Sunday, August 28, 2016

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK IBADAT

Jangan bangga dengan banyak solat, puasa dan zikir kerana itu semua belum membuat Allah gembira. Apakah perkara yang membuat Allah gembira?

*Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?

DUNIA PENJARANYA MUKMINUN, SYURGANYA KAFIRUN

“Dunia adalah penjara bagi orang-orang yang beriman, dan (dunia adalah) Syurga bagi orang-orang kafir." (HR Muslim). Demikianlah kata-kata bijak yang keluar dari lisan mulia Rasulullah Muhammad s.a.w yang tercatat rapi oleh Imam Muslim rah. Apa sebab hingga dunia dianggap sebagai penjara bagi orang-orang yang beriman? Dunia merupakan penjara bagi orang-orang yang beriman kerana mereka yakin akan kekalnya kehidupan akhirat, sehingga mereka lebih memilih untuk “memenjarakan” nafsu duniawi.

BERSUCI ADALAH SEPARUH KEIMANAN, SABAR ADALAH CAHAYA

Dari Abu Malik al-Harits bin Ashim al-Asy'ari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci adalah separuh keimanan dan Alhamdulillah itu memenuhi timbangan, SubhanAllah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi atau mengisi penuh apa-apa yang ada diantara langit-langit dan bumi. 

HINANYA DUNIA, AKAN JADI MULIA JIKA KITA

Oleh : Ziyad Abu Irsyad

Seperti namanya dunia itu rendah. Dalam kamus bahasa Arab, "dunia" diambil dari kata danaa - yadnuu yang berarti qaruba, dekat atau dani-u yang berarti rendah. Memang dunia itu pada hakekatnya bernilai rendah, itu fakta yang sebenarnya dimana banyak manusia atau umat Islam khususnya yang tidak mengetahui dan menyadarinya. Sehingga, mereka salah dalam menilai dunia itu sendiri, kerana salah menilai itulah menyebabkan mereka juga salah memilih. 

TUTUP MATA HATIMU

Tutup mata hatimu dari melihat segala sesuatu selain Allah. Selagi mata hatimu masih melihat semua itu, maka kurnia Allah dan kedekatan kepada-Nya tidak akan terbuka bagimu. Oleh kerana itu, tutuplah semua itu dengan kesedaran bertauhid kepada Allah, mem-fana’-kan diri kamu dan dengan ilmu kamu. Setelah itu, akan terbukalah mata hatimu untuk melihat Allah Yang Maha Besar. 

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” SubhanAllah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. 

LILLAHI TA`ALA

Segugus idea diilhamkan daripada Tuhan mendetikkan hati ini untuk berkomunikasi maya dalam blog ini. Lintasan hati mengenai perbincangan “LiLlahi Ta`ala” berlegar-legar di kotak minda, mendesak jari-jemari untuk menari bersama papan kekunci laptop, menumpahkan idea-idea yang barangkali semacam satu bentuk koreksi dan muhasabah kita bersama. 

DEFINISI KASYAF MENURUT ULAMA TASAWUF

Meluruskan faham terhadap pengertian Kasyaf (Bukanlah Ahli Tasawwuf dan Ahli Tareqah beribadah semata-mata mencari Kasyaf). Sayyid berkata: “Firasat secara etimologi bererti ketetapan dan penglihatan. Sedangkan menurut istilah ahli hakikat, firasat bererti terbukanya keyakinan dan menyaksikan yang ghaib (Sayyid, Ta’riffat as-Sayyid, hlm 10). Ibnu Ujaibah berkata: Firasat adalah fikiran yang menyerang hati, atau sesuatu yang nampak di dalamnya. Biasanya dia tidak akan salah, apabila hati itu bersih. Dalam hadis disebutkan:

MAKRIFATULLAH ITU ANUGERAH ATAU HIDAYAH ALLAH

Makrifat itu kurniaan Allah semata. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui belajar kepada Ulama. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui membaca dan mendalami Kitab atau Buku Para Ulama. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui mimpi. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana rajin mengerjakan amalan wajib dan amalan sunnah. 

HAFAL QURAN 30 JUZ DAN HADlTS TAK MENJAMIN MANUSIA MENDAPAT HIDAYAH MEMELUK ISLAM

Kisah nyata ini di tuturkan Habib Quraisy bin Qosim Baharun, Cirebon, dr kisah perjalanannya th 1996. Kala itu pesawat melintasi daratan Afrika. Diantara penumpangnya Habib Quraisy dan ibu Tua sekitar 65-70 tahun berpenutup jilbab di sebelahnya. “Dimana asal Anda?” Tanyanya. Tahu Habib Quraisy orang Indonesia, dia mengajaknya berbahasa Indonesia dan amat fasih pula. Ibu Tua itu tersenyum bijak sambil berkata “Saya ‘Alhamdulillah’ menguasai sebelas bahasa dan 20 bahasa daerah”. Ibu Tua mulai mengupas pembahasan Al Qur’an dg indah dan mahir.