(Tarikh : 30/01/2000 - Tongi, Bangladesh). Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah s.w.t dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah utk yg lain. Manusia adalah utk manusia yg lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh manusia. Manusia dijadikan utk kepentingan manusia. Kita menganggap bhw manusia boleh melakukan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dlm perbuatannya. Manusia dikirimkan ke dunia ini utk maksud yg tertentu. Bukan utk kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak diberi satu t/jawab pun ttp manusia dicipta oleh Allah s.w.t utk kepentingan sesama manusia.
Manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t utk kepentingan umat manusia, sbg pembawa hidayah dpd Allah s.w.t dan blh jadi asbab2 hidayah utk yg lainnya. Bukan utk diri sendiri shj. Kita tahu maksud kejadian sesuatu benda, samada digunakan utk diri dia sendiri atau digunakan oleh org lain dgn cara yg salah yg mana ia akan menghapuskan maksud kejadian perkara itu. Kalaulah benda itu digunakan utk maksud lain dpd maksud ia diadakan, maka tidak akan dpt faedah dpd benda itu. Benda itu sendiri akan hilang, akan binasa. Mana2 benda yg dijadikan utk maksud2 yg tertentu kalau digunakan utk maksud itu, baru ia akan dpt manafaat. Kalau diguna kan utk maksud yg lain, maka benda itu sendiri akan hilang, akan binasa.
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dgn satu tujuan yg besar dan diberi kemampuan yg besar oleh Allah s.w.t. Kalau manusia ini terpesong dpd ibadat, dpd dakwah, digunakan utk benda2, maka nilai benda2 akan meningkat. Sebaliknya kedudukan manusia akan hilang. Skrg ini manusia telah terpesong dari usaha nabi2. Mereka telah usaha atas benda2 sehingga mereka telah yakin terhadap benda2. Skrg ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada, telah hilang. Manusia telah diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia sendiri. Bila manusia digunakan bukan utk usaha atas manusia, maka yakin manusia telah rosak. Apb usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.
Usaha dilakukan oleh manusia dan manusia yakin bahawa dia akan berjaya dgn usahanya. Dia telah tetapkan usaha tertentu. Usaha sebenarnya utk manusia telah diberitahu oleh Allah s.w.t. Allah kata, Kamu adalah sebaik2 umat. Umat ini bukan utk jadi kerajaan atau pegawai atau perniagaan. Umat ini diketahui tujuan maksud oleh penciptanya sendiri. Dialah yg tahu apa yang diciptakan. Apb manusia ini terpesong dpd jln nabi2, buat usaha atas kebendaan, maka bermulalah kerosakan aqidahnya. Mula masuk cinta dunia kpdnya dan mula hilang ibadat dpdnya. Kerugiannya, kebinasaannya lahir dpd perkara ini iaitu bila dia tukar usahanya.
Oleh kerana itu, perkara pertama adalah usaha atas agamanya dan tanpa perkara ini, manusia tidak akan betul. Skrg ini, peniaga dgn perniagaannya, petani dgn pertaniannya, pemerintah dgn pemerintahannya, apa sahaja usaha yg sedang mereka lakukan dan mereka telah yakin dgn usaha2 mereka sehingga begitu sekali mereka yakin kpd usaha mereka, mereka tidak yakin dgn usaha org lain. Semua kerja tersebut bukan kerja umat ini. Kerja umat ini adalah utk seru manusia kpd Allah s.w.t, ajak manusia kpd perintah Allah s.w.t, menghalang umat dpd perkara2 yg dilarang oleh Allah s.w.t. Inilah kerja umat ini. Dgn kerja inilah sifat2 kemanusiaan atau insaniah akan kekal dlm ummah.
Yg mengetahui tujuan satu2 benda adalah penciptanya. Pencipta satu2 benda lebih tahu tujuan satu2 benda itu dicipta kan. Sekiranya benda tadi digunakan selain dpd tujuan pencipta menciptakannya, maka, pertama, manafaat tidak akan dpt dpd benda tersebut, kedua, benda itu sendiri akan rosak. Allah s.w.t yg menciptakan manusia ini. Dia lebih faham, Dia lebih tahu dgn ciptaanNya dan maksud ciptaanNya. Allah s.w.t telah terangkan maksud kejadian umat ini, iaitu ‘tak murunabil makruf, fi watan hau naanil munkar’. Sekiranya manusia buat usaha atas benda lain, maka manusia sendiri akan rosak dan manafaat tidak akan dpt dpd manusia. Skrg ini, manusia telah jadikan segala usaha2 sbg tujuan dan usaha mrk.
Peniaga telah usaha atas perniagaan, pekebun telah usaha atas kebun, pekilang telah usaha atas perkilangan, semua jenis usaha masing2 telah buat, hasil dpd usaha akan dtg keyakinan. Skrg ini usaha atas benda2 ini telah begitu hebat sehingga masing2 telah yakin dgn usaha masing2, dia akan dpt kejayaan. Begitu sekali keyakinan mrk sehingga mereka sudah tolak usaha yg lain. Peniaga yakin bhw dgn perniagaanlah mereka akan berjaya dan mereka tidak yakin lagi bhw dgn pertanianlah akan berjaya. Demikian juga dgn petani, telah yakin bhw dengan pertanian lah mrk akan berjaya dan petani tidak yakin lagi bhw dengan perniagaan akan berjaya. Masing2 sudah tidak yakin antara satu sama lain krn usaha mereka begitu rupa. Jadi, sepatutnya usaha yg diyakinkan adalah usaha utk bina manusia sendiri.
Oleh kerana semua usaha2 tadi adalah utk bina benda, bukan utk bina manusia, pertanian, perniagaan, perkilangan, semuanya usaha utk bina benda, maka hasil dpd usaha yg dilakukan, benda2 naik mutunya, naik nilainya, ttp manusia sendiri telah rosak. Manafaat yg sebenarnya yg sepatutnya didapati dari manusia, tidak dpt lagi kerana manusia telah ubah jln usahanya.
Tidak semua usaha yg dilakukan akan diterima oleh Allah s.w.t, tidak semua usaha akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Tidak semua usaha dijanjikan hidayat oleh Allah s.w.t. Tidak semestinya manusia buat mana2 usaha, mesti dpt hidayat. Mana2 usaha tidak semestinya akan dpt jln yg lurus, mana2 manusia buat mujahadah, buat usaha atas satu2 perkara maka jln itu akan terbuka/terbentang di dpnnya. Jln2 yg mana dilakukan mujahadah, diusahakan, maka jalan itu akan terbuka didpnnya, ttp tidak semestinya mana2 usaha dilakukan terus dpt hidayat dpd Allah s.w.t. Jln utk dpt hidayat ditentukan oleh Allah s.w.t hanya dgn jln nabi2. Ini tlh ditentukan oleh Allah s.w.t. Sebnyk mana kita mujahadah dlm jln nabi2, sebnyk itulah kita akan dpt hidayah.
Mana2 usaha lain, tidak akan dihiraukan oleh Allah s.w.t. Siapa2 yg pilih jln lain dpd Islam, sekali2 tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan terima dpdnya. Sesiapa yg terpesong dpd jln nabi2, maka akan terpesong dpd medan usaha nabi2. Selain dpd usaha nabi, semua usaha yg lain, adalah usaha dunia, usaha atas benda2. Kita faham bhw saya bertggjwb pada rumah saya, anak isteri saya. Tggjwb ini disempurnakan oleh binatang2 juga ttpi tidak ada nilai apa2 pun utk mereka dlm menunaikan tggjwb utk isteri dan anak2 mereka. Tidak ada ganjaran dpd Allah s.w.t. Mana2 manusia meletihkan diri dan inginkan ganjaran atas keletihan dia, maka dia perlu bawa diri dia atas jln yg betul. Berjalan di atas jln yg betul, barulah Allah s.w.t akan beri ganjaran padanya.
Allah s.w.t telah letakkan syarat, Yang bermujahadah di jln Kami, sesiapa yg bermujahadah di jln Kami, pasti kami bagi hidayah padanya. Siapa yg terpesong dari jln yg sebenar, tidak ada jaminan hidayat dpd Allah s.w.t. Seorang rahib telah mujahadahkan diri dia dlm beribadat kpd Allah s.w.t. Umar r.a lalu di depan menara rahib itu dan berkata, Bawa dia turun dari menara. Wajah dia telah pucat kerana mujahadahnya, kurus kering, tanggung kesusahan, kehidupan yg susah, tidak makan, tidak minum, jalani kehidupan rahbaniah. Pilih semua kesusahan yg ada dlm ibadat.
Umar r.a tengok dia dan menangis. Org tanya knp menangis terhadap rahib itu? Saya menangis kerana saya tengok keadaan rupa parasnya, saya teringat ayat Allah s.w.t, Allah s.w.t kata, Tidakkah engkau tahu satu org yg menyusahkan diri dia utk ibadat sehingga kesan ibadatnya dtg pada wajahnya, kesan letih beribadat, apakah hal keadaan dia? Nampak di wajahnya pucat ttp usahanya salah, bukan jln yg betul. Usahanya telah terkeluar dpd cara kenabian. Dia buat usaha ttp terkeluar dari jln kenabian. Dia buat ibadat ttp terkeluar dpd jln kenabian, dia bawa rahbaniah dlm ibadat dan dia telah tinggalkan tggjwb dakwah, hidup dgn bersendirian. Umar r.a menangis tengok wajah dia, dia bermujahadah begitu sekali, usaha begitu sekali, tetapi kesemua usahanya sdg masukkan dia ke dlm jahanam.
Iman ini dlm dakwah, dlm ibadah, dlm muamalat, dlm muasyarah, dlm akhlak, semua perkara telah diberi pengajaran, telah diikatkan, tidak ada kebebasan dlm ibadah, tidak ada kebebasan dlm akhlak. Apa yg dia hendak, dia boleh buat, apa yg dia suka makan, dia makan, apa yg dia suka pakai, dia boleh pakai, apa cara yg dia hendak kahwin, dia kahwin, tidak! Dia tidak ada kebebasan langsung, dlm ibadat, dlm usaha. Dlm ibadat dia diperintahkan, dlm usaha dia diperintah kan. Ibadat kpd Allah s.w.t ttpi dia tidak terima Nabi Muhammad s.a.w. Khulasahnya, manusia di dunia ini buat usaha ttpi selagi usahanya tidak kena, tidak sesuai, tidak tepat sbgmn yg ditunjukkan oleh nabi2, maka usahanya tidak akan dtgkan apa2 faedah, malah kebinasaan utk dirinya sendiri.
Usahanya sia2 shj, dlm apa bentuk sekalipun. Segala usaha2 dunia memang telah terkeluar lebih awal lagi, malah usaha ibadat sendiri, dlm ibadat sendiri jika tidak bawa cara Nabi s.a.w, pun tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dlm Quran diberitahu, Dia buat usaha susah2, mujahadah, ttpi dia akan dibakar oleh api yg panas. Manusia ini, dlm setiap hal, bkn shj dlm iman, bkn shj dlm ibadah, ttpi dlm muamalatnya, kerja2 dunianya, perniagaannya, pertaniannya, kerja dunia yg lain, dlm muasyaratnya, dlm kehidupan rumahtangganya, kehidupan hariannya, dlm akhlaknya, semua sekali dia tidak bebas, dia tidak boleh buat apa yg dia suka, ttpi dia diperintahkan oleh Allah s.w.t. Segala perbuatannya terhad dlm apa yg diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Nabi2 tidak pernah jadikan medan usaha mereka selain dpd manusia, tidak pernah, tidak pernah bumi, pokok, benda2, tidak pernah jadi medan usaha nabi2, tetapi medan usaha ambiya a.s hanya manusia. Oleh kerana itu, dlm hadith beritahu, manusia itu sendiri seumpama lombong2. Bila dia usaha atas satu perkara, perkara itu akan terbuka di dpnnya. Nabi tidak kata, bukit2 itu lombong, lombong biasanya tmpt org buat usaha. Nabi kata manusia itu sendiri lombong. Manusia ada sifat2 yg mana sifat2 yg hebat itu akan terserlah, akan zahir apb diusahakan atas mereka. Ketakutan atas senjata bila usaha atas senjata dibuat. Bumi akan keluarkan bijirin, bila manusia buat usaha atas bumi. Amal manusia itu sendiri lebih kuat dpd segala sesuatu yg ada diantara langit dan bumi. Amal yg keluar dpd bdn manusia.
