Friday, August 5, 2016

MAQAM-MAQAM ROH - DARI KITAB AL-TIBB AL-RUHI AS-SUFI

Dlm perjalanan hidup di dunia ini, fizikal kita melalui peringkat2 atau maqam2 iaitu peringkat bayi, peringkat kanak2, peringkat muda dan peringkat tua. Demikian juga roh itu melalui peringkat2 evolusi atau maqam yg tertentu. Perkataan Arab bagi maqam itu ialah maqam (banyak: maqamat) yg bererti tempat berhenti dan berehat sebentar, tempat kediaman, wisma, tinggal, kehormatan, jabatan, keadaan, nada muzik dan soalan. Sebenarnya pendudukan maqam oleh roh adalah semuanya itu dan kadang2 lebih dpd itu. Maqam roh itu dimasuki pada waktu lahir lagi, dan seluruh hayat ini menduduki satu dpd maqam2 tersebut, miskipun ada peralihan dari satu maqam ke maqam yg lain. Susunan itu dari bawah keatas adalah spt berikut:

Maqam an-nafs = Maqam egotisma (maqam nafsu) 
Maqam al-qalb = Maqam hati
Maqam al-roh = Maqam roh
Maqam as-Sirr = Maqam rahsia (ketuhanan)
Maqam al-Qurb = Maqam kehampiran (dengan Allah)
Maqam al-Wisal = Maqam kesatuan (dengan Allah)

Dari semenjak lahir kita sentiasa berjuang dan berusaha memajukan roh. Kemajuan dalam usaha ini boleh ditanda dan diukur dengan merujuk kepada maqamat (maqam-maqam) tersebut. Memang bukan semua orang mencapai maqam itu. Dan bukanlah badan yang mengembara disitu tetapi roh. Roh itu juga bermaksud nafas ALLAH, malaikat Jibril, Al-Qur’an, Wahyu dan kenabian. Menurut orang sufi, roh itu adalah zat hidup, bukan badan atau otak dengan fikiran dan ingatannya, bukan juga proses-proses hayat ini. 

Roh mempunyai wujud tersendiri yang datang dari ALLAH dan milik ALLAH semata-mata. Apabila kita bertanya apakah rasanya buah delima, “maka jawabnya ialah rasanya seperti rasanya juga”. Jawapan itu tidak cukup untuk memuaskan hati, tetapi kerana keunikan dan tersendiri keadaannya, rasanya juga tidak dapat untuk diumpamakan dengan rasa-rasa yang lain. Demikian juga dengan roh.

MAQAM AN-NAFS: Roh atau zat itu dapat dibuktikan wujudnya melalui penzahiran atau manifestasinya. Kita ambil contoh iaitu ‘tarian’. Tarian wujudnya tidak secara konkrit (dapat dilihat, disentuh, dan sbgnya). Ia lahir dlm bentuk rentak, tempo, corak, gerak-geri dan sbgnya. Begitulah perumpamaan tarian dan penarinya. Roh dan jasad. Roh manusia memerlukan penzahiran (rentak dan corak) utk terzahir dlm alam fizikal (jasmaniah). 

Roh itu berbeza dari nafas. Nafas ialah tenaga ketuhanan yg menggiat atau mengerak kan fenomena atau kejadian jasmaniah dlm badan termasuk proses mental. Roh itu lebih tinggi darjatnya dari nafas dan lebih dekat dirasai. Matahari, batu api, mancis dan sebagainya ada zat api padanya. Semuanya ada zat yang sama, tetapi bentuk fizikalnya berbeza-beza, dan setiap satu terletak di peringkat evolusi berbeza iaitu maqam yg berbeza. Hakikat zat api itu ialah sebahagian dari Nur Allah (cahaya Allah)

Setiap manusia ada roh, tetapi roh seseorang itu tidak sama dengan roh seorang yang lain. Seorang yang kufur tidak sama dengan seorang Waliyullah. Ada roh yang lebih suci daripada roh yang lain. Setiap orang lahir dalam “maqam nafsu” dan inilah maqam yang pertama dlm hidup di dunia ini. Bayi yg hanya hendak memenuhi keperluan jasmaniahnya semata2. Dan memerlukan makanan dan minuman, perlu digendung. Dia akan menangis untuk menyatakan kehendaknya. Dia tidak tahu akibat perbuatannya. 

