Maulana Ilyas Kandhlawi (1885- 1944), Badi’uzzaman Said Nursi (1877- 1960), Syeikh Umar Mukhtar (1858- 1931) & Syeikh Izzuddin Al Qassam (1882- 1934) adalah ulama sufi yang hidup sezaman. Persamaan keempat2 mereka adalah berakidah Asya’irah wal Maturidiyah, bermazhab dengan salah satu mazhab fiqh yang empat & bertasawuf dengan tarekat2 muktabar. Keempat2 mereka hidup di ambang kejatuhan Daulah Uthmaniyah, satu zaman yang sangat mencabar bagi umat Islam. Jika Syeikh Umar Mukhtar & Syeikh Izzuddin Al Qassam bergelumang di medan jihad, Maulana Ilyas & Said Nursi pula bergelumang di medan tarbiah & islah umat. Inilah kemuliaan hidup yang Allah kurniakan pada mereka.
Thursday, January 1, 2015
BAYAN MAGHRIB MAULANA SAAD
(08/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yg mulia. Salah faham yg terbesar dikalangan umat manusia hari ini ialah memahami utk menyelesaikan masalah dunia mrk melalui usaha atas asbab zahir. Begitu juga utk menyelesaikan masalah mrk yg dtg juga dibuat melalui usaha atas asbab ya ada dipersekitaran mrk. Usaha ini adalah sia-sia belaka, asbab yg diusahakan itu akan membawa manusia makin jauh dari Allah swt. Ehwal (aulat) asbab yang wujud adalah untuk ujian kepada manusia. Oleh itu kita hari ini perlu membuat keputusan untuk membawa diri kita dan seluruh umat kepada keadaan dan suasana dimana penyelesaian masalah kita dan umat perlu dibuat melalui amal. Dakwah Nabi tidak diutuskan dengan asbab2 zahir tetapi dakwah nabi-nabi bagaimana hendak membawa yakin dikalangan umatnya.
BAYAN MAGHRIB MAULANA SAAD
(Ijtimak Malaysia - 11/07/2009). Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yang usaha atas pertanian maka akan dapat keyakinan atas pertaniannya. Seorang peniaga yang usaha atas perniagaan maka akan dapat keyakinan untuk dapat sesuatu dari perniagaannya. Seorang pemerintah yang ada keyakinan atas pemerintahannya, yang usaha atas kuasanya maka akan datang keyakinan atas kuasanya.
BAYAN SUBUH MAULANA SAAD
(Ijtimak Malaysia - 10/07/2009). Hendaklah kita semua dengar dengan penuh tawajjuh, dengan penuh rasa kebesaran, dengan penuh rasa keagungan, dengan penuh tumpuan kerana kita berkumpul disini bukan sebagai satu adat. Kita berkumpul untuk dengar satu perkara yang sangat penting. Kita berkumpul utk dengar ttg usaha yg telah dibuat oleh nabi2 dan Nabi Muhammad s.a.w, ianya adalah maksud kedatangan nabi2 dan maksud kedatangan Nabi s.a.w. Usaha ini merupakan usaha nabi2. Bila dengar dengan penuh tumpuan dan tawajjuh barulah Allah s.w.t akan bagi faham. Kalau berlaku apa2 kekurangan dalam tawajjuh kita, maka kesannya adalah akan berlaku kekurangan dalam agama. Kekurangan dalam memberi tumpuan pada perkataan2 dakwah, akan memberi kesan pada agama. Kita kena yakin. Kalau tidak yakin dengan dakwah agama akan terbina dlm diri, maka kita tidak akan dapat menyempurnakan tuntutan2 dan takazah2 usaha dakwah ini. Selepas dengar dgn penuh tumpuan, kita kena buat 2 perkara. Pertama, kita dakwah kan apa yg kita telah dengar, sampaikan pada orang lain. Kedua, dakwah apa yang kita dengar dengan amalan kita (secara amali).
BAYAN MAGHRIB MAULANA SAAD
(Tarikh : 30/01/2000 - Tongi, Bangladesh). Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah s.w.t dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah utk yg lain. Manusia adalah utk manusia yg lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh manusia. Manusia dijadikan utk kepentingan manusia. Kita menganggap bhw manusia boleh melakukan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dlm perbuatannya. Manusia dikirimkan ke dunia ini utk maksud yg tertentu. Bukan utk kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak diberi satu t/jawab pun ttp manusia dicipta oleh Allah s.w.t utk kepentingan sesama manusia.
BAYAN SUBUH MAULANA MUHAMMAD SAAD
(23 Feb 2008 - Mesyuarat Malaysia). Tuan2 yg mulia. Ilmu dan amal yg tidak ada dgn perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan utk mencari duit. Ilmu ada dua (jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu di hati. Ilmu maklumat sahaja tidak cukup. Duduk dlm bayan utk dapat maklumat, maka kita tidak akan dpt apa2. Ilmu adalah sptmana yg dikatakan oleh Nabi Khidir a.s kpd Nabi Musa a.s. Carilah oleh mu ilmu yg dpt kamu amal. Ilmu ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya.
