(06/10/1996 - sri petaling). Manusia mempunyai bermacam keperluan: makanan, tempat tinggal, isteri, dsb. Keperluan yg paling penting adalah keperluan hidayat. Jika keperluan hidayat dipenuhi, semua keperluan yg lain dipenuhi. Jika keperluan hidayat tidak dipenuhi, semua keperluan lain tak sempurna. Ada banyak asbab yg boleh digunakan utk menyempurnakan keperluan2. Asbab yg terpenting adalah asbab hidayat. Asbab hidayat boleh digunakan utk menyempurnakan keperluan dunia dan akhirat. Para Rasul dan Nabi a.s tidak menggunakan asbab dunia. Mrk hanya berusaha atas iman dan hidayat. Sabda Nabi s.a.w kpd Saiyidina Ali r.a, "Wahai Ali, kalau kau boleh bawa satu org kpd hidayat, ia lebih baik dpd unta merah", dan lain riwayat, "ia lebih baik dpd dunia dan seisinya". Apabila hidayat timbul, maka timbullah keamanan, kemakmuran, keadilan di dunia. Hidayat membawa perasaan simpati dan tolong-menolong. Hidayat menghapuskan perasaan buruk dan balas dendam.
Hidayat adalah apabila nur dari zat Allah s.w.t masuk ke dlm hati manusia. Apabila nur masuk ke hati, seseorg itu menjadi wali. Apabila nur ditarik dari hati seseorang itu, dia menjadi jahat. Kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah berkorban utk hidayat. Di Taif, Baginda s.a.w dihalau dan dibaling batu. Walau demikian, hati Baginda s.a.w penuh hidayat dan tiada dendam dan meminta hidayat bagi penduduk Taif. Kita harus usaha supaya hati kita besar sedemikian. Hidayat sgt berharga dan ia dtg hanya dpd Allah s.w.t, bukan Rasulullah s.a.w atau Sahabah r.a atau lain2. Allah s.w.t yg memegang kuasa untuk memberi hidayat. Allah tentukan kaedah untuk mendapat hidayat adalah menerusi usaha seperti rasul2 dan nabi2 a.s. Hidayat membolehkan seseorang membezakan di antara baik dengan buruk.
Ini seperti mata yg celik dlm cahaya, boleh melihat yg mana baik dan yg mana buruk. Kalau rasa untung jika pergi ke pasar, tapi tak rasa untung pergi ke masjid, tak rasa untung baca Quran, dsb., maka seseorg itu di dlm kesesatan. Semua org perlukan hidayat, termasuk nabi2 a.s, dll. Setiap masa seseorg itu perlukan hidayat. Kita perlu usaha supaya hidayat terus kekal dlm diri kita. Kita perlu doa supaya hidayat dikekalkan dlm diri kita. Seperti untuk mendapatkan benda2 lain, utk hidayat juga perlukan usaha. Usaha yg perlu dibuat adalah mengikut cara2 yg dibuat oleh nabi2 a.s, iaitu usaha ke atas hati2 manusia supaya bertambah keyakinan atas Allah s.w.t. Syarat utk hidayat adalah usaha perlu dibuat. Rasulullah s.a.w buat usaha utk hidayat, walaupun di Kaabah banyak tempat doa mustajab. Lepas usaha, baru doa.
Empat usaha perlu dilakukan, spt 4 ayat pertama surah Fatihah. Surah Fatihah begitu penting sehingga fardhu dlm solat. Kita perlu usahakan atas 4 ayat sebelum ihdinassiraatalmustaqiim, yg meminta jln yg lurus, yang dilalui oleh nabi2 a.s. Kita minta jln bukan yg dilalui oleh yahudi dan nasrani, tapi bila luar solat kita ikut mereka - macam mana? Yg kita tidak mahu adalah bukan zat mereka, kerana keturunan mereka ada ambiya a.s, tapi sifat mrk. Sahabat r.a adalah keturunan musyrikin, ttpi setelah diusahakan, mereka dpt hidayat. Yahudi dan Nasrani pula setelah hidayat, mrk jadi sesat. Kita perlu semak adakah kelakuan kita di luar solat selari dgn apa yg kita minta di dlm solat. Kalau 100g lidah kita minta jln bukan yahudi dan nasrani, tapi 100kg badan kita ikut jalan yahudi dan nasrani, macamana?
