Friday, January 9, 2015

BAYAN UTK KARKUN 4B OLEH MAULANA SYAMIM

(10/10/1996-sri petaling (JorKL). Berapa ramai org yg telah dapat hidayat dan berubah kehidupan mereka kpd kehidupan beragama menerusi usaha tuan-tuan. Sebenarnya semuanya dari kuasa Allah s.w.t dan kita hanya asbab sahaja. Yang penting adalah samada kita sendiri jadi baik. Kalau kita sendiri tak berubah maka Allah s.w.t tidak akan ubah keadaaan alam. Rasulullah s.a.w buat usaha ke atas sahabat2 r.a hingga mereka mencapai kekuatan iman sehingga kekuatan2 dunia tunduk kpd mereka. Quran mereka Quran kita juga, Allah mrk, Allah kita juga, Rasul mereka Rasul kita juga, dan apa mereka buat kita juga buat. Ttpi kenapa bantuan Allah s.w.t tak dtg kpd kita? Apa beza kita? 

Bezanya ialah bagi sahabat, di hadapan mrk adalah akhirat, dan mrk buat usaha dgn penuh pengorbanan, sementara kita, di hadapan kita adalah dunia, dan kita buat usaha dgn kesenangan. Bagi Sahabat r.a, iman mrk bertambah, dan ibadat mrk jadi lazat. Kita perlu niat supaya kita ada perubahan, dan keluarga kita ada perubahan. Kalau kita tak ada niat begini, bagaimana Allah akan bawa perubahan kpd kita. Bila kita buat usaha dgn korban, Allah s.w.t akan kuatkan iman kita dan beri kita kelazatan dlm ibadat. Doa kita makbul, akhlak kita jadi mulia, dan kita boleh menangis utk umat. Usaha ini adalah supaya ibadat hidup dan ada roh. Kalau dibuat dgn senang-lenang, air mata pun tak keluar. Rasulullah s.a.w usahakan Sahabat r.a supaya mempunyai iman yg kuat dan ibadat yg kukuh. 

Ibadat yg utama adalah solat. Bukan semua Sahabat r.a solat pada tahap solat Rasulullah s.a.w. Tiap2nya mengikut usaha masing2. Abu Bakar r.a solat seperti solat Rasulullah s.a.w. Begitu juga Abdullah bin Zubair r.a solat seperti solat Rasulullah s.a.w. Seorang sahabat r.a baru balik dari jalan Allah s.w.t dan isterinya bersiap sedia menyambutnya. Satu hari dihabiskan karguzari dsb. di masjid, dan malam baru dia balik ke rumah. Selepas bertanya khabar, dia minta izin isteri nak solat dua rakaat. Dia khusyuk berdiri solat sehingga azan subuh, dan kemudiannya nak pergi ke masjid. Isteri mengatakan yang dia pun ada hak. Suami mengaku, ttpi mengatakan bila dia angkat takbir untuk solat, terbentang syurga dan keindahan nya di hadapannya sehingga dia asyik. Beginilah, bila buat usaha, Allah s.w.t beri kelazatan dalam solat. Seorang sahabat r.a solat di Masjid Nabawi. Rasulullah s.a.w suruh dia solat sekali lagi - dia seolah2 belum solat lagi. Sehingga empat kali dia disuruh ulangi solatnya. 

Sahabat r.a itu mengatakan semua yg diketahui sudah diamalkannya dan menanya apa lagi yg kurang. Rasulullah s.a.w memberitahu nya bahawa rukuk dan sujudnya tak betul. Sahabat r.a yang banyak kali keluar pun kena belajar solat lagi, bagaimana pula dengan kita? Kita balik dengan fikiran kita dah jadi wali. Kita balik ketawa2. Sahabat r.a balik menangis. Semua kita mahu supaya segala masalah beres menerusi solat kita. Bantuan Allah s.w.t tidak datang dengan solat kita, tetapi datang bila solat kita macam solat Rasulullah s.a.w. Kita sebenarnya bukan sahaja belum buat usaha dakwah, kita belum pun lagi niat untuk solat dengan betul. Hadith Rasulullah s.a.w yg menyuruh solat bagaimana dilihat Baginda s.a.w solat ditujukan utk setiap org, bukan untuk Sahabat r.a sahaja. Bila kita usaha dpt solat sebegitu, pertolongan Allah s.w.t datang seperti yang datang kepada Sahabat r.a. 