Ttpi skrg ini kekuatan manusia digunakan di tmpt yg lain, salah tmpt, maka zahir kekuatan dpd benda2. Sedangkan benda2 ini telah ditundukkan utk khidmat pada manusia. Benda2 yg sepatutnya tunduk pada manusia telah menguasai manusia. Skrg ini, benda2 ini tidak lagi jadi benda yg bagi kesenangan pada manusia, sebaliknya ia menjadi benda yg merosakkan manusia kerana manusia telah lupa usaha yg sebenarnya. Nabi kata, Manusia ini adalah seumpama lombong emas dan perak. Apabila diusahakan ke atasnya maka akan zahir amal dpd mereka. Ambiya a.s, nabi2 dtg buat usaha atas hati2 manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Anggota2 manusia adalah tmpt zahirnya amal.
Tmpt iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan, ambillah fatwa dpd hati kamu sendiri. Hati ini akan jadi mufti yg betul, bagi fatwa yg betul, bila mata hati itu terbuka, nampak, ada basirah, hati yg ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati. Allah s.w.t kata, Bukanlah buta mata2 mereka, ttpi buta hati yg ada dlm dada2 mereka. Oleh kerana itu, medan usaha nabi2 adalah hati2 manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yg maha tinggi. Nabi2 kenalkan Allah s.w.t kpd hati2 manusia kerana iman duduk pada hati manusia. Iman kena sampai pada tempatnya yg sebenar.
Nabi2 usaha atas insan dan atas hati2 manusia. Semua anggota manusia adalah tmpt zahirnya amal. Islah akan dtg sbb adanya iman. Amal akan dtg sebab adanya iman. Dari kepala hingga ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan Islam dan ini akan dtg dgn kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yg lemah, maka akan zahir amal2 yg bukan Islam. Semua amal manusia dlm apa lapangan pun yg mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah yg dinamakan Islam. Amal akan zahir melalui anggota2 sebanyak mana ada iman dlm hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan ttpi Islam ikut iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan.
Amal yg dibuat ikut suasana, amal yg dibuat ikut keadaan, bukan Islam. Amal yg dibuat dgn dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Utk bina amal, kena bina iman. Amal yg dibuat dgn iman akan kekal dan atas itulah ada janji2 Allah s.w.t. Pengenalan org Islam, Nabi s.a.w kata, Org Islam adalah org yg mana, org Islam yg lain tidak dpt kesusahan dpd lidah dan tangannya. Nabi s.a.w kata, Islam itu bukan hanya satu amal shj ttpi seluruh lapangan hidup manusia utk ikut peritntah Allah s.w.t, itulah Islam. Dlm setiap lapangan dlm hidup ada pengenalan dlm Islam. Pengenalan org Islam dlm setiap lapangan hidup. Dlm perniagaan, dlm pertanian, dlm kehakiman, dlm muasyarat, kalau hendak tengok Islam, tengok org Islam dlm perkara itu. Kamu hidupkan hukum2 Allah s.w.t dlm lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah2 nabi dlm lapangan hidup kamu, itu akan menjadi asbab hidayat utk manusia.
Maulana Yusuf rah. kata, Sesiapa yg menambahkan sifat2 Islam dlm diri dia, maka dialah yg akan jadi sumber hidayat utk umat. Kita hendak usahakan sifat2 nabuwah dlm diri kita. Sifat2 ini akan dtg berkadar dgn iman. Iman akan dtg berkadar dgn usaha. Bukan dgn perniagaan, pertanian atau kerja2 pejabat. Iman tidak akan dtg dgn perkara2 ini. Iman akan dtg dgn kerja dakwah. Semua nabi2 dtg dgn kerja dakwah kerana keistimewaan dakwah itu sendiri utk membina iman. Dakwah bukan hanya utk memperkenalkan Islam atau amal Islam ttpi keistimewaan dakwah adalah utk membina yakin. Semua org perlu pada dakwah supaya dia dpt bina iman dan yakin.
Org yg paling baik pun tidak terlepas dpd keperluan dakwah. Siapa yg buat kerja dakwah, dia akan buat utk dia diterima. Maulana Yusuf rah. kata, Sebanyak mana kelemahan iman, sebanyak itulah niat akan rosak. Niat yg rosak dtg dpd kelemahan iman. Kerosakan yakin menyebabkan amal yg dibuat bukan kerana Allah s.w.t. Yakin yg rosak menyebabkan cacat dlm niat. Keistimewaan dakwah ialah utk membina iman. Dakwah diberikan utk bina yakin. Utk kukuhkan iman, kerja2 nabi adalah dakwah illallah. Bukan setakat mereka sahaja bagi dakwah ttpi mereka menjadikan org yg mereka dakwah juga sbg dai. Nabi sendiri telah beritahu, sesiapa yg terima dakwah ditangan Nabi, maka pada masa itu juga dia akan jadi dai. Bagi dakwah utk bina iman dia sendiri dan pada masa yg sama juga dia jadikan org lain dai. Ini cara dakwah Nabi s.a.w.
