Thursday, January 21, 2010

HATI DAN RASA

Terkadang dalam penulisan, ada yang tidak faham apa yang ingin kita sampaikan. Ada yang kata kita merapu, Ada yang kata kita kena ganja. Begitulah subjektif nya fikiran dan cara penerimaan manusia.

Idea dan tulisan tidak semestinya terus lurus macam pembaris. Adakala kita berpuitis. Adakala kita berkias. Adakala kita bercerita. Begitu juga Al-Quran, ada ayat terus. Ada ayat mutasyabihat. Ada ayat penceritaan. 

Namun penceritaan dan sejarah hampir 70% dari isi Al-Quran supaya kita ambil iktibar dari peristiwa terdahulu. "Hanya jauhari yang mengenal manikam."

Menulis perlu fokus dan perlu jiwa. 

Aku menulis kerana ingin memasukkan kesedaran dalam jiwa manusia dan bukan memasukkan 'dunia' kedalam hidup aku. Bak kata Ramli Sarip "Aku menulis bukan kerna Nama" 

Sungguh, belajarlah menulis berpenakan "hati" dan berdakwatkan “rasa". In shaa ALLAH, kita akan puas meski 1 ayat kita lontarkan pada manusia. Dan.. 

Bilamana rasa nak kata hal-hal yang tak bermanfaat. Kunci mulut dengan cara rapatkan bibir dan gigi. Selak lidah ke lelangit jangan bagi gerak. Pejam mata zahir supaya tak nampak hal tak manfaat tu, tunduk kepala ke dada. 

Dengar kata yang bunyi dalam dada ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH. Soheh dah tak dapat nak bercakap yg merapu kedana. Layan jer. ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment