(06/10/96 - sri petaling - Jor KL 1996). Allah s.w.t membuat keputusan (keamanan, berkat, rahmat, azab, penyakit, pergaduhan dsb) utk keadaan dunia menurut amalan manusia. Bukan menurut kebendaan. Spt peniaga kira akaun dan kemudian buat keputusan utk perniagaannya. Seperti peniaga kira akaun ada yg tiap2 hari, seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali. Allah buat keputusan setahun sekali iaitu pada 15 Syaaban. Allah s.w.t bagi kesusahan utk tarik balik seseorang itu kpdNya. Spt seorg bapa marahkan anaknya bukan sbb dia benci padanya, ttpi sbb dia sayang kpdnya. Semuanya ujian dari Allah s.w.t. Kemiskinan adalah ujian. Kekayaan adalah ujian. Jika seseorg itu tidak terkesan dgn keadaannya dlm ujian ini, Allah s.w.t perintah supaya segala ciptaan tunduk kpd org tersebut. Seorg mukmin apb dlm keadaan kaya dia tidak sombong dan ego dan apb dlm keadaan miskin dia tidak takut dan undur.
Org beriman mmg diuji, spt ayat walanab luan nakum… Utk mengatasi ujian2 ini, spt ayat wasta'iinu... mereka perlu bersabar, yakni atas pendirian mereka terhadap Allah s.w.t, dan bersolat, yakni membawa perintah2 Allah s.w.t. Mereka perlu rujuk kpd Allah s.w.t dan Allah s.w.t lah yg mengubah keadaan. Seorg yg kena pukul dgn kayu oleh seorg yang lain, dia patut rayu kpd org yg pukul itu dan bukan kpd kayu. Org beriman diberi kesusahan sbg ujian supaya mereka dpt kemajuan. Org tak beriman diberi kesusahan sbg azab. Begitulah, kalau kita balik dari jln Allah s.w.t dan dapati keadaan keluarga dsb tak baik, jgn salahkan karkun, buruk sangka karkun, kerana tidak ikram keluarga dsb. Begitu juga kalau keadaan semuanya baik, jgn sangka itu sebab pengorbanan kita keluar. Dlm semua keadaan rujuk kpd Allah s.w.t, semua adalah kehendakNya. Kalau kita rasa asbab kita keadaan jadi baik, bahaya nanti dtg ujub dan riak.
Sheikh Abdul Qadir Jailani, yg juga seorg pedagang, sekali diberitahu bahawa kapal dagangnya bersama semua muatannya telah hilang. Dia berkata, "Alhamdulillah". Beberapa ketika kemudian dia diberitahu pula bahawa berita tadi tidak betul dan kapal dagangnya masih selamat. Dia berkata, "Alhamdulillah". Murid2nya yg ada bertanya kepada Sheikh, kenapa dia tidak menurut Quran yang mengatakan bahawa bila musibah, hendaklah membaca "Inna lillah...". Sheikh mengatakan dia bukan membaca kerana keadaan kapalnya, tetapi kerana keadaan hatinya. Dia memuji Allah s.w.t kerana dalam kedua-dua keadaan hatinya tidak terkesan. Rasulullah s.a.w telah mendidik Sahabat2 r.a supaya taat perintah Allah s.w.t dalam semua keadaan. Kita kena belajar buat usaha ini dalam semua keadaan - suka atau tak suka, kita kena taat. Dgn cara ini usaha ini akan maju dan kita akan maju. Taat yg paling tinggi adalah taat bila keadaan bertentangan. Dgn taat sebegini, Allah s.w.t berikan nusrah yg tidak terdapat di dlm amalan lain. Asas tashkil dan tafakud adalah sifat, bukan duit. Org tak berduit boleh dihantar ke negara jauh, mereka belajar minta pada Allah s.w.t. Org berduit boleh dihantar jemaah tempatan jalan kaki, mereka belajar taat.
Kehidupan Rasulullah dan Sahabat adalah sbg contoh utk kita buat usaha. Usaha ini adalah mudah. Kita mudahkan usaha ini jadi kita tidak mundur di semua peringkat. Prinsip2 usaha ini kita dapat kan dari Nizamuddin. Kita boleh rujuk ke sana. Kita rujuk secara ijtima'i. Kalau secara infradi, itu tidak menjadi usul utk semua. Taatlah kpd Allah s.w.t, Rasul s.a.w dan amer atau syura dan buatlah kerja satu hati. Utk belajar usaha ini, perlulah keluar dpd suasana yg rosak kpd suasana yg lain. Sila beri azam utk 4 bulan…
No comments:
Post a Comment