Friday, August 5, 2016

MAKSUD IBADAT SECARA AMALAN ZAHIR DAN IBADAT BATIN

Lima kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, solat diwajibkan kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah:  “Kerjakan solat dengan tetap dan akan solat yang terlebih penting". (Surah al-Baqaraah, ayat 238). Solat menurut peraturan Agama (rukun solat) terdiri daripada berdiri, membaca Quran, rukuk, sujud, duduk, membaca dengan kedengaran beberapa doa. 

Pergerakan dan perbuatan ini melibatkan bahagian2 tubuh, pembacaan diucap dan didengar melibatkan pancaindera dan deria, adalah solat diri zahir. Kerana tindakan diri zahir ini dilakukan berulang-ulang, acapkali, di dalam setiap lima waktu sehari, bahagian pertama menurut perintah Allah "Dirikan solat", adalah lebih dari satu. Bahagian kedua perintah Allah "terutamanya solat pertengahan" merujuk kepada solat hati, kerana hati berada di tengah2 pada kejadian manusia. 

Tujuan solat ini adalah mendapatkan kesejahteraan pada hati. Hati berada di tengah2, antara kanan dengan kiri, antara hadapan dengan belakang, antara atas dgn bawah, antara kebaikan dgn keburukan. Hati adalah pusat, titik pengimbang, penengah.  Nabi s.a.w bersabda, "Hati anak Adam berada di antara dua jari Yang Maha Penyayang. Dia balikkan ke arah mana yang Dia kehendaki". 

Dua jari Allah adalah sifat kekerasan-Nya yang berkuasa menghukum dan sifat keindahan-Nya dan pengasih-Nya yg memberi rahmat dan nikmat. Solat sebenar adalah solat hati. Jika hati lalai daripada solat, solat zahir tidak akan teratur. Bila ini terjadi kesejahteraan dan kedamaian diri zahir yang diharapkan diperolehi dpd solat zahir itu tidak diperolehi. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda, "Amalan solat mungkin dengan hati yg diam".

Solat adalah penyerahan yg dicipta kpd Pencipta. Ia adalah pertemuan di antara hamba dgn Tuannya. Tempat pertemuan itu ialah hati. Jika hati tertutup, lalai dan mati, begitu juga maksud solat itu, tidak ada kebaikan yg sampai kpd diri zahir dpd solat yg demikian, krn hati adalah intipati atau hakikat atau zat bagi jasad, semua yg lain bergantung kpdnya.  Nabi s.a.w bersabda, "Ada sekeping daging di dlm tubuh manusia, jika ia baik maka baiklah semua anggota ttpi jika ia jahat maka jahat pula anggota. Ketahuilah, itulah hati”. Solat yg diperintahkan oleh Agama (Syariat) dilakukan pada waktu tertentu, lima kali sehari semalam. Sebaiknya dilakukan di dlm masjid secara berhemah, menghadap kaabah, mengikut imam yg tidak munafik dan tidak riya.

Masa utk bersolat batin tidak mengira masa dan tidak berkesudahan, bagi kehidupan ini dan juga akhirat. Masjid bagi solat ini ialah hati. Jemaahnya ialah bakat2 kerohanian, yg mengingat dan mengucapkan nama2 Allah Yang Esa di dalam bahasa alam batin. Imam solat ini ialah kehendak yg tidak dapat disekat, arah kiblatnya ialah keesaan Allah, yg di mana2, dan keabadianNya dan keindahanNya. 

Hati yang sejati adalah yang boleh melakukan solat yang demikian. Hati yang seperti ini tidak tidur dan tidak mati. Hati dan roh yang demikian berada di dalam solat yang berterusan, dan manusia yang memiliki hati yang demikian, samada dia dlm jaga atau tidur, sentiasa berbuat kebaktian. Solat batin yg dilakukan oleh hati adalah keseluruhan kehidupannya. Tiada lagi bunyi bacaan, berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Pembimbing nya, imam solat itu adalah Rasulullah s.a.w sendiri. 

Baginda berkata-kata dengan Allah Yang Maha Tinggi, "Engkau yg kami sembah dan Engkau jualah yg kami minta pertolongan". (Surah Fatihaah, ayat 4). Ayat suci ini ditafsirkan sbg tanda manusia sempurna, yg melewati atau melepasi dari menjadi kosong, hilang kpd segala kebendaan, kpd suasana keesaan. Hati yg sempurna demikian menerima rahmat yg besar daripada Ilahi. Satu dpd rahmat itu dinyatakan oleh Nabi s.a.w, "Nabi2 dan yg dikasihi Allah meneruskan ibadat mereka di dlm kubur seperti yg mereka lakukan di dlm rumah mereka ketika mereka hidup di dalam dunia". Dlm lain perkataan kehidupan abadi hati meneruskan penyerahan kepada Allah Yang Maha Tinggi.

Bila solat tubuh badan dan solat diri batin berpadu, solat itu lengkap, sempurna. Ganjarannya besar. Ia membawa seseorang secara kerohanian kepada kehampiran dengan Allah, dan secara zahir kepada peringkat yang paling tinggi mampu dicapai. Dalam alam kenyataan mereka menjadi hamba Allah yang taat. Suasana dalaman pula mereka adalah orang arif yang memperolehi makrifat sebenar tentang Allah. Jika solat zahir tidak bersatu dengan solat batin, ia adalah kekurangan. Ganjarannya hanyalah pada pangkat atau kedudukan, tidak membawa seseorang hampir dgn Allah.

No comments:

Post a Comment