Guruku berkata: Betapa pentingnya beradab samaada dengan guru kamu atau sesiapa sahaja dikalangan makhluk Allah ini, rosaknya adab kamu dengan mereka bakal mendatangkan kemurkaan Allah , lalu tiada Dia mengizinkan kamu terus sampai pada-Nya. Guruku menceritakan sebuah kisah: Tika seorang sufi berkhalwah dengan begitu lama untuk meningkatkan spritualnya namun dia merasai tiada kemajuan apa-apa, maka ia memohon pertunjuk Allah, maka didatangi dalam mimpinya seorang Syeikh dan berkata "Engkau tiada akan milki apa-apa pencapaian dalam khalwah mu ini kerana perbuatan isteri mu"
Maka terus ia pulang dan bertanya isterinya apakah yang dilakukannya, isterinya mengatakan tiada apa-apa yang dilakukan melainkan hanya ziarahi jiran-jirannya, lalu suami tersebut bertanya pada jiran-jirannya apkah yang dilakukan isterinya, lalu jiran-jiran itu memaklumkan bahwa perbuatan dan lisan isteri mu banyak menyakiti kami semua.
Maka fahamilah dimanakah hijabnya selama ini yang menyebabkan Allah murka padanya. Fahamilah duhai para pencinta Allah dan Rasul, jalan ini adalah jalan yang penuh adab, jika menyakiti jiran pun menyebabkan terhalang kemajuan rohoni apalagi menyakiti Syeikh mu atau sesama saudara mu walaupun bukan engkau yang lakukan.
Sesungguhnya inilah ajaran Rasulullah SAW yang penuh keindahan adab, maka jika engkau benar cinta pada Allah dan Rasulullah, perhaluskan adab mu sesama insan baik diri mu, isteri mu dan anak-anak mu demi kebaikan agama mu.
No comments:
Post a Comment