BAYAN SUBUH MAULANA SAAD
(Tempat: Nizammuddin, New Delhi, India). Keputusan terhadap umat akan dilihat dari perintah2 yg dilaksanakan. Umat dahulu juga mempunyai agama atau perintah2, ttpi mrk melalaikannya bahkan ada yg mengingkarinya. Namun sudah menjadi tradisi Allah Taala pada umat2 terdahulu setiap mrk lalai dari agama Allah, maka Allah kirim Nabi kpd mrk utk memberikan peringatan. Sehingga ketika mrk telah melampaui batas dan tidak menghiraukan peringatan yg telah diberikan, Allah hancurkan umat2 itu. Umat dpt mengetahui agama jika mrk melakukan kerja dakwah. Jika dakwah tidak dilakukan maka agama akan hilang. Siapa saja yg mengamal kan agama maka hidupnya akan mengalami peningkatan hidup. Bagi yg tidak mengenal agama, peningkatan hanya akan dpt tercapai melalui dakwah. Dgn dakwah manusia akan mengenal agama dan mau mengamalkan agama. Tnp dakwah maka manusia akan jauh dari agama dan terjadi kerosakan dlm kehidupan manusia.
BAYAN MAULANA SAAD
(Tarikh: 19/07/2009, Tempat: Serpong, Indonesia). Hadirin yg dimuliakan Allah swt, setelah Beliau mengucapkan mukadimah dan membacakan ayat Al quran dan Hadist Nabi Muhammad saw, selanjutnya Beliau katakan bahwasanya gerak atau kerja yg kita kerjakan hari ini adalah gerak dakwah utk merubah yakin kita, maka hanya dgn kerja inilah yakin kita akan berubah, tapi kalau kerja dakwah ini kita tinggalkan maka yakin kitapun tidak akan berubah. Sesuai dgn perubahan keyakinan dlm diri kita maka kita akan utk mudah mengamalkan amalan2 agama, tapi kalau keyakinan tidak tertanam dlm diri kita maka tidak akan mampu utk mengamalkan agama, karena hadirin seperti yg dikatakan Syeikh Yusuf Rah sesuatu yg di yakini oleh seseorg maka dia akan menuju atau berusaha utk mendptkan apa yg dia yakini tadi.
BAYAN SUBUH MAULANA SAAD
(Masyeikh, Syuro Dunia. Markaz Nizammuddin, India. Tarjim Maulana Harun Al Rasyid. Musyawarah Indonesia Nizammuddin 2006).
Ass… wr. wb. Dlm setiap bayan ini yg Allah mau adalah bukan hanya mendengarkan ttpi juga dilakukan atau diamalkan. Kita dengarkan lalu kita amalkan, ini yg Allah mau. Di dlm Al Quran Allah menyindir bahwa mereka mengatakan, “Kami mendengarkan”, padahal mereka tidak mendengarkan. Ilmu itu tuntutannya adalah taat pada Allah. Oleh karena itulah hakekat mendarkan ini adalah bagaimana semua yg kita dengarkan ada dlm kehidupan kita. Yg kita dengar ini bukan utk pengetahuan, ttpi utk diamalkan. Apa yg didgrkan utk diamalkan. Sering kali kita lakukan, melewatkan kesempatan utk beramal, padahal kita tahu fadhilahnya besar. Jadi lewat begitu saja kesempatan utk beramal. Ataupun kita beramal ttpi kita tidak tahu fadhilahnya, ini sayang sekali. Contoh hari ini adalah hari Jumaat apa fadhilahnya. Mandi Jumat. Mandi jumat ini akan mengeluarkan dosa2 kita dari ujung rambut2 kita yg tumbuh, bahkan dari akar2nya rambut atau bulu2 kita akan keluar juga.
BAYAN MAULANA SAAD
Assalamualaikum. Tuan-tuan yang mulia, Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara ijtimai meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan meninggalkan agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah perkara yang hak. Tuan-tuan yang mulia, Hadrat Abdullah Ibnu Huzaifah r.a. buat usaha di Rom, Raja Rom telah tangkap mereka dan seru mereka kepada agama Nasrani. Kalau mereka setuju setengah dari negara akan diserahkan kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata, “Bukan setengah, malahan seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab diserah kan kepada kami untuk kami meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip mata pun, kami tidak akan sedia”. Pengakuan ini akan ada dalam diri umat ini jika setiap diri muslim jika mereka menyeru manusia kepada agama. Dakwah Illallah bukan fardhu kifayah tetapi fardhu ain. Jika umat faham dakwah adalah fardhu ain mereka akan mengamalkannya tetapi jika mereka faham ia adalah fardhu kifayah, susah bagi mereka untuk membuat usaha dakwah.
Subscribe to:
Posts (Atom)