Thursday, January 1, 2015

BAYAN MAGHRIB MAULANA SAAD

(08/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yg mulia. Salah faham yg terbesar dikalangan umat manusia hari ini ialah memahami utk menyelesaikan masalah dunia mrk melalui usaha atas asbab zahir. Begitu juga utk menyelesaikan masalah mrk yg dtg juga dibuat melalui usaha atas asbab ya ada dipersekitaran mrk. Usaha ini adalah sia-sia belaka, asbab yg diusahakan itu akan membawa manusia makin jauh dari Allah swt. Ehwal (aulat) asbab yang wujud adalah untuk ujian kepada manusia. Oleh itu kita hari ini perlu membuat keputusan untuk membawa diri kita dan seluruh umat kepada keadaan dan suasana  dimana penyelesaian masalah kita dan umat perlu dibuat melalui amal. Dakwah Nabi tidak diutuskan dengan asbab2 zahir tetapi dakwah nabi-nabi bagaimana hendak membawa yakin dikalangan umatnya. 

Penyelesaian masalah manusia melalui amal dimana kita dapat menarik bantuan Allah swt terus dari zat dan kudratNya. Tuan2 yang mulia. Dakwah nabi2 dan rasul2 adalah dakwah iman dan amal. Dalam Al-Quran contoh2 dakwah nabi2 telah dihuraikan oleh Allah swt. Kudrat Allah swt tiada berkaitan dgn asbab zahir. Kesemua asbab adalah makhluk. Allah swt tidak melahirkan kudrat melalui asbab, ttpi asbab diwujudkan oleh kudrat Allah swt. Dlm kehidupan ini terdapat dua jln iaitu jln asbab dan jln amal yg dpt menarik bantuan terus dari kudrat Allah swt. Asas dakwah nabi2 ialah Laillahaillallah. Lailla, menafikan semua asbab yg nampak memberi menafaat dan mudarat, tidak berkuasa apa apa kecuali illallah. Yang menjadikan segala2nya ialah Allah. 

Asas kejayaan ialah iman dan amal soleh. Inilah dakwah semua nabi2. Amalan ini telah terkeluar dari kehidupan umat hari ini. Manusia rata2 telah membuat usaha hanya melalui asbab. Petani menyatakan perlu berusaha bersungguh2 melalui pertanian. Pekedai menyatakan perlu berusaha bersungguh2 melalui kedainya sehingga mengetepikan hukum Allah swt dlm pertaniannya, perniagaan dan sbgnya. Sesungguh nya Allah swt tidak sedikit pun mengaitkan kejayaan melalui usaha atas asbab ttpi kejayaan disisi Allah swt melalui membawa hukum Allah swt cara Baginda Rasulullah saw. 

Tuan2 yg mulia. Dlm fikiran kita hari ini, apb kita memperolehi asbab kita akan suka krn ia mendatangkan ketenangan dan keselesaan ttpi semua asbab yg ada diantara langit dan bumi diwujudkan oleh Allah swt dan ia adalah ujian shj kpd kita. Untuk ketenangan dan keselesaan sebenarnya ialah dgn mematuhi perintah Allah swt. Hari ini manusia yakin dga adanya asbab akan zahirkan kudrat Allah swt. Sebenarnya dgn membawa perintah Allah swt barulah akan dizahirkan kudrat Allah swt walaupun keadaan yg ada bertentangan dgn asbab yg ada. Kudrat Allah bukan dta kepada nabi shj ttpi kpd sahabat dan umat manusia hingga hari kiamat. Allah swt sesungguhnya adalah penyeru negeri yg sejahtera (Darul salam). Allah memperkenalkan dirinya, ‘Akulah Allah dan sembahlah Aku melalui solat’. 

Allah swt tarbiyah nabi2 melalui menjauhkan asbab dpd mereka. Begitu juga umat ini jika hendak mendpt redha Allah swt dlm menjalani kehidupannya perlu bertumpu kpd Allah swt dlm setiap  masa dan keadaan dan jgn menuju terus kpd asbab. Perintah Allah swt kpd nabi supaya mengalihkan yakin dari asbab kpd kudrat Allah swt. Nabi Ibrahim a.s. tidak mengalihkan dirinya kpd asbab walaupun dlm keadaan kesusahan dtg kpdnya dimana beliau hendak dibakar oleh Namrud dlm unggun api yg besar. Nabi Ibrahim a.s. memalingkan diri dari asbab, katanya, ‘Cukuplah Allah bagiku’.

