Friday, August 5, 2016

SYARIAT DAN HAKIKAT

Dinul Islam itu adalah satu ajaran yg mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia, akhirat. Mengkaji ilmu Islam yg sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dlm satu minggu sepertimana berlaku di sekolah2 sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini, ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekalipun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. 

Walhal hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya. Ajaran Islam itu selain dpd ilmu usuluddin (ilmu yg mengkaji tentang ketuhanan) yang menjadi asas kepada ajaran Islam, terdapat juga ilmu syariat dan ilmu hakikat. Disebut juga keduanya sebagai ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Kedua-duanya termasuk perkara yang penting yang turut dituntut oleh Al Quran dan Hadis. Bidang kajian ilmu syariat ialah tentang kehidupan lahiriah manusia.

1. Ilmu Syariat Definisi ilmu syariat itu ialah: hukum-hakam yg dtg dpd Allah yg disampaikan kpd Nabi Muhammad saw terdiri daripada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus (mubah). Dgn hukum-hakam ini, syariat menentukan seluruh kehidupan ini ada yang mesti dibuat, yakni perkara2 yang wajib. Ada yang elok dibuat yakni perkara sunat. 

Ada pula yg mesti ditinggalkan iaitu perkara haram. Manakala yang makruh elok ditinggalkan. Terdapat juga sebahagian dpd kehidupan ini yg boleh dibuat dan boleh ditinggalkan, yakni perkara2 yg dikategorikan sbg harus (mubah) hukumnya. Dgn kata lain, setiap apa sahaja bidang yg kita ceburi di seluruh aspek kehidupan spt dlm sistem pendidikan, ekonomi, pertanian, kebudayaan, teknologi dan lain-lain sistem hidup, tidak akan terlepas dari lima hukum ini.

2. Ilmu Hakikat Ilmu hakikat itu bidang kajiannya ialah ttg alam rohani atau hati nurani manusia atau mengkaji ttg sifat2 nafsu. Sifat2 nafsu yg terdiri dpd nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Termasuk juga di dlmnya perihal sifat2 gerakan serta dorongan hati. Definisi ilmu hakikat ialah rasa2 hati (zauk) atau syu’ur yg ada di dlm hati atau jiwa manusia yg sifatnya berubah2 dari satu bentuk rasa kpd rasa yg lain. Bergantung kpd bentuk2 rangsangan2 lahir yg mendatangi manusia itu. Ada yg mahmudah dan ada yg mazmumah.

Di antara rasa2 hati yg mahmudah (sifat positif) itu ialah ikhlas, cinta Allah, rasa kehebatan Allah, rasa gerun dgn Neraka, rasa berdosa, malu, rasa diawasi, kasih sayang, simpati, merendah diri, yakin, tawakal dan sbgnya. Sementara rasa2 hati yg mazmumah (sifat negatif) itu pula di antaranya riyak, ujub, sombong, pemarah, hasad, dendam, tamak, bakhil, penakut, jahat sangka dan lain-lain lagi. 

Rasa2 hati yg telah disebutkan di atas sentiasa silih berganti menguasai hati atau roh. Oleh krn itu, hati sentiasa berbolak-balik. Sebab itulah di dlm kitab, hati berbolak-balik itu dikatakan qalbun. Tidak dinamakan hati itu melainkan krn berbolak-baliknya. Hati juga wajib bersyariat iaitu menyuburkan sifat2 mahmudah. Inilah yg dikatakan syariat batin.

Jelaslah bahawa syariat dan hakikat sama pentingnya. Kita tidak boleh menolak salah satu dan mengambil salah satunya sahaja. Kedua-duanya mesti diamalkan serentak atau berjalan seiring. Oleh itu dalam siri tertib untuk mengamalkan ajaran Islam bolehlah disusun begini:

1. Syariat 2. Tareqat 3. Hakikat 4. Makrifat

Ertinya kita mulakan dgn bersyariat, kemudian bertareqat, seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat. Semuanya saling berhubungan. Hubungan antara satu dengan yang lain seolah-olah anak tangga pertama dengan berikutnya, hinggalah selesai di anak tangga tertinggi sekali. Maksudnya, mula-mula kita memahami syariat iaitu peraturan-Nya, yakni mengetahui hukum-hakam. Mana yang halal, mana yang haram, yang sunat, makruh dan mubah. 