Usaha untuk iman tidak diberi tumpuan. Org tidak sangka bahawa iman itu pun satu benda yg perlu diusahakan. Mereka menyangka, beramal (buat amal) kemudian barulah iman akan meningkat, sedang kan tanpa iman, amal tidak ada roh. Kalau tidak ada keyakinan pada janji2 Allah s.w.t, apakah benda yg akan bawa manusia kpd hukum2 Allah s.w.t? Siapakah yg akan timbulkan harapan pada janji2 Allah s.w.t? Siapa akan bawa manusia ini takut pada amaran2 Allah s.w.t? Oleh kerana iman, sahabat2 sentiasa ada fikir. Banyak mana iman bertambah, maka sebanyak itulah dia akan takut kpd nifaq.
Hanzalah r.a kata dia telah munafik. Abu Bakar r.a kata dia telah munafik. Ini orang Badar, orang Uhud, tidak pernah mungkir janji, tidak pernah khianat mana2 amanah, tidak pernah ada mana2 alamat nifaq pun pada mereka, tetapi sebabnya hanya keadaan mereka berlainan depan Nabi s.a.w, dengar cerita syurga, neraka dan apabila mereka pulang ke rumah, sudah berubah. Mereka dengar, org2 beriman ini, seolah2 mereka nampak Allah s.w.t di mana2 pun. Perasaan mereka depan Nabi s.a.w telah hilang, sebab itu dia kata, Hanzalah telah munafik. Abu Bakar dgr dan Abu Bakar kata, Ini pun berlaku pada aku juga.
Sebnyk mana iman meningkat, sebnyk itulah seseorg akan takut pada nifaq, akan benci pada nifaq. Tidak mungkin ada alamat2 nifaq dlm diri mrk. Oleh krn kita tidak ada tumpuan pada iman, walau pun ada tanda2 nifaq dlm diri kita, ttpi kita sangka kitalah org yg sempurna. Tidak penuhi janji, khianat dlm amanah, sangka ia satu kejayaan bila dpt khianat amanah org. Ini semua tanda2 nifaq kerana tidak ada iman. Oleh itu, perkara yg utama yg perlu diusahakan ialah atas iman. Iman akan dtg bila usaha atas iman. Usaha iman ialah seru manusia kpd Allah s.w.t ttpi kita telah salah faham iaitu dakwah utk org lain. Dakwah sebenarnya utk dai itu sendiri. Dakwah ialah utk org yg buat dakwah itu sendiri. Siapa yg bagi dakwah utk dia sendiri, maka dgn dakwah itu, yakin dia akan bertambah dan org yg didakwah akan dtg kpd apa yg dai itu yakini. Dakwah adalah utk dai itu sendiri. Dakwah utk pendakwah itu sendiri. Jgn kita salah faham iaitu dakwah utk org lain. Apb kita bagi dakwah pada org lain utk bina iman kita, utk bawa diri kita sendiri kpd amal, utk bawa yakin kita kpd Allah s.w.t, maka dakwah cara itu akan bawa keyakinan pada diri dia sendiri.
Bila dakwah keluar dpd umat, maka keluar yakin dpd umat. Bila yakin telah keluar dpd umat, maka dia akan bergerak mengikut tempat yg dia nampak ada manafaat. Tidak nampak lagi jalan utk ambil manafaat dari khazanah Allah s.w.t, melalui perintah2 Allah s.w.t. Dia tidak yakin lagi dgn melakukan larangan2 Allah s.w.t, dia akan dapat kejayaan dan dia akan taat pada apa yg dia yakin. Manusia beribadat atas apa yg dia yakin. Rukuk (tunduk), itu bukan hanya ibadat, tetapi maksudnya kita tidak tunduk di depan selain dpd Allah s.w.t, bererti kita tidak beribadat selain kpd Allah s.w.t. Ibadat bukannya tunduk di depan mana2 benda. Islam bukannya tundukkan kepala pada mana2, Islam adalah serahkan diri pada Allah s.w.t. Diri dan harta saya, dpd lahir hingga mati, seluruh ibadat, seluruh pengorbanan. Yg dimaksudkan dgn solat ialah pengorbanan diri. Semuanya diserahkan kpd Allah s.w.t, itulah yg dinamakan Islam. Bukan hanya utk tundukkan kepala. Ibadat bukan hanya tundukkan kepala.
Apa yg diyakini, kita akan taat pada benda2 itu. Apa yg kita yakin, kita akan beibadah pada benda2 itu. Nabi s.a.w telah beritahu dlm satu riwayat, Bila taat sahaja pada satu benda, maka dia telah beribadat pada benda itu. Kita tengok antara kita sendiri, kita taat isteri kita, kita taat perniagaan kita, kita taat kedai kita, kita taat kerajaan kita, kita taat selain dpd Allah s.w.t. Kita lihat diri kita masing2. Bila taat pada benda itu, maka dia sedang beribadat kpd benda itu, mahfum hadith Nabi s.a.w, seorg sahabat asalnya seorg nasrani dan telah beriman dgn Nabi s.a.w. Selepas masuk Islam dia tanya, Wahai Rasulullah, sebelum beriman dgn tuan kami beribadat kpd Allah juga, kami taat pada Allah juga, kami tidak pernah terima selain dpd Allah sbg Rab, kami hanya taat pada Allah s.w.t. Sebelum dtg kpd tuan, kami dlm satu agama yg beribadat kpd Allah s.w.t, ttpi kami tidak faham, dlm Quran ada ayat yg mengatakan, Mereka telah menjadikan rahib2 mereka sbg tuhan, sebagai Rab, selain dpd Allah s.w.t. Knp Allah s.w.t kata demikian dlm Quran? Nabi s.a.w jawab, Beritahu aku, apb rahib2 kamu, mereka menghalalkan perkara yg haram, mengharamkan perkara halal, adakah kamu terima mereka? Kata sahabat tadi, Ya, apa yg mereka kata kami terima. Kalau kamu terima mereka, maka kamu telah beribadat kpd mereka.