Perintah Allah swt kepada nabi-nabi ialah bagaimana usaha mereka menghubungkan umatnya kpd Allah swt. Semua perintah Allah swt adalah bagaimana hambaNya utk menghampirkan diri dan mengingati Allah swt. Nabi Musa a.s apabila nampak api di Bukit Tursina maka ia terfikir utk mengambil api bagi memanas kan isterinya dari kesejukan. Allah swt telah tarbiyah Nabi Musa a.s apabila ia makin hampir kepada api yang dia nampak, maka api itu makin menjauh. Semua itu untuk menjadi tarbiyah kepada Nabi Musa supaya dia tidak menuju kepada asbab dlm penyelesaian hajatnya (ehwal atau aulat). Sebenarnya  api makin menjauh apbi dia makin dekat pada api kerana Allah swt yang mewujudkan. Begitu juga hari ini, jika kita membawa hukum Allah swt beberapa kesusahan dan rintangan (aulat) wujud. 

Semuanya diwujudkan oleh Allah supaya tumpuan kita terus pada Allah swt dan bukan pada asbab. Melalui amal, kita akan dapat mengambil terus dari khazanah Allah  swt. Tuntutan iman ialah menyakini khabar yang dibawa oleh Rasulullah saw kerana semua sabdaan Rasullullah  itu datang dari Allah swt. Syarat pertama untuk penerimaan amal perlu ada iman. Sahabat belajar iman dahulu sebelum belajar Al-Quran. Iman akan menwujudkan taqwa dan menjauhkan diri dari perkara yang haram. Dengan melakukan dakwah, iman akan datang. Dgn iman, wujud amal dan dengan amal akan dapat redha Allah swt, dengan redha Allah swt maka kehidupan kita dan umat akan berjaya di dunia dan akhirat. Rasullullah saw suatu ketika tanya Sahabat Haritah, “Bagaimana pagi ini ehwal iman kamu?”, beliau mengatakan, “Saya berpagi2 dan iman”. “Apa buktinya”, tanya Rasullullah saw. “Saya berpagi2 membayangkan sedang melintas titian sirat, diatas saya Arash Allah swt,  di kanan kiri saya api neraka dan di depan saya syurga”. Seterusnya Rasullullah saw bersabda,  “Benar, beristikamahlah kamu dengan keadaan kamu sedemikian”. Islam dtg dgn iman. 

Apabila iman lemah, manusia sanggup melakukan dosa dan maksiat. Tanda iman kuat apb melanggar perintah Allah swt, dia akan resah gelisah. Apabila melaksanakan perintah Allah swt, dia bergembira. Apabila usaha dakwah tidak dibuat, iman lemah dan tumpuan usaha manusia akan hanya pada asbab. Sahabat telah diajar oleh nabi utk membina iman. Apabila adanya dakwah iman, Islam wujud dgn sempurna, ibadat mempunyai roh, muamalat terbentuk cara Islam dan seterusnya  muasyarah cara Islam akan terwujud. Dgn iman perintah Allah swt dpt disempurnakan. Iman ialah keislahan kalimah Laillaha Illallah. Dgn dakwahlah wujud suasana Islam di Madinah. Mengikut Maullana, Islam bukan utk sesuatu umat shj, ia bukan hanya sekadar menyempurna kan amalan fardhu ttpi tertibnya amat luas. Islam ialah menyerah keseluruhan hidup kita mematuhi perintah Allah swt. Dlm masa 24 jam amalan kita perlu mengikut perintah Allah swt. Islam ialah meliputi imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak.

Hari ini umat tidak mengamalkan Islam sepenuhnya kerana  meletakkan agama dalam beberapa juzuk sahaja. Contoh kehidupan orang beriman ialah Sahabat. Nabi bersabda, “berimanlah kamu seperti mana sahabat beriman”. Sahabat adalah contoh terbaik orang yang beriman. Hari ini orang Islam ada beramal tetapi azab Allah swt masih datang kepada mereka. Azab Allah swt datang kerana org Islam sebenarnya tidak mengamalkan agama 100%. Di zaman Nabi, orang tidak dibenarkan berniaga di Madinah tanpa mengetahui hukum perniagaan, qadi tidak dibenarkan menjadi qadi jika tidak mengetahui hukum syariat Islam. Pemerintah tidak dibenarkan memerintah tanpa mengetahui selok belok pemerintahan. Sahabat, dlm setiap bidang hidup telah mengamalkan agama yg menyeluruh. 

