(09/11/96 - sri petaling - Jor KL 1996). Allah s.w.t beri kekuatan dlm amalan. Kita terkesan dgn benda tapi tak dgn amalan, sbb usaha tak dibuat. Kekuatan benda (roket, bom atom, dsb) adalah sbb usaha. Kalau usaha dibuat ke atas amalan, amalan akan punyai kekuatan dan Allah s.w.t akan buat apa yg dikehendaki menerusi amalan seseorg itu. Org2 dahulu mengakui kekuatan org yg beramal. Kekuatan benda spt bangunan dan sebagainya tak sehebat kekuatan bumi. Sekali bumi bergegar, habis hancur. Kekuatan malaikat lebih hebat dpd kekuatan bumi dan kekuatan Jibrail a.s paling hebat dpd kekuatan malaikat2. Kampung kaum Lut a.s dihumban oleh satu penjuru shj dpd satu sayap shj dpd sayap2 Jibrail a.s. Kekuatan Jibrail a.s pula tak boleh lawan kekuatan amalan Rasulullah s.a.w. Di Sidratul Muntaha, Jibrail a.s akan terbinasa jika melepasi hadnya, yg dijangkau oleh jasad Rasulullah s.a.w. Kekuatan rohani Rasulullah s.a.w lebih hebat dpd jasad Baginda s.a.w. Dan ini pula utk diberi hadiah solat - jadi bayangkan kekuatan di dlm amalan solat! Ini di luar dpd bayangan kita. Ia lebih dpd segala kekuatan lain.
Friday, January 9, 2015
NASIHAT UTK ORG TGGJWB OLEH MAULANA SYAMIM
(09/10/96-JorKL). Alhamdulillah, Allah s.w.t telah hubungkan kita dgn suatu usaha yg sgt mulia, yg bermula dgn manusia yg pertama di dunia ini, yakni Nabi Adam a.s. Usaha ini telah berkemuncak di zaman Nabi Nuh a.s, ketika mana dia ditentang oleh majoriti dari pelbagai segi. Pelbagai kekuatan ada bersama mrk yg menentang usaha Nabi Nuh a.s. Allah s.w.t telah menunjukkan bagaimana Nabi Nuh a.s mendpt kejayaan dan setiap penentangan di hancurkan. Begitulah usaha ini berterusan sehingga ke Nabi yg terakhir, Rasulullah s.a.w. Di zaman Maulana Yusuf rah., seorg Eropah dtg ke Nizamuddin dan menyatakan ketidaksetujuannya dgn kedtgan Rasulullah s.a.w sbg khatamunnabiyyin. Beliau tidak setuju knp rahmat harus diberhenti. Maulana Umar tidak memberi jawapan naqli kepadanya, tetapi memberi jawapan aqli: Bila seorang bayi lahir, dia diberi pakaian. Bila dia semakin besar, pakaian yg lebih besar digantikan. Demikianlah sehingga dia dewasa, bilamana dia tidak membesar lagi dan dia boleh pakai pakaian semasa hingga dia tua.
BAYAN SUBUH MAULANA SYAMIM
(06/10/96 - sri petaling - Jor KL 1996). Allah s.w.t membuat keputusan (keamanan, berkat, rahmat, azab, penyakit, pergaduhan dsb) utk keadaan dunia menurut amalan manusia. Bukan menurut kebendaan. Spt peniaga kira akaun dan kemudian buat keputusan utk perniagaannya. Seperti peniaga kira akaun ada yg tiap2 hari, seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali. Allah buat keputusan setahun sekali iaitu pada 15 Syaaban. Allah s.w.t bagi kesusahan utk tarik balik seseorang itu kpdNya. Spt seorg bapa marahkan anaknya bukan sbb dia benci padanya, ttpi sbb dia sayang kpdnya. Semuanya ujian dari Allah s.w.t. Kemiskinan adalah ujian. Kekayaan adalah ujian. Jika seseorg itu tidak terkesan dgn keadaannya dlm ujian ini, Allah s.w.t perintah supaya segala ciptaan tunduk kpd org tersebut. Seorg mukmin apb dlm keadaan kaya dia tidak sombong dan ego dan apb dlm keadaan miskin dia tidak takut dan undur.
