarkan emas tulin, emas 10. Kalau kita ikuti syarah dari kalam 1 hingga akhir, ianya menceritakan pengalaman beliau dalam perjalanan mencari Wujud Tuhan dari si salik yg sudah ikrar dgn baiat/baiah roh dan lidah jasad hingga dibawa mikraj rohani oleh guru mursyidnya merasai segala2nya dari Allah, dengan Allah, hanya utk dan kerana Allah.
Kita melihat emas dan makanan lazat dari kejauhan. Sedang mereka menikmatinya dgn rasa yg tidak dapat dihurai dgn seribu kata2 sekalipun. Emas sudah mereka pakai, makanan sudah mereka letak di lidah dan ditelan hingga sebati dgn mereka. Kita merasa Tauhid dan amal kita sudah murni, namun spt kata Hikam Abi Madyan, bila sudah sempurna maqam ubudiyyah mu sebagai hamba, kamu akan melihat amal mu penuh riya’, dakwaan semata dan bayangan yg penuh dusta.
Bukan sekadar dapat melihat buah sudah merasai soleh dan makrifat akan hal buah itu, ambil lah buah itu, buangkan kulitnya yg menghijab isi, makan lah isi nya, ambil bijinya agar engkau tidak hanya sekali saja fana dgn buah itu, tetap baqa menikmati seumur hayatmu. Kalau makanan rohani sudah di dalam dirimu yg diberi istilah fitrah, Nur Muhammadi, maka bukakan tudung saji yg menutupi cahaya lazat makanan itu. Engkau tidak bisa kenyang sekadar menatap dari kejauhan apa lagi di sebalik hijab basyariah kehaiwanan mu. Bersandarlah dia pada As Shomad, setelah makrifat akan Hak2 Al Ahad. (Tn. Ir Alias Hashim Asy-Syattariyyah).
No comments:
Post a Comment