Kalau naik keretapi, lidah kata nak ke Pulau Pinang tapi badan duduk dlm keretapi ke Singapura, akan sampai ke Singapura walau semua buzruk seluruh dunia doa supaya sampai ke Pulau Pinang. Hari ini kita kena menangis airmata dan darah sbb hati kita sudah gelap dan kita suka kpd maksiat. Kita kena usaha dan korban spt Rasulullah s.a.w dan sahabat r.a supaya hati kita dibersihkan. Allah s.w.t beri hidayat melalui usaha yg Dia suka, iaitu usaha2 nabi a.s, dgn peraturan2 seperti nabi2 a.s. Allah s.w.t telah kurniakan kepada kita berlian kurun pertama, iaitu usaha hidayat Rasulullah s.a.w. Bila ada hidayat, dpd berperang, timbul kasih sayang, dsb. Kalau hari ini kita buat usaha ini dgn cara yg betul, usul yang betul, dsb., kita akan dapat hidayat dan hidayat akan tersebar. Hati kita pun bukan dlm kekuasaan kita, apa nak cerita ttg hati2 org lain.
Kerja kita adalah usaha dgn cara2 yg ditunjuk oleh Nabi2 a.s, dan bukan dgn cara sendiri, dan adalah utk menafaat org lain, bukan menfaat sendiri. Kita bertggjwb utk usaha hidayat. Allah s.w.t yg beri hidayat, pertama kpd mereka yg buat usaha. Maka pentinglah kita niat utk diri kita. Kita buat gasht, usuli, keluar 3 hari, dsb. utk hidayat kita sendiri. Alangkah ruginya kalau org lain dpt hidayat tapi kita sendiri tak dpt. Sebahagian ahli syurga akan bertanya sebahagian ahli neraka, "Macamana kau org dlm neraka walhal kami ikut cakap kau org dan kami masuk syurga?" Kita kena takut hal ini. Ada doa kita boleh baca: inna nas-aluka huda wattuqa wal-'afafa walghina, hingga akhir hayat. Setiap kerja kita buatlah dgn niat supaya Allah s.w.t kekalkan hidayat. Kita buat secara istiqamah dan dgn cara yg betul. Kini Nizamuddin telah terpilih menjadi asbab hidayat. Dulu Mekah dan Madinah merupakan markaz hidayat, kemudian Damsyik juga dan kemudian Bukhara. Di sini tempat asbab hidayat di mana org boleh berubah kehidupannya.
Begitulah Banglawali Masjid, berkat korban satu keluarga. Siapa yg dtg dan amalkan amalan di sana, insyaAllah dia akan dpt hidayat dan sebarkan hidayat. Banyak kisah yg telah kita dengar menunjuk kan hal ini - apa jua niat orang berkenaan yg dtg. Ada seorg dari Afrika Selatan dtg ke kubur Nizamuddin telah dpt hidayat dan sebarkan hidayat pula. Begitu juga kita sendiri yg dtg ke sana. Kita kena ucap syukur Allah s.w.t telah hubungkan kita dgn usaha agama dan selamatkan kita dpd maksiat2. Hari ini satu dunia hauskan hidayat. Mari kita usahakan perkara ini. Sesiapa yg nak selamatkan duitnya dan masanya dpd usaha agama menunjukkan dia tidak syukur. Tuan2 bangun dan buat usaha ini dan negara tuan2 maju dunia dan akhirat insyaAllah. Sila bangun dan siapa yg belum keluar 4 bln, berikan nama utk keluar 4 bln.
No comments:
Post a Comment