(09/10/96-JorKL). Alhamdulillah, Allah s.w.t telah hubungkan kita dgn suatu usaha yg sgt mulia, yg bermula dgn manusia yg pertama di dunia ini, yakni Nabi Adam a.s. Usaha ini telah berkemuncak di zaman Nabi Nuh a.s, ketika mana dia ditentang oleh majoriti dari pelbagai segi. Pelbagai kekuatan ada bersama mrk yg menentang usaha Nabi Nuh a.s. Allah s.w.t telah menunjukkan bagaimana Nabi Nuh a.s mendpt kejayaan dan setiap penentangan di hancurkan. Begitulah usaha ini berterusan sehingga ke Nabi yg terakhir, Rasulullah s.a.w. Di zaman Maulana Yusuf rah., seorg Eropah dtg ke Nizamuddin dan menyatakan ketidaksetujuannya dgn kedtgan Rasulullah s.a.w sbg khatamunnabiyyin. Beliau tidak setuju knp rahmat harus diberhenti. Maulana Umar tidak memberi jawapan naqli kepadanya, tetapi memberi jawapan aqli: Bila seorang bayi lahir, dia diberi pakaian. Bila dia semakin besar, pakaian yg lebih besar digantikan. Demikianlah sehingga dia dewasa, bilamana dia tidak membesar lagi dan dia boleh pakai pakaian semasa hingga dia tua.
Ini sama seperti kenabian. Adam a.s punya usaha macam bayi - hanya perlu diusahakan anak2nya sahaja. Bagi Rasulullah s.a.w, usaha telah dewasa dan tak perlu ditambah lagi, boleh digunakan hingga akhir zaman. Nabuwwah tidak berakhir tetapi cuma Nabi yg berakhir. Usaha Nabi yg spt Rasulullah s.a.w berterusan hingga hari qiamat, dan usaha ini telah diberikan kpd tuan2! Semua orang kafir bergabung tidak semulia satu org Islam. Semua org Islam bergabung tak semulia satu org Sahabat r.a. Semua Sahabat r.a bergabung tak sama satu org Nabi a.s. Semua Nabi a.s bergabung tak sama Rasulullah s.a.w. Dan usaha Rasulullah s.a.w yg begitu mulia itu telah Allah s.w.t pindahkan kpd bahu saya dan tuan2 - bagaimana kita di muliakan oleh Allah s.w.t! Renungkan tggjwb yg Allah s.w.t beri kpd kita. Saya berani sumpah yg kita memang tidak layak utk pikul usaha ini - kita tahu kelemahan, kekurangan dan dosa2 kita, tetapi masih Allah s.w.t pilih kita utk buat usaha imamul ambiya' s.a.w. Kita patut timbul rasa syukur. Selepas kita syukur, kita patut doa supaya Allah s.w.t terima usaha kita.
Kalau kita boleh buat gasht, 3 hari, 40 hari, dsb., ini bukan kerana keunggulan kita, tapi hanya dpd ihsan Allah s.w.t. Kalau kita boleh buat sebegini, kita dpt dua nikmat besar - istiqamah dan keuntungan usaha ini zahir dalam diri kita. Juga kita perlu bersifat sabar sebab dalam usaha ini nikmatnya sedikit tapi susahnya banyak. Dgn kesabaran, Allah s.w.t jaga usaha kita daripada kerugian dan kerosakan dan Allah s.w.t akan majukan kita dalam usaha ini. Sabar adalah pintu untuk segala sifat2 baik. Saya mengatakan bahawa segala sifat2 baik Rasulullah s.a.w: tawakkal, taqwa, dsb., dtg kerana kesabaran Rasulullah s.a.w ketika kesusahan di Mekah. Sabar ertinya dalam apa keadaan, jangan walau sekalipun, sesuatu perintah Allah s.w.t itu dilanggar. Abdul Rahman bin Auf r.a mengatakan bahawa segala kemajuan dan kebaikan yg dtg kpdnya adalah apabila dia buat sesuatu yg dia tak suka.
