Friday, August 5, 2016

KEPERLUAN BERZIKIR

Ada empat keadaan yang berkaitan dengan zikir:

1) Tidak berzikir langsung.
2) Berzikir dalam keadaan hati tidak ingat kepada Allah s.w.t.
3) Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah s.w.t di dalam hati.
4) Berzikir dlm keadaan fana dari makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah sahaja yg ada.

Bukanlah sukar bagi Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berzikir dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.

1. Kerohanian manusia berada dalam beberapa darjat, maka suasana zikir juga berbeza-beza, mengikut darjat rohaninya. Darjat yang paling rendah adalah si raghib yang telah tenat dikuasai oleh syaitan dan dunia. Cahaya api syaitan dan fatamorgana dunia menutup hatinya sehingga dia tidak sedikit pun mengingati Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Allah s.w.t tidak melekat pada hatinya. Inilah golongan Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Golongan ini tidak berzikir langsung.

2. Golongan kedua berzikir dgn lidah ttpi hati tidak ikut berzikir. Lidah menyebut nama Allah s.w.t, ttpi ingatan tertuju kpd harta, pekerjaan, perempuan, hiburan dll. Inilah golongan org Islam yg awam. Mereka dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir krn dgn meninggalkan zikir mereka akan lebih dihanyut kan oleh kelalaian. Tanpa zikir, syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar2 tipuan kpd cermin hatinya dan dunia akan lebih kuat menutupinya. Zikir pada peringkat ini berperanan sbg ‘juru ingat’. 

Sebutan lidah menjadi teman yg mengingatkan hati yg lalai. Lidah dan hati berperanan spt dua org yg mempunyai minat yg berbeza. Seorg enggan mendengar sebutan nama Allah s.w.t, sementara yg seorang lagi memaksanya mendengar dia menyebut nama Allah s.w.t. Sahabat yg berzikir (lidah) mestilah memaksa bersungguh2 agar temannya (hati) mendengar ucapannya. Di sini terjadilah peperangan di antara tenaga zikir dgn tenag syaitan yg disokong oleh tenaga dunia yg cuba menghalang tenaga zikir dari memasuki hati.

3. Golongan yg ke tiga pula adalah mereka yg tenaga zikirnya sudah berjaya memecahkan dinding yg dibina oleh syaitan dan dunia. Ucapan zikir sudah boleh masuk ke dlm hati. Tenaga zikir bertindak menyucikan hati dpd karat2 yg melekat padanya. Pada mulanya ucapan zikir masuk ke dlm hati sbg sebutan nama2 Allah s.w.t. Setelah karat hati sudah hilang maka sebutan nama2 Allah s.w.t akan disertai oleh rasa mesra yg mengandungi kelazatan. Pada peringkat ini zikir tidak lagi dibuat secara paksa. Hati akan berzikir tanpa menggunakan lidah. Sebutan nama2 Allah s.w.t menghalakan hati kpd Empunya nama2, merasai sifat2Nya sebagaimana dinamakan.

4. Golongan ke empat ialah mereka yang telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq atau hal ketuhanan. Mereka sudah keluar dari sempadan alam maujud dan masuk ke dalam hal yang tidak ada alam, yang ada hanya Allah s.w.t. Tubuh kasar mereka masih berada di atas muka bumi, bersama2 makhluk yg lain. Tetapi, kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada, maka kewujudan sekalian yg maujud tidak sedikit pun mempengaruhi hatinya. Mereka karam dlm zikir dan yg dizikirkan. Mereka yg berada pada tahap ini telah terlepas dari ikatan manusiawi dan seterusnya mencapai penglihatan hakiki mata hati. 

Mereka yang mempunyai penglihatan hakiki mata hati ada dua jenis. Jenis pertama adalah yg mempunyai nama dan tabir penutup. Hijab nama (asma’) tidak terangkat lalu dia melihat di dalam hijab. Dia melihat Allah s.w.t pada apa yang menghijabkannya. Zikirnya ialah nama yang padanya dia melihat Allah s.w.t. Jenis kedua pula ialah yang berpisah dengan nama dan hijab, lalu dia melihat Allah s.w.t dan merasakan ketenangan dengan penglihatan itu. Pada ketika itu tidak sepatah pun ucapan yang terucap olehnya dan tidak sepatah pun kalam yang terdengar padanya. 

Dia melihat nama itu tidak mempunyai kekuatan hukum apa pun selain-Nya. Bila nama dinafikan tibalah pada wusul (sampai). Bila tidak terlintas lagi nama tibalah pada ittisal (perhubungan). Nama yang tidak lagi terlintas disebabkan kuatnya tarikan dari yang dinamai. Makam ini dinamakan makam al-Buhut (kehairan2an), kerana dia melihat Allah s.w.t dalam kehairan2an, tiada ucapan kecuali pandangan. Inilah makam terakhir di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan tertinggi tentang kecintaan terhadap zat Ilahiat.

Pada tahap ini Nur-Nya memancar, menyinar, menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada zikir dan tiada pula yg berzikir, hanyalah memandang bukan berzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya. Inilah hal yg dikatakan faham dgn tiada huraian pemahamannya dan mencapai dgn tiada sesuatu pencapaiannya. Insan di dlm hal ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon perkenan, tidak meminta pertolongan dan ucapan juga tiada. 

Baginya setiap sesuatu adalah ilmu dan setiap ilmu adalah zikir. Inilah hamba yg telah benar2 berjaya menghimpun semua makam dan martabat. Dia sudah melihat takdir2 dan melihat bagaimana Allah s.w.t menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t mengulangi takdir2 itu dgn berbagai2 cara yg dikehendakiNya krn sesungguhnya Allah shj yg memulakan penciptaan dan Dia juga yg mengulanginya. Penglihatannya tidak berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan dan di belakang apa yg dilihatnya dan melihat Allah s.w.t dlm segala yg dilihatnya.

Apabila kerinduan terhadap Allah s.w.t telah menguasai hati seseorang hingga kepada tahap tiada ucapan yg boleh diucapkan maka keadaan itu dikatakan melihat Allah s.w.t yg tiada sesuatu yg menyamai-Nya, sebagaimana firmanNya: “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat2Nya, dan pentadbiranNya dan Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Ayat 11 : Surah asy-Syura).

No comments:

Post a Comment