(23 Feb 2008 - Mesyuarat Malaysia). Tuan2 yg mulia. Ilmu dan amal yg tidak ada dgn perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan utk mencari duit. Ilmu ada dua (jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu di hati. Ilmu maklumat sahaja tidak cukup. Duduk dlm bayan utk dapat maklumat, maka kita tidak akan dpt apa2. Ilmu adalah sptmana yg dikatakan oleh Nabi Khidir a.s kpd Nabi Musa a.s. Carilah oleh mu ilmu yg dpt kamu amal. Ilmu ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya.
Oleh itu, dlm majlis bayan kita perlu dgr dgn penuh tumpuan bagi menambah yakin kpd Allah Taala dan dgn niat utk amalkan atau islah diri kita serta menyampaikannya kpd org lain. Dakwah ialah utk diri kita, dgn ini kita akan istiqamah. Pintu taubat sentiasa terbuka, kita dakwah org lain utk diri kita. Keistimewaan dakwah adalah ia akan membina yakin (ilallah) org yg memberi dakwah. Memberi amaran kpd org lain, org itu tidak akan dpt manfaat ttp org yg memberi dakwah akan mendpt kesan. Org yg istiqamah (dlm usaha) akan maju dlm membuat usaha. Mrk yg membuat usaha agama dgn tidak faham, akan mendtgkan musibah dan mrk yg membuat usaha agama kerana dunia juga akan mendpt musibah.
Maulana Ilyas rah.a berkata terdapat dua golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu) :
1) Mereka yg keluar di jln Allah utk menyelesaikan masalah hutang/sakit/kesusahan. Org yg seperti ini tidak akan istiqamah (dlm usaha).
2) Mereka yg keluar di jln Allah (kerana menganggap) itu adalah perintah Allah Taala. Org seperti ini akan istiqamah dlm membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dlm usaha).
Jln semua anbiya a.s ialah dakwah. Setiap nabi permulaan usahanya ialah dakwah kalimah tayyibah. Dlm dakwah Nabi s.a.w, ada 2 golongan (yg menjadi medan) iaitu org yg telah sedia menerima Islam dan golongan yg masih belum menerima Islam. Hari ini salah faham di kalangan ummat, dakwah iman bukan utk org yg telah beriman. Dakwah iman sebenarnya ialah utk org2 yg telah beriman. Ini adalah seperti mana difirmankan Allah, “Wahai org2 yg beriman, berimanlah kamu” Manakala utk org yg masih tidak beriman Allah telah berfirman (mafhumnya), “Berimanlah kamu sebagaimana sahabat beriman”, Nabi s.a.w berkata sahabat adalah spt bintang2 di langit, barangsiapa yg mengikut salah satu dpd2 mereka pasti akan berjaya. Hari ini dakwah iman di kalangan org2 islam telah keluar di kalangan org2 Islam.
Dgn dakwah akan wujud iman, dgn iman akan dtgnya ihtisab (yakin yg betul dgn janji2 Allah), dgn ihtisab akan menyebabkan seseorg itu dpt beramal. Apabila iman lemah, ihtisab akan menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak. Para sahabat r.a berkata kami belajar iman dahulu baru belajar Al-Quran. Para sahabat belajar Al-Quran utk memasukkan perintah2 Allah dlm kehidupan mereka. Hari ini ummat membaca Al-Quran utk hafaz. Satu ketika dlm majlis Nabi s.a.w, ada seorg sahabat r.a telah mengumpat. Nabi s.a.w bersabda kpdnya “Kamu tidak beriman dgn Al-Quran?” Sahabat r.a itu berkata, “Sesungguhnya saya beriman dgn Al-Quran ya Nabiyyullah” Nabi s.a.w memberitahunya, org yg beriman dgn Al-Quran akan menjauhkan dirinya dpd larangan Al-Quran. Rasulullah s.a.w yg mulia pernah bersabda (mafhumnya), perbaharuilah iman kamu dgn memperbanyakkan dakwah kalimah dan bukan hanya dgn zikir kalimah.
Utk yakin pada diri kita dan utk dpt ikhlas dlm kalimah iman, kita perlu buat 2 kerja iaitu:
1) Bercakap nama dan zat kebesaran Allah. 2) Bercakap nizam Allah yg ghaib.
Dakwah kita perlu menafikan benda yg nampak dan dakwah ghairullah. Tanpa kita keluarkan yakin kpd ciptaan Allah barulah kita akan dpt yakin qudratullah. Maulana Yusuf rah.a berkata, asbab2 telah dicipta kan oleh Allah supaya manusia dpt mengenal Allah Taala. Allah jadikan langit dan bumi, binatang dan seluruh ciptaan Allah utk manusia ini kenal (kekuasaan) Allah. Di samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 a.s di kalangan umat untuk memperkenalkan ummat kpd Allah Taala. Seterusnya dlm mengurus kan nizamNya, nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dlm semua keadaan hanya pada Allah. Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dgn org bukan Islam sama sahaja, malahan kehidupan org2 Islam akan bersatu dgn kehidupan org2 bukan Islam. Org yg membuat dakwah akan mendpt nusrah Allah terus menerus. Qudrat Allah akan membantu org2 yg beriman supaya iman yakin mereka tidak rosak. Jika sangkaan org itu kpd Allah lemah, bantuan Allah tidak akan bersama2 dgnnya. Abu Darda r.a berdoa dgn penuh yakin kpd (janji) Allah dan apb kebakaran berlaku, rumahnya tidak terbakar. Utk mendpt bantuan Allah terus dpd qudratNya, kita perlu bersangka baik kpd Allah krn Allah bertindak atas sangkaan manusia.
Seterusnya dlm beribadah kita perlu ada sifat taat. Ibadah dan taat berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan. Abi bin Hatim ra dahulunya adalah seorg Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam. Beliau telah bertanya kpd Rasulullah s.a.w, mengapa terdapat firman Allah dlm Al-Quran yg mengatakan mereka telah menjadikan paderi2 mereka sbg rob mereka. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kpd paderi2 kamu kerana apabila mereka mengeluarkan sesuatu hukum (menghalal kan yg haram dan mengharamkan yg halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai Tuhan kamu. Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keEsaan Allah (wahdaniyyah).
Dgn banyak bercakap ttg wahdaniyyah, kita akan putus dpd (yakin dan harap kpd) ghairullah. Melalui dakwah kita akan dpt marifah dpd qudrat Allah. Ibnu Masud r.a ingin memberi tanah kpd seorg sahabat r.a, ttpi sahabat itu berkata dia tidak memerlu kannya. Kata Ibnu Masud r.a, kalau begitu ambillah tanah itu utk bekalan anak2 kamu. Sahabahnya itu telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar anak2nya (istiqamah) membaca surah al Waqiah. Mengambil ubat ketika sakit adalah sunnah nabi s.a.w, ttpi sblm makan ubat hendaklah kita memberi sedekah, krn itu akan menjauh kan kita dpd bala musibah. Hari ini org2 mengambil insuran utk melindungi masadepannya. Nabi s.a.w ada bersabda mafhumnya, barangsiapa yg yakin selain dpd Allah, Allah akan menyerahkannya kpd apa yg diyakininya. Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah Allah ttp jglah kita gunakannya dgn yakin (bahawa ia boleh memberi mudharat atau manfaat) dgn amal akan dtg bantuan Allah Taala.
Org Islam hari ini berniaga ttp hutangnya lebih bnyk dpd brg2 dlm kedainya. Qudrat Allah hanya ada pd zat Allah yg Maha Besar. Maulana Yusuf rah.a berkata, apb kita tidak yakin dgn amal, kita akan bertindak dgn perkara yg haram. Oleh itu, dlm asbabnya tidak ada barakah kerana asas asbabnya adalah dpd sumber yg haram dan doa org yg seperti ini tidak akan diterima Allah. Berlakunya perkara haram dlm asbab krn kita yakin dgn asbab, kita tidak yakin dgn amal. Allah mengadakan asbab utk menguji iman manusia.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa utk menunaikan keperluan manusia tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas segala2nya. Org2 yg beriman akan diuji oleh Allah Taala sbgmn org2 yg terdahulu kerana Allah hendak mendengar (melihat) siapa yg benar siapa yg dusta. Allah perintahkan manusia gunakan asbab (adalah) utk ujian (atas iman). Utk mendapat manfaat dpd qudrat Allah, hanyalah melalui perantaraan amal, bukan asbab. Utk org2 yg beriman, perintah2 Allah adalah amal utk mendapat manfaat dpd zat Allah. Kita jgn berpuashati dgn asbab kerana segala asbab Allah jadikan utk kepuasan org2 kafir. Kita akan berjaya dlm pertentangan dgn org2 kafir dgn adanya perantaraan amal dan Qudrat Allah akan bersama2 amal.
Allah telah tenangkan Nabi s.a.w, jgnlah kamu susah hati dgn apa yg diperolehi oleh org2 kafir. Jgnlah bimbang walaupun mereka berkumpul beramai2 dan jgnlah kamu takut kerana sbnrnya hati2 mereka itu berpecah. Dlm membuat amal kita perlu ada sifat sabar kerana Allah telah memerintahkan kita utk bersabar, solat dan doa. Keburukan amal tidak boleh diselesaikan dgn ibadah semata2. Apakah itu sabar? Iaitu menunaikan perintah2 Allah bertentangan dgn keadaan dan kehendak nafsu kita. Amal puasa itu sbnrnya melakukan perkara yg bertentangan dgn nafsu. Ganjaran utk sabar adalah syurga. Allah beri kita keinginan utk tidur dan dlm tidur Allah letakkan perintah (atau amal) bangun malam (tahajjud). Nabi Musa as telah tanya Allah Taala, adakah Dia tidak tidur? Allah telah perintahkan Musa as pegang 2 biji gelas, ternyata ia tertidur dan gelasnya jatuh pecah. Allah berfirman kpd Musa a.s, jika Allah Taala tidur nescaya apa yg ada seisi dunia ini akan hancur.