Sbg contoh, satu jemaah dtg ke markaz dgn anggapan akan pergi ke suatu negara tertentu, ttpi mesyuarat memutuskan tempat yg lain dpd kehendak mereka. Kalau hati sanggup menerima keputusan mesyuarat, terbuka pintu taat, dan datanglah khair, dan terbukalah pintu berkat, pintu rahmat, dan pintu hidayat. Jika tidak taat, terbuka tiga pintu pula - amal tak diterima, nusrah Allah s.w.t tak datang, dan antara kawan pun ada perpecahan. Sahabat2 r.a dilatih oleh Rasulullah s.a.w pertamanya taat. Hari ini perkara yang sama dikehendaki. Ambiya a.s mula2 usahakan supaya kebesaran Allah s.w.t masuk ke dalam hati2 manusia. Memang fitrah manusia sesiapa yg dianggap besar akan didengari dan ditaati. Kalau seseorg itu dan cinta dan kebesaran seorg pengangkut najis pun, apa yang orang itu cakapkan, dia ikut. Sebaliknya kalau dia tidak ada kebesaran walau seorang raja, apa yang raja itu cakapkan, dia tidak ikut. Selagi kita tak ada cinta dan kebesaran untuk usaha agama dan org yg membuat usaha, Allah s.w.t tak terima kita. Kalau kita tak dapat sifat taat, kita tak dapat apa-apa dalam usaha ini. Org2 lama dalam usaha ini di hari pertama lagi telah ikat kita dgn ketaatan. Kita disuruh taat kepada amer. Ini dari zaman Rasulullah s.a.w lagi.
Jemaah pertama di zaman Rasulullah s.a.w tiada amer dan di tengah jalan jemaah sudah gaduh. Semenjak hari itu, semua jemaah ada amer dan ditekankan kena taat kpd amer, walaupun seseorang itu bangsawan dan amernya hamba atau kulit hitam, dsb. Kalau satu jemaah itu pergi tak ikut amer dan berpecah-belah, Rasulullah s.a.w murka. Renung dan fikir bagaimana Rasulullah s.a.w latih sahabat2 r.a, dari hari pertama, sepanjang umur Baginda s.a.w dan hingga hari terakhir pun. Bayangkan pada hari2 terakhir hayat Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w melantik, ke atas org2 seperti Abu Bakar r.a, dll., seorang amer yang hanya berumur 16 tahun. Dlm taat itu ada khair. Kalau kita taat dgn sesuatu yg kita suka, itu khair yg kecil, kalau yg kita tak suka, ada ganjaran ya besar. Sahabat r.a diasuh supaya taat dlm keadaan mereka suka ataupun tak suka. Ada banyak manfaat dan faedah dlm mesyuarat. Dari segi keperluan, Nabi s.a.w tak perlu buat mesyuarat sbb dah ada wahyu. Allah s.w.t perintah Rasulullah s.a.w buat mesyuarat (ada ayat dalam Quran) krn ada khair. Dlm waktu Rasulullah s.a.w pun khair dtg dgn mesyuarat.
Setelah Badar, Rasulullah s.a.w mesyuarat tentang tawanan dan satu pandangan diberi yang disokong oleh semua Sahabat r.a kecuali 3 orang (Umar r.a dan 2 org lagi). Keputusan Rasulullah s.a.w mengambil masa 3 hari. Perbezaan pandangan adalah rahmat, tetapi perpecahan hati membawa azab. Kadang2 kita datang ke markaz dan ditafakud lama, berhari2 pun tak dibentuk jemaah lagi, dan kita kritik. Ini tak patut. Mengkritik adalah haram, tapi islah adalah wajib. Rasulullah s.a.w telah buat keputusan mengikut pandangan Abu Bakar r.a. Sahabat2 r.a bila ditanya pendapat, memberikan pandangan yang berbeza2, tetapi bila keputusan dibuat, semua bersatu. Moga Allah s.w.t memberikan kita sifat seperti ini. Esoknya Umar r.a sampai ke Masjid Nabawi (rumah beliau r.a jauh sedikit - 3 km - beliau bergilir dengan ansari datang ke masjid) dan melihat semua orang dan Rasulullah s.a.,w menangis. Beliau menanya Rasulullah s.a.w sebabnya menangis; jika diketahui, bolehlah beliau r.a turut sama menangis. Rasulullah s.a.w beritahu yang Allah s.w.t suka syor beliau dan tak suka keputusan Baginda s.a.w. Azab telah turun sampai ke atas2 pokok tapi sbb mesyuarat ia ditarik balik. Kalau tidak semua akan binasa kecuali 3 org tadi. Org yg buat keputusan kena ambil kira pandangan ramai dan ambil kira kemampuan org yg dimesyuaratkan.