Kita tengok kilang, pekebun2, pemerintah2, tengok majoriti, kita taat sesuatu perkara, maka kita sdg beribadat kpd benda itu. Segala ibadat2 badan, segala ibadat2 harta, diri dan harta, dpd mula lahir, semua utk Allah s.w.t. Keyakinan pada janji2 Allah s.w.t akan menyebabkan manusia taat perintah Allah s.w.t, menjlnkan hukum2 Allah s.w.t. Taat disbbkan janji2 Allah s.w.t. Sebanyak mana keyakinan kpd janji2 Allah s.w.t, maka sebanyak itulah manusia akan mampu utk taat perintah Allah s.w.t tetapi keyakinan pada makhluk, kejahilan pada agama, kesesatan dari segi aqidah akan dtg bila manusia tinggalkan dakwah. Bila tinggalkan dakwah, pertama, kejahilan, kedua, kesesatan dari segi aqidah. Tidak akan kenal siapa yg menciptakannya. Bila tinggalkan dakwah, keyakinan pada Allah s.w.t akan keluar, keyakinan pada selain dari Allah s.w.t akan masuk sehingga insan tidak boleh membezakan manakah jalan kejayaan utknya. Adakah kejayaan saya dlm perintah2 Allah s.w.t ataupun dlm bentuk2 dunia.
Apa yg didakwahkan, itulah keyakinan yg akan masuk ke dlm hati. Ini satu perkara yg pasti. Kalau buat perniagaan, tidak mungkin akan dtg yakin kpd Allah s.w.t, kalau buat dakwah kpd pertanian, tidak mungkin akan dtg keyakinan pada Allah s.w.t. Dakwah kpd selain dpd Allah s.w.t tidak mungkin akan dtg keyakinan Allah dlm hati. Keyakinan pada Allah s.w.t dtg hanya dgn dakwah kpd Allah. Yakin kpd Allah s.w.t akan dtg bila kita bawa hamba Allah kpd Allah s.w.t. Bila umat telah hilangkan dakwah, maka dtg satu keadaan yg mana telah menyebabkan hilang amalan makruf nahi mungkar. Sehingga begitu sekali, sehingga umat telah salah faham iaitu kalau dia sendiri tidak amal, maka dia tidak perlu dakwah org lain.
Ini kefahaman umat skrg. Salah faham yg begitu besar dlm umat. Kerana salah faham ini, kejahilan telah berleluasa dlm umat. Buat sendiri2 shj. Kalau tidak buat amal, jgn beritahu org lain, ini salah faham yg berlaku dlm umat. Umat ini telah diberitahu t/jawabnya berkali2. Masa nabi menyediakan umat ini, nabi telah beritahu t/jawab umat ini. Nabi tidak kata, kalau kamu tidak amal, kamu jgn suruh org lain buat. Satu org yg tidak amal utk diri dia sendiri, tidak ada kekurangan tggjwb dia utk dakwah org lain pada amal itu. Bukanlah dia tidak amal perkara itu, tggjwbnya utk dakwah org lain pada amal itu tidak kurang sedikit pun. Satu org tidak solat fardhu, kefardhuan dia utk dakwah org lain kpd solat tidak kurang sedikit pun. Satu org tidak buat satu amal, tidak bererti tggjwb dia utk bawa umat kpd amal itu berkurangan, tidak! Tggjwb dia masih sama.
Nabi s.a.w telah bangunkan setiap umat ini pada dakwah. Bagaimana Nabi sendiri buat dakwah. Sesiapa yg ingin lepaskan diri mereka dpd dakwah nabi, tidak mahu dengar dakwah nabi, tidak mahu dengar tilawah nabi, yg menyangka Quran adalah sihir, seumpama Tufir b. Amir, dia masukkan kapas ke dlm telinga dia supaya tidak dengar bacaan Quran Nabi s.a.w. Ttpi dia menjadi org pertama dakwah kaum dia. Dia telah terima dakwah Nabi s.a.w dan telah pergi utk dakwah. Rasulullah s.a.w telah bangunkan dakwah kpa umat. Umat terbahagi kpd 3 iaitu lelaki, perempuan dan kanak2. Rasulullah s.a.w telah bentangkan dakwah kpd umat ini sehingga pada masa yg sama, ketiga2 jenis org ini telah terima dakwah, Abu Bakar r.a, Khadijah r.ha dan Ali r.a. Hari pertama dakwah dimulakan, pada masa itu juga dakwah diterima. Pada hari yg sama, Rasulullah s.a.w tidak biarkan mereka pada perniagaan mereka, pada pertanian mereka, ttpi Rasulullah s.a.w telah beritahu dakwah sebagai maksud dan telah beritahu utk selesaikan masalah dgn perintah Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w tidak serahkan umat ini pada pemerintah, pada peniaga, pada petani, ttpi Rasulullah s.a.w telah ajar umat ini, Mintalah pertolongan dgn sabar dan solat.
Rasulullah s.a.w telah beritahu jalan kejayaan pada umat ini. Inilah jalan kejayaan iaitu “lailahaillallah tuflihun”. Rasulullah s.a.w telah bangkitkan umat ini pada dakwah kalimah. Asbab hidayah tidak berada di luar manusia. Asbab hidayah bukan berada di luar manusia. Asbab hidayah dalam diri manusia itu sendiri. Dalam diri manusia sendiri ada asbab hidayah. Hidayah tidak dari harta, pada kerajaan tetapi hidayah dapat dari Allah s.w.t dan asbabnya ada dalam diri manusia sendiri. Siapa yang telah buat usaha yang betul, gunakan diri dia dengan betul, janji Allah s.w.t yang pasti, dia akan dapat hidayah. Tufail Addausi beritahu, walau satu orang pun tidak mahu dengar dakwah, tetapi cara nabi s.a.w bagi dakwah, bukan setakat dia terima dakwah, dia telah jadi orang pertama untuk dakwah kaum dia. Begitulah bentuk dakwah Nabi s.a.w. Bukan setakat orang itu terima dakwah, orang itu sendiri telah bagi dakwah. Itulah cara dakwah yang sepatutnya kita belajar.