Juga sah dan batal sama ada mengenai solat, puasa, jihad, dakwah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Kemudian apabila kita mengamalkannya bersungguh2 dan istiqamah, ertinya kita telah menempuh jalan-Nya iaitu yang dikatakan tareqat. Yakni mengamalkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang secara serius. Jadi tidaklah salah kalau syariat itu disebut jalan. Cuma belum ditempuhi jalan itu hanya sekadar mengetahuinya terlebih dahulu. Bila jalan tadi telah ditempuh atau digunakan, barulah dinamakan tareqat.

Syariat dan tareqat itu kalau dibuat dgn faham dan di-hayati akan berlakulah nanti ahwal (perubahan jiwa) atau perubahan peringkat2 nafsu. Misalnya perubahan rasa kehambaan, rasa cinta kpd Allah, rasa rendah diri kepada Tuhan, rasa tawakal, rasa penyerahan diri, rasa berani, rasa kasih sayang sesama makhluk, rasa redha, rasa sabar, rasa ikhlas kepada Allah dan mahmudah2 yang lainnya. Atau kalau hendak dinisbahkan pada peringkat nafsu, prosesnya berlaku daripada nafsu ammarah kpd nafsu lawwamah, berperingkat2 sehinggalah ke peringkat kemuncak kebersihan nafsu iaitu nafsu kamilah. 

Org yg mendapat ahwal (perubahan jiwa) secara istiqamah (tetap tidak turun naik), inilah yg dikatakan telah mendapat maqam. Yakni dia mendapat darjat mengikut sifat mahmudah yg diperolehinya. Biasanya ia berlaku bertahap2. Umpamanya maqam sabar, maqam tawakal, maqam redha sehinggalah kesemua sifat2 mahmudah itu diperolehi secara tetap (istiqamah). Boleh jadi ada yg mendapat secara serentak sifat2 mahmudah itu. Inilah juga yg dikatakan dia telah mendapat hakikat. Iaitu mendapat intipati Islam (lubbun).

Erti lain maksud hakikat itu ialah batin Islam atau intipati Islam (lubbun). Bilamana hal-hal hakikat tadi dapat dialami secara kekal (istiqamah) berterusan, bahkan makin menebal dan subur, maka akan terbukalah nanti rahsia2 ghaib atau rahsia Allah. 

Ini sangat sulit utk digambarkan kecuali dirasai oleh or2 yg mengalami dan merasainya. Sebagaimana lautan dlm yg penuh dgn pelbagai misteri, bukan semua org dapat mengetahui rahsia di dalamnya kecuali yg ahli tentangnya sahaja. Itupun perlu dibantu dgn peralatan yg canggih, barulah dapat menyelami hingga ke dasarnya. Sehingga terbongkarlah pelbagai rahsia yg tidak pernah diketahui oleh manusia lain selama ini. Kebanyakan org hanya tahu di permukaan nya sahaja. Hasil berhakikat pula kita akan mendapat makrifat. 

Iaitu sampai ke peringkat hal-hal hakikat dapat dialami secara istiqamah. Allah akan kurniakan satu peringkat kemuncak yg mana dapat mencapai ke satu tahap keyakinan yg tertinggi. Di waktu itu, dia telah sampai ke peringkat makrifat, yakni dapat benar2 mengenal Allah dan rahsia2Nya. Gelaran untuk mereka ini lebih dikenali sebagai al ‘arifbillah.

Bandingan adalah spt berikut. Mula2 kita semai sebiji benih. Kemudian ia tumbuh menjadi sebatang pokok. Pokok itu akhirnya berbuah dan buah itu bila masak memberikan kita kesedapan rasanya, yg tidak dapat kita ceritakan pada org yg tidak memakannya. Maka:

biji benih itu umpama syariat.
menanam pokok itu umpama tareqat.
buah itu umpama hakikat.
rasa buah itu umpama makrifat.