Bayi memecah kan sesuatu benda yg dianggap sangat bernilai oleh org dewasa dan dia ketawa melihat keadaan itu. Seseorang dlm pertumbuhan awal hanya semata-mata mementingkan hawa nafsu kehaiwanannya, makan minuman dan segala jenis ransangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan ALLAH yang diperlukan oleh mereka. Bayi dan kanak2 di pasaraya dgn sengaja memecahkan barangan yang dipamerkan di situ, orang tidak marah. Tetapi sekiranya orang dewasa yang melakukan dengan sengaja perbuatan yang sedemikian pastilah tindakan akan diambil keatasnya.

Dalam maqam nafsu, daya pertimbangan akan dan pemikiran belum maju lagi. Daya ini datang kemudian. Dalam proses pertumbuhan anak itu, ibu bapanya atau masyarakat sekeliling biasanya memberi pengaruh kepada perangainya. Dgn kata lain, anak itu berlajar mengikut sifat2 yg tertentu. Siapa yg menyimpang dpd jurusan itu akan ditentang dengan pelbagai halangan yang menyusahkan. Adalah perkara biasa dan memang difahami bahawa kanak2 memang berada dalam peringkat maqam nafsu ini. 

Sebagai mana kanak-kanak itu membesar dan merangkak, badan bertambah matang, tindakan fizikal bertambah licin, maka bergitu jugalah kita mengharapkan rohnya berkembang maju dan meningkat ke atas melebihi maqam nafsu itu. Al-Qur’an menerangkan cara-cara bagaimana memajukan dan mempertingkatkan roh. Cara hidup yang ditonjolkan oleh Al-Qur’an itu digelar As-Sirat al-Mustaqim (jalan yg lurus)

Bagi orang sufi, tujuan hidup ini ialah mengembara menuju kpd Allah. Untuk berbuat demikian hendaklah dgn cara yg munasabah dan boleh membawa kejayaan dan juga yang paling cepat sampai. Oleh itu, jalan lurus adalah jalan yang paling dekat antara dua tempat- maqam an-nafs dgn maqam al-Wissal (iaitu maqam kesatuan dengan Allah). Paling dekat dan paling cepat sampai. Ramai org yg telah dewasa dan tua bangka tetapi rohnya masih diperingkat maqam an-nafs. 

Org seperti ini tidak pernah merasa puas dan tidak pernah merasa kenyang utk memenuhi kehendak nafsu. Jika manusia berapa terlalu lama dlm peringkat ini, ia boleh menimbulkan banyak penyakit emosi dan fizikal yg teruk. Ketakutan, keresahan batin, keraguan pada diri sendiri, mementingkan diri sendiri, akal tidak siuman, menangis tanpa sebab, putus asa, penyakit saraf, penyakit jantina, membunuh diri – semuanya penyakit emisi yg berkaitan dgn “maqam an-nafs”, jika seorang itu berada terlalu lama dlm maqam ini hingga ke tua.

Penyakit fizikal yang bersangkutan dengan “maqam an-nafs” kadang-kadang berlaku serentak dengan penyakit-penyakit emosi dan psikologi. Tetapi bagi badan akibat terlalu lama dalam peringkat ini akhirnya boleh menimbulkan penyalahgunaan dadah, ketagihan arak, jenayah, terlalu gemuk, hypoglycemia, buta dan penyakit mata, demam kuning, penyakit jantung, penyakit kelamin dan kanser. Keadaan ini akibat daripada kegagalan mengawal dengan sempurna satu atau lebih fungsi-fungsi nafs badaniah. Mungkin orang tidak percaya dan berkata bahawa dia mengenali seorang yang sangat baik akhlaknya tetapi mengidap penyakit lemah jantung. 

Dengan mengetahui maqam-maqam selanjutnya berkenaan evolusi roh (perjalanan roh) akan menjelaskan perkara ini sepenuhnya. Cara untuk melepaskan diri dari maqam an-nafs dan maju lagi ketingkat yang lebih atas ialah mendisiplinkan dan melatih egi diri dan nafsu. Ini bererti mempertingkatkan kuasa iradat, tanggungjawab, pertimbangan akal, belas kasihan dan sopan santun, dan lain-lain sifat yang baik. Apabila seseorang itu mendapat mengawal nafsu dan meniggalkan peringkat maqam itu, ia akan sampai ke “maqam al-qalb” atau maqam hati.

MAQAM AL-QALB: Perkataan Arab bagi hati ialah “QALB”. Perkataan ini mempunyai maksud yang luas dan mulia iaitu hati, fikiran (minda) roh, kefahaman, akal (intelek), intisari, tulang sumsum, tengah, bahagian yang paling baik dipilih, teras, tulin dan suci. Qalb itu juga membawa makna susunan, menukar keadaan atau menjadi. Bagi orang sufi, hati itu adalah alat atau cara di mana mlaluinya semua perubahan itu terjadi. Mereka yang menduduki (maqam hati) memiliki kebaikan. Mereka berasa baik tta diri dan alam ini. Org dlm maqam ini akan berkata, “Aku hendak membuat yg baik-baik saja dlm dunia ini. 

