Keseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion. Harta-harta terdiri daripada jongkong emas, perak dan batu permata.
Mula disimpan sejak dari zaman Al-marhum Sultan Alauddin Riayat Syah. Proses menyimpan berakhir sekitar 1509. Ruang simpanan bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan bukaan yang dibuat oleh doa para Wali Allah pada zaman dahulu. Sebab-sebab simpanan, berlaku selepas mendapat ilham atau firasat mengenai kejatuhan Melaka.
Tidak ada makam atau kubur di pulau tersebut, makam yang ada adalah palsu, diwujudkan sebagai alasan geng pencari harta karun boleh mencerobohi pulau tersebut atas alasan menziarahi makam atau kubur. Perbuatan mengorek, letupan atau menebuk lubang dikhuatiri akan menyebabkan rekahan dalam lubang bawah tanah terbuka sehingga menyebabkan harta ditenggelami oleh air laut, ini disebabkan gua tersebut bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan ruang bawah tanah buatan. Jadi keadaan di tempat itu sangat "fragile", dan mudah pecah sehingga mampu jatuh ke laut (gua terletak di bawah paras air surut).
Usaha menggorek secara moden pasti akan menemui kegagalan disebabkan harta tersebut dilindungi dengan doa orang alim zaman dahulu. Setakat sehingga ke hari ini, bermula dari 80an, sudah 50 kumpulan mengusahakan harta di Pulau Nangka tetapi gagal.
Mereka yang berminat dengan harta tersebut haruslah memiliki syarat minima iaitu faham Tauhid seperti Sifat 20. Perlu ke Mekah untuk mendirikan solat hajat di dalam Hijr Ismail. Kemudian, mendirikan solat di ruang tertentu, bawah batu terapung, Masjid Al Aqsa. Tidak diberitahu pula solat apa atau ruang yang mana pasal saya tidak pernah sampai ke masjid tersebut. Hanya pewaris yang benar sahaja akan tahu. Syaratnya terlalu mudah, tak payah sembelih kambing, simbah darah haiwan dan sebagainya atau perbuatan syirik. Tidak pernah ada bangunan purba yang didirikan di Pulau Nangka kecuali sebuah rumah lama daripada kayu sebagai tempat rehat.
Siapakah yang layak dapat mewarisi harta-harta Pulau Nangka dan bolehlah dinobatkan sebagai pewaris Kesultanan Melaka yang sah dan diakui di alam sebelah sana. Rasanya ni dah pengakhiran kot bab-bab ‘Mencari Ramli Pulau Nangka’ ni. Kalau Ramli ada anak lelaki, kita buka bab baru.
Bila Sultan Mahmud Shah berundur dari bumi Melaka lebih sikit 500 tahun dahulu, Baginda ke Johor dan zuriatnya yakni cicitnya berjaya memerintah di Johor. Kerajaan Johor warisan Kesultanan Melaka ini berakhir dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Bila mana peristiwa itu berlaku, isteri Sultan Mahmud bergelar Cik Pong yang sedang hamil ini dilarikan senyap-senyap ke Sumatera dan seterusnya bila bayinya dewasa, berjaya mendirikan Kerajaan Siak iaitu Raja Kecil.
Kerajaan Siak pulak berakhir bila Sultannya yang terakhir, Sultan Syarif Kasim II secara sukarela join Bung Karno untuk membentuk Republik Indonesia pada 1946, Bung Karno ini adalah anak murid ghaib kesayangan Sunan Gunung Jati. Semasa Sultan Syariff Kasim II membubarkan kerajaannya, beliau ada mempunyai satu peti besi yang amat rahsia. Peti ini menyimpan barang keturunan yang amat berharga yang diwarisi berabad-abad. Beliau tak punya zuriat. Dikhabarkan beliau membaling anak kunci peti besi ini ke Sungai Siak dan tinggallah peti besi berkenaan tanpa warisnya dititipkan kepada sesiapa pun.
Oleh kerana peti besi berkenaan ada ‘isi’ yang berdaulat lagi berdarjat, maka dah pasti ada penjaga ghaibnya yang bertugas memelihara keutuhan ‘darjat’nya dari dijarah orang yang bukan hak. Maka itu, ianya kebal dari dibuka oleh orang yang bukan empunya hak sehingga kini sebagaimana kebalnya dinding bunker harta Pulau Nangka. Dimaklumkan yang isi di dalamnya adalah barang berdaulat yang diwarisi turun temurun dari Sultan Mahmud, malah dari Oyangnya iaitu Parameswara yang mana dibawa ke Melaka ketika pembukaan Melaka dahulu.
Sesiapa yang dapat membuka dan menzahirkan barangan di dalamnya untuk dedahan umum, beliaulah pewarisnya. Serentak itu juga, beliau juga bakal mewarisi kedaulatan Kesultanan Melaka dan seterusnya harta-harta warisan Sultan Melaka khususnya di Pulau Nangka. Tak kisahlah dapat jadi sultan atau tidak, tapi ‘daulat’nya kelak akan semerbak mengharum di bumi nenek-moyangnya dan pada masa yang sama, ‘kekayaan’ silam dapat dinikmati cicit-cicit rakyat Melaka yang satu ketika dulu moyang-moyang mereka bersama-sama membangunkan Melaka.
Last sekali nak bagi klu sikit, cara bukanya mestilah dapatkan kunci asalnya dari dalam sungai ATAU panggil pandai-kunci (tukang kunci) untuk buat kunci baru. Kalau nak dapatkan kunci lama, ada beberapa ritual yang harus diikuti seperti dapatkan ‘kesenangan’ atau minyak wangi untuk ghaibnya yang jaga kunci. Selepas tu, bertawasullah dan berinteraksilah dengan para leluhur serta pihak ghaib yang jaga kuncinya. Kalau kaedah kedua, macam biasa. Buat kunci baru dan bukalah. Dah dapat kuncinya, pergilah buka petinya. Dikhabarkan hanya dengan memasukkan anak kuncinya dan dengan dua kali pulas, maka terbukalah petinya..
Maka dengan terbukanya dan dapat dikucupi barangan keturunan ini, maka terzahirlah waris yang sebenar. Pokok pangkal kenalah ada redha ALLAH SWT. Nak redhoaIllahi, kenalah dapatkan restu para leluhur dan ghaib yang jaganya. Nak dapat restu leluhur, kenalah empunya diri ada ‘hak waris’ dan yang berminat tu kena ingat, bukan beratus orang yang ada diperturunkan hak waris. Yang ada hanyalah ‘Ramli Pulau Nangka’.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment