Monday, January 25, 2016

PELAJARAN MAKRIFATULLAH

Pernah orang bertanya: ”Bukankah Allah itu bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim??? Tetapi mengapakah ramai hamba-Nya yang terseksa, sakit, susah, dibunuh dan berbagai lagi kesusahan yang dialami oleh hamba-Nya??? Guru ku berkata: Kehidupan ini ada kesedihan dan kepedihannya lantran sifat Jalal-Nya mahu menguji, namun aku tiada mahu kesedihan itu hilang kerana ku pasti di dalamnya ada CINTA lantaran di sana sifat Jamal-Nya, akan ku nikmati kesakitan ini dengan penuh Cinta demi mengejar CINTA. "Dimana ada Jalal-Nya di situ ada Jamal-Nya!!!” Tiadalah satu musibah atau kesedihan itu melainkan Allah ingin mentajallikan Sifat Jamal-Nya jua. Tiadalah diperzahirkan Sifat Jalal-Nya (Sifat Keagungan-Nya) dengan ujian tadi melainkan hendak menzahirkan Cinta-Nya. Tiadalah sakit itu melainkan CINTA. Tiadalah kepedihan itu melainkan CINTA disisi kekasih Allah.

Bila kita mendapat satu ujian musibah hakikatnya Allah sedang memberi Cinta kepada kita... Tiada yang Dia ingin sampaikan melainkan untuk kita kembali kepada-Nya. Maka janganlah wahai saudaraku kita merungut dengan takdir Allah. Fahamilah bahasa Cinta Tuhan. Bagaimana kamu kata Tuhan menzalimi kamu??? Sedangkan dia ciptakan kamu dengan tangan-Nya Sendiri (dengan kehendak dan kekuasaan-Nya sendiri). Segala Ciptaan Allah semua terjadi dengan Kasih Sayang-Nya jua. Lantaran Dia Menguji Kamu adalah Demi Cinta dia pada kamu!!!! Seperti seorang Ayah merotani anaknya adalah agar anaknya insaf dan sedar tidak leka dan alpa lagi dengan keseronokan hidupnya. Pandanglah disebalik Sifat Jalal-Nya yg menguji kamu itu ada sifat Jamal-Nya iaitu Dia inginkan kebaikan kepada kamu.

Allah SWT berfirman :

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Ayahku berkalam lagi: Kesedihan menjadi nikmat apabila dirinya bersimpuh pada wajah ar-Rahman. Dia menyakini Allah memberi cemeti kesedihan padanya adalah untuk mengubati nafsu dan melepaskan dunia dan makhluk dari hatinya, Allah hanya mahu dirinya tetap berada dalam pelukan-Nya. Justeru itu dia bergembira dengan kesedihan dan tiada mahu melepaskannya walaupun hatinya remuk, dirinya melihat itulah perjalanan sebuah Cinta menuju Allah. Disebalik pedasnya cili namun tetap disukai lantran disitu ada kenikmatannya, disitulah terhimpun Jalal dan Jamal, kesakitan dan kenikmatan, kesabaran dan kesykuran, begitulah kehidupan jika difahami. Moga dapat difahami Hakikat Qada' dan Qadar!!!

Hanyatilah Firman Allah ini:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

No comments:

Post a Comment