Aku mencintai alam semula jadi dan akan menerima semua org. Alagkah indahnya kehidupan ini!” Memandangkan sikap yg baik terhadap hidup ini, mungkin kita menganggap org dlm “maqam al-qalb” ini tidak ditimpa penyakit. Ttpi sebaliknya yg terjadi. Org dlm maqam ini masih boleh diserang oleh ketidak seimbangan emosi dan fizikal dan juga spiritual (kerohanian). Penyakit emosi dan roh ini termasuklah tidak boleh menumpukan fikiran, lupa, takut gagal, kemunafikan jenis tertentu, emosi yg melampau spt ekstasi (tidak sedar diri), perasan putus asa, seronok dan marah yg melampau, sombong dan tidak perduli perasaan org lain.

Miskipun adanya aspek yang positif dlm maqam ini, namun ia masih dlm maqam kedua dalam perjalanan roh. Peringkat ini menimbulkan pergolakan emosi yang hebat, seperti perceraian antara suami isteri atau masalah perhubungan dgn org lain, dan juga kesukaran dari segi kewangan. Ini disebabkan orang itu merasai tekanan ekstasi (dzauk) iaitu perasaan keghairahan baru yang menguasai kehidupan seseorang itu. Ramai rakan yg baik dgn orang itu sebelum ini tidak lagi setuju dengan pendapatnya dan bertambah rengganglah persahabatan mereka kerana timbul berbagai2 perselisihan faham dan sebagainya, setelah dia sampai ke maqam hati ini. 

Ramailah saudara dan kenalannya yang tidak mahu bercampur dengannya lagi. Ada juga terjadi masalah fizikal pada orang2 dalam peringkat ini. Penyakit dalam peringkat ini sangat teruk, kerana badan sedang melalui proses pembersihan dan dalam proses membuang racun dan benda-benda yang tidak berguna yang terkumpul dalam peringkat sebelumnya. Oleh itu penyakit orang dalam maqam al-qalb ini ialah sakit kepala, rasa hendak muntah, sakit2 dan lenguh seluruh badan, keracunan badan (pecah2 kulit, penyakit kulit kepala), demam, sakit pada pundit hempedu dan sakit buah pinggang.

Penyakit dalam maqam an-nafs biasanya sangat teruk dan selalunya tidak dapat disembuhkan, tetapi dalam maqam al-qalb, badan itu sendiri merawat dan menyembuhkan penyakit itu. Hamper semua adalah tanda2 satu atu lebih jenis krisis penyembuhan yang dilalui oleh badan dlm menyembuhkan dirinya sendiri. Proses ini mungkin tidak digemari tetapi faedahnya besar. Adalah sukar mengembara terus ke maqam2 yg lebih tinggi lagi jika tidak ada guru yg benar2 mursyid. Di bawah pimpinan guru, kita boleh bergerak terus keperingkat yg atas lagi iaitu “maqam ar-roh” (maqam roh), dgn mengikut pelbagai amalan untuk memajukan sifat2 kasih sayang, pertimbangan dan disiplin diri hingga ketahap kesempurnaan.

MAQAM AL-ROH: Tidak syak lagi maqam al-roh ini ialah peringkat yg diberkati, dan org yg menduduki peringkat ini dilihat oleh org lain sebagai org yg berwatak cinta dan bersifat ketuhanan, tetapi masih ada lagi ketidak seimbangan fizikal dan emosi, yang mana adalah sebahagian daripada alat atau mekanisma yang dengannya seseorang itu sampai kpd Allah. Keadaan ini mendalamkan iman. Persoalan emosi “maqam ar-roh” termasuklah sombong, megah kurang konsentrasi, pening2, sikap tidak bersungguh2 dan kadang2 menghina orang lain. Inilah penyakita2 dalam maqam ini tetapi bukanlah perangai org yg seimbang dlm maqam ini. 

Ketidakseimbangan ini boleh terjadi apabila org itu belum lagi sampai ketahap yang seluruhnya bebas dari kehendak2 nafsu. Suatu ketika apabila seorang ahli sufi yang sangat terkenal pada zamannya iaitu Syeikh Abdul Qadir Jilani r.a telah dianggap org sebagai syeikh kerohanian yang besar, didatangi suatu lembaga yg mahu merosakkan akidah beliau dgn memberitahu yg beliau (Syeikh Abdul Qadir Jilani) skrg tidak perlu lagi bersolat kerana beliau telah mencapai maqam yg tinggi. Tetapi dgn pimpinan Allah swt dan ketinggian ilmu beliau. Syeikh Abdul Qadir Jilani telah membaca sepotong ayat Al-Qur’an yg menunjukkan bahawa lembaga itu sebenarnya syaitan. Ini menunjukkan bahawa makin jauh seseorang itu mengembara dlm jalan tareqat kerohanian maka makin banyak dia diganggu oleh syaitan.

Setengah dari ketidakseimbangan dalam maqam ini mudah dikawal, tetapi setengahnya tidak. Satu daripada sifat yang paling sukar dan bahaya ialah sombong atau bongkak. Inilah sikap yang suka memuji diri sendiri. Dia akan berkata, “Aku lebih baik daripada orang lain. Aku solat sepanjang hari, aku berpuasa, aku takafur. Aku melihat semua org seperti sampah. Mereka semuanya berdosa.” Tetapi sikap ini bahaya, kerana ini mengotorkan kesucian kerohaniannya. Perlu diingati setiap orang maju kesatu tahap tertentu dalam perjalanan kerohanian dengan izin Allah. 

Tidak kira bagaimana tenggelamnya seseorang itu dlm kehidupan dunia ini namun di dlm jiwa mereka masih tetap ada pancaran ketuhanan. Mereka juga boleh maju. Org2 dijalan lurus yang tulin tidak akan mencaci org lain. Sepatutnya mereka yang belum sedar itu dipimpin keluar dari jalan yg sesat masuk ke jalan yg benar dan lurus. Ada sedikit masalah jasmaniah (fizikal) yang berkaitan dgn maqam roh ini, termasuklah mabuk sendiri (akibat malas bernafas yang keterlaluan), beberapa jenis ransangan urat saraf, keletihan, selera tidak normal dan juga demam.

Ada dua bentuk demam: pertama , terjadi dalam maqam nafsu. Hati jasmani itu panas yang ditimbulkan oleh badan kerana menapis dan memproses kotoran yg berlebihan. Demam jenis yg kedua terjadi dalam maqam yg diatas lagi dan ini merupakan pembersihan rohani yg dalam yg menyebabkan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w “Dosa itu jatuh berguguran seperti daun yg gugur dari pokok”. Demam ini membakar kotoran di peringkat roh. Bahkan sebahagian dpd nabi-nabi pun tertakluk pada demam2. Org soleh yg mengalami demam pada peringkat ini bukanlah sedang dirawat kerana perbuatan dosa mereka. Seorg ahli sufi pernah berkata , “Pada awalnya anda taubat dpd lupa kpd ALLAH walaupun satu saat”. Keadaan inilah yang dirawat dalam “maqam ar-roh”.

Ada juga terjadi orang dalam maqam ini menjadi gila jika ia tiada guru. Mereka mungkin jatuh ke jurang “khayal sendirian”. Wahai orang-orang yang mencari, janganlah kamu hanya rehat di satu-satu maqam saja atau menyangka kamu tidak akan jatuh balik ke maqam yang di bawah. Apabila tabib kerohanian merawat seseorang pesakit maka jelaslah bahawa beliau memberi rawatan yang berbeza. Waliyullah dirawat dengan cara yang lain dan orang biasa dirawat dengan cara yang lain, walaupun mereka mengatakan mereka mempunyai penyakit yang sama. Demam contohnya. 

Persoalan yang mungkin timbul adakah seseorang itu boleh bertindih atau beselisih maqam. Ini tidak berlaku. Maqam itu ialah tempat berhenti rehat. Oleh itu, apabila seseorang itu masuk ke satu maqam, ia akan berada di situ hingga meninggal dunia atau hingga naik ke maqam atas lagi atau undur balik ke maqam yang dibawah. Walau bagaimanapun ada banyak keadaan tau hal yang terjadi dlm sesuatu maqam. Hal bermaksud “pertukaran” dan dikaitkan juga perkataan ini melalui bunyi kepada hal yang bererti melepas ikatan atau melarutkan. Dlm pengertian ini, seseorang itu hilang pengaruh deria spt dzauk semasa mereka berzikir hingga kadang2 mereka jatuh tidak sedar diri dan dapat memandang seketika kealam hakikat dan makrifat.