Sahabat2 r.a, perangai mereka, tabiat mereka adalah tabiat dakwah. Mereka tidak anggap kerja mereka itu sbg kerja kecuali hanya dakwahlah kerja mereka. Mereka telah dpt nisbat dakwah. Mereka anggap yg lain2 itu sbg nisbat kerja mereka, pertanian, perniagaan, kerajaan, pakaian, kasut, emas, perak, semua tidak ada apa2 perhubungan pun. Mereka buat perniagaan besar2, ttpi mereka tidak anggap mereka ada hubungan dgn perniagaan. Di blkg nama mereka radiallahuanhu wa roduan. Mereka kenalkan diri mereka sbg Ansar atau Muhajir, ini cara pengenalan mereka. Mereka tidak ada hubungan langsung dgn benda2 lain. Mereka ada hubungan terus dgn kerja Nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t kata, Aku namakan kamu sebagai org Islam. Allah s.w.t yg ciptakan kita dan bagi nama pada kita. Umat ini telah diberi nama oleh Allah sbg org Islam, bukan org peniaga, bukan petani, bukan pegawai.
Umat ini tinggalkan dakwah, sehingga dia telah lupa hubungan dia dengan dakwah. Tidak ada mana2 hubungan dalam sahabat, kecuali hubungan sebagai Ansar atau hubungan sebagai Muhajir kecuali satu orang yang telah berhijrah kerana satu orang perempuan bernama Ummu Qais. Dia dinamakan muhajir Ummu Qais, yang lain semua hanya Muhajir dan Ansar. Dia masyhur sebagai muhajir Ummu Qais, hijrah kerana perempuan. Begitulah dakwah adalah umum dikalangan mereka. Ada juga dikalangan mereka, siapa yang ada asbab sahaja, belajar agama. Buat usaha duit dulu kemudian belajar agama? Tidak! Sahabat2 r.a, banyak mana kemiskinan mereka, dialah yang paling banyak hasilkan agama. Abu Hurairah r.a, paling kebulur, paling lapar, tetapi dialah pakar hadith yg paling besar.
Usman r.a org yg paling lapar, ttp dia org yg paling malu sekali. Jaafar r.a paling lapar, tetapi paling tepat bagi fatwa, mufti paling besar, yang paling tahu tentang halal dan haram. Tidak diberitakan agama akan dtg sebanyak mana asbab yg kamu buat tetapi diberitahu bahawa agama akan dtg sebanyak mana usaha yg kamu buat. Agama tidak datang berkadar asbab, ttpi agama dtg berkadar usaha. Agama tidak dtg dgn asbab2 dunia.
Hanya satu cara sahaja untuk dapat hidayat iaitu dakwah. Sebanyak mana kita dakwah manusia kpd Allah s.w.t, sebanyak itulah kayakinan kita kpd Allah s.w.t dan bawa kita kepada solat, bawa kita kepada zikir, bawa kita kepada tilawah, bawa kita kepada ikhlas. Sebanyak mana usaha dijalankan, sebanyak itulah agama akan hidup. Atas inilah Nabi telah bangunkan sahabat2. Seorg sahabat dtg utk belajar agama, menunggang unta, jatuh dari unta, patah leher. sahabat lain dtg beritahu Nabi s.a.w, Telah berlaku sekian2. Nabi kata, Tengok keadaan sahabat kamu, dia telah meninggal. Nabi s.a.w dtg dan tengok dia. Nabi s.a.w kata, Dia dtg belajar agama dlm keadaan lapar. Bagaimana tuan tahu?, sahabat tanya. Nabi s.a.w kata, Saya tahu bila rohnya keluar, bidadari2 dtg bagi makanan pada dia kerana itulah saya tahu dia dtg dlm keadaan lapar. Keperluan kita kpd hidayah adalah lebih besar dpd makanan kita, pakaian, kenderaan, rumahtangga kita. Oleh kerana itu, hidayah tidak pernah disertai atau diletakkan berkadar dgn harta atau berkadar dgn pakaian atau berkadar dgn benda2 lain.
Satu org dtg beritahu, Wahai Rasulullah saw, saya ini hitam, saya miskin, saya hodoh, saya buruk, masukkanlah saya ke dlm syurga. Rasulullah kata, Kenapa tidak? Bahkan saya akan masukkan kamu ke dlm syurga. Sahabat itu terus bagi nyawanya di jln Allah utk takazah agama. Rasulullah s.a.w dtg utk solatkan jenazahnya. Rasulullah senyum apabila tengok jenazahnya. Rasulullah s.a.w kata, Rupa/Wajah kamu telah dicantikkan oleh Allah harta kamu telah dibanyakkan oleh Allah s.w.t. Hidayat tidak bergantung pada rupa paras. Allah tidak tengok pada rupa paras dan harta kamu. Allah s.w.t tengok keinginan hati utk beri hidayat. Nabi beritahu sahabat2, rupa buruk, kulit hitam, miskin, Allah s.w.t telah tambahkan hartanya dan Allah telah masukkan dia ke dlm syurga dan Allah s.w.t telah jadikan dia cantik. Rasulullah s.a.w kata, Saya tengok bidadari2 syurga bergaduh, siapakah diantara mrk yg mula2 sekali masuk ke dlm jubah sahabat tadi. Hidayah tidak pernah pandang keadaan seseorg.
Rasulullah s.a.w tidak pernah ajar sahabat cari makan dahulu, lepas cukup makan, baru buat kerja hidayat atau baru hendak belajar agama. Rasulullah tidak pernah beritahu sahabat2 sempurnakan segala keperluan dunia kamu, kemudian barulah buat kerja agama. Oleh kerana itu, didpti dikalangan sahabat2, walaupun mereka org paling miskin, walau pun paling lapar sekali, paling banyak menderita kelaparan ttpi merekalah paling banyak mujahadah untuk agama Allah s.w.t dalam apa segi sekali pun. Abu Hurairah r.a paling lapar sekali ttpi muhadith yg paling besar. Kaab b. Malik adalah qari yg paling baik dan dia juga org yg paling lapar. Usman r.a mempunyai sifat yg paling pemalu sekali. Keadaan agama sahabat2 tak pernah bergantung pada keadaan dunia mereka. Apa pun keadaan dunia mereka, mereka diajar oleh Nabi s.a.w utk buat kerja agama.
Agama terhasil bukan bergantung pada asbab2 dunia tetapi bergantung pada sebanyak mana usaha. Sebanyak mana usaha dijalankan, maka sebanyak itulah agama dapat dihasilkan. Mereka tidak pernah dihubungkan dengan mana2 benda dunia atau mana2 kerja dunia mereka walaupun mereka buat benda itu, mereka berniaga, mereka ada kebun, tetapi tidak ada satu orang pun daripada mereka dihubungkan dengan benda2 itu. Pengenalan mereka, taaruf sesama mereka, mereka tidak kenalkan diri mereka sbg peniaga, petani dsbnya. Sebaliknya apabila kita sebut nama mereka, belakangnya ada radiallahhuanhu. Pengenalan diantara mereka samada muhajir atau ansar. Inilah keadaan sahabat2. Muhajir dan ansar, dua keadaan untuk bantu agama, untuk kerja agama.
Kita perlu fikir atas asas apakah Rasulullah s.a.w telah tinggalkan umat ini? Bagaimana Rasulullah s.a.w, pada hari pertama lagi, Baginda s.a.w telah bentangkan dakwah pada umat ini dan semasa Baginda s.a.w tinggalkan umat ini, masa tinggalkan dunia ini. Didapati dpd riwayat, Rasulullah s.a w tinggalkan 3 perkara kpd umat ini. 3 perkara yang Baginda s.a.w pesan sebagai pesanan terakhir. Apakah perkara terakhir yang Baginda s.a.w bagi pada umat ini sbg wasiat? Wasiat adalah perkara yg wajib diamalkan kerana org itu sudah hendak pergi, sblm pergi dia tinggalkan pesanan. Atas 3 perkara inilah tarbiyah umat ini dan atas 3 perkara inilah umat ini telah dibangkitkan. Telah diserahkan 3 tggjwb ini pada umat ini. Semasa tinggalkan umat ini, Rasulullah s.a.w tidak beritahu perkara yg baru. Atas 3 asas inilah sebenarnya usaha nabi, tarbiyah nabi.
Kalimah2 terakhir Nabi s.a.w semasa meninggalkan dunia ini. Baginda s.a.w pesan, pertama, Assolah, assolah, Jagalah solat, jagalah solat. Kedua, Hak2 hamba. Ketiga, Hantarlah tentera Usamah r.a. Semua org faham apa kedudukan wasiat dlm agama. Wasiat ini wasiat siapa? Wasiat Nabi s.a.w, khatammul ambiya, nabi terakhir. 3 pesanan ini termasuk ibadah, muamalat, muasyarah dan usaha utk menghidup kan ibadat, muamalat, muasyarah. Baginda s.a.w beritahu apa yg perlu dibuat dan beritahu bagaimana perkara2 ini boleh dihidupkan. Dlm pesanan Nabi s.a.w, Assolah, assolah telah termasuk semua hukum2 Allah s.w.t. Hak hamba adalah yg paling kecil, ttpi yg paling kecil pun dipesan, bermakna yg lebih besar dpd itu, hak ayah, hak isteri, hak anak, hak org2 Islam, semuanya dipesan oleh Nabi s.a.w. Solat adalah tiang agama yg membezakan antara iman dan kufur. Nabi s.a.w telah pesan ttg solat dan semua hukum2 ibadat. Seluruh agama telah dipesan.
Bagaimana hendak hidupkan 2 perkara ini. Jgn kamu terkesan dgn kewafatan aku. Dakwah diterima dpd Nabi s.a.w tanpa ada apa2 halangan. Nabi s.a.w telah tinggalkan 3 perkara ini iaitu hukum Allah s.w.t, hukum ibadat dan bagaimana hendak usahakan utk hidupkan semua agama ini. Nabi s.a.w pesan, teruskan hantar tentera Usamah r.a. Apa wasiat Nabi s.a.w? Walaupun dtg musibah yg paling besar, apa musibah yg lebih besar dpd wafatnya Nabi s.a.w? Tidak ada! Walaupun dunia ini ditimpa musibah yg paling besar sekalipun, jgn tangguh kerja agama, itulah maksud Nabi s.a.w. Tidak ada musibah yg lebih besar menimpa dunia ini selain dpd kewafatan Nabi s.a.w, ttpi itupun Nabi pesan, jgn tangguhkan tentera Usamah r.a. Usamah adalah cucu angkat Nabi iaitu anak kpd Zaid r.a.
Oleh kerana itu, kita kena istighfar atas kelalaian kita dan buatlah keputusan bahawa kita akan jadikan kerja ini sebagai maksud hidup kita. Sebanyak mana dakwah hidup, sebanyak itulah agama akan hidup. Iman dan amal akan hidup berkadar dengan dakwah. Sebanyak mana dakwah keluar, sebanyak itulah agama akan keluar dan kelemahan dlm yakin pun akan dtg. Masalah sebenarnya bukan untuk kita seorang sahaja. Seluruh usaha ini adalah utk tukar suasana seluruh dunia. Kalau tidak, keadaan kerosakan akan mengalahkan agama yang ada pada infradi2. Aku adalah Rasul kepada kamu semua dlm satu masa, utk org hitam, utk org putih, utu peniaga, utk pekilang, utk org yg majoriti, utk org ya ada kekuatan jasmani, untuk raja, untuk menteri, untuk mana2 kampung, untuk mana2 tempat. Nabi s.a.w tidak khususkan pada mana-mana benda ini. Nabi s.a.w datang untuk semua manusia. Sekarang ini, nabi untuk seluruh umat dan umat ini hanya untuk infradi mereka, tidak! Tggjwb kenabian adalah utk ijtimai, utk seluruh umat. Demikian juga tggjwb umat ini untuk seluruh umat.
