Saturday, February 6, 2010

FUNAN, PAN-PAN DAN SRIWIJAYA

Pada kali ini kita akan lihat mengapa Funan hilang dan apa kaitannya dengan Sriwijaya. Pendahulu Sriwijaya adalah Funan sebagaimana yang G. Coedes katakan. Funan pada mulanya ditolak jauh ke wilayah selatan Kemboja dan akhirnya ditendang keluar dari Kemboja oleh Chen-la, yakni bekas jajahan utara Funan pada separuh kedua abad keenam masihi. Kelas pemerintah Funan mungkin telah melarikan diri ke salah satu negara bawahannya yakni Pan-pan dengan tentera laut mereka. G. Coedes berfikir kaum elit Funan melarikan diri ke Jawa, tetapi jika difikirkan balik, Funan tidak mempunyai sebab untuk pergi ke tanah asing tersebut dan dikatakan penduduk di sana tidak mesra dengan orang asing.

KEKEJAMAN PEMERINTAH-PEMERINTAH JAWA: SATU FENOMENA TRADISI

Berdasarkan tajuk artikel diatas saya akan memaparkan sebuah penulisan mengenai pemerintah Jawa sejak zaman kerajaan Islam Mataram dan kekejaman salah seorang daripada mereka yang berkesinambungan hingga ke zaman moden. Mungkin ada dikalangan masyarakat Jawa di negara ini dan seberang terutamanya akan merasa tersinggung dengan artikel ini namun apa yang saya tulis sebenarnya bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka mana-mana suku tetapi adalah kebenaran. 

SIAPA SI RAJA HITAM JATUKHAM RAMATHEP?

Jatukham Ramathep, satu nama yang sangat asing bagi kita malah bagi sesiapapun yang tidak mengetahui bahasa thai. Malahan nama ini juga adalah tidak popular di Thailand sebelum tahun 1987. Pada tahun 1987 seorang pegawai polis bersara bernama Phantharak Rajjadej telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau menangkap penjenayah dengan mudah dan dapat menyelesaikan kes-kes berat dengan pantas. 

SRIKANDI KEPULAUAN MELAYU

Artikel yang bakal saya sajikan kali ini adalah istimewa untuk golongan wanita namun golongan pria juga digalakkan membacanya sebab sejarah dan ilmu itu tidak mengenal sempadan jantina. Saya akan memaparkan beberapa tokoh pejuang atau pahlawan wanita yang pernah hidup di Kepulauan Melayu ini. Mengapa saya memilih tajuk ini untuk ditulis kerana golongan ini yakni pahlawan wanita kurang diberi perhatian oleh para sejarawan dan peminat sejarah. Hal ini mungkin kerana terdapatnya pilihkasih terhadap jantina dalam masyarakat kita pada hari ini.

PERTARUNGAN PENDEKAR DENGAN NINJA

Artikel kali ini sebenarnya adalah kembangan kepada artikel Ilmu Perang Masyarakat Melayu yang telah saya tulis sebelum ini dalam siri kedua mengenai ilmu Silat. Di dalamnya saya ada menyentuh mengenai pertembungan Hang Tuah dengan Master-master Ninja di Siam. 

EKSPEDISI KETENTERAAN USA DI KEPULAUAN MELAYU

Pada hemat saya ramai sudah sedia maklum dengan penyerangan tentera Amerika Syarikat terhadap Afghanistan, Iraq dan Libya. Namun tahukah anda lebih daripada satu abad yang lalu Amerika telah memulakan campurtangan ketenteraan mereka di dunia Melayu? Ya, pasti ramai yang terkejut mendengar hal ini namun itulah hakikatnya. 

PERANG KASTILAN: MELAYU VS SEPANYOL

Tercatat didalam Jurnal Muzium Brunei 1986 sebuah artikel yang ditulis oleh John S Carroll bertajuk “Francisco de Sande's Invasion of Brunei in 1578: An Anonymous Spanish Account”. Apa yang menarik mengenai artikel ini adalah kerana ia menegaskan mengenai satu sumber berbentuk risalah yang menceritakan tentang peristiwa perang Kastilan. Perang ini adalah satu perang yang menjadi pengajaran kepada orang orang Sepanyol bahawa orang Melayu bukanlah selemah orang orang Aztec yang berjaya mereka tawan dengan mudah.

ADA APA DENGAN CHIH TU

Apa yang menyebabkan Chihtu menjadi sebuah kerajaan yang hebat dan penting untuk diketahui adalah kerana legasi yang ditinggalkannya. Legasi yang dimaksudkan adalah ia melahirkan para pemerintah elit Sriwijaya, Sri Dharmaraja, Sailendra dan beberapa lagi buah dinasti yang hebat-hebat. Tambahan lagi sepertimana yang dicatat oleh pengembara China ke kerajaan tersebut, Chihtu adalah sebuah kerajaan yang besar tamadunnya. Ianya bukan sebuah kerajaan orang gasar yang tidak bertamadun dan ketamadunan Chihtu ini menyebabkan teori mengenai kelahiran raja-raja dinasti Funan adalah tepat. Hal ini ditambah lagi apabila catatan dari Dinasti Sui menyebut bahawa Funan diasaskan oleh orang-orang dari Chihtu dan Pan-pan.

PEDANG ATAU SUNDANG LIPAS

Hari ini mari kita bersama berkongsi dan menyebarkan pengetahuan tentang salah satu daripada senjata Melayu yang juga kerap kali kita lupa. Senjata yang dimaksudkan ialah Pedang atau Sundang. Jarang kita dengar dalam kisah-kisah sejarah terdapatnya orang Melayu yang berperang dengan Pedang dan Sundang. Namun ini tidak bermakna ianya tidak wujud. Sebenarnya kedua-dua senjata ini merupakan sejenis pedang yang lurus dan panjang yang digunakan dengan dua belah tangan (seperti pedang samurai Jepun). Ia popular di Filipina, Borneo dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.

BUANG “SAINTIS MELAYU YANG DI BUANG JEJAKNYA”

Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace.

Friday, February 5, 2010

MISTERI PERADABAN KEPULAUAN MELAYU YANG TAK TERJAWAB

Tahukah anda bahawa tamadun Melayu Kepulauan Melayu menyimpan rahsia khazanah dunia yang masih tidak terungkai hingga sekarang? Ramai para pengkaji khususnya dari INDONESIA yang menyatakan bahawa Kepulauan Melayu adalah pusat peradaban dunia yang terawal sekali. Namun saya kurang setuju dengan hal ini kerana sebagai seorang Islam kita tahu bahawa tamadun terawal yakni tamadun Nabi Adam as bermula di timur tengah atau tepatnya di Mekah. namun sedikit demi sedikit tamadun ini bergerak ke Kepulauan Melayu dengan perpindahan dan perpecahan anak cucu Adam sehinggalah membentuk Tamadun Kuno Kepulauan Melayu yang sehingga kini masih diselubungi misteri.

HUBUNGAN KEILMUAN DIANTARA DUNIA MELAYU DENGAN CHINA PADA MASA LAMPAU

Perkongsian kali ini adalah tentang kajian yang dibuat oleh penyelidik kita tentang para ilmuan atau keilmuan Melayu yang mempunyai hubungan dengan negera China. Hasil kajian ini membuahkan sesuatu yang menakjubkan kerana kita dapat membuktikan bahawa keilmuan bangsa Melayu juga setaraf dengan tahap keilmuan bangsa lain seperti China, hinggakan ramai cendekiawan China yang datang untuk menuntut dengan ilmuan Kepulauan Melayu.

KERAJAAN KERAJAAN MELAYU YANG TEWAS

Kerajaan kerajaan Melayu di Kepuluan Melayu ditawan oleh Portugis kerana perpecahan. Inilah yang diberitahu oleh Sarjana Portugis. Semoga artikel yang saya perolehi dari portal UKM ini memberi pengajaran dan peringatan kepada kita betapa pentingnya sejarah itu dipelihara dan dikaji selidik sebaiknya. Jangan sampai orang luar lebih tahu sejarah kita berbanding kita sendiri, malu rasanya saya tak tahulah anda malu ke tidak.

TUN PERAK, WIRA YANG DILUPAKAN

Peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini. Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. 

PIRAMID BERASAL DARI KEPULAUAN MELAYU?

Sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para ahli kaji purba dari barat dan negara jiran yang menunjukkan bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Kepulauan Melayu. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland. Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli kaji purba, kajibumi dan sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudo-science dan kajian purba yang terlarang. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.

KAUM SE MALA DARI SUNDALAND (KEPULAUAN MELAYU)

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bangsa Melayu awal. Putihkah? Atau hitamkah atau kelabu? Persoalan ini mungkin nampak kompleks, namun tuan-tuan sekalian penjelasannya memang ada jika kita tahu dimana untuk mencarinya. Artikel kali ini cuba untuk memberi sedikit penerangan mengenainya.