MAQAM AS-SIRR: Maqam keempat ialah “maqam as-sirr”. Inilah maqam rahsia2 Ketuhanan. Perkataan sirr (banyak: asrar) adalah berkenaan dgn rahsia paling besar, yg tidak dapat difikirkan dan apabila dialami sukar dipercayai. Perkataan ini juga mempunyai maksud yg lain, misalnya bersatu, bahagian tengah atau paling baik pada sesuatu, tanah paling kaya, akar, asal dan pusara. Inilah maqam yg dimaksudkan oleh Allah dalam firman-Nya, “Ada hamba2Ku yang tertentu yang tidak berhenti2 berusaha menghampiri-Ku dgn ibadat2 sunat sehingga Aku menjadi mulut yg dengannya mereka berkata-kata, mata yg dengannya mereka melihat, telinga yang dengannya mereka mendengar, tangan yg dgnnya mereka memegang dan kaki yg dengannya mereka melangkah”. Mereka yg bernasib baik dlm maqam ini diletakkan di tempatnya masing2. Mereka diberi kuasa pendengaran batin iaitu daya luar biasa pendengaran dan dapat membaca fikiran orang lain. Malaikat datang kepada mereka dengan perkhabaran2 dari alam ghaib.

Suatu hari orang bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Untuk apakah alam semesta raya ini dijadikan Allah? Bagaimanakan ia wujud?”. Nabi menjawab, “Aku tidak tahu jawapannya. Aku akan bertanya dulu kepada Malaikat Jibril”. Nabi pun bertanya kepada Jibril yang memberi jawapan demikian, “Aku tidak tahu, aku akan bertanya kpd Allah”. Lalu Jibril pun bertanya kepada Allah s.w.t. kemudian ia kembali membawa firman Allah. “Kami ciptakan langit hanya untuk memberi pemandangan yang indah2 dan untuk hiburan bagi makhluk dan utk mempamerkan keagungan dan kekuasaan Kami dan diciptakan bintang2 yg berkelipan utk mempertingkatkan jiwa makhluk dan mengembirakan mereka dan menyebabkan mereka kagum dan terpesona dengan ciptaan Allah s.w.t.” 

Apabila Allah ditanya bagaimana Dia membuat semua ini, Jibril melaporkan bahawa Allah berfirman, “Aku tidak jadikan manusia itu berupaya untuk mengetahui bagaimana Aku buat semua itu. Walau Aku beritahu kepadamu, kamu tidak akan faham tetapi tatkala bercerai nyawa dengan badan, tatkala itu hijab telah tersingkap, kamu akan melihat bagaimana ia dibuat dan kamu akan hairan dan takjub dgn kebijaksanaanKu. 

Akulah pencipta yang paling baik. Sebagai mana Aku jadikan langit itu dengan rumit dan komplek sekali, maka bergitu jugalah Aku menjadikan diri manusia itu lebih hebat dan rumit lagi”. Nabi Muhammad s.a.w yg sudah pasti berada di maqam yg paling tinggi dpt menerima perkhabaran sedemikian. Peringkat yg tinggi dan anugerah ini tidak dicapai oleh org biasa.

Org yg masuk ke “maqam as-sirr” telah lulus ujian yg paling sukar dan mereka tidak lagi mencari aspek kehidupan yg ditunggangi oleh hawa nafsu. Mereka tidak lagi berusaha mencari kemasyuran, kekayaan atau keghairahan perasaan. Mereka hidup kerana Allah dan utk Allah. Mereka berhubung rapat dan mesra dengan Allah dan dgn penghuni langit. Namun mereka tetap manusia biasa. 

Beberapa kejadian fizikal dan emosi mmg ada terjadi pada peringkat ini. Tidaklah benar mengatakan kejadian2 ini sbg “penyakit” tetapi adalah ketidakseimbangan atau sampingan yg menyebabkan seseorg turun dari peringkat ini atau menjadi lemah dlm maqam ini dan tidak berterusan lagi untuk mencapai tujuan atau matlamat iaitu Allah s.w.t. Ketidak seimbangan utama “maqam as-sirr” ini termasuklah penafsiran palsu tentang fenomena (kejadian luar biasa) Ketuhanan, tidak rasional, kurang minat dgn kehidupan duniawi, sakit hati dan jasmani serta rasa membara hati jasmani. 

Seseorang yang berada dlm maqam di bawah tidak boleh biasanya melompat beberapa maqam diatasnya. Diumpamakan seorang kanak2 boleh memandu basikal tetapi tentu tidak mampu memandu kapal terbang. Ini bukan bererti hendak merendah2kan kanak2 itu dan mengagung2kan juruterbang itu. Tetapi seseorg yg telah mencapai maqam tertentu boleh berfungsi dlm maqam2 dibawah nya dan memahami maqam2 itu. Seperti juga seorang juruterbang yg boleh menunggang basikal diwaktu kanak2 boleh untuk terus menunggang basikal pada waktu dewasanya.

