Friday, August 5, 2016

THUMA’NINAH (KETENANGAN)

Syeikh Abu Nashr as-Sarraj rah. berkata: Allah s.w.t telah berfirman:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ 

Ertinya: Wahai jiwa yg tenang. (al-Fajr:27). Dlm sebuah tafsir disebutkan, “Yg merasa tenang dgn keimanan.”

Allah Azza Wa Jalla juga berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

Ertinya: (yaitu) org2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat Allah. Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra`d: 28)

KEPERLUAN BERZIKIR

Ada empat keadaan yang berkaitan dengan zikir:

1) Tidak berzikir langsung.
2) Berzikir dalam keadaan hati tidak ingat kepada Allah s.w.t.
3) Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah s.w.t di dalam hati.
4) Berzikir dlm keadaan fana dari makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah sahaja yg ada.

Bukanlah sukar bagi Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berzikir dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.

MAQAM-MAQAM ROH - DARI KITAB AL-TIBB AL-RUHI AS-SUFI

Dlm perjalanan hidup di dunia ini, fizikal kita melalui peringkat2 atau maqam2 iaitu peringkat bayi, peringkat kanak2, peringkat muda dan peringkat tua. Demikian juga roh itu melalui peringkat2 evolusi atau maqam yg tertentu. Perkataan Arab bagi maqam itu ialah maqam (banyak: maqamat) yg bererti tempat berhenti dan berehat sebentar, tempat kediaman, wisma, tinggal, kehormatan, jabatan, keadaan, nada muzik dan soalan. Sebenarnya pendudukan maqam oleh roh adalah semuanya itu dan kadang2 lebih dpd itu. Maqam roh itu dimasuki pada waktu lahir lagi, dan seluruh hayat ini menduduki satu dpd maqam2 tersebut, miskipun ada peralihan dari satu maqam ke maqam yg lain. Susunan itu dari bawah keatas adalah spt berikut:

KARAMAH

Karamah adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan atau kemurahan iaitu kemuliaan atau kemurahan yang Allah kurniakan pada hamba-Nya yang bertaqwa, yang bukan bertaraf rasul dan nabi tetapi pada yang bertaraf wali. Ia berlaku pada seseorang itu dengan menyalahi adat kebiasaan, di luar logik akal atau khawariqul ‘adah. Umpamanya dapat rezeki tanpa diduga atau tanpa logik, dapat ilmu tanpa berguru, dapat bantuan2 yang tidak terduga, dapat kasyaf, hatif dan firasat. Ini semua dikatakan karamah. Apa yang kita sebut tadi semuanya adalah kemuliaan atau kemurahan yang datangnya dari Allah. Siapa yg mahu menafikan bahawa itu semua adalah satu kemuliaan? Memiliki karamah maknanya memiliki beberapa kemuliaan yang Allah kurniakan tanpa diduga, tanpa usaha, tanpa logik dan di luar kebiasaan atau menyalahi adat. Karamah boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:

PERBEDAAN ANTARA SALIK DAN MAJDZUB

“Dia (Allah) menunjukkan wujud namaNya melalui keberadaan makhluk-Nya. Dia menunjukkan sifat2Nya melalui keberadaan namaNya. Dia menunjukkan wujud dzat-Nya melalui keberadaan sifat2Nya. Karena, tak mungkin sifat tersebut ada dgn sendirinya. Org2 yang ditarik dan didekatkan kepadaNya (majdzub) akan diperlihatkan kepada kesempurnaan zatNya, kemudian dibawa untuk menyaksikan sifatNya, lalu digiring utk bergantung kepada namaNya, selanjutnya dikembalikan lagi utk menyaksikan makhlukNya. 

TUJUH JENIS MAQAM MENURUT ABU NASR AL SARRAJ

Maqamat merupakan bentuk jamak dari maqam yang mengandung arti tingkatan2 hidup sufi yang telah dapat dicapai oleh para sufi untuk dekat kepada Tuhan. Menurut Al-Sarraj, maqamat adalah tingkatan2 seorang hamba di hadapan Tuhan dalam hal ibadah, mujahadah, dan riadhah (memerangi dan menguasai hawa nafsu). 

SYARIAT DAN HAKIKAT

Dinul Islam itu adalah satu ajaran yg mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia, akhirat. Mengkaji ilmu Islam yg sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dlm satu minggu sepertimana berlaku di sekolah2 sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini, ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekalipun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. 

TASAWWUF DAN PEMIKIRAN IBNU ATHA'ILLAH

Berdasarkan biografi dan karya-karya tulis beliau, sudah jelas, bahwa ia seorang ahli hukum mazhab Maliki, ia juga sebagai seorang guru sufi tarekat Syadziliyah. Oleh sebab itu sepantasnya ia dijuluki sebagai ahli Hikmah, yg melahirkan salah satu dari pemikiranya adalah Kitab al-Hikam. Utk memudahkan mendalami pemikiran beliau, perlu memahami terlebih dahulu perkembangan pemikirannya, mulai dari karir hingga wafatnya. Hal ini dilakukan untuk memperjelas dalam mengklasifikasikan pemikiran beliau, yang sedikit banyak berorientasi pada nilai-nilai Taswuf yang melekat pada dirinya.

MAKSUD IBADAT SECARA AMALAN ZAHIR DAN IBADAT BATIN

Lima kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, solat diwajibkan kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah:  “Kerjakan solat dengan tetap dan akan solat yang terlebih penting". (Surah al-Baqaraah, ayat 238). Solat menurut peraturan Agama (rukun solat) terdiri daripada berdiri, membaca Quran, rukuk, sujud, duduk, membaca dengan kedengaran beberapa doa. 

KONSEP TASAWWUF AL JAILANI

Syaikh Abdul Qadir al-Jailani di dalam kitab Sir al-Asrar menguraikan makna sufi dan tasawufnya tersebut bahwa inti dari tasawuf, sesuai dari huruf-hurufnya.

Huruf pertama adalah “ta” yg berarti taubah. Pintu taubat adalah selalu merasa khawatir ttg kedudukan dirinya di sisi Allah. Pengertian taubat di sini meliputi dua macam taubat yakni taubat lahir dan taubat batin. Yang dimaksud dengan taubat lahir adalah menyesuaikan perbuatan dan perkataannya dengan ketaatan kepada Allah dan Nabi-Nya. Sedangkan taubat batin sama artinya dengan tashfiyah al-qalb, penyucian hati dari sifat2 yg tercela, untuk kemudian diganti dengan sifat-sifat yang terpuji. Inti dari taubat adalah mengerahkan hati sepenuhnya untuk sampai kepada tujuan utamanya, yakni Allah al-Haq.