Nabi tidak datang untuk mana2 kaum tertentu atau mana2 kampung tertentu. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Oleh itu, setiap peribadi umat ini juga bertggjwb utk seluruh manusia di seluruh alam. Setiap orang daripada umat ini bertggjwb untuk seluruh manusia. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, Nabi adalah untuk seluruh umat dan seluruh umat adalah utk seluruh umat. Amal untuk peribadi, tidak cukup untuk umat ini. Keselamatan umat ini adalah dlm fikir utk seluruh umat yg lain. Kalaulah rumah jiran terbakar, dia keluar dpd rumahnya sendiri, kalau dia keluar utk jaga rumah dia sahaja, maka rumah jiran dia tidak akan selamat dari kebakaran dan kebakaran akan kena rumah dia juga. Kita kena ajar agama utk keluarga kita. Kejahilan adalah neraka. Keadaan yg tidak ikut agama adalah neraka. Dalam Quran ada diberitahu, Jaga diri kamu dan keluarga kamu dpd neraka. Apa maksudnya? Ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan kamu kena ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan ajar agama. Ajar jiran kamu, ajar org kampung kamu, ajar org marhallah kamu, ajar org daerah kamu, ajar org negeri kamu dan ajar org seluruh alam.
Dgn perantaraan dakwah, kita kena tukarkan keadaan, tukarkan suasana untuk jaga agama. Kita jaga agama kita dan kita jaga agama orang lain juga. Sekarang bukan masanya kita lari dari tempat yang rosak agama dan selamatkan diri. Siapa yang tinggalkan satu tempat untuk jaga agama dia seorang sahaja bererti dia telah engkar tggjwb dia untuk jaga agama umat ini. Peningkatan agama dalam diri sendiri ialah bila kita usaha untuk tingkatkan agama dalam diri orang lain. Agama dalam diri kita akan kekal dengan kita usaha atas agama dalam diri orang lain. Siapa yg tidak dakwah orang lain untuk bawa pada iman, utk ajak pada amal, maka dia sendiri telah tutup jln keselamatan untuk diri dia sendiri. Tafsir surah Al-Asr, siapa yg amal utk diri dia sendiri, tidak bawa org lain pada amal, dia sedang tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri. Perkara yg disebut oleh Quran utk selamatkan diri adalah bawa umat kepada amal, bawa umat kpd iman. Ini ditentukan oleh Quran, cara Quran.
Apa yg ditulis dlm Quran bukan sekadar pengalaman ttpi satu benda yg pasti berlaku. Oleh itu, kita kena tambah pengorbanan kita dan buat azam untuk sebarkan kerja agama ke seluruh alam. Jangan tinggalkan majlis, kita sabar, kita sudah duduk lama, sabar sekejap sahaja lagi, insyaAllah, Allah s.w.t jadikan itu asbab untuk pilih kita utk kerja agama sehingga akhir hayat kita. Jangan rosakkan majlis. Seluruh umat ini telah dijadikan asbab utk hidayat dgn syarat dia digunakan utk hidayat, bukan utk asbab dunia. Sebahagian org usaha atas dunia, atas benda2, sehingga dpt kerehatan dunia. Sebahagian org bina senjata utk dapat keselamatan. Sebahagian org usaha atas ubat utk dapat kesihatan. Bukan itu kerja umat. Umat ini dihantar sebagai perantaraan utk hidayat. Rasulullah beritahu pada Ali r.a, Kalaulah dgn asbab kamu satu org dpt hidayat, maka lebih baik dpd unta2 merah.
Dgn dakwah infradi akan wujud kemampuan utk terima hak. Abu Sufiyan terima Islam, dia satu org yg keras. Abbas r.a kata pada Nabi s.a.w, serahkan Abu Sufiyan pada saya, saya akan tashkil dia, saya akan pujuk dia. Sahabat2 fikir, siapa hendak bagi makan, siapa hendak ajar solat, mereka semua tunaikan takazah dakwah. Takazah utk ajak pada agama, pada ibadat, pada Islam yg sempurna. Dia telah berusaha atas Abu Sufiyan sepjg mlm. Hasil usaha sepjg mlm, pada keesokan paginya, Abu Sufiyan nampak satu org sdg berwudhuk dan dia tanya, Adakah kamu taat begitu sekali pada Rasul kamu? Apa shj yg dikatakan kamu taat? Abu Sufiyan kata, anak saudara kamu ada kerajaan. Abbas r.a jwb, ini bukan kerajaan, ini adalah nabuwah.
Sahabat2 taat pada Rasulullah s.a.w. Sahabat usaha atas org2, mereka dihantar sbg asbab hidayat. Kalau kita digunakan hanya utk dunia, maka kita dlm bahaya. Umat tidak akan dapat hidayat sebaliknya umat akan dapat kesesatan. Kita kena buat keputusan bahawa kerja dakwah akan dijadikan sebagai maksud hidup kita. Keluar daripada sini dengan azam ini, bawa seluruh umat kpd kerja dakwah. Buat kerja ini dgn diri kita sendiri. Bangun bagi nama. Sesiapa yang ada keinginan untuk tambah masa, bangun juga. Kita tunggu sampai tashkil habis. Walaupun kita tidak dapat keluar, kita doa supaya org dimudahkan keluar dan doa supaya Allah s.w.t pilih kita juga dimasa yg lain. Tashkil adalah roh pada usaha ini, roh pada dakwah. Dakwah tanpa tashkil tidak ada roh.
No comments:
Post a Comment