Oleh itu kehidupan mereka sentiasa mendapat bantuan Allah swt. Dengan usaha atas iman akan mengwujudkan kekuatan mematuhi perintah Allah swt seperti tuntutan ibadat, muamalat, muasyarah dan akhlak. Apabila iman lemah orang akan menuju pada asbab dan meninggalkan perintah Allah swt. Orang yang lemah iman, apabila dtg kebatilan, dia akan tinggalkan haq dan mengikut jalan atas kebatilan. Orang itu tidak dapat melawan batil. Orang itu terus bergelumang dengan asbab zahir, apabila berniaga mengambil riba’, memberati timbangan. Agama ialah membawa perintah Allah swt dari hujung rambut ke hujung kaki. Ilmu hanya petunjuk jalan tetapi utk kekuatan beramal perlu ada kekuatan iman. Oleh itu pertama yg perlu dipelajari ialah usaha atas iman. Di Madinah sebelum dtg perintah hukum purdah, mereka telah membuat usaha atas Islam selama 13 tahun. Apb perintah dtg, maka amal hidup. 

Hari ini umat telah tinggalkan usaha atas iman, sedangkan Allah swt  berfirman, “Wahai org yg beriman, berimanlah kamu kpd Allah”. Dakwah iman ialah kepada orang Islam, supaya yakinnya terbentuk kepada Allah swt. Dakwah Islam kepada orang kafir seperti dakwah Nabi saw kepada Abu Sufian. Hari ini umat bukannya tidak ada mengamalkan agama, tetapi usaha atas iman telah ditinggalkan. Apabila dakwah telah ditinggalkan, maka manusia menuju kepada asbab. 

Tuan2 yg mulia. Umat perlu membuat usaha dakwah dan bergerak ke seluruh alam utk membina iman yakin atas dirinya dan umat seluruh alam. Nabi saw telah jadikan umatnya sbg mualim dan tahareq. Apabila umat tidak bergerak membuat usaha dakwah iman mrk lemah, kekufuran meningkat, keyakinan dgn amal dlm menyelesaikan masalah hilang dan sifat2 buruk wujud, mrk tidak dpt membina akhlak mulia. Dengan dakwah, yakin akan wujud. Umat ini dijadikan untuk bergerak dan menjadi mualim. Dengan cara ini agama akan tersebar keseluruh alam. Tuan2 yg mulia. Umat ini telah diberi tggjwb yg besar. Kamu adalah sebaik2 umat, dikeluarkan utk menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tggjwb dakwah tidak diletakkan pada diri seseorg shj tetapi dakwah adalah tggjwb ijtima’i. Org yg membuat usaha dakwah iman yakinnya terbentuk dan amalnya menjadi soleh. Nabi saw apb menerima kerja Nabuwwat, terus sediakan sahabatnya membuat kerja sepertimana Baginda menyediakan Syaidina Abu Bakar. 

Contohnya org yg beriman dgn Allah swt dan Rasullullah saw ia bertawasul dgn amal muamalat, muasyarat dan akhlak apabila menghadapi masalah maka bantuan Allah swt telah dtg pada mereka. Mereka inilah 3 saudara umat nabi Musa  a.s yg terperangkap dlm gua. Utk melepaskan dan membuka pintu gua seorg berdoa pada Allah, “Ya Allah, aku ada seorg hamba yg menjadi pemelihara kambing, satu ketika ia telah meninggalkan pemeliharaan kambing aku tanpa mengambil upah, kambing yg sepatutnya aku jadikan upah kpd org itu terus aku biakkan. Satu ketika dia dtg utk mengambil upahnya. Aku katakan semua kambing2 itu kambingnya. Jika amal itu diterima ya Allah, bukalah pintu gua ini”, maka pintu gua itu terbuka sedikit. Seorg sahabat yg satu lagi berdoa pada Allah swt, “Ya Allah , aku mempunyai sepupu perempuan yg cantik dan aku berminat dengannya. Satu ketika sepupu aku itu ditimpa kesusahan dan dia berhajat utk meminjam wang dari aku. 

Aku berkata aku boleh memberikannya wang dgn syarat ia rela melakukan maksiat dgn aku. Dlm keadaan yg mendesak dan tidak ada jalan lain baginya, dia merelakan utk melakukan maksiat itu. Apabila aku bersamanya dan sdg hendak melakukan maksiat itu, dia berkata takutlah bagimu Allah. Mendengar keadaan itu aku tidak jadi melakukan maksiat itu. Ya Allah, jika amal itu aku lakukan semata2 keranaMu bukakanlah pintu gua ini, maka pintu gua itu terbuka sedikit. Seorg Sahabat yg satu lagi berdoa, Ya Allah, aku mempunyai 2 org ibubapa yg telah tua. Telah menjadi amalan aku sebaik shj aku pulang dari kerja aku akan memerah susu kambing dan aku akan memberi minum kedua ibubapaku terlebih dahulu seblm aku memberi minum anak2 aku. Satu ptg, sekembalinya aku dari kerja stlh memerah susu kambing, aku dapati kedua ibubapaku sdg nyenyak tidur. Aku menunggu disisi nya sehingga ke pagi dan anak2 aku menangis kelaparan meminta minum susu dan aku tidak memberi nya, Ya Allah, jika amalan ku itu Engkau terima, bukalah pintu gua ini, maka pintu gua itu pun terbuka. 

Umat hari ini sesungguhnya tidak boleh mengeluarkan musibah kecuali melalui membuat usaha dakwah. Sahabat yakin apabila dia tinggalkan amal agama, dia akan mendapat kehinaan. Umat yang tinggalkan usaha dakwah, maka kehidupan sunnah akan keluar dari dalam kehidupan mereka. Setiap sunnah ada cahaya (nur) walaupun sunnah masuk ke dalam tandas, jika seseorang itu masuk dalam tandas itu mengadap kiblat dan dia ubah kedudukannya tidak mengadap kiblat maka Allah swt akan ampun semua dosanya. Melalui dakwah, agama dtg menyeluruh ttpi org yg meninggalkan usaha dakwah, akan mengalami beberapa keburukan seperti berikut.

1) Kemurtadan Muasyarah - iaitu merasakan cara hidup agama lain lebih baik dari kehidupan Islam.

2) Kemurtadan pemikiran - iaitu malu mengamalkan amal2 Islam spt malu berpakaian mengikut syariat Islam, nikah kahwin cara Islam dan meringan2kan amal Islam.

3) Kemurtadan iman - iaitu ingkar dgn perkara2 fardhu.

Tuan-tuan yang mulia. Bagaimana umat hari ini boleh dibawa keluar dari belenggu kehinaan? Tiada cara lain melainkan umat ini perlu dibawa menjalankan kerja dakwah sebagai maksud hidup mereka. Orang Islam  yang kaya sebenarnya bukan ukuran kejayaan baginya. Sahabat telah mendapat kejayaan yang menyeluruh. Rahmat dan bantuan Allah swt telah datang kapada Sahabat secara  menyeluruh. Hari ini semua umat dalam kerugian sama ada dia orang tua, muda, lelaki atau perempuan, jika  dia tidak membuat kerja/usaha atas beberapa perkara seperti berikut :

1. Iman,  2. Amal,  3. Berpesan2 yg haq,  4. Sabar

Empat perkara ini apabila dlaksanakan oleh umat ini, dia akan mendpt bantuan Allah swt. Iman terbentuk apabila umat menjalankan kerja dakwah. Jika tidak, dia dalam kerugian. Umat hari ini salah faham, dia telah hilang rasa tggjwb untuk membuat kerja dakwah dan mereka telah beramal untuk dirinya sendiri. Apabila amal dakwah dibuat maka rasa tanggungjawab utk hidupkan amal agama akan wujud dikalangan umat. Sejarah Nabi, apabila nabi wafat, dakwah tidak ada, akidah kaumnya akan rosak. Dakwah kepada orang Islam ialah dakwah iman. Orang Islam yang menyeru kpd orang Islam, imannya meningkat. Sebanyak mana seorang dakwah iman kepada orang yang beriman, imannya meningkat. Abdullah bin Rawahah r.a. telah dakwah iman sesama mereka. Dgn itu iman mereka sentiasa meningkat dan mereka telah dpt mengamalkan agama yg sempurna. 

Apakah tggjwb umat ini? Nabi telah jadikan semua umatnya menjadi pendakwah. Utk melaksanakan tugas dakwah tidak semestinya seorg itu beramal dahulu sebelum dia boleh membuat usaha dakwah. Menjadi kewajipan seseorg itu bangun membuat usaha dakwah walaupun ia tidak amal apa yg didakwahkan. Seorg yg tidak puasa tidak semestinya dia boleh meninggal kan amal agama yg lain. Seorg yg tidak solat, tidak terlepas untuk menyeru org kepada solat.  Kita perlu wujudkan kesedaran akan tggjwb dakwah atas diri kita dan seluruh umat. Apabila tggjwb ini wujud, kebatilan akan hancur, kekufuran akan terhapus. Hari ini kita perlu gunakan kemampuan kita untuk membuat usaha agama utk faedah seluruh alam. Tggjwb menjadi pemerintah, pekilang dan pedagang adalah usaha yg kecil. Untuk itu kita perlu bangun dan bergerak membawa usaha agama ke seluruh alam.

No comments:

Post a Comment