BAYAN UTK KARKUN 4B OLEH MAULANA SYAMIM
(10/10/1996-sri petaling (JorKL). Berapa ramai org yg telah dapat hidayat dan berubah kehidupan mereka kpd kehidupan beragama menerusi usaha tuan-tuan. Sebenarnya semuanya dari kuasa Allah s.w.t dan kita hanya asbab sahaja. Yang penting adalah samada kita sendiri jadi baik. Kalau kita sendiri tak berubah maka Allah s.w.t tidak akan ubah keadaaan alam. Rasulullah s.a.w buat usaha ke atas sahabat2 r.a hingga mereka mencapai kekuatan iman sehingga kekuatan2 dunia tunduk kpd mereka. Quran mereka Quran kita juga, Allah mrk, Allah kita juga, Rasul mereka Rasul kita juga, dan apa mereka buat kita juga buat. Ttpi kenapa bantuan Allah s.w.t tak dtg kpd kita? Apa beza kita?
BAYAN UTK ULAMAK OLEH MAULANA SYAMIM
(08/10/1996 - sri petaling (Jor KL). Keadaan umat hari ini yg begitu teruk membuatkan kita menangis. Ulamak patut lebih lagi menangis. Umat ini merupakan khazanah bagi mereka. Umat ini adalah umat yg terbaik dijadikan Allah s.w.t. Kalau hilang umat ini maka hilanglah khazanah ini. Ulamak merupakan pewaris kpd rasul2 a.s. Rasul2 a.s amat prihatin dan ambil tahu akan keadaan umat mereka dan mereka sering menangis atas keadaan mereka. Rasulullah s.a.w beritahu bahawa Baginda adalah muallim dan muballigh. Tapi kita dah lama tinggalkan usaha ini. Kita sudah tidak lihat lagi umat dan hati kita tertutup. Quran dan Hadith dalam dada kita sebenarnya bukan kita punya, tetapi adalah amanat untuk umat. Kita jangan kumpul sahaja, tapi perlu sampaikan juga. Sahabat2 r.a merupakan ulamak besar umat ini. Mereka lebih alim mengenai makrifat, terutamanya Abu Bakar r.a. Beliau paling faham dengan maksud nabuwwah, kerana pengorbanannya yang paling banyak. Beliau paling banyak fikir tentang umat.
BAYAN MAGHRIB MAULANA SYAMIM
(06/10/1996 - sri petaling). Manusia mempunyai bermacam keperluan: makanan, tempat tinggal, isteri, dsb. Keperluan yg paling penting adalah keperluan hidayat. Jika keperluan hidayat dipenuhi, semua keperluan yg lain dipenuhi. Jika keperluan hidayat tidak dipenuhi, semua keperluan lain tak sempurna. Ada banyak asbab yg boleh digunakan utk menyempurnakan keperluan2. Asbab yg terpenting adalah asbab hidayat. Asbab hidayat boleh digunakan utk menyempurnakan keperluan dunia dan akhirat. Para Rasul dan Nabi a.s tidak menggunakan asbab dunia. Mrk hanya berusaha atas iman dan hidayat. Sabda Nabi s.a.w kpd Saiyidina Ali r.a, "Wahai Ali, kalau kau boleh bawa satu org kpd hidayat, ia lebih baik dpd unta merah", dan lain riwayat, "ia lebih baik dpd dunia dan seisinya". Apabila hidayat timbul, maka timbullah keamanan, kemakmuran, keadilan di dunia. Hidayat membawa perasaan simpati dan tolong-menolong. Hidayat menghapuskan perasaan buruk dan balas dendam.
BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM
(Masyeikh India, Bangla Wali Masjid, Nizammuddin). Hidup ini adalah tempat utk bekerja membuat amal2 agama bukan tempat utk bersenang2. Setiap org yg lahir sbg muslim, Allah telah berikan kpd mereka tggjwb. Tggjwbnya adalah bagaimana agama ini dapat wujud dlm diri kita sendiri dan diri setiap org diseluruh alam. Nanti di akherat setiap org ya meninggalkan dakwah bisa menjadi asbab mrk tertolak dari surganya Allah. Di pengadilan Allah nanti semua org akan membuat membuat laporan kerja yg akan dimintai pertggjwbannya. Hisab terhadap Amal kita, Hisab terhadap Dosa kita dan Hisab terhadap Nikmat kita. Hari ini org merasa bahwa dirinya bertggjwb atas perutnya sehingga mengisi perut menjadi tujuan hidup. Jika standard hidup org meningkat, maka keperluan hidup pun akan meningkat. Ketika gaji naik, keinginan bertambah: ingin baju baru, ingin mobil baru, ingin rumah baru, dll.
BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM
(Bangla Wali Masjid, Hazrat Nizammuddin, India). Kita perlu jadikan agama ini sebagai maksud hidup, karena kalau agama kita jadikan keperluan maka agama tidak akan masuk seluruhnya. Ttpi kalau agama ini kita jadikan kebutuhan maka agama ini akan wujud dengan sempurna dalam diri kita. Agama ini adalah perintah2 Allah atas diri manusia. Seorg pembuat obat akan memberi tahu bagaimana menggunakan obat yg ia buat. Begitu juga manusia yg Allah SWT telah ciptakan, maka Allah yang paling tau bagaimana manusia ini digunakan dan untuk apa. Allah sebagai pencipta memberi tau kepada manusia mana yang baik dan buruk. Allah telah beri kepada manusia perintah2. Spt obat ada yg kita tau kegunaannya ada yg kita tidak tau, ttpi karena ini perintah dokter maka kita yakini dan jalani saja. Begitu juga dgn perintah Allah, ada yg kita fahami ada yg tidak, tetapi bukan yang tidak kita fahami lalu kita tinggalkan dan kita langgar. Kita harus tetap yakini dan jalani saja. Yakin datang tergantung pada usaha kita terhadap agama Allah Ta’ala. Usaha atas Agama akan membentuk yakin dlm diri sendiri. Jika yakin yg salah ini masuk ke hati maka hati ini akan menjadi rusak.
BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM
(26/11/2014 – nizamuddin) - point. Duduk dgn tawajjuh, asal drp usaha ialah bergerak dan belajar, nak tahu kena belajar – kena ada keinginan, kalau kita tak nak tahu maka kita tak nak belajar, semoga Allah bagi sifat talab dlm diri. kita harus betul-betul haus utk agama, kalau tak ada talab diri tak akan dpt amal agama. talab/keinginan perlu diwujudkan dlm diri, kena tahu setiap fadilat dlm setiap amal, spt kita tahu fadilat kerja dunia dan kita tak main2 dlm kerja dunia. Allah adalah maha sempurna’. Segalanya ada pd Allah, Buat amal kerana Allah akan dtgkan hasil utk kita, Allah maha memiliki segalanya, Allah maha pengampun. Bila seseorg buat satu dosa, Allah tak terus tulis dosa tersebut, Allah suruh malaikat tunggu 24 jam, Kita check diri kita dulu. Jgn check diri org lain. Diri kita yg belum sempurna, Setiap perkataan yg keluar dari mulut ditulis oleh malaikat raqib dan atid, Raqib tulis kebaikan dan atid tulis keburukan, Hamba yg baik, bila buat dosa terus bertaubat dan solat 2 rakaat.
BAYAN MAULANA IBRAHIM
(mesyuarat Malaysia - 17/08/1992 - nizamuddin). Apabila matahari terbit dan memancarkan cahayanya dgn terang, dapatlah kita lihat kerja2 yg baik dgn jelas. Bila matahari tenggelam di barat, mlm pun tiba, alam menjadi gelap dan sunyi, segala kerja2 baik pun berhenti. Kerja2 yg jahat mula bermaharajalela. Demikianlah apb hati2 manusia di masuki nurullah (nur hidayah), maka manusia dpt melihat dan mengenal kebaikan serta kebenaran seterusnya dpt melaku kan kerj2 yg baik. Sebaliknya bila hati2 manusia gelap (di sebabkan kejahilan, kelalaian, nifaq dan syirik) maka manusia tidak nampak kebenaran dan tidak mengenali kebaikan, lalu manusia membuat kerja2 yg salah dan mungkar. Rasulullah dtg ke dunia di kala dunia di dlm kegelapan semenjak beratus2 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)