Sebab itu dikatakan syariat menghasilkan tareqat. Tareqat membuahkan hakikat. Hakikat buahnya adalah makrifat. Semuanya saling melengkapi, perlu-memerlukan, sandar-menyandar dan mesti berjalan seiring. Yg lahir menggambarkan yg batin. Maka kalau dipisah2kan, akan cacat dan rosaklah keislaman seseorg itu. 

Imam Malik r.hm. berkata: “Barangsiapa berfeqah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat), maka ia jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa feqah (syariat), maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar).” Supaya lebih jelas lagi, mari kita lihat contoh2 berikut:

1. Berfeqah tanpa tasawuf, seseorang itu hanya melakukan amalan2 lahir. Katalah semua rukun Islam yg lima itu beres dilakukannya. Ditambah lagi dengan berjuang fisabilillah, berdakwah, belajar, mengajar, menziarah, berkorban dan menutup aurat. Dijaga juga dari melakukan perkara2 lahir yang haram dan makruh. Ditambah lagi dengan amalan2 sunat. 

Pendek kata, semua perintah atau larangan lahir ditaati, tetapi amalan batin yakni hatinya tidak diambil pusing. Dibiarkan saja riyak, ujub, gila nama, ingin glamour, sombong, tamak, bakhil, pemarah, dendam, dengki, cinta dunia dan lain-lain lagi sifat negatif mencorak sikapnya. Inilah dia orang syariat atau orang berfeqah sahaja. Pada pandangan mata lahir, dia seorang yang sangat baik kerana hukum Islam yang lahir sangat dijaganya. Tetapi di sisi Allah orang ini masih berdosa, yakni derhaka pada Allah kerana dia tidak menjalankan syariat batin yg diperintahkan oleh Allah. 

Lihatlah sabda Rasulullah saw: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kpd bangsa kamu dan tidak kpd harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan2 kamu.” (Riwayat At Tabrani). Maka org yg melanggar syariat batin ini, Imam Malik menjatuhkan hukum fasik. Yakni org berdosa, kalau mati tanpa taubat akan masuk neraka ttpi tidak kekal di dlm neraka.

2. Bertasawuf tanpa feqah, seseorang yg menjaga hati shj, seluruh atau sebahagian dari syariat batin (amalan batin) ttpi menolak dan meninggalkan syariat lahir semua sekali. Katakanlah dia sgt menjagai hati dari hasad, dendam, pemarah, jahat sangka di samping menyuburkan kasih sayang, simpati, tawakal, tawadhuk, sabar dan lain2 sifat mahmudah lagi. Ttpi dia tidak melaksanakan rukun Islam yg lima dan lain2 lagi. Inilah org yg berhakikat ttpi menafikan syariat. Pada Imam Malik, org ini dikatakan kafir zindiq iaitu kafir secara tidak sedar. Bila mati tanpa taubat, akan dimasukkan ke Neraka dan kekal di dlmnya.

Dalam masyarakat hari ini banyak kita temui mereka yang memisahkan ajaran Islam dan beramal dengan salah satu dari-nya. Ada yg bersyariat sahaja. Ada yang berhakikat saja. Bahkan ada yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Hal ini sebenarnya menyimpang dari ajaran Islam. Islam yang sebenarnya bukan begitu. Ia mesti diamalkan serentak antara syariat dan hakikat. 

Bila diamalkan, kita akan memperolehi hasilnya iaitu makrifatullah. Seperti sebiji buah, ada yang jadi kulit, ada isi dan ada rasa. Mana boleh kita pisahkan-pisahkan antara ketiga-tiganya. Semuanya mesti bagus, barulah kita mengatakan buah itu bagus. Kalau kulit saja busuk, tentu sudah ditolak orang kerana dikatakan buah itu tidak bagus.

Kesimpulannya, Islam seseorang itu hanya akan sempurna kalau dia mengamalkan syariat, tareqat dan hakikat secara serentak. Maka layaklah ia digelar taslim, yakni tunduk lahir dan batin. Siapa yang tidak sedemikian halnya maka Allah menempelak dengan firman-Nya: “Mereka bercakap dengan mulut mereka tetapi tidak seperti dalam hati-hati mereka.” (Ali Imran: 167). Ciri-ciri yang menyamai sifat orang munafik yang lahirnya lain, dalam hati pula lain. Moga-moga kita diberi hidayah dan taufik dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment