Monday, January 25, 2016

CINTAILAH ALLAH

Selagi kita bersama diri kita selama itu sukar untuk mengiktiraf rentak keinginan seseorang. Satu masa pasti kita akan membantah juga kehendak orang lain. Kerana kita punya pandangan sendiri. Namun bila cinta menguasai diri terhadap orang yang dicintai. Maka pilihan kehendaknya tenggelam dalam kehendak orang yang dicintainya. Maka para sahabat mencintai sesama mereka melebihi diri sendiri.

وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ

Seorang hamba yang mencintai Allah tenggelam dalam iradah Allah tanpa bantahan segalanya nikmat belaka kerana hati memandang terhadap yang dicintai. Yang ada hanya redha kepada tuhannya. Maka si hamba hanya mengikut akhlaknya baginda s.a.w ketika disakiti penduduk taif... Maka Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya; Ya Allah sekiranya Engkau redha kepadaku. Maka aku tidak menghiraukan kesakitan yang aku hadapi.

والذين آمنوا أشد حبا لله…

“Dan orang yg beriman itu bersangatan kasihnya terhadap Allah”

Fana cintanya kepada Allah. Tanpa melihatnya kehendak dirinya. Dunia ini sebagai bukti kadar ukuran kecintaan seorang hamba kepada Allah. Bukan tujuan Allah untuk menyusahkan hamba-Nya... Allah tiada kepentingan apa-apa. Dunia ini juga tiada apa-apa samada nikmat atau bala bila dibandingkan dengan akhirat. Dunia tempat ujian iman dan cinta. Berzikirlah banyak-banyak hingga sembuh hatimu dari mencintai diri sendiri. (Tn Guru Haji Md Nasir asy-Syazuli).

No comments:

Post a Comment