Penipuan diri sendiri yang dimaksudkan dalam maqam ini adalah keadaan (hal) maqam ini. Tetapi hal adalah ragam (mode) iaitu penipuan diri sendiri ini menzahirkan bentuknya. Perlu diingat, bukan setiap org dlm maqam ini dan lain-lain maqam akan mengalami semua fenomena yang mungkin berlaku dalam sesuatu maqam itu. Kejadian fizikal yang berlaku dalam “maqam as-sirr” ini ialah demam, perasaan susah bernafas dan kadang2 rasa lemas. 

Ini terjadi kerana utk sampai keperingkat ini memerlukan bertahun2 lamanya menjalankan amalan bernafas. Ketidak seimbangan boleh terjadi jika amalan ini dibuat secara tidak betul atau terlalu banyak. Tambahan pula bukanlah perkara yang luar biasa di peringkat ini seseorang itu diganggu oleh kejadian-kejadian alam ghaib. Gangguan jin adalah satu contoh. Jin boleh mengganggu manusia di mana2 peringkat, bahkan bayi yg baru lahir sekalipun. Dlm keadaan demikian, pelbagai jenis amalan rohaniah yang melibatkan pernafasan digunakan sebagai penawarnya.

Sumber penting amalan bernafas ini ialah Al-Qur’an. Pelbagai permulaan dan perhentian nafas terdapat dalam Al-Qur’an dan pembacaannya pun berperingkat hingga ke sebelas peringkat. Vokal (huruf saksi) atau denyutan yang biasa dalam pembacaan. Miskipun hanya beberapa orang yang pada amalinya boleh membaca diperingkat yang tinggi . kita boleh mendengar pembacaan sampai dua minit dengan satu nafas dan gerak melalui 4 atau 5 deretan oktaf iaitu enam nada bunyi.

MAQAM AL-QURB: Di atas maqam as-sirr ialah maqam “al-qurb”. Erti ‘qurb’ ialah “kehampiran” dan juga membawa pengertian dtg hampir, menuju, kejiranan, persaudaraan dan pertalian. Org dimaqam ini sesungguhnya menikmati kehampiran dgn Allah yang Maha Tinggi. Di situlah langit yg paling tinggi, mengandungi ‘Arasy atau siggahsana Allah swt. Org yg menduduki maqam ini mempunyai pandangan yang tinggi dan nampak sekalian alam makhluk dan juga memandang kea lam akhirat dan alam tempat bentuk2 makhluk yg lain tinggal. 

Di peringkat ini sangat sedikit ketidakseimbangan atau kesusahan dari segi kesihatan dan dari segi penyakit. Namun ketidakseimbangan yg sedikit itu mungkin jadi amat teruk. Satu dari hal dalam maqam ini ialah dzauk yang melampau. Org yg dikuasai oleh hal ini digelar majdhub. Org sptiini hampir semua minat atau perhubungan dgn dunia ini. Mereka dlm keadaan gembira sepanjang masa (gembira yg tidak dapat ditafsirkan oleh org biasa). Mereka tidak perduli sama ada mereka tidur, makan atau berpakaian. Mereka mabuk dgn Allah dan terserap dlm Yang Dikasihi (iaitu Allah).

Bergitu ganjil keadaan mereka yang berada di maqam berhampiran itu. Mereka melihat realiti dari peringkat yang lain dan jauh berbeza dari orang biasa. Keadaan ini sangat mengasyikkan dan sangat indah dalam cara dan tingkatnya sendiri tetapi ia bukan tujuan atau matlamatnya. Sebenarnya tidak perlu berada terus selama2nya diperingkat itu. Ada orang dalam maqam ini tidak bercakap lebih 20 tahun lamanya. Mereka tenggelam dalam keadaan atau hal itu hingga tidak ada selera bendak berkata-kata taupun tidak mampu berhubung dengan orang lain.

Lain-lain ketidakseimbangan dalam maqam ini ialah mereka dikuasai oleh perasaan lupa dan kadang2 seperti orang gila atau kurang siuman. Ia lupa apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sebahagian daripada amalan peringkat ini ialah tafakur nafas dan mental. Hal seperti ini mungkin melampau dan keterlaluan hingga dia hilang ingatan lansung. Walau bagaimana pun jarang2 berlaku. Banyak persamaan diperhatikan antara orang dalam peringkat kerohanian ini dengan orang yang berpenyakit mental. Orang mungkin menganggap mereka gila belaka. Kita perlu ambil kira tentang ketidakseimbangan roh jika hendak menganalisa keadaan mereka itu.

Satu persoalan yg belum disebut lagi tetapi terjadi dlm semua maqam (lebih bahaya diperingkat maqam kehampiran) ialah mentuhankan diri sendiri, mengatakan diri sendiri ialah Allah. Naq’uzu-billah. Satu lagi ketidak seimbangan yg terjadi di dlm maqam ini ialah tidak percaya kpd Allah. Semakin tinggi dan semakin jauh seseorang itu naik dlm evolusi rohaniah ini, maka makin banyak ujian dan cubaan. Org di peringkat ini telah lama memendamkan kehendak2 nafsu badaniah dan mereka berjaya membimbing org lain ke jalan yg benar dan betul, dan oleh itu tentu sekali hebat diganggu syaitan, jin dan iblis. 

Ada org mengaku bahawa dia bercakap2 dengan Allah dan menerima bimbingan secara lansung dpa Allah. Sepatutnyalah kita sedar Allah berhubung dgn insan melalui malaikat Jibril, kecuali nabi Musa a.s. banyak amaran oleh mereka2 yang arif dan terdahulu merempuhi batasan ini tentang bahaya menganggap diri sendiri telah cukup kuat menentang tipu daya iblis dan syaitan atau manusia yang berwatak iblis. Syeikh Junaid r.a pernah berkata, “Org yg mengambil dirinya sebagai guru adalah mengambil syaitan sebagai gurunya.”

MAQAM AL-WISAL: Ada satu maqam lagi iaitu yg terakhir ialah maqam “al-wisal” iaitu bersatu dgn Allah. Disini Allah dgnnya ibarat yg mengasihi dan yg dikasihi. Bersatu dan berpadu dlm satu wujud sepanjang masa. Maqam ini tidak mampu dicapai dgn usaha dan amalan apa sekalipun. Ianya hanyalah hadiah dari Allah semata2. Allah yg menentukan dan memilih siapa yg dikehendakiNya, utk mencapai maqam ini. 

Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahawa Nabi pernah bersabda: “Di kalangan hamba2 Allah, ada 300 org yg mempunyai pertalian dan perkaitan yg khusus dgn Allah dan hati mereka serupa dgn hati Nabi Adam a.s. Tujuh org dgn hati yg serupa dgn hati Nabi Ibrahim a.s. Lima org dgn hati yg serupa dgn hati malaikat Jibril a.s. Tiga org dgn hati yg serupa dgn malaikat Mikail. Seorg dgn hati yg serupa dgn hati malaikat Israfil. Apabila yg seorg itu meninggal dunia, seorg dpd yg lima itu akan menggantikan tempatnya. 

Apabila seorg dari yg 5 itu itu mati, seorg dpd yg 7 org itu akan menggantikan tempatnya. Apabila seorg dpd yg 7 itu meninggal dunia, seorg dpd yg 40 org itu menggantikan tempatnya. Apb seorg dpd yg 40 org itu meninggal dunia, seorg dpd yg 300 org itu akan mengambil tempatnya. Apabila seorg dpd yg 300 org itu meninggal dunia, seorg dpd manusia umumnya menggantikan tempatnya. Oleh itu, demi mereka, Allah Taala mentadbir hidup, mati, turun hujan, menjadikan dan menghindarkan manusia dari malapetaka”

Tiga ratus orang itu tersenyum sepanjang masa dan tidak ada kaitan dengan hal-hal keduniaan. Mereka tidak perlu makan, minum atau tidur. Mereka telah melampaui batas2 manusia biasa dan mereka boleh mengembara kemana sahaja di muka bumi dan di langit. Dalam sejarah manusia di muka bumi ini hanya beberapa orang sahaja yang telah sampai ketaraf atau tingkat ini. Sukar hendak diperihalkan dengan perkataan. Itulah matlamat ujud ini. Ini menyentuh janji yang kita buat dengan Allah sebelum kita dilahirkan kedunia nyata ini. 

Org2 yang digelar Wali yang bererti “rakan Allah yang dikasihi-Nya”. Merekalah yang sebenarnya Khalifah Allah di muka bumi ini. Biasanya mereka tidak dikenal umum. Mereka ini diberi pengetahuan tentang hakikat kejadian alam semesta raya dan hal ehwal kemanusiaan. Merekalah yang Allah gunakan untuk menzahirkan “Perencanaan Ketuhanan” di muka bumi ini. Alat yang mereka gunakan ialah ma’rifatullah (mengenal dan mengetahui Allah).