Kadang2 amer membuat keputusan dgn tak sempat mengambil pandangan semua org, tapi kita tak ada hak utk menentang. Berilah pandangan utk mengikut keputusan dan bukan tekan; jgn buat kumpulan2. Wahai kawan2, jagalah - selamatkanlah usaha ini. Buatlah dgn mesyuarat dan ikutlah keputusannya. Berkasih-sayanglah, adik-beradik dan tanya-menanya, dgn itu hidayat utk semua kita dan jadi asbab hidayat org lain. Syaitan sentiasa usaha utk menipu kita. Kita rasakan kita org lama, usul semua dah kita tahu dan kita lebih lama dpd faisala; buat apa kita mesyuarat - kita tahulah sendiri. Ini suatu yg bodoh. Kalau dia perkecilkan diri sedikit dan buat mesyuarat, Allah s.w.t besarkan dia.
Org yg buat usaha tanpa mesyuarat sentiasa dikekang oleh syaitan - syaitan duduk di atas kepalanya dan mempengaruhinya. Moga Allah s.w.t selamatkan kita. Di Ijtimak Bangladesh dtg aduan bahawa ada org buat usaha dgn tertib sendiri. Hadzratji rah. berkata syaitan bersila di atas otak mrk. Penyelesaiannya adalah dgn menghantar org2 lama yg boleh buat kerja dgn usul ke tempat berkenaan. Mmg, dari pengalaman, keadaan pun dipulihkan. Kita kena banyak takut, terutama kita yg ada di sini adalah org2 tggjwb yg Allah s.w.t pilih utk mengendalikan usaha ini. Kita kena buat dgn usul dan tertib yg betul. Org baru kita tak payah tekan sgt. Kalau kita buat dgn usul, org baru pun akan ikut insyaAllah. Kita perlu hati2. Ramai org dikendalikan oleh kita. Mrk perlu ada kepercayaan kpd kita. Ini dtg bila kita buat usaha dgn usul. Dgn itu mrk mudah dikendali.
Untuk itu kita perlu timbulkan tiga perkara:
1. Jangan ada pecah hati.
2. Jangan langgar cara yg betul, iaitu apa yg disampaikan oleh org2 tua kita.
3. Penyatuan fikir, iaitu apa2 keputusan semua satu fikir ke atasnya, dgnnya bantuan Allah s.w.t dtg.
Untuk dapat tiga perkara ini perlu diusahakan tiga sifat:
1) Jangan sangka buruk
2) Jangan hebohkan keaiban orang
3) Jangan tajassus (cari-cari keburukan orang).
Utk dptkan ini kita kena buat usaha dgn mujahadah. Kita kena sentiasa tambahkan korban. Bila umat hidup senang-lenang tanpa mujahadah, mcm2 masalah dtg. Setiap ghazwah kalau Sahabat r.a gaduh2, Rasulullah s.a.w akan suruh jalan kaki sehingga mereka letih dan senyap. Syaitan tak usaha supaya kita minum arak dll. Apa yg dia buat adalah dia akan mencelah ketika masa keperluan - makan, tidur, tandas - supaya kita tak ikram dan pentingkan diri dan lupa kawan. Satu cara utk lawan adalah dgn menekan kepentingan diri dan beri laluan kpd kawan. Tuan2 org tggjwb - bila tuan2 maju dlm pengorbanan, mereka yg mengikut juga akan ikut maju insyaAllah. Tashkil saya hari ini adalah siapa yg belum keluar 4 bulan, sila bangun dan beri nama bila nak keluar. Yg tinggal ini masyaAllah semua dah keluar 4 bulan. Tuan2 nak jadi pentas atau nak jadi tangga? Kalau pentas, berpentaslah sahaja.
Kalau tangga, sila beri nama utk 4 bulan tiap2 tahun. Yang tinggal ini, jgn rasa malu dan terhina. Tuan2 nak meningkat? Senang. Tuan boleh keluar 40 hari tiap tahun, tapi tukar kpd kalendar hijrah qamari. Yang ikut kalendar syamsi tak meningkat sebab keadaan bila dia keluar sama sahaja - musim sama, dsb. - jadi dah biasa. Kalau ikut kalendar qamari, semua keadaan dlm setahun dilalui bila dia keluar tahun demi tahun. Semoga Allah SWT menerima niat tuan-tuan. Niat mukmin lebih baik daripada amalnya. Amal ada syarat2 utk penerimaan, tapi niat tiada syarat. Kita perlu belajar: yaqin sahih; cara betul; niat betul. Kita perlu keluar. Bukan belajar dari kitab, tapi dalam dakwah. Sila buat niat kecil - utk dtg mesyuarat Kuala Lumpur tiap hari Rabu. Ini utk dpt fikir alami.
No comments:
Post a Comment