FAKTA YANG TELAH DILUPAKAN

Berikut adalah beberapa fakta zaman ini berkenaan bangsa besar Rumpun Melayu dan bahasanya. Ramai yang beranggapan istilah Melayu itu hanya istilah syok sendiri orang Malaysia atau diberikan oleh British dan lain-lain penjajah dan sebagainya. Namun ternyata dakwa dakwi berkenaan tidak benar. Istilah Melayu telahpun menjadi istilah penyatuan bagi seluruh bangsa rumpun ini atau rumpun Kepulauan Melayu sejak sekian lama lagi, dan dipersetujui oleh  pemimpin-pemimpin dunia Melayu ketika itu.

BANGSA KEPULAUAN MELAYU DAN TANAH BERTUAH EDEN OF THE EAST

Artikel kali ini akan mengetengahkan mengenai Kepulauan Melayu sebagai Atlantis atau Garden Of Eve yang sering disebut-sebut oleh masyarakat barat. Kita yakin bahawa Kepulauan Melayu adalah tempat yang paling sesuai untuk ciri-ciri yang telah diberikan oleh para cerdik pandai dan pendita tamadun-tamadun dunia sejak beribu-ribu tahun. Sepertimana kebiasaannya yang kita baca dalam epic-epik atau kisah tentang syurga dunia atau Garden Of Eve, kita sering mendengar bahawa mereka menggambarkan tempat tersebut sebagai sebuah tempat yang beriklim tropika.

HANG TUAH AND KNIGHT OF THE ROUND TABLE

Sejak beberapa bulan yang lepas saya sering terbaca di laman-laman sesawang tentang isu Hang Tuah dan lima saudaranya. Wujud atau tidak wujud? Itulah persoalan yang sering dimainkan. Bagi saya, sama ada Hang Tuah itu wujud atau tidak sebenarnya bukanlah perkara yang paling utama. Saya tahu ini adalah suatu kenyataan yang pelik bagi seorang yang berlatar belakangkan pendidikan sejarah.

SRIWIJAYA BERMULA DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU

Terdapat begitu banyak salah faham dan kekeliruan tentang sejarah peringkat awal Asia Tenggara. Keadaan ini tidak  begitu banyak berubah sepanjang 100 tahun kebelakangan ini. 

Thursday, February 4, 2010

KISAH PILU SRIKANDI ACEH CUT NYAK DHIEN

BANGSA MELAYU DAN BANGSA YUNANI

Oleh kerana sekarang banyak pihak yang sedang hangat memperkatakan mengenai peristiwa kemusnahan salah satu Candi Melayu Purba di Kedah maka saya tergerak hati untuk menulis sedikit ulasan yang ada kaitan tentangnya. Mengenai Candi tersebut serta candi-candi lain yang terdapat di Lembah Bujang terdapat sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan telah cuba untuk mengubah fakta sejarah. Saya tidak perlu menyebut pihak mana tetapi saya pasti para pembaca semua sudah sedia maklum akan hal tersebut. 

NABI NUH, SUMERIA DAN KEPULAUAN MELAYU

Kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa di Kepulauan Melayu sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.

MISTERI TANAH PARA NABI

Bagi meneruskan kesinambungan mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya persembahkan satu artikel berbentuk HIPOTESIS untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi iaitu zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.

RUNTUHNYA KERAJAAN MELAYU SINGGORA

Pada kali ini saya ingin memaparkan satu artikel mengenai sebuah kerajaan Melayu yang telah lama lenyap dari peta tanah Semenanjung Emas. Pada masa dahulu kerajaan ini pernah menjadi salah satu daripada kerajaan yang terkuat dan terkaya di utara Semenanjung Emas. Namun kegemilangannya tidak bertahan lama akibat dari dengki dan dendam kerajaan yang berjiran dengannya nun jauh  di utara. Dalam beberapa tahun sahaja kerajaan ini berjaya dimusnahkan. Sehingga hari ini orang Melayu bukan lagi penduduk majoriti di Singgora atau Songkla. Sebaliknya lebih ramai orang Thai yang mendiami negeri ini. Malahan ramai anak-anak Melayu Singgora yang tidak lagi fasih berbahasa Melayu Jawi.

WAYANG MALAYANG

Bagi posting kali ini saya hanya mahu memaparkan satu maklumat yang ringkas sahaja. Ianya adalah berkenaan hubungan orang Melayu purba dengan orang Khmer serta kebudayaan Wayang Kulit. Sebenarnya para pembaca sekalian, hubungan diantara dua bangsa purba ini sangat misteri. Masih ramai yang tidak tahu bahawa golongan Mon-Khmer ini juga adalah saudara terdekat kita dari segi genetic. Terdapat banyak persamaan diantara orang Khmer dengan orang Melayu terutama kelompok Melayu tua seperti Kelantan-Pattani-Champa dan Kedah atau lebih mudah disebut Melayu Langkasuka dan Segenting kra.

BAHASA NUSANTARA SEBAGAI INDUK BAHASA SANSKRIT

Shyama Rao merupakan seorang linguist yang menulis buku-elektronik berjudul “The Anti-Sanskrit Scripture” yang terdapat di perpustakaan maya Ambedkar. Rao telah mengkritik tanggapan akademis bahasa dunia bahawa bahasa Sanskrit adalah induk semua bahasa di Asia Selatan bahkan sampai Eropah Barat, demikian juga aksara Deva Nagari yang diakui berasal dari negeri para dewa tersebut.

MISTERI BANGSA NAGA

Kali ini kita akan membincangkan mengenai bangsa Naga yang menjadi lagenda dalam masyarakat Hindu-Buddha dan dunia amnya. Dalam artikel ini kita akan lihat siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bangsa Naga dan adakah mereka benar-benar wujud.

BANGSA NAGA DAN AUSTRONESIA

Dalam artikel ini kita akan lihat dengan lebih mendalam lagi peranan yang dimainkan bangsa ini di benua India dan apa kaitan seterusnya dengan rumpun Melayu Nusantara. Sebelum itu cuba kita baca apa yang ditulis oleh David Hatcher Childres, seorang pengkaji dan pengembara bebas:

TEKNOLOGI KELAUTAN MELAYU DIKAGUMI DUNIA

Siapa kata Tamadun Melayu tidak menghasilkan teknologi yang hebat dan dikagumi masyarakat dunia termasuk masyarakat Eropah? Tuduhan bahawa bangsa rumpun Melayu tidak berteknologi dan inovasi adalah tuduhan yang tidak berasas. Sesuatu tamadun itu ada zaman jatuh dan bangunnya, walaupun tamadun Melayu pernah berada didalam keadaan lemah setelah jatuhnya Empayar Melaka, namun tamadun Melayu masih mampu bangkit semula dan merupakan salah satu daripada tamadun yang tidak pupus sejak beribu-ribu tahun jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun seperti Mesir Kuno, Rom, Yunani, Mesopotamia serta Harappa. Oleh itu kita sebagai bangsa rumpun Melayu seharusnya berbangga dan bukannya malu dan mencemuh tamadun bangsa sendiri.

Wednesday, February 3, 2010

MELAYU, SRI LANKA DAN CHOLA

Sebelum saya memberikan penerangan mengenai penguasaan Raja-Raja Melayu di Sri Lanka secara menyeluruh, adalah amat molek sekiranya saya memaparkan dahulu satu kisah mengenai seorang tokoh Melayu Agong dalam sejarah yang bernama Samara Vijayatungga. Kalau kita cari nama ini dalam buku-buku sejarah tempatan mengenai Sriwijaya adalah sukar untuk kita temui. 

CHOLA DIBAWAH SRIWIJAYA

Beberapa tahun lepas semasa saya sedang mengikuti sebuah forum online mengenai sejarah Asia tenggara saya mendapat satu maklumat. Namun begitu pada masa tersebut saya masih belum tergerak hati untuk menulis atau menganalisa mengenai maklumat tersebut. 

PRASASTI BOLANA DAN SRIWIJAYA

Catatan kali ini adalah hasil pengkajian Bolana Slab oleh Dr. Senarat Paranavitana seorang arkeologis dan dipersetujui oleh Chand Chirayu Rajan pengkaji dari Thailand. Prasasti Bolana adalah mengenai perkahwinan Puteri Raja Parakramabahu VI dengan seorang Putera Kerajaan Padyan. Dalam prasasti ini turut disebutkan keturunan Raja Parakramabahu VI. Dalam salasilah ini kita akan jumpa beberapa nama yang ada kaitan dengan Melayu dan Sriwijaya.

MANABHARANA PENAKLUK GANGAIKONDACHOLAPURAM

Sebelum saya meneruskan agenda utama dalam penulisan kali ini iaitu mengenai seorang lagi tokoh agung Melayu yang berperanan dalam melumpuhkan Empayar Chola, saya ingin memperkatakan sedikit mengenai kerajaan Pandya. 