Kita keluar jalan Allah s.w.t bukan untuk makan angin, tapi untuk usaha kuatkan iman dan kukuh kan solat, supaya menerusi solat, kita boleh bereskan masalah. Selagi kita tak dapat bereskan masalah menerusi solat, jangan anggap solat kita sudah baik; kita perlu usahakan lagi. Bila dari takbir hingga ke salam tiada yang diingat selain Allah s.w.t, barulah kita tahu solat. Bila kita keluar ke jalan Allah s.w.t, kita kena latih dan latih supaya mutu solat dan tumpuan hati sampai kepada tahap yang dikehendaki, supaya melalui solat itu benda yang mati boleh dihidupkan. Bila sebegini, Allah s.w.t mengubah nizam ghaib untuk beri bantuan kepada umat Islam. Seperti Sahabat r.a, menerusi iman dan solat, pertolongan Allah s.w.t dtg, dan bila dilihat oleh manusia, mereka pun turut beriman. 

Kita keluar 4 bulan dan balik dengan sangkaan iman kita sudah kuat. Yang kita dapat itu sebenarnya bukan iman, tapi hanya sebutan2 iman. Tempat iman bukan di atas lidah tetapi di kalbu. Kita kena usahakan dengan gigih dan bukan cukup untuk bercakap sahaja. Rasulullah s.a.w buat usaha ke atas Sahabat r.a untuk kuatkan iman dan supaya ada roh dalam ibadat. Rasul-rasul a.s diberi mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka, tapi mukjizat ini bukan menjadi maksud mereka. Maksud mereka adalah untuk menguatkan iman, membawa roh dalam ibadat, dan menjadikan doa maqbul. Mukjizat Rasulullah s.a.w dah habis, tapi maksud Rasulullah s.a.w tak habis. Bila kita buat usaha Rasulullah s.a.w, ada perkara2 spt mukjizat, tapi bukan mukjizat tapi keramat. Bila usaha untuk kuatkan iman dsb. dibuat, Allah s.w.t beri keramat sebab usaha Rasulullah s.a.w belum habis. Maulana Ilyas rah. telah berdoa supaya tidak dijelmakan keramat dalam usaha ini. Sekiranya doa ini tidak dipohon, dunia ini akan melihat banyak perkara2 yang menakjubkan. Agama yang tersebar dengan keramat tidak kukuh sebab bila habis keramat habislah agama. Walaupun Rasulullah s.a.w mempunyai mukjizat yang lebih daripada semua mukjizat Rasul2 a.s lain, Rasulullah s.a.w melakukan korban yg terbanyak utk ugama. 

Dahulu org2 tertarik dan tunduk menerusi mukjizat; skrg org tertarik dan tunduk menerusi solat, iman, dsb. Bila seseorg itu usaha atas iman dan solat dan yakin ilahi, org itu tidak terancam oleh apa2, malah dia pula boleh mengancam dgn doa. Kita keluar ke jln Allah s.w.t untuk bawa keyakinan atas kuasa Allah s.w.t. Kalau kita balik 4 bulan tak ada lagi perkara ini maka kenalah keluar 4 bulan lagi sekali, dan lagi dan lagi sehingga ada kesan. Di zaman Maulana Ilyas rah., ada orang Mewat balik dari 40 hari, semua berkeadaan sukahati. Dlm bayan wafsi diceritakan tentang pentingnya iman, sehingga mereka sanggup keluar lagi. Mereka keluar 40 hari lagi dan balik ke markaz dengan kehabisan duit. Wafsi kali ini juga cerita pentingnya iman, dan mereka pun keluar lagi. Mereka makan buah2 hutan dan daun-kayu. Allah s.w.t terima pengorbanan ini dan telah amkan usaha ini sehingga tuan2 berada di sini. Pada zaman itu ada satu usul (sekarang tak ada) apb buah, daun dah habis, org khidmat boleh kerja senyap2 dan gunakan duitnya utk beli makanan. Dgn korban org2 dahulu, kita skrg dpt hidayat.

Kita sekarang buat usaha senang. Maulana Ilyas rah. doa supaya dari hari itu satu hari pun tidak ada orang lapar di Nizamuddin. Sekarang kita lihat. Keramat mana tuan2 perlukan lagi? Keadaan sekarang di mana begitu ramai orang sanggup buat usaha Rasulullah s.a.w, belum pernah wujud lagi. Ini ihsan Allah s.w.t. Pentinglah kita tambahkan korban utk kuatkan iman, solat dan doa, sehingga negara2 yg menolak dakwah ini Allah s.w.t akan goncangkan, bawakan bah dan taufan, dan hancurkan. Supaya manusia tunduk - kepada Allah s.w.t (bukan kepada kita). Bila dan bagaimana ini berlaku bukan urusan kita. Urusan kita ialah buat usaha. Negara2 mempunyai bermacam2 pertahanan utk menahan senjata2. Demi Allah s.w.t, tiada negara yang mempunyai pertahanan terhadap serangan Allah s.w.t menerusi angin, hujan, dan sebagainya. Allah s.w.t boleh bawa perkara2 ini, dan Allah s.w.t boleh hentikan ini semua menerusi setiap mukmin. Manusia akan datang dan minta supaya didoakan azab berhenti, seperti Firaun meminta Nabi Musa a.s. Allah s.w.t akan tundukkan seluruh dunia.

Ini semua bukan hanya bayangan tapi telah dilihat di zaman Sahabat r.a. Kaedah yang mudah: Sahabat r.a sanggup buat apa yang dikehendaki Allah s.w.t, jadi Allah s.w.t buat apa yang mereka mahu. Di zaman Umar r.a, gempa bumi berlaku di Madinah. Umar r.a menghentak bumi, dan gempa bumi itu berhenti sampai sekarang. Api keluar dari gunung dan Umar r.a menyuruh Tamim Dari r.a menghalau api. Beliau menghalaunya dengan tongkatnya dan api tersebut tak keluar sehingga sekarang. Bila Amr al Ash r.a membuka Mesir, orang tempatan korbankan wanita supaya sungai Nil mengalir. Umar r.a menghantar surat menyuruh Nil mengalir. Apabila dilontarkan surat itu ke dalam Nil, airnya naik sampai 16 hasta! Perubahan dalam iman, solat, akhlak kita perlu datang dahulu, barulah bantuan Allah s.w.t datang. Kini orang kata, apa dapat dengan tabligh? 

Faedah itu datang bila kita bawa perubahan dalam diri kita. Oleh itu keluarlah 4 bulan tiap2 tahun. Kita sebenarnya belum buat usaha lagi (moga Allah s.w.t ampun kita). Kita belum pun buat keputusan usaha ini usaha kita. Kita belum fikir semua umat. Kita masih gaduh pasal usul. Usul2 adalah untuk diri kita, bukan untuk gaduh untuk orang lain. Saya ada jumpa ulamak yg kata: "Kata nak satukan umat tapi tuan2 sendiri gaduh". Kalau kita sibuk dalam usaha sebenar, tak ada masa untuk gaduh; dan kesan akan dtg. Perlu kita fikir bagaimana nak wujudkan apa yg dikehendaki. Sepuluh tahun telah berlalu dan masih 4 orang itu yang buat gasht. Yang kelima belum dtg lagi; usaha belum jadi umum lagi. Suasana tak ada. Org yg balik pun jadi tak jadi. Perlu ada perubahan sehingga orang yang datang balik dengan perubahan. Utk itu kenalah buat usaha sungguh2. Memang tuan2 banyak korban. Tambah sedikit sahaja lagi - berilah 4 bulan luar negara - beri bulan bila. Tuan2 boleh tambah korban kepada 4 bulan setiap tahun, 10 hari setiap bulan dan 8 jam setiap hari. Ini tertib Sahabat r.a.

No comments:

Post a Comment