Thursday, February 11, 2016

BICARA GURU

Siapa yang datang kepadaku untuk mencari kelebihan, ia hanya akan membuang masa. Carilah Guru yang lain kerana padaku tiada apa-apa kelebihan.

KISAH SYEIKH JUNAID AL-BAGHDADI

Suatu hari, Syeikh Junaid Al-Baghdadi rh bersama dengan beberapa orang anak muridnya melalui sebuah pasar di bandar.  Secara kebetulan, seorang lelaki lalu dengan mengheret seekor lembu dengan tali, "Tunggu!" beliau berkata kepada lelaki itu. Beliau terus mengarahkan anak muridnya mengelilingi lelaki itu bersama dengan lembunya kerana ia ingin mengajarkan sesesuatu kepada mereka.

PENTINGNYA TAZKIYATUN NUFUS

Tugas-tugas itu ialah konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan umat ini menurut al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. 

DUA GOLONGAN KETIKA BERAMAL

Golongan pertama, iaitu orang yang memahami syariat sebagai perintah dan larangan semata-mata, maka dia merasa terbeban dengan syariat, kerana dia berinteraksi dengan perbuatan dirinya sendiri. Sedangkan, golongan kedua, yang memahami syariat secara hakikatnya, maka dia merasa santai dan lapang, kerana dia berinteraksi dengan Tuhan yang sedang disembahnya melalui syariat tersebut, bukan memandang kepada ibadah tersebut.

Orang yang memandang kepada perbuatan diri memanglah letih sedangkan seorang pencinta yang memandang kepada kekasih akan terus melakukan apa sahaja untuk mendekati kekasihnya, tanpa rasa letih, kerana dia tidak memandang kepada perbuatan, tetapi sibuk memandang keindahan rasa cintanya kepada kekasihnya.

(al-Faqir ila Rabbihi al-Lathif Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari).

MANFAAT SUHBAH DENGAN MURSYID

Ibn 'Ajibah menegaskan dengan katanya: "...Demi Allah, tidak berjaya orang yang berjaya. Kecuali menerusi suhbah (sentiasa berdamping) dengan orang yang telah berjaya.” Allah juga memerintahkan orang-orang mukmin agar sentiasa berserta dengan golongan siddiqin.

PERJALANAN MENUJU KEHAMBAAN SEJATI

Jika Dia melenyapkanmu daripada hawamu dengan hikmah * , dan daripada kehendakmu dengan ilmu ** , maka kamu akan menjadi hamba yang terurus, tiada lagi hawa bagimu dan tiada lagi kehendak. Maka pada ketika itu, akan tersingkap bagimu daripada dirimu maka bersimpuhlah kehambaan dalam ketauhidan atau keEsaan [wahdaniyah]. Maka, akan lenyap hamba dan akan kekal hanyalah Allah azza wa jalla***.

KATA AHMAD IBN UJAIBAH DALAM SYARAH AL-HIKAM

Ahmad Ibn Ujaibah Berkata, “Tidak akan terbuka pintu Maqam redha bagi seorang hamba melainkan setelah dia mengerjakan tiga perkara pada fasa awal perjalanannya, iaitu:

TANDA KEIMANAN MENURUT SYEKH IBNU ARABI

Dalam Kitab Al-Washaya li Ibn 'Arabi disebutkan: Dzun-Nun Al-Mishri mengatakan: "Tiga di antara tanda-tanda keimanan adalah; kalbu merasa pilu atas musibah yang menimpa Kaum Muslimin, mengorbankan kesetiaan kepada mereka dengan menahan kepahitan prasangka buruk mereka dan menunjukkan mereka kepada kebaikan, meskipun mereka tidak menghiraukan dan membencinya."

IKTIBAR DARI SEBIJI TEMBIKAI

Kisah Sufi: Syaqiq Al-Balkhir. Pada suatu hari, seorang Ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

HATI YANG BERCAHAYA

Hati bagaikan cermin, kalau cermin itu kotor tentu tidak dapat memantulkan cahaya, hati yang bersih akan selalu memantulkan Cahaya Illahi.

Bagaimana cara membersihkan hati yang kotor oleh noda dan dosa, iaitu : 

(1) Niat untuk membersihkan/mensucikan hati.

(2) Taubatan Nashuha