Hanya sesiapa yang tergolong dalam bilangan 300 orang tersebut sahaja yang boleh dianggap sebagai ahli sufi yang tulen. Bagi yang lainnya itu barulah diperingkat peminat Kesufian sahaja. Apabila sampai ke maqam ini tiadak ada lagi sakit fizikal (badan). Hanya satu kejadian fizikal sahaja yang tinggal iaitu cara meninggal dunia. Biasanya org di peringkat ini bukan meninggal dunia kerana penyakit. Mereka diberitahu masa yang tepat untuk meninggalkan dunia ini dan dengan itu bolehlah membuat persediaan menghadapi maut. 

Sungguh pun dia mengetahui masa utk meninggal dunia tetapi beliau tetap membuat kerja2 harian seperti biasa sahaja dgn penuh kesedaran hinggalah tiba waktunya dia menggadap yg Maha Pencipta. Bagi orang seperti ini, saat2 meninggal dunia itu adalah saat-saat yang ditunggu2 dan dirindui, bahkan seperti hari keraian kerana mereka telah melepaskan hubungan dengan dunia ini melalui dzauk dan perasaan mereka. Mereka telah mengembara kealam kerohanian dengan roh mereka. Badan di bumi tetapi roh mereka menjelajah kealam2 lain. Tidak ada sesiapa yg boleh mengganggu dan menentang mereka. Org seperti ini bebas dpd kesulitan dan permasalahan duniawi.

Kesimpulannya ialah. Ketaatan dan kehendak Allah jualah roh itu maju dari maqam permulaan (maqam an-nafs) hingga kemaqam akhir (maqam al-wisal). Cara utk melangkah dari tingkatan rendah ke tingkatan tinggi itu ialah dgn melawan dan mengawal hawa nafsu. Dlm usaha ini ada amalan tertentu yg diaturkan oleh Allah swt utk menghasilkan kesan yg paling tepat , cepat dan cemerlang. 

Banyak halangan dan rintangan dalam usaha kita hendak berjalan dalam perjalanan ini. Ego atau diri kita itulah ujian yang paling besar. Diri itulah percubaan yang paling besar. Mungkin kita bangun dpd tidur dengan keazaman hendak menumpukan hati (konsenterasi) kepada fikiran2 yang paling suci, paling diberkati dan paling tinggi. Tetapi apa yg berlaku ialah kita mendapat panggilan telifon dari tempat kerja yg mengatakan kita telah hilang pekerjaan, atau salah seorg pekerja di perusahan kita memberitahu yg kita telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dan sebagainya. 

Kita pun hilang konsenterasi. Hanya pada malamnya kita kembali teringat pada keazaman kita tadi paginya. Oleh yang demikian, kita mistilah selalu mengingati semula dan mengatakan niat kita itu. Pada mulanya memang sukar tetapi lama-kelamaan, lebih mudah dari yg kita bayangkan. Dan ianya menjadi kebiasaan kepada kita, kebiasaan yang paling positif. Akhirnya kita tidak akan mudah terlalai lagi dari keazaman untuk satu penhijrahan yang terbaik itu. Seseorang itu tidak boleh melakukan amalan2 kerohanian ini bersendirian atau menurut logik akal fikiran sendiri sahaja. Bahayanya banyak. Inilah sebabnya kenapa memerlukan guru yang hidup untuk membimbing sepanjang masa.

Perihal maqam2 roh yang di tulis di sini hanyalah ringkasan sahaja. Sebenarnya hasil yang berkesan hanyalah dating dari ilmu,amal yang istiqomah dan mujahadah yang bertahun-tahun lamanya. Oleh itu mereka yang sampai ke terakhir - iaitu bersatu dengan Allah – adalah org2 pilihan Allah. Mereka lah Wali Allah. Pada pandangan Allah mereka adalah kekasih, tetapi tidaklah melebihi para-para nabi itu. Dan mereka sendiri tidak pernah mengaku menjadi nabi atau setaraf dengannya. 

Mereka berdiri sebagai taulan bagi mereka yang berjalan menuju Allah dan sumber inspirasi bagi mereka yang ingin mendaki kepuncak kerohanian insan. Bagi mereka yang ingin mencapai tujuan tersebut patuhilan seikhlas-ikhlasnya nasihat dan pimpinan kasih sayang dari Yang Maha Agung. Maha Terpuji, Maha Besar, Maha Mulia, Tuhan bagi malaikat dan roh, Maha Tinggi Kemuliaannya iaitu Allah s.w.t/ Al-hamdu Lillahi Rabbil ‘Alamin. “Akhir kata saya bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun jika terdapat kesalahan dan kesilapan dari salinan dan olahan saya, sehingga menyebabkan salah tafsiran bagi pembaca sekelian.”

No comments:

Post a Comment