Aishah r.ha mencari waktu panas yg terik utk berpuasa dan bermimpi dpt minum air dpd telaga kautsar. Stlh itu dia tidak lagi merasa dahaga smpi bila2. Hari ini, org2 Islam dianiaya dan kita perlu sabar iaitu sabar dgn taqwa. Bersabar tanpa taqwa itulah dinamakan pengecut. Org2 musyrikin yg tidak yakin dgn Allah Taala, berkata org2 Islam akan sentiasa memenangi semua peperangan kerana yakin dlm amal soleh iaitu perintah2 Allah yg mana menyukakan Allah. Doa tidak akan diterima jika tiada taqwa. Aus bin Malik r.a telah ditangkap oleh musyrikin Quraish dan telah diikat dgn kulit yg susah hendak lepas. Nabi saw beritahu kpdnya, bacalah “lahawlawala quwwata illa billahi” dan (setelah membacanya) tali2 yg mengikatnya telah terputus.
Di luar kurungan ada seekor unta, dia telah menunggangnya dan di hadapan nya ada berpuluh2 ekor unta milik musuh. Dia menunjuk tangannya kpd unta2 itu dan unta2 itu mengikut nya smpi ke rumah. Dlm hadith Nabi s.a.w (mafhumnya), barangsiapa yg banyak membaca ‘lahawlawala quwwata illa billah’, Allah Taala akan menutup 99 musibah dan yg paling kecil ialah kebimbangan. Ramai org yg bersolat tetapi imannya tidak betul kerana ia tidak yakin dgn amal solat boleh selesaikan masalah2 sebaliknya ia lebih yakin dgn perkara yg tidak ada janji2 Allah Taala. Mereka berjumpa ahli2 nujum (atau sihir) utk selesaikan masalah2.
Syaitan laknatullah pun mengajar Muaz ra, jika seseorg membaca ayatul Kursi tiga kali, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya. Muaz ra telah tanya Nabi saw mengenai org yg mengajarkannya fadhilah ayatul kursi itu. Nabi saw bersabda (mafhumnya) itulah syaitan kerana syaitan juga yakin dgn perintah2 Allah ttpi tidak mahu amal perintah2 Allah. Ada org jumpa saya utk minta tangkal, saya telah tanya balik adakah kamu tidak solat. Abdullah bin Masud ra telah sakit mata dan ada seorg wanita yahudi memakai tangkal dan sakit matanya hilang. Kata beliau, jgn masukkan amalan syirik dlm diri saya.
Org yg sakit mata, syaitan telah letakkan tangannya pd org itu dan Abdullah Masud telah ajar doa yg ditunjukkan oleh Nabi saw. Kejayaan kita adalah dgn menunaikan perintah2 Allah dlm setiap keadaan (dan masa). Allah Taala mewujudkan hajat supaya kita menunaikan perintah Allah dlm semua keadaan. Allah perintahkan kita mengamalkan keseluruhan agamanya dgn yakin. Tanpa iman, seseorg itu tidak dpt mengamalkan agama dgn istiqamah. Ummat Islam hari ini mengamalkan agama mengikut suasana. Solat lima waktu berat baginya tetapi ia sanggup utk tidak tidur sepanjang malam supaya hajatnya tertunai. Maksud agama bukan utk barakah. Org akan keluar ke jalan Allah bila masalahnya selesai. Org seperti ini tidak akan istiqamah keluar di jalan Allah. Maksud kita mengamalkan agama adalah utk membina iman yakin yg betul pada zat dan kebesaran serta kekuasaan Allah dlm diri kita.
Siapa yg hendakkan dunia, Allah Taala akan beri dunia pada mereka ttp bagi mereka tidak ada apa2 bahagian pun dlm kehidupan akhirat nanti. Oleh itu kita perlu bergerak utk hidupkan agama di kalangan ummat. Kita perlu usahakan setiap org Islam dtg kpd kerja kenabian nabi. Dakwah adalah utk islah diri sendiri. Apb kita dakwah amal maruf, maka Allah Taala akan memberi kekuatan utk beramal maruf. Umat ini telah tinggalkan kerja amar maruf nahi munkar kerana menganggap dakwah adalah utk org lain. Syaitan telah wujudkan was2 dlm hati org2 Islam yg berdosa. Kamu sendiri tidak melakukan amal soleh, mengapa kamu dakwahkan org kpd kebajikan sedangkan kamu sendiri tidak beramal dgnnya. Org ini akan tertanya2, adakah saya perlu dakwah sedangkan saya tidak beramal. Seseorg itu perlu mendakwahkan amal soleh walaupun ia belum beramal dgn sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment