Diriwayatkan bahawa suatu ketika Nabi Musa a.s. bertanya kepada Allah SWT, "Tuhanku, apakah balasannya bagi orang-orang yang zikir kepada-Mu dengan lisan dan hatinya?" Allah Swt. berfirman: "Wahai Musa, Aku akan melindunginya di Hari Kiamat dengan naungan 'Arsy, dan Aku akan menjadikannya di bawah kekuasaan-Ku.” Nabi Musa a.s. bertanya lagi, "Tuhanku, siapakah hamba-Mu yang paling merugi?" Allah SWT berfirman, "Orang yang tidak mengambil manfaat dari petua dan orang yang tidak zikir kepada-Ku sewaktu sendirian.”
Monday, January 25, 2016
HAKIKAT MATI SI AHLILLAH (SUFI)
“Mati” dalam pandangan orang-orang Ahlullah sufi bukan bererti sekadar “bercerai nyawa dengan badan”. Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya dan terbang bebas dan hijab dan merasai kebebasan hakiki bersama Wujud Yang Maha Murni . Badan itu ditinggalkan dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup dan baqa bersama hakikatnya.
CINTAILAH ALLAH
Selagi kita bersama diri kita selama itu sukar untuk mengiktiraf rentak keinginan seseorang. Satu masa pasti kita akan membantah juga kehendak orang lain. Kerana kita punya pandangan sendiri. Namun bila cinta menguasai diri terhadap orang yang dicintai. Maka pilihan kehendaknya tenggelam dalam kehendak orang yang dicintainya. Maka para sahabat mencintai sesama mereka melebihi diri sendiri.
GODAAN BAGI PENEMPUH JALAN TAREKAT
Ujian paling awal yang akan ditempuhi para calon pengikut tarekat ialah perkara berkaitan niat. Apakah motivasi yang mendorongnya masuk tarekat itu betul-betul didasari oleh niat ikhlas semata-mata menjalankan perintah Allah dan Rasulullah, atau terdapat niat-niat yang lain. Kenyataannya tidak sedikit orang masuk tarekat telah tersasar pada tapisan yang pertama ini lantaran salah soal "nawaitu". Ada yang niat kerana mengikuti ajakan kawan, niat mencari kesembuhan, niat mencari kemakmuran ekonomi atau malas kepada orang tuanya. Ada pula niat untuk kepimpinan dan kemegahan di mata masyarakat, ada yang niat supaya menguasai ilmu pengubatan, ada yang niat untuk kesaktian serta sebagainya.
ADAB
Guruku berkata: Betapa pentingnya beradab samaada dengan guru kamu atau sesiapa sahaja dikalangan makhluk Allah ini, rosaknya adab kamu dengan mereka bakal mendatangkan kemurkaan Allah , lalu tiada Dia mengizinkan kamu terus sampai pada-Nya. Guruku menceritakan sebuah kisah: Tika seorang sufi berkhalwah dengan begitu lama untuk meningkatkan spritualnya namun dia merasai tiada kemajuan apa-apa, maka ia memohon pertunjuk Allah, maka didatangi dalam mimpinya seorang Syeikh dan berkata "Engkau tiada akan milki apa-apa pencapaian dalam khalwah mu ini kerana perbuatan isteri mu"
NAFSU DAN AKAL MENUTUPI NUR MAKRIFAT
Firman Allah : “Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak melihat (tanda-tanda dan bukti kebesaranNya)?” (Adz-Dzaariyaat : 21). Awal agama adalah mengenal Allah, awal mengenal Allah adalah mengenal diri. Kata ‘arifbillah: “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka mengenal ia akan Tuhannya. Sesiapa yang mengenal Allah, maka binasalah (fana) dirinya”. Firman Allah diatas sebagai pembuka segala rahsia dalam rahsia. Hanya Allah wajibal wujud dan Dia wujud pada DzatNya. Adapun sekelian wujud yang lain bukan wujud pada dzatnya, tapi wujudnya diwujudkan oleh Allah. Makhluk diwujudkan Allah untuk menunjukkan sifat Keagungan dan KebesaranNya. Firman Allah dalam hadis Qudsi:
PELAJARAN MAKRIFATULLAH
Pernah orang bertanya: ”Bukankah Allah itu bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim??? Tetapi mengapakah ramai hamba-Nya yang terseksa, sakit, susah, dibunuh dan berbagai lagi kesusahan yang dialami oleh hamba-Nya??? Guru ku berkata: Kehidupan ini ada kesedihan dan kepedihannya lantran sifat Jalal-Nya mahu menguji, namun aku tiada mahu kesedihan itu hilang kerana ku pasti di dalamnya ada CINTA lantaran di sana sifat Jamal-Nya, akan ku nikmati kesakitan ini dengan penuh Cinta demi mengejar CINTA. "Dimana ada Jalal-Nya di situ ada Jamal-Nya!!!” Tiadalah satu musibah atau kesedihan itu melainkan Allah ingin mentajallikan Sifat Jamal-Nya jua. Tiadalah diperzahirkan Sifat Jalal-Nya (Sifat Keagungan-Nya) dengan ujian tadi melainkan hendak menzahirkan Cinta-Nya. Tiadalah sakit itu melainkan CINTA. Tiadalah kepedihan itu melainkan CINTA disisi kekasih Allah.
UBAT HATI MENGIKUT SUNAN BONANG
Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Quran lan maknane
Kaping pindo solat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo zikir wengi lingkang suwe
Salah sawijine sopo bisa ngelakoni
Mugi-mugi gusti Allah nyembadani
HAQA’IQ
Hai orang yang bertanya kepadaku tentang Rasulullah saw, bagaimana ia lupa. Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main. Lupa lubuk hatinya dari segala sesuatu. Maka ia lupa dari yang selain Allah. Suhbah memberi kesan kepada akhlak serta perjalanan hidup seseorang.. Jika lihat di zaman kegelapan jahiliah, para sahabat r.a tidak mencapai kedudukan yang terpuji, kecuali setelah mereka bersuhbah dengan Rasulullah saw serta duduk bersama baginda saw. Begitulah juga dengan para tabien, mereka telah mendahului orang lain dalam memilih kemuliaan setelah bertemu dan mengikuti pada sahabat Rasulullah saw.
SIFAT-SIFAT AHLI TASAWUF
Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah/terpuji dan 10 sifat Mazmumah/tercela di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin tentang menentukan “maqam” di dalam tasawwuf dan merupakan sifat-sifat yang perlu ada dan tidak perlu ada di dalam diri ahli tasawwuf iaitu :
Subscribe to:
Posts (Atom)