Saturday, April 16, 2016

RAHSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK JIWA

Sesungguhnya manusia diselimuti banyak misteri yang dia sendiri tidak menyedarinya. Syeikh Abu Bakar bin Salim Sohibul Inat berkata dalam syairnya: “Wahai Penuntut Ilmu, berprasangka baiklah terhadap sesama makhluk kerana sesungguhnya rahsia rahsia Tuhanmu tersebar (ada) pada makhluk makhlukNya” Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa mengenal Dirinya, dia (akan) mengenal Tuhannya”. Makrifat (pengenalan/pengetahuan) tentang nafs merupakan jalan untuk bermakrifat kepadaAllah. 

Jika kita mengamati (siasat) diri kita: kelemahannya, kefaqirannya (keperluannya) kekurangannya dan ketidakmampuannya; dan jika kita mengerti bahawa diri kita tidak mampu mendatangkan suatu manafaat dan tidak pula ada kuasa untuk mencegah suatu mudharat, maka kita akan menyedari bahawa jiwa (roh) kita pasti memiliki Tuhan dan Pencipta. Allah swt berfirman: “Dan juga pada dirimu sendiri maka apakah kamu tidak memperhatikan”. Pengetahuan tentang nafs sangat ajaib. Habib Abdullah Alwi AlHaddad menyebutnya sebagai “bahagian dari ilmu terpendam yang lautannya saling melandakan/melemaskan”

“Yang Maha Tinggi berfirman: “Tidaklah syurga apalagi bumi dapat menampungKu, tapi hati hambaKu yang beriman dapat menampungKu.” Artinya, hati orang yang beriman mengandung cahayaKu, sifat-sifatKu dan pemahaman akan alam semesta. Meskipun tidak mungkin memahami esensi Allah itu sendiri. (Tn. Ir Alias Hashim Asy-Syattariyyah). 

ZUHUD

Zuhud itu ada beberapa martabat. Martabat yg tertingi hampir sama dgn makna redha. ZUHUD AWAM- Zuhud dgn nikmat dunia meninggalkan kesenangan dunia - makanan pakaian rumah kenderaan hidup yg zuhud kerana impikan akhirat shj. ZUHUD KHAWAS - Meninggalkan keinginan dunia dn akhirat - iaitu zuhud kpd semua yg lain dpd Allah. Kerana hatinya menginginkan Allah shj. Adapun redha bermaksud tinggalkan ikhtiar dn pilihan. Tiada punya pilihan di hadapan pilihan Allah. Dia memilih apa shj yg Allah pilih buat dirinya. Kesamaan di antara zuhud dan redha di sini adalah Yg diingininya hanya Allah dan ketentuannya. (Sidi Abu Dhiya - Tn. Hj Md. Nasir Othman).

No comments:

Post a Comment