TEORI KEMELAYUAN

Sejak akhir-akhir ini kesedaran mengenai ketamadunan Melayu lama atau kuno semakin meningkat dikalangan anak-anak muda Melayu di negara ini. Walaupun masih ada pihak tertentu yang agak pesimis mengenai perkara ini namun bukti-bukti daripada rujuk silang yang diperolehi daripada kajian-kajian pengkaji luar telah memberikan input yang banyak. 

RUMPUN MELAYU BUKAN PENDATANG

Kejahilan  mengenai apa yang disebut sebagai RUMPUN MELAYU sejak akhir-akhir ini dilihat semakin berleluasa. Hal ini berkemungkinan kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita terutama yang bukan dari rumpun tersebut mengenai sejarah Melayu. Apa yang difahami mereka adalah suku kaum seperti Bugis, Banjar, Bajau, Suluk, Cham, Kerinchi, Acheh, Ambon, Minang, Sunda, Jawa dan sebagainya bukan daripada RUMPUN Melayu. Mereka menyempitkan fahaman rumpun bangsa itu kepada suku kaum sahaja.

KEPALA PATUNG DEWA VISHNU BERUSIA 4,000-3,500 DI VIETNAM

Terdapat laporan dari Vietnam bahawa adanya penemuan sebuah ukiran patung Vishnu purba. Mengikut laporan yang dibuat oleh Jawatan Kuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, patung Vishnu tersebut digambarkan sebagai patung kepala Dewa Vishnu dari kebudayaan Oc Eo yang berusia lebih kurang 4000 hingga 3,500 tahun. 

CUT NYAK MEUTIA: SRIKANDI MELAYU YANG SYAHID DI MEDAN TEMPUR

Selamat menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada semua umat Islam di Malaysia. Sempena hari yang mulia ini saya ingin memaparkan satu artikel mengenai seorang pahlawan atau srikandi yang syahid kerana mempertahankan agama, bangsa dan negaranya dari dirogol penjajah Belanda.

MALAYSIA TIADA PAHLAWAN NASIONAL?

Saya tergerak untuk menulis artikel ini kerana terdapatnya tohmahan dari sesetengah pihak atau individu tertentu dari negara jiran yang mengatakan bahawa bangsa Malaysia tiada pejuang atau penentang terhadap penjajahan British. Mereka beranggapan bahawa bangsa Malaysia ini lemah dan lembik kerana Malaysia merdeka dengan cara yang aman dan tidak berklakunya konflik yang menumpahkan darah anak watan seperti negara mereka. Ternyata dakwaan bahawa kita tiada pejuang ini adalah spekulasi rambang semata-mata. Kita sebagai rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa memang wujud penentangan terhadap pendudukan British di Tanah Melayu ini sejak awal lagi. Seharusnya orang seberang harus peka dengan sejarah negara serantau dan tidak membuat tuduhan melulu bagaikan orang tidak bersekolah.

APA SALAH MELAYU?

Saya pasti anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an. 

Tuesday, February 2, 2010

PERANG 1511: MELAKA KALAH DENGAN MUDAH?

Masih terngiang-ngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang mengejek dan mencemuh dengan kata-kata “Alahh, apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang”. “Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya”, “Orang Melaka semua jakun sebab tak pernah tengok Meriam lalu lari lintang pukang”. Kalaulah mereka tahu hakikat yang sebenar, kalaulah. Sebenarnya apakah yang berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimanakah gambaran sebenar detik-detik Melaka mempertahankan dirinya dari diperkosa Portugis?

KERAJAAN BUTON: KERAJAAN MELAYU PENUH DEMOKRATIK

Mungkin ramai yang belum maklum tentang kerajaan Melayu Buton yang terletak di tenggara Sulawesi ini. Buton adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah tenggara Pulau Sulawesi. Pulau Buton pernah tercatat sebagai sebuah kerajaan di dalam naskah Nagarakretagama karya Prapanca pada Tahun 1365 Masehi dengan menyebut Buton atau Butuni sebagai Negeri Keresian atau tempat tinggal para resi dimana terbentang taman dan didirikan lingga serta saluran air. Rajanya dipanggil sebagai Yang Mulia Mahaguru. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapanya juga ada, menyebut nama Pulau ini.

SRIWIJAYA DAN AFRIKA

Buku-buku sejarah dunia selalu mengagung-agungkan Columbus, Magellan, Captain Cook dan lain-lain pelayar serta penjelajah barat sebagai The First atau The Greatest dari kalangan penjelajah dalam sejarah. Tetapi tahukah anda, ternyata piawaian mereka ini adalah jauh ketinggalan dari para pelaut Nusantara. 

RUMPUN MELAYU DI MADAGASKAR

Hari ini saya nak ketengahkan satu lagi rumpun bangsa kita yang agak jarang diketahui dan dibincangkan. Kita akan cuba melihat persamaan yang terdapat pada mereka dengan bangsa kita. Bangsa yang saya maksudkan ialah kaum Merina dari Madagaskar. Mungkin anda sudah selalu sangat mendengar bahawa cakupan bahasa dan budaya rumpun Melayu ini sangat luas dari Madagaskar hinggalah Pasifik bukan? Tetapi mungkin anda kurang tahu mengenai apakah persamaan bahasa dan budaya yang dimaksudkan tersebut. Oleh itu saya akan cuba untuk paparkan dalam tulisan ini sedikit sebanyak.

MEREKA LELUHUR KAMI

Tulisan saya kali ini mahu menyentuh sedikit perihal pihak tertentu yang menyatakan bahawa orang Melayu dan orang asli itu adalah satu entiti yang berbeza dan orang asli adalah pemilik sebenar Semenanjung ini. Pada pendapat saya tujuan atau niat sebenar mereka berbuat demikian bukanlah untuk memperjuangkan nasib orang asli atau masalah-masalah yang mendepani mereka tetapi untuk mengatakan bahawa orang Melayu itu tidak layak diberikan status Bumiputra dan taraf orang Melayu itu adalah sama seperti kaum lain yang dianggap sebagai pendatang.

SILAT HAWAII

Beberapa orang rakan bertanya saya mengenai asal usul silat. Saya sendiri juga masih membaca dan mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Ada pihak yang membuat andaian bahawa silat itu berasal daripada seni beladiri masyarakat luar Nusantara atau tamadun lain yang lebih maju seperti China dan India yang terkenal dengan seni beladirinya. Malah sering disebut-sebut oleh pihak tertentu yang silat itu asalnya sama seperti Taek Won Do dan Karate yang berasal daripada Kung Fu Shaolin. Manakala Kung Fu Shaolin pula dikatakan berasal daripada seni beladiri India yang dibawa masuk oleh seorang pendeta bernama Bodidharma. Ada juga yang berpendapat bahawa silat adalah gabungan daripada seni atau teknik beladiri masyarakat tempatan dengan teknik beladiri dari China dan juga India.

BANGSA MELAYU HINDU-BUDDHA

Saya runsing dengan masyarakat Malaysia zaman sekarang ini terutamanya dengan sikap segelintir daripada keturunan kaum imigran yang selalu sahaja membuat onar dengan menidakkan kewujudan sejarah Melayu kuno Hindu-Buddha. Mereka sangat susah untuk menerima hakikat bahawa rumpun Melayu pada zaman kuno pernah menganuti agama Hindu mahupun Buddha. 

BOMOH WANITA PENGARANG KITAB

Kali ini kita berkongsi mengenai kisah seorang wanita Melayu yang agak istimewa. Wanita ini bolehlah dianggap sebagai salah seorang penulis wanita Melayu awal. Wanita ini dipercayai telah lahir di Pulau Penyengat, Riau pada tahun 1885. Namun demikian asal usulnya masih kabur dan besar kemungkinan beliau adalah orang biasa atau rakyat marhaen sahaja dan bukan wanita bangsawan atau bak kata orang dulu-dulu ‘orang berada-ada’. 

MELAYU MALAYSIA ATAU MELAYU INDONESIA?

Hari ini saya ingin memperkatakan mengenai isu lama yang saya rasa masih belum selesai dan masih ramai yang keliru dan tidak faham iaitu isu siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bangsa Melayu sama ada di Malaysia atau di Indonesia menurut pandangan saya. Ada sesetengah individu yang tidak puas hati dengan saya kerana katanya saya menyudutkan suku-suku Nusantara yang lain sebagai Melayu di dalam penulisan saya, malah ada yang mengatakan saya sengaja memalsukan sejarah suku lain untuk menaikkan nama Melayu!

SERUAN GANYANG MALAYSIA

Kilasan Makna Seruan Ganyang Malaysia Bung Karno dan Project Neo Kolonialisme British di Asia Tenggara 

Monday, February 1, 2010

ADAKAH MELAYU SENTIASA KALAH?

Ada seorang hamba Allah, dia cakap dengan saya ‘Orang Melayu kita ni memang lemah sejak zaman dahulu lagi, apa pun buat semua tak menjadi, berperang dan bertempur dengan penjajah pun asyik kalah memanjang, tak ada apa yang hebatnya pada Melayu’. Persoalannya betul ke bangsa Melayu Nusantara kita ini sentiasa kalah dengan penjajah? Salah! Orang kita kalau fikir tentang perang dengan penjajah mesti teringat perang Melaka, itu sahaja yang ada dalam fikiran dan ingatan mereka yang tepu dengan pendidikan buku teks sejarah sekolah.

PENGLIBATAN MELAKA DALAM PERANG DI NEGERI LANXANG

Tahukah anda, bahawa Kesultanan Melaka pernah bertelagah dan bertempur dengan Kerajaan Annam atau orang Dai Viet (Orang Kuci)? Ya, kekuatan dan pengaruh Melayu Melaka di Asia Tenggara sebenarnya lebih dari yang kita jangkakan. 

PERANG JUNK CEYLON

NAGA LAUT DISUDU ANGSA, DIPIJAK GAJAH PUTIH DAN DIPATUK ULAR DARI CHANDI.

Perumpamaan diatas sebenarnya menggambarkan nasib sebuah kerajaan tua yang bersusur galur dari keturunan Raja Naga Laut (Merong), iaitu kerajaan Kedah pada masa tercetusnya perang di Ujung Salang (Phuket). 

SEWANG DAN MELAYU

Saya pasti ramai yang tahu apa itu upacara sewang, tetapi bagi yang tidak tahu mari sini saya nak bagitahu. Upacara sewang merupakan satu upacara berbentuk ritual yang bertujuan sama ada untuk mengubati penyakit ataupun bagi meraikan roh nenek moyang yang diamalkan oleh masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia. Sewang ada pelbagai jenis bergantung kepada tujuan ia dilakukan dan juga berbeza mengikut setiap komuniti orang asli yang berlainan.

LOST CITY IN PAHANG

The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time, tons of their precious metal. (Further India)

RUMPUN MELAYU DI TANAH TINGGI VIETNAM

Sememangnya rumpun bangsa Melayu adalah antara yang paling awal mendiami wilayah IndoChina. Sejarawan seperti Julie Shackford menyebut bahawa penduduk awal wilayah Red River Basin atau Delta Tonkin di Negara Vietnam sekarang adalah masyarakat Austronesian atau rumpun Melayu. 

MISTERI PAUH JANGGI

Saya pasti ramai yang tidak pernah melihat pokok Pauh Janggi atau lebih dikenali dengan nama kelapa laut yang nama saintifiknya ialah Lodoicea Maldivica. Pokok kelapa laut atau Pauh Janggi ini sering dikaitkan dengan Lagenda Pelayaran Melayu sejak turun temurun. Seperti yang kita ketahui, nenek moyang kita zaman dulu terkenal sebagai ahli pelayaran yang hebat dalam ilmu kelautan dan sering belayar ke merata tempat di lautan luas dari Australia hinggalah ke Afrika.

PENGGUNAAN KOTA DAN KUBU DI ALAM MELAYU

Kota dalam bahasa Melayu sebenarnya mempunyai beberapa pengertian bergantung kepada fungsi. Kota boleh bermakna pekan atau bandar. Manakala pusat pemerintahan sesebuah kerajaan Melayu itu juga sering digelar sebagai kota. Selain itu kota juga kadang-kadang disamakan dengan kubu pertahanan. Jika ditinjau dari segi fungsinya, kota dan kubu ada peranan yang berbeza. Biasanya dalam catatan teks historiografi Melayu, kota akan dikaitkan dengan pusat Kesultanan atau kompleks Istana raja.

ZABAG DAN PERANAN BANGSA ‘NAGA’

Sebelum ini saya pernah menulis berkenaan bangsa Naga dalam blog ini. Kali ini satu lagi artikel saya paparkan untuk anda yang dapat menguatkan lagi hipotesis bahawa Bangsa Naga adalah puak-puak Austronesia yang terdiri daripada Orang Laut atau rumpun Melayu Nusantara. 

OKINAWA, BAHASA MELAYU DAN SAYUR CAMPUR

Siapa yang tak tahu dengan tempat bernama Okinawa. Ia adalah sebuah kepulau kecil yang mempunyai hubungan rapat dengan Alam Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Di kepulauan inilah terletaknya kerajaan Ryukyu yang terkenal di kalangan kita sebagai salah satu tempat yang pernah dijejaki oleh pahlawan agung Melayu yakni Hang Tuah.

Sunday, January 31, 2010

TEKNOLOGI SENIBINA MELAYU PRA-ISLAM

 Jika kita membicangkan mengenai teknologi Melayu pra Islam maka tidak boleh tidak kita akan memperkatakan mengenai teknologi seni bina Melayu purba pada zaman Sriwijaya, Funan dan Champa. Kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun Melayu ini terserlah menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti wat dan candi. Seni bina Melayu Funan sebagai contohnya dapat dilihat manifestasinya di Kemboja sekitar sebelum abad ke 7 Masihi malah menjangkau ke beberapa abad selepas itu terutamanya zaman Chenla kerana kerajaan ini adalah warisan Funan juga, malah ada yang mengaggap wat Anghkor yang terkenal tersebut sebagai benda ajaib dunia.  Kerajaan Anghkor sebenarnya adalah warisan kerajaan Chenla, kerajaan ini juga ada hubungan politik dan intelektual dengan kerajaan Melayu Champa.

PENGARUH MELAYU DI ISTANA KEMBOJA: ABAD KE 16

Artikel kali ini adalah mengenai pengaruh orang Melayu di Kemboja sekitar zaman pasca Angkor atau zaman dimana hagemoni kerajaan Khmer telah mengalami kemunduran teruk akibat serangan bertubi-tubi daripada Siam dan Vietnam serta pemberontakan dalaman. Sebelum itu ingin saya maklumkan bahawa sebenarnya pembabitan rumpun Melayu atau orang Melayu dalam politik istana Khmer sebenarnya telah bermula sejak zaman purbakala lagi. 

HUBUNGAN SRIWIJAYA DAN KERAJAAN CHOLA

Hubungan Empayar Melayu Sriwijaya dengan Kerajaan Chola selatan India adalah sebuah hubungan yang agak kompleks. Adakalanya hubungan kedua kerajaan ini renggang sehingga membawa peperangan dan pada masa lain pula baik bagaikan saudara. Sebelum kita pergi lebih jauh saya ingin membawa anda ke selatan India bagi memperkenalkan kerajaan India yang pada suatu masa dahulu pernah menyerang Nusantara.

KOTA MELAKA YANG SEBENAR

Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510, pihak Portugis sering menghantar pengintip mereka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. 

PENGARUH MELAYU DALAM MASYARAKAT BUGIS MAKASSAR

Sesungguhnya, kehadiran bangsawan Bugis Makassar di Tanah Melayu tak ubahnya seperti fenomena arus balik sejarah. Jauh sebelum mereka masuk ke jantung kekuasaan Melayu, orang orang Melayu lah yang lebih dahulu berperan dalam dinamika lokal di negeri Bugis Makassar.

TANAH PARA DEWA, TEORI TANAH PUNT

Teori Punt di Nusantara adalah lebih kukuh berbanding dengan teori-teori lain. Salah satu buku rujukan adalah karya Sir Thomas  Stamford Raffles, The History of Java. Beliau menyatakan bahawa sememangnya ada petunjuk yang menyatakan bahawa terdapatnya pertapakan masyarakat Mesir purba di kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara. 

HUBUNGAN SRIWIJAYA DENGAN PARSI, KHILAFAH DAN KINGDOM OF PRESTER JOHN

Dalam artikel ini kita akan lihat sebesar mana dan sejauh mana pengaruh Sriwijaya dalam lembaran sejarah dunia. Agak sukar untuk kita mencari catatan tentang Sriwijaya dalam hikayat atau catatan tempatan, hal ini mungkin kerana kurangnya kesedaran dikalangan rakyat marhaen Sriwijaya untuk menulis.

JAWAKA

Kali ini kita cuba untuk membincangkan sedikit sebanyak penjelasan tentang sebuah empayar yang dinamakan oleh orang orang Arab sebagai Zabag atau Zabaj. Tidak diketahui secara tepat sejak bila orang orang Arab mula mengenali sebuah kerajaan yang bernama Zabag ini. Namun demikian antara catatan terawal yang dijumpai menyebut nama Zabag adalah catatan daripada Ibnu Khordazbeh sekitar tahun 844-848 M. 

KAMBOJAS

Artikel kali ini akan membuka satu topik yang pada saya agak kritikal dan kabur dalam pensejarahan dunia dan Asia Tenggara khasnya iaitu mengenai asal usul bangsa atau suku yang diusebut sebagai Kambojas. Siapakah sebenarnya suku Kambojas dan apakah kaitannya dengan kita? 

PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG?

Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan negara-negara kota Melayu saya telah terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun.

Saturday, January 30, 2010

SRI LANKA PERNAH DITAKLUK OLEH KAUM MELAYU

Lebih kurang 200 tahun setelah seorang putera Melayu dari kerajaan Tambralinga atau Sri Dharmaraja menjadi pemerintah dan pengembang empayar Angkor di Kemboja, seorang lagi Raja berdarah Melayu dari negeri Melayu Segenting Kera ini telah membuktikan supremasi bangsa Melayu di peringkat antarabangsa. 

PENYELEWENGAN YANG “DAH TERANG LAGI BERSULUH”

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya jadi begitu bersemangat untuk menulis artikel apabila membaca artikel yang ditulis oleh ‘sang penggigit kayu’ dalam blog beliau. Saya juga tertarik untuk membaca artikel-artikel lama beliau yang sebelum ini membuatkan saya tercengang dan percaya membabi buta. Namun hari ini saya hendak mengemukakan sebuah artikel yang menyebabkan saya merasa ragu dan sangsi terhadap kreadibiliti beliau dalam menyampaikan fakta-fakta sejarah dalam blog tersebut. Malahan artikel ini adalah salah satu daripada artikel yang membuka pekung dan yang berjaya menyedarkan saya tentang pembohongannya. Disini saya lampirkan artikel tersebut yang diambil dari blog beliau:

SRIKANDI THAILAND

Mungkin ada diantara anda yang pernah menonton sebuah filem Thai yang bertajuk The Legend of Suriyothai yang pernah ditayangkan di sebuah stesen TV swasta negara ini beberapa tahun lepas. Atau mungkin ada yang menontonya di layar perak. Apa yang saya hendak perkatakan mengenai filem ini terungkap dalam satu perkataan ‘MENAKJUBKAN’. 

WONG FEI HUNG

Wong Fei Hung yang Islam menentang kerajaan Manchu yang korup dan kejam. Hal ini memang terbukti dalam sejarah China kerana pada zaman Manchulah pemberontakan yang paling banyak dan paling besar pernah dilakukan oleh orang-orang Islam China, antaranya ialah pemberontakan Panthay 1856–1873. Berjuta umat Islam dibunuh dalam pemberontakan ini oleh tentera Manchu.

TEKNOLOGI MELAYU MEREMPUH BADAI

Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian kecil masyarakat Melayu sahaja. 

KEDAH BUKAN MELAYU?

Artikel saya pada kali ini adalah ulasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh seorang Forumer dalam sebuah Forum. Dibawah adalah lampiran tulisan Forumer tersebut.

MALING OH MALING

“Udah kalo budayanya kurang salah sendiri kenapa dari dulu buat sih GAK KREATIF TAU ENGGAK SEKARANG JUGA DICURI LAGI BUNGA RAFFLESIA ARNOLDI DI MALAYSIA TRULY ASIA”.

PENGGUNAAN KERIS DALAM ISTANA

Ayuthia Pengaruh Keris sebenarnya bukan sahaja terhad kepada dunia Melayu sahaja malahan ianya telah melimpah ke dunia masyarakat IndoChina yang bukan dalam rumpun Melayu atau lebih tepat dikatakan orang Siam atau Thai pada zaman Ayuthia. 

JIKA BENAR AYUTHIA ITU ISLAM

Jika benar kerajaan Ayuthia adalah Islam maka kerajaan Turki Utmaniah tidak akan membiarkan ianya jatuh ketangan kafir Portugis ataupun Siam penyembah berhala. Walaupun Hamzah Fansuri pernah belajar ke sana namun beliau bukan belajar atas nama kerajaan Siam tetapi beliau belajar dengan orang Islam dari Parsi yang mengajarkan ajaran Ibnu Arabi. Sewaktu Hamzah Fansuri ke Ayuthia itu orang Islam Parsi menjadi tunggak utama istana Ayuthiya dimana mereka menjadi penasihat utama, wazir dan menteri-menteri kanan dan sangat dipercayai Raja Narai. Namun mereka turut menyatakan bahawa Raja Narai masih tidak mahu meninggalkan agama asalnya iaitu menyembah berhala. Ini adalah daripada catatan Parsi sendiri.

TRADISI ILMU SAINS DALAM TAMADUN MELAYU

Terlalu banyak jika hendak diperkatakan mengenai masyarkat Melayu dan budayanya. Tetapi apa yang perlu difahami ialah elemen kemanusiaan menjadi perkara paling penting dalam setiap diri manusia yang bernama Melayu itu, yang bermaksud orang Melayu itu sangat peka akan rasa atau perasaan orang lain. 

Friday, January 29, 2010

RAHSIA BANGSA YANG HILANG

Di bawah ini adalah kata alu-aluan daripada Editor MistisFiles. Beliau adalah ketua pengarang merangkap Pemegang Rahsia Terutama dan mempunyai beberapa akses elit di bahagian-bahagian sulit di Arkib MistisFiles. Beliau menggunakan codename 'Lodgekeeper'. Disamping tugasnya sebagai Penjaga Kunci Ruangan Rahsia (The Secret Chamber), Lodgekeeper juga bertanggungjawab menyelia penyelidikan di sebelah rantau Asia khususnya di sebelah Asia Tenggara. Ingat, siapa Lodgekeeper itu tidaklah begitu penting, yang paling penting adalah ilmunya dan mesej yang ingin disampaikannya.

MELAYU DALAM ERTI KATA YANG LEBIH LUAS

Mindanau ialah pulau ke-19 terbesar di dunia. Ia adalah pulau Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu di sini dalam erti kata yang luas.

SRIWIJAYA ITU MELAYU

Bangsa Melayu bukan bangsa pinggiran dan bukan bangsa yang tiada tamadun. Malahan bangsa Melayu, tamadunnya melangkaui dunia Melayu itu sendiri. Dan istilah bangsa Melayu itu bukan dicipta oleh British atau Belanda tetapi telah wujud sejak beribu tahun lamanya.

DI MANA SEBENARNYA SRIWIJAYA?

Dimanakah sebenarnya terletak ibu kota kerajaan Sriwijaya yang maju dan megah itu? dimana? Persoalan yang tak pernah terjawab tanpa sebarang keraguan. Sehingga hari ini ramai cendekiawan cuba untuk membuat andaian dan telahan berdasarkan bukti yang mereka jumpai. 

MELAYU BANGSA DIPLOMASI

Melayu, bangsa paling bertolak ansur di dunia. Itulah hakikatnya. Dengan mengambil kira situasi di mana puak-puak chauvinist tak henti-henti mempertikaikan hak keistimewaan Bumiputera di bumi Malaysia ini, penulis memutuskan untuk menyiarkan semula jawapan hampir 40 tahun dahulu daripada dua orang mantan pemimpin komuniti Cina dan India di negara kita yang bersikap rasional mengenai sejarah dan realiti masyarakat di Malaysia. 

ILMU PERANG DALAM MASYARAKAT MELAYU

Tamadun Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri yang mana tidak terdapat di tamadun-tamadun barat. Walaupun kepulauan Melayu dekat dengan tamadun yang besar dan hebat seperti China dan India namun demikian tidak kesemua aspek kehidupan masyarakatnya dipengaruhi daripada kedua-dua buah tamadun ini dan perkara ini termasuklah dalam hal-hal berkaitan ilmu peperangan. 

SRIWIJAYA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KHMER

Ramai yang tidak faham apa kaitannya orang Melayu atau Tamadun Melayu dengan Tamadun Khmer. Sebenarnya kaitan antara kedua kaum ini telah berlaku sejak beribu tahun dahulu. Sekurang-kurangnya pada zaman Sriwijaya sebagai empayar kelautan terbesar dan terkuat di Asia Tenggara. 

RAJA KEMBOJA SURYAVARMAN 1 BERDARAH MELAYU

Ramai sarjana masih memperdebatkan mengenai kesahihan fakta ini, namun demikian bukti-bukti yang berjaya ditemui oleh para sejarawan tempatan mahupun dari luar cenderung untuk mengesahkan teori tersebut. 

TAMADUN MISTERI NUSANTARA

Penemuan tapak Arkeologi Sungai Batu adalah satu patukan berbisa kepada semua pihak sama ada di negara ini atau di negara-negara jiran di seluruh Asia Tenggara. Tamadun yang dijumpai dianggap bukan tamadun yang calang calang hebatnya. Sebelum ini saya ada memaparkan artikel yang menyentuh berkenaan penemuan relau relau purba yang menunjukkan terdapatnya sebuah tamadun yang sangat terkehadapan. 

BUKTI SAINS ASAL-USUL BANGSA MELAYU NUSANTARA

Artikel di bawah ini membincangkan mengenai bagaimana leluhur orang Melayu tersebar ke seluruh Nusantara dan bagaimana bukti baru ini dapat menolak teori Yunnan dan Taiwan. Ianya adalah sebuah hasil kajian yang saya harap dapat membuka minda bangsa kita terutamanya saudara-saudara kita dari Indonesia yang sentiasa merasakan yang mereka lebih superior dari segi darah keturunan dan ketulinan KeMelayuannya. 

Thursday, January 28, 2010

SENIBINA MELAYU

Senibina rumah melayu adalah salah satu lokal genius yang paling hebat bagi saya. Bagi anda yang sejak dalam rahim hingga nak hampir liang lahad tak pernah keluar dari Kuala Lumpur or bandar-bandar besar pasti takkan jumpa senibina rumah Melayu asli yang mengagumkan. Kecualilah kalau anda duduk Kampung Baru. Kalau ada masa rajin-rajinkanlah diri melawat pantai timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu. Dua negeri itu boleh dikatakan sebagai syurga pencinta senibina Melayu lama.

GURINDAM HIKMAT MELAYU

Bangsa Melayu pernah kuat,

Buka tanah guna tulang empat kerat,

Masih sempat berbini empat,

Tongkat Ali jamu khasiat.

ILMU PERANG MELAYU

Ada sesiapa yang tidak kenal dengan Mat Kilau? Beliau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu atau Tok Gajah atau Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.

KEHEBATAN TEKNOLOGI MELAYU

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau Yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

PERANG MELAKA-PORTUGIS

Sejak di sekolah rendah kita diajar tentang kekalahan empayar Melayu Melaka ke tangan bangsa Portugis pada tahun 1511. Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah empayar sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah-olah tiada langsung perlawanan. Buku-buku rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. Kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. Tambahan lagi kononnya Melaka tiada senjata mariam dan senjata api jika adapun ianya tidak setanding dengan Portugis. Betapa bebalnya orang Melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. Ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa Melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.

SENJATA API MELAYU

Bagi memulakan bicara mengenai meriam, saya rasa seelok-eloknya saya membincangkan mengenai meriam yang boleh dikatakan paling terkenal dalam masyarakat kita iaitu Seri Patani dan 2 buah adiknya. 

LELA RENTAKA - SENJATA MELAYU BERTARAF ANTARABANGSA

Ramai sekali daripada kita yang tidak pernah mendengar atau lengetahui langsung tentang Lela dan Rentaka atau disebut Lantakas dalam bahasa Inggerisnya. Namun demikian senjata Melayu yang satu ini mempunyai sejarah yang panjang dalam perjuangan melawan penjajah bangsa. Boleh dikatakan selain keris, Lela dan Rentaka adalah salah satu jenis senjata bangsa kita yang paling terkenal di kalangan orang barat sejak awal kedatangan mereka lagi.

ISTINGGAR: MALAY FLINTLOCK MUSKET

Kali ini kita akan membincangkan mengenai satu lagi senjata api Melayu yang amat terkenal pada zaman dahulu iaitu istinggar. Seperti juga rentaka, hari ini istinggar hampir tidak diketahui langsung oleh generasi muda. 

PEMURAS: BEAUTIFUL BUT DEADLY

Saya tahu pasti ramai diantara anda yang tidak tahu apakah itu Pemuras. Sekali dengar seolah-olah seperti sejenis alat untuk memasak atau alat penyeksaan, betul tak? Sebenarnya Pemuras atau dalam bahasa Inggeris ianya dikenali sebagai Blunderbuss adalah sejenis bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung (macam senapang gajah dalam cerita katun) dan digunakan bersama peluru timah hitam atau lead.

RENCONG: MY WEAPON OF CHOICE

Rencong atau Rincong atau Rintjoeng adalah senjata pusaka bagi rakyat Aceh dan merupakan simbol keberanian, keperkasaan, pertahanan diri dan kepahlawanan Aceh dari abad ke abad. Menurut salah satu sumber, Rencong telah dikenal pada awal Islam Kesultanan di abad ke-13. Aceh sebagai sebuah kekuatan tentera terpenting di dunia Melayu dengan persenjataan yang lengkap. Kerana hubungan antarabangsa dengan dunia barat, bentuk rencong juga mulai mengikuti perkembangannya, terutama Turki dan anak benua India.

Wednesday, January 27, 2010

PERJUANGAN

Kalau Bangsa MELAYU Tidak Menyedari Hakikat Perjuangan Terutamanya "Menteri Bacul", Tak Lama Lagi Bangsa MELAYU Akan Tenggelam Dalam Gelombang Bangsa Yang Menumpang, Tidakkah Kalian Ingat Amanat Terakhir Mat Kilau "Jaga Agama, Jaga Bangsa Dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Tanah atauNegara". 

WAAHAI SEKALIAN BANGSAKU "MELAYU" SAMPAI BILA NAK MENGALAH?

Datang bersembah,
Diberi ruang di bumi bertuah,
Tuan rumah beralah,
“Biarlah, takpa, kita bantulah"...

KISAH BERMULANYA RAJA-RAJA MELAYU

ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya, nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Suran juga. Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, MELAYU namanya. 

CIKGU SITI KALSOM ATAU IBU GAYONG

Allahyarhamah Siti Kalsom dilahirkan di Pulau Sudong pada tahun 1948. Beliau telah diserahkan oleh bapanya, Allahyarham Daeng Naning bin Ahmad kepada Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, yang ketika itu telah berpindah di Singapura untuk dipelihara. Sebelum daripada itu, iaitu semasa Siti Kalsom masih lagi di dalam kandungan ibunya, Allahyarhamah Puan Menah, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah bermimpi dan mendapat alamat daripada mimpinya itu. 

SENI KERIS

Jika keris menjadi senjata pendekar MELAYU, pastinya dipenuhi ‘isi permainan’ dan penuh berahsia. Dalam dunia persilatan, seseorang yang tahu berseni keris akan tahu ‘bisa keris’ di tangan. Orang-orang dahulu (para pesilat lama) menyimpan keris kerana mereka tahu berseni keris dan tidak menjualnya. Setiap keris lama ada cerita, rahsia, dan adat tersendiri yang bukannya dibuat sesuka hati.

PANGLIMA PERANG KESULTANAN BANJAR DIKHINATI



Al-Marhum Demang Lehman adalah seorang Panglima perang dalam Perang Banjar- Perang penentangan pihak belanda pada Era Sultan Hidayatullah ll di Kalimantan. Beliau lahir di Martapura pada tahun 1832 dan meninggal pada 27 Feb1864 di Martapura juga.

SEMUTAR HITAM

Gagak Hitam: "Rupanya SILAT kamu SILAT PENDEKAR DAYUS!, Kau Takut Mati! Tapi itu yang aku Mahu! Supaya senang aku berdepan dengan REMBATAN DEMANG! Dan Kau tahu, Lanun Upahan ini akan menguasai daerah SRI SIANTAN! 

ADAKAH BENAR HANG TUAH MEMBUNUH HANG JEBAT?

Ketika Tuah difitnah melakukan zina, Sultan Melaka telah menjatuhkan hukuman bunuh kepadanya tanpa usul periksa. Namun beliau bertuah kerana diselamatkan dengan cara disembunyikan oleh Datuk Bendahara yang bijaksana. Mengikut qawaid, tersalah lepas lebih baik dari tersalah hukum. Mengingkari titah Sultan itu mudarat kecil. Membunuh jiwa yang tidak berdosa itu mudarat besar kerana berlawanan dengan Maqasid Syariah. Lagipula belum cukup syaratnya untuk hukuman itu dijalankan.

KELANTAN TEMPAT PERTAMA MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA

Umum mengetahui negara kita antara lokasi yang menjadi medan peperangan ketika Perang Dunia Kedua. Malah negara kita menjadi antara lokasi pertama berlaku pertempuran menandakan bermulanya Kempen Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1941 yang melibatkan Kuasa Paksi dan Kuasa Berikat.

30,000 NASKAH MANUSKRIP MELAYU DI BELANDA

Jika kesemua manuskrip itu kembali ke tanah MELAYU, Sayalah antara orang yang paling gembira. Mana tak nya hampir 30 ribu naskah manuskrip MELAYU yang kini tersimpan di perpustakaan Universiti Leiden di Belanda, tidak mustahil boleh dimiliki semula Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura jika semua negara ini bekerjasama mendigitalkannya.

Tuesday, January 26, 2010

MANGARUK ARUK

Mengangkat Sumpah Bersama Lembing Sembuana (Mengaruk Aruk).

PANTANG TANDAS DALAM RUMAH

Orang MELAYU dulu-dulu pantang tandas dibina di dalam rumah. Nenek moyang kita dulu Kebersihan dan syariat Islam sangat dijaga. Dalam Islam kita semua tahu Tandas itu bukan tempat yang elok, Kerana tandas adalah tempat kegemaran dan tempat tinggal Jin dan Syaitan. 

SILAT DAN TAUHID

Gerak Silat atau Jurus yang tiada berdiri atas Tauhid Ihsan, maka ia tiada kekuatan Ilahiah tetapi hanya kekuatan yang berasaskan zahiriah semata-mata seperti latihan fizikal, gerak langkah, tenaga dalam, khadam wirid dan lain-lain.

HUSNUL KHOTIMAH

SIAPAKAH TENGKU ALI?

Daripada Sultan Terengganu menjadi seorang pemandu teksi. Ramai yang bertanya pada saya siapakah Tengku Ali, adakah benar beliau adalah waris Sultan Terengganu yang sah? Mengapa beliau diturunkan takhta? Adakah benar beliau tidak layak menjadi sultan sebab akhlaknya yang kurang baik? Atau adakah beliau cuba merebut takhta Sultan Terengganu? 

MORTAR MELAYU



MERIAM TEMBAGA SINGORA DI CHELSEA LONDON (1623)

Terdapat padanya ukiran tulisan Jawi Arab yang terdiri daripada beberapa bait syair,seruan ke atas nama Allah serta nama Sultan Sulaiman dan tarikh padanya.

TUAN BIRCH SUDAH MATI

Malam itu gelap gelita hitam pekat sehingga tak dapat melihat tanah. Namun mereka harus bergegas kerana perkara ini tidak boleh ditunggu lagi. Mayatnya sudah ditemui, Orang-orang kampung juga sudah bersedia di setiap rumah mempertahankan keluarga masing-masing. Dalam langkah separuh berlari mereka mengharung semak belukar menuju istana. 

NAMA GELAR MAT KILAU

Dalam Terang Ada Cahaya. 
Dalam Cahaya Ada Kilat 
Dalam Kilat Ada Kilau. 
Dalam Kilau Ada Bayang. 
Bayangan-Pembayang kilat 
Kilat Pembayang Cahaya-Cahaya Pembayang Cahaya. 

PAHLAWAN SUFI DARI PAHANG

Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya. Kata Mat Kilau "Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Monday, January 25, 2010

SINGGORA

Gambar-gambar sekitar Singgora (kini Songkhla) yang dirakam pada tahun 1890 oleh Jules Claine (1856-1938). Bukan sahaja pemusnahan tembok kota Songkhla bahagian Khao Dang (binaan Sultan Sulaiman Shah) berlaku semasa diserang Raja Narai pada tahun 1680. 

KARAMAH TOK KENALI

Banyak cerita tentang karamah Tok Kenali sudah diselit-selitkan secara tidak langsung dalam tulisan ini namun masih banyak lagi kejadian pelik yang benar-benar berlaku ke atas diri Tok Kenali sebagai seorang wali ALLAH itu.

TENTERA SABIL, GENG PARANG TERBANG SUNGAI MANIK

KISAH BENAR PIMPINAN TUAN GURU HAJI BAKRI MENENTANG PKM. 

Antara tokoh pejuang dan juga seorang ulama yang memimpin “Orang Banjar Sungai Manik Menentang Komunis” ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri yang sentiasa menjadi sebutan sehingga hari ini. Kerana ketinggian ilmu agamanya, tokoh itu sentiasa menjadi rujukan penduduk kampung yang memerlukan bantuan dan pertolongan sewaktu saat genting kampung itu dikuasai pengganas komunis.

KE MANA PERGINYA AKHBAR JAWI?

Bahasa MELAYU (BM) menjadi bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

MUFTI PAHANG PERTAMA - GURU ILMU KEBATINAN MAT KILAU

Al-Allamah Arif Billah Sohibus Samahah Al-Marhum Syeikh Haji Uthman Bin Senik - Mufti Pahang Pertama (1838 - 1911)

LAGENDA DRAMA PERSILATAN

Seni silat diangkat dalam dunia lakonan pada tahun 90an dan kembali diangkat pada tahun 2019 melalui filem Geran. Dua drama bersiri yang memaparkan aksi seni silat keMELAYUan sejati yang disiarkan pada awal tahun 90an. Dua drama bersiri ini sangat popular dan digemari oleh peminat siri TV pada masa itu. 

KOMPLOT MENJATUHKAN TENGKU ALI-SULTAN TERENGGANU

Saya yakin masih ramai yang tidak tahu kisah mengenai Komplot Para Pembesar atauMenteri Terengganu dengan Pihak British untuk menjatuhkan Sultan Terengganu Almarhum Tengku Ali Pada 1945.

SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Sir Muhammad Jamalul Alam II (kemudian dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) merupakan Sultan Brunei ke-28. 

ISTANA LONG PUTERI ATAU MAIMUN JUGRA

Istana Long Puteri atau Istana Maimun merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucu kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek seni bina bangunan, Istana Long Puteri merupakan sebuah rumah berdindingkan papan, bertiang dan berlantaikan batu. 

ILMU PERANG PERISAI DAN PEDANG ATAU PARANG

Ilmu dan latihan ataupun pengalaman, adalah dua perkara yang berhubung kait. Ilmu umpama pedang dan latihan umpama perisai. Jika kita ada ilmu tanpa mengamalkan latihan secara isitiqamah, kita umpama menyerang tanpa pertahanan. Jika kita berlatih tanpa ilmu ataupun berguru, kita cuma ingin bertahan tanpa melawan. Namun jika kita ada kedua-duanya, kita umpama pahlawan yang berjuang untuk kemenangan.

Sunday, January 24, 2010

AGENDA ILLUMINATI DI TANAH MELAYU

Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.

MELAYU

Takkan hilang MELAYU di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah MELAYU sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

KEJATUHAN GANGGA NEGARA DI BUMI PERAK

Perak amat terkenal dengan misteri kerajaan kuno yang dinamakan sebagai kerajaan Gangga Negara dan lokasinya dikatakan berpusat di kawasan Beruas.

KENALI ULAMA TANAH MELAYU

Al Allamah Wali Allah Syeikh Toyyib al Makki (1912 - 2016). Nama sebenar beliau ialah Syeikh Toyyib Bin Haji Cik Teh dan dilahirkan di Kedah. 

REKAAN BUSANA TAUSUG KONTEMPORARI ABAD 21 MENAKJUBKAN

Pertama sekali penaip artikel ni ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Benji Sahabir atas perkongsian informasi berkait busana KAMAASAN SIN TAUSUG (Busana leluhur kaum Suluk) beberapa tahun yang lalu ketika saya berkesempatan merakam video Kalis Kuntau beliau.

PEDANG CURA SIMANJA KINI

Apakah pedang yang dihunus oleh Sultan-Sultan Perak Ketika pertabalan?

ZAMAN KEGEMILANGAN GAYONG DENGAN SULTAN DAN ISTANA

Gayong mencipta zaman kegemilangan dan keistimewaannya tersendiri. Tiada Silat dan Mahaguru Silat yang boleh menarik peranan Sultan dan Istana dalam perkembangan seni warisan MELAYU. Hampir semua Raja-Raja MELAYU menjadi Penaung Silat Seni Gayong di Negeri dalam Tanah MELAYU. Siapakah Sang Sapurba dalam Gayong?

SEJARAH MENGKABONG

Sejarah Awal dan Catatan Lisan Mengkabong di abad ke 18 - 19, Ini adalah sebuah kisah seorang Pengiran Temmengung Kesultanan MELAYU Brunei yang segak, pintar, kuat dan gagah perkasa serta luar biasa. Pengiran Temmengung ini hidup di zaman dulu kala, di kawasan pantai barat Borneo Utara sungguh terkenal kegemilangannya yang selalu beroleh kejayaan dan kemenangan berperang dengan musuh serta bersungguh sungguh menjaga kebajikan rakyat sehingga masyhur mendapat gelaran Raja Tua Mengkabong. 

SUMPAH PAHLAWAN!

Munculnya Mat Saman bin Sulaiman atau Mat Kelantan, 150 tahun, Panglima Hitam Hj Othman bin Hj Abdullah atau Raden Damabulan, 125 tahun, Raja Ibrahim bin Tan Kechik, 110 tahun dan beberapa orang lagi yang sudah lanjut usia benar-benar menggamit perasaan. Kemunculan mereka bukannya sebagai orang tua biasa tetapi kemunculan mereka berkait rapat dengan sejarah tanahair. 

PESANAN MAT KILAU

Pahlawan Mat Kilau pernah berkata, “Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, hilang seluruh nyawaku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini. Selagi agama, bangsa dan tanah ini diperas penjajah, selagi itulah aku tidak akan berdiam di rumah sehingga menang atau syahid di jalan ALLAH”.

Saturday, January 23, 2010

MAKAM WALIYULLAH KELANTAN DIMUSNAHKAN?

Maqam seorang Ulama' Besar Nusantara. Al-Arifbillah Alim Syeikh Abdul Samad Bin Muhammad Salleh Al-Kelantani (Tuan Tabal). Penyebar Tareqat Ahmadiah Pertama Di Alam MELAYU, Al-Marhum Tuan Tabal adalah salah seorang Guru kepada Al-Marhum Tok Kenali. Pada penghujung tahun lepas, Baru Sahaja Syeikh Tareqat Ahmadiah Menziarahi Makam Tuan Tabal, Sekarang ianya telah habis dimusnahkan. 

9 RAJA-RAJA MELAYU ATAU 9 NAGA KONGSI GELAP?

Kalau dahulu Raja-raja MELAYU adalah individu yang paling berpengaruh dan berkuasa di tanah MELAYU ini, tetapi semuanya berubah semenjak kedatangan british di tanah MELAYU. British menggunakan konsep perjudian, lumba kuda, no ekor dan pelacuran untuk menarik sokongan masyarakat untuk menentang komunis pada tahun 1948-1960. 

TASAWWUF IBNU ARABI PADA KERIS JAWA

Manuskrip Jawa-Sunda yang berada di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda. Pada halaman ni ada tertulis,

WAWANCARA DENGAN DATO’ MEOR RAHMAN (1991)

Berikut adalah transkrip temuramah dengan Dato' Meor pada awal tahun 1991, yang pita rakamannya disimpan oleh Cikgu Amin Hamzah, Ipoh Perak. 

MASJID KERISIK WARISAN MELAYU ABAD KE-15

Masjid Kerisik terletak di Krue Se, Wilayah Pattani. Nama tempat ini dipanggil Kerisik dalam kalangan orang MELAYU yang membawa makna pasir kasar. Malah kawasan masjid ini berada dalam Tanyong Lu Lo (Bahasa Thailand) atau pun Tanjung Luk Luk (sebutan MELAYU).

PETA KEPULAUAN MELAYU DI MUZIUM TURKI

Sebuah peta lama yang dibuat pada tahun 1850 oleh ahli geografi Kesultanan Aceh memperlihatkan hubungan yang sangat erat antara kesultanan-kesultanan MELAYU dengan Dinasti Turki Utsmani.

SUMPAHAN MAHSURI

Adakah sumpahan Mahsuri telah terlerai?  Siapa keturunan ke 7 Mahsuri? 

PATEH ARIA GAJAH MADA

Sayyid Ali Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Husaini PATEH ARIA GAJAH MADA (1360 -1470 M).

KYAI SALLEH

Sebelum terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969, tidak ramai yang mengenali "Al-Marhum Panglima Kiyai Salleh", orang ramai mula mengenalinya selepas terhebahnya kehandalan beliau dalam Ilmu Kebatinan. Beliau muncul di waktu darurat dan mengumpulkan para pemuda untuk berjihad dengannya. 

APA PUN SILAT NYA

Apapun silat aku pelajari
Manfaat amalan hingga sebati
Aku bersilat hingga ku nafi
Buah, bunga, tapak dan tari

Friday, January 22, 2010

ISTANA BALAI BESAR

Istana balai besar adalah istana yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Sultan Muhammad II telah memindahkan pusat pentadbiran Kelantan dari Kota Saba ke Kota Bharu sekarang ini pada tahun 1844. Semasa pemindahan pusat pentadbiran ini, Baginda telah mengarahkan pembinaan sebuah Istana untuk baginda bersemayam.

MAHAGURU GAYONG

Mahaguru Gayong Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman Gemar Mengangkat Besi Berat

BOIKOT TINDAKAN CETEK?

1. Rasulullah pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi.

ADAT TEMENGGUNG - ADAT PERPATIH DI MALAYSIA

Masyarakat Minangkabau mengamalkan dua sistem sosial iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih mewariskan harta pusaka dari wanita kepada anak perempuan manakala Adat Temenggung mewariskan harta pusaka dari lelaki kepada anak lelaki. 

MASJID LAMA

Di antara masjid yang tertua dia Malaysia. Saya Sentiasa kagum dengan Masjid Kg Tuan Kemaman yang dibina pada Tahun 1830. Di ruang pintu utama ada sebuah perigi lama bermuka bulat seperti juga perigi Haji Senik namun perigi ini barangkali hampir setengah abad lebih tua. 

ULAMAK TUA NEGERI KEDAH YANG MASIH ADA

Di Kedah masih ada 5 ulamak tua yang umurnya sudah melebihi 80 tahun. Kehidupan mereka penuh barokah, mereka mengaji berpuluh tahun dari ramai ulamak muktabar yang bersambung sanad ilmunya hingga ke Rasulullah SAW. 

GELARAN TUAN GURU

Siapakah Yang Memberikan Mereka Semua Gelaran Sebagai "Tuan Guru" Ataupun "Tok Guru"? Jawapannya adalah "ALLAH TA’ALA", Allah menggerakkan hati para hamba-Nya supaya menggelarkan mereka sebagai "Tok Guru", gelaran ini tak boleh dibuat-buat. Ianya khas untuk mereka yang dipilih oleh Allah Ta'ala. 

TG HAJI OMAR ZUHDI

Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi (1919 - 1994). Diantara alim ulamak yang mahsyur di Negeri Kedah pada tahun 1900an ialah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Beliau merupakan pengasas Pondok Misbahul Falah di Baling, Kedah. Beliau lahir di Kampung Chekok, Pengkalan Chepa, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. 

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa MELAYU kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai “lingua franca” dan bahasa pentadbiran. 

DINAMIKA KESULTANAN PAHANG MODEN

YANG di-Pertuan Agung ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang di­tabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mewarisi dinamika ‘Kesulta­nan Pahang Moden’ yang kini sudah berusia 135 tahun.

Thursday, January 21, 2010

AL-KISAH FILEM 6 JAHANAM

Kata Guru Haji Abdul Sani, “Saya berasa terhutang budi pada Allahyarham Tan Sri P Ramlee kerana memperkenalkan tekpi dalam filem. Ramai yang mengkritik Allahyarham ketika itu hingga ada yang mencemuh P Ramlee akan hanyut dengan 6 Jahanam.

APA ITU SILAT?

KIASAN dan TAMSILAN orang tua dulu dulu. SILAT merupakan satu PERJALANAN atau TORIQ

SEMUA SUDAH RUNTUH, KINI TINGGAL SEPULUH

Bertingkap Alam Berpintu Ilahi. Itu cogankata pada lambang Kabupaten Lingga hari ini dengan tertera ungkapan di bawahnya "Bunda Tanah MELAYU" bersama imej keris, tepak sirih, payung ubur-ubur kuning juga Gunung Daik yang bercabang tiga.

PERANG KEDAH

Dari pengalaman di Pulau Songsong dan di Pulau Bunting, Tunku Muhamad Saad telah mengkaji semula kedudukan angkatan perangnya. Akhirnya Tunku Muhamad Saad mendapat persetujuan dari Dato’ Muhamad Ali Datok Setia Segera, Panglima Muhamad Taib Hitam dan lain-lain panglima kanan supaya angkatan perang kali ini dibahagi kepada empat pasukan.

ILMU SILAT VS ILMU KUNGFU?

Bagi saya, kedua duanya ada kelebihan sendiri bergantung atas latihan seseorang itu..Belajar ilmu pertahankan diri yang hebat hebat tapi tidak amalkan secara istiqomah kesan nya tak sama seperti individu yang amalkan ilmu itu dalam kehidupan harian.

PANJI EMAS HARTA TANAH MELAYU

Kunci gedung Nabi Sulaiman a.s yang dipanggil Panji Emas. Barang-barang ampuh (berkhadam) hilang keampuhannya apabila memasuki sempadan Tanah MELAYU. 

HATI DAN RASA

Terkadang dalam penulisan, ada yang tidak faham apa yang ingin kita sampaikan. Ada yang kata kita merapu, Ada yang kata kita kena ganja. Begitulah subjektif nya fikiran dan cara penerimaan manusia.

APA MAKSUD PADA TARI SILAT (LANGKAH SEMBAH)

Langkah sembah bermaksud ibu segala permainan atau ibu kaedah bagi silat. Baik zahir mahupun batin, hakikat atau makrifat. Bukan pandai-pandai buat atau suka-suka buat melainkan setiap gerakan ada makna, rahsia tertentu. 

RAHSIA PULAU NANGKA

Keseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion. Harta-harta terdiri daripada jongkong emas, perak dan batu permata.

SIAPA MASIH INGAT BELIAU?

Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, "Pejuang Ekonomi MELAYU". Allahyarham tak sanggup melihat orang MELAYU berhutang dengan ceti, maka ditubuhnya Bank Kebangsaan MELAYU di Jalan Klang Lama. Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa MELAYU tanpa orang MELAYU dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Wednesday, January 20, 2010

SULTAN TERAKHIR KESULTANAN MELAYU JAMBI

Al-Marhum Sultan Thaha Saifuddin atau Raden Toha Jayaningrat, dilahirkan di Tanah Pilih jambi pada pertengahan tahun 1816. Ayahandanya adalah Al-Marhum Sultan Fahruddin atau Raden Fahruddin, Ibundanya adalah Al-Marhumah Syarifah Mariyam atau Raden Mas Mariyam.